8 Tips Percutian Muslim Ke Korea



Korea Selatan adalah destinasi popular  yang pasti ada pada senarai setiap pengemar drama dan lagu Korea. Bagi pelancong Islam anda tak perlu lagi risau sekarang, Korea Selatan sudah pun menjadi negara yang lebih mesra-Muslim. 
Untuk mempersiapkan anda untuk percutian ke Korea, kami ada 8 petua, dari makanan yang mesra-Muslim hingga tips hanya pelancong yang ke Korea sahaja yang dapat merasai pengalaman ini 
1. Makanan mesra-Muslim Satu perkara yang banyak pelancong nantikan di Korea ialah makanan tempatan. Pelancong Islam tidak perlu risau lagi untuk mendapatkan makanan halal kerana sudah semakin banyak restoran makanan yang mesra Muslim 
Seoul EID Restaurant yang terletak di Itaewon ialah restoran wajib yang patut anda singgah jika berada di Korea! Ini adalah Restoran Korea pertama di Seoul yang menerima pensijilan dari Persekutuan Muslim Korea (KMF). Anda pasti akan merasai masakan Korea halal yang dimiliki oleh Muslim Korea. Jangan lupa untuk pesan Samgyetang mereka, ia adalah salah satu hidangan popular terutama pada musim panas.
Pulau Nami Di Pulau Nami, Asian Family Restaurant Dongmoon adalah restoran bersertifikat Halal yang lain di Korea. Restoran ini menyajikan hidangan Asia yang luas dari Vietnam pho (sejenis Mi Sup) dan makanan halal Korea.
Busan Jika anda ke Busan, Hello India Al-Waha ada menghidangkan gabungan masakan India dan Lebanon yang luar biasa.Kami mencadangkan menu Lubnan mereka yang dihidangkan dengan kebab daging dan ayam, daging barbeku, hummus dan salad segar.
Tetapi jika makanan Lebanon bukan untuk anda, Namaste adalah salah satu restoran masakan India yang paling popular di sekitar Pantai Haeundae yang patut anda datang. Pencinta daging perlu mencuba daging kambing vindaloo dan ayam tandoori mereka! Selain itu, mereka ada hidangkan yang dipanggil palek paneer (keju kotej dalam sos bayam berkrim) di mana jika anda makan ia pasti akan membuatkan anda mahukannya lagi. 
Jeju Di Jeju pula, anda boleh menikmati makanan Korea yang lebih tradisional, iaitu di restoran Mulmaegol – yang terkenal dengan yeoipbap (nasi daun lotus). Restoran ini menawarkan makanan vegetarian yang lazat seperti biskuit yang dibalut nasi, pancake, tauhu dan kimichi. Jika anda tidak pernah menjadi peminat makanan vegetarian, ini pasti akan mengubah fikiran anda.
2. Ruang solat Anda mungkin berfikir jika melancong Korea anda perlu mencari ruang yang tersorok untuk menunaikan solat atau  solat hanya ketika berada di tempat penginapan anda. Tetapi anda tidak perlu berbuat demikian lagi! Di Korea sekarang terdapat banyak ruang solat yang disediakan di sekitar Korea untuk anda bersolat dengan selesa. 
Berikut adalah beberapa ruang solat:
Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon Alamat: 272 Gonghang-ro, Jung-gu, Incheon, Korea Selatan Lokasi: Passenger boarding terminal – Gate 24 di tingkat 4 lapangan terbang Waktu buka: 24 jam K-Style Hub Alamat: 40 Cheonggyecheon-ro, Da-dong, Jung-gu, Seoul, Korea Selatan Lokasi: tingkat 2 KTO Seoul Center Waktu buka: 9.00 pagi hingga 8.00 malam Lotte World Alamat: 240 Olympic-ro, Jamsil 3 (sam) -dong, Songpa-gu, Seoul, Korea Selatan Lokasi: tingkat 3 Lotte World. Untuk menggunakan bilik solat perlu tekan butang panggilan. Waktu buka: 9.30 pagi – 10 malam Everland Alamat: 199 Everland-ro, Pogog-eup, Cheoin-gu, Yongin-si, Gyeonggi-do, Korea Selatan Lokasi: Bilik solat terletak di bangunan yang sama seperti Mystery Mansion Anda dinasihatkan membawa botol semburan kecil untuk mengambil wudu’ COEX Alamat: 513 Yeongdong-daero, Samseong 1 (il) -dong, Gangnam-gu, Seoul, Korea Selatan Lokasi: Tingkat 3 ( berdekatan Dewan E ) Waktu Pembukaan: 3.00 pagi – 10 malam Masjid Al-Falah Masjid / Al-Falah Alamat : 5 Yeongsin-ro 19-gil, Yeongdeungpo-gu, Seoul Waktu Pembukaan : 9 pagi hingga 8 malam Bilik-bilik solat juga boleh didapati di hospital-hospital besar seperti:
Pusat Perubatan Samsung Alamat: 81 Irwon-ro, Irwon-dong, Gangnam-gu, Seoul, Korea Selatan Lokasi: B1 Pusat Rawatan Proton Waktu Pembukaan: 24 jam Hospital Universiti Nasional Seoul Alamat: 28 Yeongeon-dong, Jongno-gu, Seoul, Korea Selatan Lokasi: Tingkat Pertama Bangunan Institut Penyelidikan Bioperubatan Waktu Pembukaan: 24 jam Pusat Perubatan Seoul Asan Alamat: Korea Selatan, Seoul, Songpa-gu, Pungnap 2 (i) -dong, 올림픽 43 길 88 Lokasi: Ward 155 Waktu Pembukaan: 24 jam 3. Komuniti mesra-Muslim Seoul Central Mosque (Mosque) adalah masjid Islam pertama di Korea! Di sinilah komuniti Muslim – yang bukan hanya pelancong, tetapi penduduk setempat juga. 

