8 Tempat Makan Melaka Yang Wajib Dicuba
Adakah anda sedang mencari tempat makan Melaka yang menarik? Anda tidak salah tempat lagi.
Memang tak dinafikan selain pelbagai pusat pelancongan dan tempat healing yang best, ramai yang turut datang ke negeri bersejarah ini semata-mata untuk makan!
Jadi tanpa melengahkan masa, ayuh kita semak beberapa tempat makan Melaka yang menarik dan unik untuk dicuba bersama rakan dan keluarga tersayang.
8 Tempat Makan Melaka Yang Paling Menarik Untuk Dicuba
1. Asam Pedas Claypot Lima Beradik
Bila sudah datang ke Melaka, memang tak sah kalau tak pekena asam pedas.
Nak mencari asam pedas autentik dengan kuah yang pekat namun mempunyai rasa pedas dan masam yang seimbang? Apa kata anda singgah ke Asam Pedas Claypot Lima Beradik.
Beroperasi sejak tahun 2005, restoran ini merupakan salah satu port asam pedas yang terkenal di tengah bandar Melaka.
Selain hidangan asam pedas yang popular seperti asam pedas ikan pari dan asam pedas tetel, terdapat juga menu asam pedas yang sukar dicari seperti asam pedas telur ikan mayong, asam pedas telur ikan tenggiri dan asam pedas daging.
Alamat : No. 28, Jalan PM5, Plaza Mahkota, Bandar Hilir, Melaka
Waktu Operasi : 10.00 pagi-6.00 petang
Facebook : Asam Pedas Claypot Lima Beradik
2. Aroma Satay
Bagi yang ke Melaka melalui tol Alor Gajah atau berkesempatan ke daerah tersebut, jangan lupa singgah ke Masjid Tanah.
Di pekan ini, terdapat sebuah gerai sate yang unik dan lain daripada yang lain kerana ia dibuka 4 hingga 6 jam sahaja bergantung pada stok.
Sesuai untuk yang gemar nikmati sate pada waktu petang atau malam.
Yang membuatkan kedai sate ini terkenal adalah disebabkan oleh menu sate yang jarang ditemui seperti sate lidah lembu, sate tulang kambing dan sate burung puyuh.
Sate legend yang lain seperti sate daging, sate perut dan sate kambing sudah tentu ada. Harga sate di sini juga sangat berbaloi, antara RM 1.00 hingga RM 3.50 secucuk.
Alamat : Taman Bandar Baru, Masjid Tanah, Melaka
Waktu Operasi : 4.00 petang-10.00 malam (Tutup setiap Selasa)
Facebook : Aroma Satay 95
3. Selera Kampung & Ikan Bakar
Menawarkan lebih 50 jenis lauk pauk tengah hari, Restoran Selera Kampung & Ikan Bakar di Pokok Mangga ini merupakan salah satu tempat makan Melaka yang sering meriah dengan kunjungan pelanggan dari dekat dan jauh.
Selain di Pokok Mangga anda juga boleh ke cawangan utamanya di Bukit Rambai. Ramai yang berulang kali ke restoran ini kerana harganya yang berpatutan dan keenakan lauk bervariasi di sini.
Dari kari kepala ikan jenahak sehingga ke kerabu perut dan masak lemak siput sedut, anda pasti akan rambang mata untuk memilih makan tengah hari di sini! Ikan bakar dan ayam bakar pun ada.
Pendek kata, memang rugi kalau anda tidak singgah ke restoran ini bila anda ke Melaka.
Alamat :
Cawangan Bukit Rambai : 140, Taman Rambai Permai, 75250, Melaka
Lot 450, Lot 1489, Mukim, 75260 Melaka
Waktu Operasi : 7.00 pagi – 4.30 petang (Tutup setiap Khamis)
Facebook : Selera Kampung & Ikan Bakar
4. Kuntom Klasik Café
Khas untuk yang bercuti di sekitar Tanjung Bidara atau Pengkalan Balak, anda wajib singgah di Kuntom Klasik Café.
Sesuai dengan namanya, anda bakal disajikan dengan pelbagai hidangan menarik dengan suasana klasik zaman dahulu.
Anda boleh bersantai bersama keluarga dan rakan sambil nikmati kudapan ringan seperti lempeng yang dipadankan bersama sambal, cucur, ubi rebus dan Roti Bakar Bandung Kuntom. Jangan lupa untuk turut mencuba hidangan best seller di sini iaitu Nasi Lemak Sotong Crispy, Spaghetti Creamy Tomyam dan Lamb Chop.