Selain dari masjid ini, Korea mempunyai beberapa masjid lain; Masjid Busan, Masjid Gwangju, Masjid Jeolla-do, Masjid Ansan, Masjid Anyang, Masjid Bupyeong dan Masjid Gyeonggi / Paju.
4. Mengembara Di Korea mereka mempunyai sistem pengangkutan awam yang bagus dan ia bukan hanya disekitar Seoul, malah ia meluas di seluruh Korea. Jadi anda boleh jimatkan wang anda dari membayar untuk tambang teksi.
Seoul Jika anda mempunyai bag bagasi, AREX adalah pilihan terbaik anda untuk ke stesen Seoul kerana ia menyediakan ruang penyimpanan untuk meletakkan bagasi anda! Tempat duduk juga lebih selesa, sesuai untuk mereka yang baru saja mendarat dari penerbangan panjang. Bukan itu saja, ia hanya mengambil masa 43 minit untuk sampai ke stesen Seoul! Untuk berjalan dan mengembara di Kota Seoul anda boleh mengunakan kereta api bawah tanah, yang cepat dan bersih!

Busan Busan Metro adalah pengangkutan awam yang boleh digunakan ketika anda di Busan. Alternatif lain ialah Busan City Bust Tour (BUTI Bus). BUTI bas ialah bas dua tingkat yang mempunyai bumbung terbuka membolehkan anda menikmati pemandangan kota Busan sambil menikmati angin sejuk. Kami sangat mengesyorkan anda untuk menaiki bas ini kerana anda dapat melihat bandar, termasuk pelabuhan yang sibuk dan juga infrastruktur jambatan dan lebuh raya Busan!

Jeju Jeju adalah tempat yang besar dimana ia 3 kali saiz Seoul, dan ia boleh dilawati dengan menggunakan pengangkutan awam dari Seoul. Walau bagaimanapun, Jika anda ke sini kekerapan bas yang dijadualkan akan mengambil masa dari 15 minit hingga 1 jam jadi kami mengesyorkan anda untuk menyewa kereta bagi menjimatkan masa anda. Untuk memandu di Korea, anda dikehendaki mempunyai “International Driving Permit”. Alternatif lain adalah, anda boleh menyewa teksi atau pemandu pelancong.
5. Mengembara dari bandar ke bandar Ia tidak sukar untuk melancong dari bandar ke bandar di Korea, terutamanya apabila terdapat banyak jenis pengangkutan yang boleh anda pilih!
Seoul ke Busan Hanya 3 jam perjalanan dari Seoul ke Busan dengan mengunakan KTX (kereta laju berkelajuan tinggi) yang sangat mudah dan selesa. 

Seoul ke Jeju Terdapat cara yang romantik untuk melancong dari Seoul ke Jeju – iaitu dengan mengunakan kapal. Sangat sesuai ika anda mempunyai masa yang banyak kerana perjalanan feri boleh mengambil masa sehingga setengah hari, bergantung pada tempat pelabuhan.
Tetapi jika jadual anda padat, penerbangan 45-minit dari Lapangan Terbang Gimpo adalah alternatif yang sesuai untuk anda bagi menghabiskan lebih banyak masa di Pulau Jeju!

Sekiranya anda menjelajah lebih daripada 2 kota ini, kami mencadangkan 2 laluan KTX:
Seoul – Daegue – Gyeongju – Busan Seoul – Jeonju – Stesen Ekspo Yeosu 6. Musim – musim di Korea Musim panas Terdapat banyak festival tempatan pada musim panas – sesuai untuk anda yang ingin merasai budaya dan suasana setempat. Tetapi perlu diingat bahawa perbelanjaan perjalanan anda pada musim ini mungkin lebih tinggi disebabkan oleh pelbagai aktiviti yang diadakan di negara ini. 

Musim luruh Jika anda sedang mencari musim yang lebih berpatutan untuk dilawati, musim luruh adalah sesuai untuk anda kerana harga hotel dan tambang penerbangan lebih rendah pada musim ini! Anda dapat melihat perubahan warna pokok dan daun yang sangat cantik.

Musim sejuk Bagi penduduk yang tidak mempunyai 4 musim, Musim Sejuk adalah waktu yang sesuai untuk anda pergi dan merasainya. Anda dapat menyaksikan monumen Korea dalam bentuk yang  menakjubkan jika melancong ke Korea pada musim ini. 

Musim Bunga 
Cherry blossoms adalah tarikan utama jika anda melancong ke Korea pada musim ini. Musim ini juga adalah musim yang paling terkenal dan anda perlu membuat tempahan awal untuk ke sini. 
7. Membeli-belah Myeongdong Tempat terbaik untuk berbelanja di Korea ialah Myeongdong (Seoul). Tempat dimana anda boleh juga membeli-belah produk penjagaan kulit Korea yang tidak akan habis! Jangan lupa untuk membawa pasport apabila anda berbelanja kerana anda akan dapat menikmati Pengembalian Cukai Segera di kedai-kedai tertentu di Myeongdong!

Dongdaemun Jika anda seorang peminat membeli-belah lewat malam, pergi ke Dongdaemun! Kedai-kedai di pasar Dongdaemun dibuka pada waktu malam hingga 3:15am. Tips penting jika anda pergi ke Dongdaemun terdapat beberapa kedai yang jual secara borong, anda mungkin perlu membeli jumlah minimum produk mereka.
8. Tempat-tempat menarik Seoul N Seoul Tower Apabila di Seoul, anda mesti melawat menara ikonik ini! Dengan ketinggian 480 meter di atas paras laut, membolehkan anda melihat pemandangan kota Seoul yang luas dengan cahaya malam dan observatory digital. 

Istana Gyeongbukgung Tempat ini boleh dilawati secara percuma. Selain dari kawasan persekitaran Istana yang cantik anda juga boleh melihat bagaimana pengawal istana membuat formasi pertukaran. 

Kampung Bukokon Hanok Apabila di Korea, anda perlu mencuba memakai hanbok. Ia adalah satu pengalaman yang unik di Korea dan salah satu tempat terbaik untuk merasai pengalaman ini adalah di Bukchon Hanok Village – satu-satunya kawasan kediaman tradisional yang memegang budaya tradisional Seoul!
Sumber: Trazy Busan
Di Busan, tempat yang sesuai untuk menghabiskan masa di Haeundae Beach. Pemandangan indah di sini adalah tempat yang sempurna untuk meluangkan masa yang berkualiti dengan diri anda dan orang tersayang.

Jeju
Jika pemandangan bandar tidak begitu menarik, anda boleh menuju ke Puncak Seongsan Illchulbong ! Anda dapat menonton matahari terbit dan terbenam yang cantik di Puncak Seongsan Illchulbong ini. 