Alamat : Lot 1455, Kampung Tengah, kampung tengah, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka
Waktu Operasi : 5.00 petang-11.00 malam (Tutup setiap Khamis)
Facebook : Kuntom Klasik Café
5. Melantak Steak Hub
Bagi yang sukakan hidangan Western dan Nasi Arab, jangan lupa untuk ke Melantak Steak Hub yang terletak di Klebang.
Di sini terdapat menu waktu terhad dari 12 tengah hari hingga 5 petang, set nasi Arab sekilo bersama ayam seekor RM 35 sahaja.
Kalau nak padankan dengan lamb shoulder, harganya RM 59 sahaja. Sangat sesuai untuk yang bercuti ke Melaka beramai-ramai!
Bila dah sampai di sini, memang rugi kalau tak cuba Lamb Shank Kerutub.
Menu yang jarang dijumpai ini mendapat permintaan ramai kerana daging kambingnya sangat empuk dan berempah. Pasti tak menyesal bila cuba!
Selain itu, terdapat juga aneka menu seperti Talam Western, Shellout, sizzling dan hidangan Asam Pedas.
Alamat : No. 11 & 13, Jalan KU 1, Taman Klebang Utama, Klebang Besar, Melaka
Waktu Operasi : 12.30 tengah hari-11.00 malam (Tutup setiap Rabu)
6. Murtabak Tanah Melayu
Siapa cakap dekat Melaka tak ada murtabak tebal ala murtabak Singapura? Kalau anda teringin murtabak yang berinti padat dan tebal, singgahlah ke Murtabak Tanah Melayu.
Terletak di Semabok, restoran ini sudah beroperasi selama berpuluh tahun dan mempunyai ramai peminat setianya.
Selain terkenal dengan murtabak tebal dan murtabak cheese, pelanggan juga sering memesan menu best seller di sini iaitu Mee Bandung Muar yang membuka selera dan berkuah pekat. Sekali makan, pasti teringat!
Alamat : Lot 4029, Mukim, Kampung Kubu, Semabok, Melaka
Waktu Operasi : 3.30 petang-12.00 tengah malam (Tutup setiap Rabu & Khamis)
7. D’Seberang Café
Menawarkan masakan asli Indonesia, D’Seberang merupakan salah satu restoran yang terkenal di Bukit Beruang.
Ramai yang memuji hidangan di sini. Katanya, kelazatannya hampir sama seperti hidangan dari negara asalnya.
Antara menu jarang jumpa yang anda boleh dapati di sini adalah Sate Madura, Nasi Bebek, Sup Rawon, Mie Ayam, Bakso Mangkuk dan Ikan Talapia Terbang.
Cukup mantap bila dipadankan dengan sambal hijau dan sambal merahnya.
Alamat : C-G-01 & C-G, 02, Pangsapuri Bukit Beruang, 75450 Ayer Keroh, Melaka
Waktu Operasi : 12.00 tengah hari-10.30 malam
Facebook : D’Seberang Café
8. Restoran Lot 85
Merupakan antara tempat makan yang legend di Melaka, Restoran Lot 85 menawarkan nasi briyani yang sangat enak. Selain itu, terdapat juga hidangan lauk pauk yang mantap dipadankan bersama nasi putih.
Antara menu popular yang mendapat permintaan ramai adalah kari kepala ikan, asam pedas dan kari kambing.
Kalau boleh, anda datanglah sebelum 12.00 tengah hari sebab ramai pelanggan yang akan datang pada waktu itu.
Alamat : Jalan Putri Hang Li Poh 75400, Kampung Durian Daun Dalam, 75400 Melaka
Waktu Operasi : 9.00 pagi-5.00 petang (Tutup setiap Ahad)
Patutlah ramai yang suka datang ke Melaka untuk makan, macam-macam restoran menarik yang ada!
Dari hidangan Melayu, Western sehinggalah ke makanan asli Indonesia, anda pasti sukar untuk lupakan keenakan juadah yang tersedia di negeri bersejarah ini.
Jadi, jangan lupa untuk ke tempat makan Melaka yang popular ini bersama keluarga dan rakan.
Sumber : Facebook Orang Melaka, Diari Melaka
Baca Juga : 9 Port Sarapan di Melaka Yang Wajib Dicuba
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/tempat-makan-melaka/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tempat-makan-melaka