 
Sumber : Have Halal Will Travel 
The post 8 Tips Percutian Muslim ke Korea appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/10-tips-percutian-muslim-ke-korea/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
9 Keperluan Kecantikan Popular Korea Yang Mesra Muslim Untuk Percutian Seoul Anda

9 Keperluan Kecantikan Popular Korea Yang Mesra Muslim Untuk Percutian Seoul Anda

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 718 hits
Salah satu perkara popular apabila melancong ke Korea ialah produk produk kencantikan mereka yang lebih murah jika beli di sini Terdapat satu laman yang menyenaraikan bahan bahan yang terdapat di dalam produk produk kecantikan Walaupun prod...
Tim Kampanye Minta La Nyalla Luruskan Soal Hoaks Jokowi Pki Dan Non Muslim

Tim Kampanye Minta La Nyalla Luruskan Soal Hoaks Jokowi Pki Dan Non Muslim

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 209 hits
Kedatangan La Nyalla Mattalitti ke kediaman calon wakil presiden nomor urut 01 Ma ruf Amin untuk silaturahmi disambut baik oleh Tim Kampanye Nasional Jokowi Ma ruf Amin Juru Bicara TKN Ace Hasan Syadzily berharap silaturahmi ini dapat semak...
Rancang Percutian Anda Pada Tahun 2019

Rancang Percutian Anda Pada Tahun 2019

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 541 hits
Tahun 2018 bakal melabuhkan tirainya tahun 2019 pula semakin hampir apa yang rakyat Malaysia mahukan adalah jadual dan kalender tahun baru supaya kita dapat merancang jadual percutian masing masing pada tahun 2019 Disini kami kongsikan jadu...
Chinese Muslim Abdullah Restaurant Pilihan Chinese Food Yang Wajib Anda Rasa Di Ipoh

Chinese Muslim Abdullah Restaurant Pilihan Chinese Food Yang Wajib Anda Rasa Di Ipoh

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 595 hits
Chinese Muslim Abdullah Restaurant Pilihan Chinese Food Yang Wajib Anda Rasa di Ipoh Allhamdulilllah Setelah berhempas pulas pusing sepetang lepas maghrib Allah Ya Karim Ya Razzak syukur kami semua team blogger pantai timur diberi peluang m...
What Malay Muslim Nationalism Is And How It Matters

What Malay Muslim Nationalism Is And How It Matters

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 252 hits
Ooi Kok Hin Malaysiakini This is a rejoinder to Bersatu supreme council member and policy and strategy bureau chief Rais Hussin s article No way will MMN be the future of Malaysian politics The article was in turn a response to my essay The...
Antara Lokasi Percutian Bajet Tak Sampai Rm500

Antara Lokasi Percutian Bajet Tak Sampai Rm500

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 391 hits
Sekarang ni kebanyakan syarikat penerbangan mengadakan promosi harga tambang murah Masa ni la kaki melancong kena ambil peluang untuk pergi bercuti Bila sebut je tentang melancong atau bercuti mesti ramai yang anggap perlu berbelanja besar ...
Percutian Ke Langkawi Dengan Flight Hotel Package Traveloka

Percutian Ke Langkawi Dengan Flight Hotel Package Traveloka

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 436 hits
Percutian Ke Langkawi Dengan Flight Hotel Package Traveloka Assalamualaikum Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat walafiat ya Musim cuti sekolah dah tiba ramai la kawan kawan Cik Ash yang sedang merancang untuk bercuti ke...
Percutian Bajet Ke Jong S Crocodile Farm And Zoo Kuching

Percutian Bajet Ke Jong S Crocodile Farm And Zoo Kuching

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 661 hits
Jong s Crocodile Farm Siburan adalah penempatan buaya terbesar di Kuching Sarawak Tidak lengkaplah percutian anda ke Kuching Sarawak jika anda tidak bertandang ke sini Jong s Crocodile Farm ini terletak di Siburan dan ia terletak jauh darip...
Pilihan Percutian Keluarga Terbaik Dengan Penginapan Mewah Atas Bukit Di The Cedar Bidor

Pilihan Percutian Keluarga Terbaik Dengan Penginapan Mewah Atas Bukit Di The Cedar Bidor

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 799 hits
Beberapa hari lalu saya berpeluang mengikuti teambpt bercuti di Perak Lokasi percutian kami adalah di The Cedar yang terletak di Bidor Memandangkan Auni akan mula bersekolah pada tahun depan jadi percutian kali ini kami anggap sebagai merai...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall