Bila Orang Datang Minta Makan


 
“Bang, saya lapar. Boleh belanja makan?”
Seorang lelaki bertubuh besar menyapa saya yang sedang mengeteh bersama dua kawan sepermainan sejak kecil di sebuah restoran.
“Eh! Boleh. Boleh. Pergi ‘order’. Makan apa yang awak nak.” Sambut dua kawan saya serentak menyebabkan saya tersentak kerana saya terkebelakang dalam hal ini. Mat dan Pilin lebih laju memberi respons.
Kebetulan kami sedang bercerita bab makan. Begitulah kami, sejak 30 tahun dahulu bila bertemu akan berbual sampai pagi tentang hal yang bukan semua kawan sebaya kami minat untuk tumpang berborak sama. Kata mereka berat sangat pemikiran kami walhal isi perbualan kami hanya berkisar tentang hal-hal sepele yang sering dipandang sepi. Bezanya, 30 tahun dahulu jika bersembang, berpuntung-puntung rokok bersepah di bawah meja meskipun topik bualan kami menyentuh bab agama. Ha! Ha! Ironi sungguh. Tapi kali ini kami tidak lagi berasap. Agaknya itulah keberkatan yang kami peroleh hasil daripada ‘majlis ilmu’ selama tiga dekad itu.
Sementara lelaki tadi tekun menikmati nasi goreng di meja sebelah, kami berbual tentang betapa mengajak orang makan itu suatu ‘perbuatan’ yang menggembirakan hati, baik pihak yang mempelawa begitu juga pihak yang dipelawa. Bagi yang menerima makanan, itu rezeki untuknya. Manakala yang membelanja makanan pula tidak akan mampu memberi tanpa kemurahan hati. Dan kemurahan hati itulah yang juga dinamakan rezeki.
Mengajak kawan makan merupakan suatu ritual bagi meraikan kemesraan antara satu sama lain. Apabila kawan mengundang kita datang ke rumah untuk makan-makan, pasti kita akan hadir dengan rasa besar hati. Kita pun datang membawa buah tangan sebagai tanda menghargai sebuah pelawaan.
Makan dan ‘makan-makan’ tak sama. Makan-makan adalah program keraian sambil berbual membincangkan sesuatu – tak kiralah berbual tentang hal biasa sehinggalah kepada projek-projek besar.
Dalam al-Quran banyak juga ayat tentang ‘tho-aamil miskeen’ atau memberi makan kepada orang miskin. Untuk menebus kesalahan misalnya, seperti meninggalkan ibadah puasa – kita diminta berbuat demikian. Yang menakjubkan ialah apabila tidak ada perasaan untuk memberi makan kepada orang susah, ia dikira sebagai salah satu faktor bagi seseorang itu dimasukkan ke dalam kategori pendusta agama. Itu yang disebut dalam surah al-Maun yang mengandungi tujuh ayat. Anda boleh menyemaknya sendiri sebab tak wajarlah saya untuk mengajar-ajar.
Nak-nak bagi orang yang mengaji. Selak-selak al-Quran dah jumpa surah al-Baqarah dan pada ayat ketiga sudah menyebut antara ciri orang bertakwa, mendapat petunjuk dan berjaya; salah satunya ialah membelanjakan atau mendermakan sebahagian daripada rezeki yang dikurniakan. Maknanya, jika payah kita nak melakukan apa yang dinyatakan pada ayat tersebut maka kita adalah sebaliknya. Aduh!
Tertampar rasanya apabila al-Quran melihat itu sebagai satu kriteria orang berjaya (al-falah). Dalam kita berdegar-degar berteori cakap pasal agama, suatu ujian sahaja sudah cukup untuk kita buktikan sebagai amali ialah mampukah kita ikhlas memberi makan kepada orang yang dilanda kesusahan?
Adik-beradik dan ahli keluarga kita cukup makankah? Jiran sekitar kita adakah sedang kelaparan? Kawan-kawan kita bagaimana? Teringat jiran cina saya di kampung yang mana bahasa Melayu mereka teruk dan sukar untuk berborak, ketika menyapa kami – soalan utamanya ialah sudah makankah? Soalan yang mudah tetapi mengandung makna yang berat.
Soal beri makan ini tidak tertakluk kepada manusia sahaja bahkan ketika makan sering kali kucing datang bawah meja dan menggesel kaki. Kemudian ia mengiau meminta makanan. Pedulikah kita?
Atau kita tak kisah tetapi berasa pelik mengapa ada manusia yang rela hati memberi makan kepada kucing dan anjing jalanan. Bahkan ada yang memberi makan kepada burung-burung. Kita mencemuh mereka kerana bagi kita orang-orang inilah yang menggalakkan membiaknya anjing dan kucing liar walhal kita pun tidak berbuat apa-apa untuk mengatasinya. Pandangan saya ini mungkin akan dilawan oleh orang lain dengan menyatakan jika kita senang-senang saja beri makan kepada orang yang meminta, ini seolah menggalakkan lagi puak-puak pemalas muncul meminta-meminta.
Betul, manusia ini macam-macam. Pasti akan ada manusia lain yang mengambil kesempatan atas kemuliaan hati pihak lain. Untuk saya, kita pandai-pandailah. Kalau orang datang ke meja kita untuk minta duit sudah pasti ada dua kemungkinan. Sama ada dia memang benar-benar susah atau mungkin dia seorang penipu. Sebab itulah bagi saya yang jahil ini, ajaran agama menggalakkan kita memberi makan. Ia adalah satu kaedah yang selamat untuk sebuah pertolongan. Jika seseorang itu benar-benar lapar, dia akan makan. Jika dia penipu, dia akan menolak dan pergi.
Dalam ayat ‘to-aamil miskeen’ (memberi makan kepada orang miskin) ini, saya mempunyai tamsilan sendiri. Bagi manusia sejahil saya, makan bukan setakat dibaca merujuk kepada jasmani sahaja. Rohani juga perlukan makanan dan makanan rohani ialah ilmu. Maka ayat memberi makan boleh juga saya baca sebagai memberi ilmu untuk orang miskin. Miskin yang dimaksudkan pula adalah miskin jiwa manakala lapar pula bukan hanya lapar perut tapi lapar rohani. Jadi, bagi manusia yang mahu jiwa kosongnya diisi – wajib bagi orang yang mengetahui memberikan ilmu kepada mereka.
“Terima kasih, bang.” Lelaki tadi bangun dan meminta diri kepada kami. Kami mengangguk dan melihat dia pergi ke meja sebelah sana untuk meminta sebatang rokok. Orang di meja sana memberi dia rokok. Dia terus berlalu.
Apakah dia memang miskin atau dia kurang siuman? Tak tahu. Yang pasti, dengan membayar makan minum dia pada malam itu tidak menjadikan harta kami berkurangan dan kami tidak juga jatuh miskin. Atau dia dihantar oleh Yang Maha Mengetahui kepada kami agar kami menjalani amali kepada ayat-ayat memberi makan yang disebut dalam al-Quran itu? Wallahu a’lam bissawab. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/12/bila-orang-datang-minta-makan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pernah Makan Ikan Puyu

Pernah Makan Ikan Puyu

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 126 hits
Assalamualaikum Semalam Acu bawak PZ pi Pasar Besar Seremban cari lauk untuk tengahari Acu belikan PZ ikan puyu besar2 dan gemuk gemuk seronok la PZ Ikan puyu tu hidup plak 4 ekor RM20 katanya sedap tu kalau masak lemak cili api pedas pedas...
Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 135 hits
Resipi kuetiau goreng basah seafood ini sesuai untuk hidangan sarapan atau pun makan malam kerana cukup mudah Sebelum pergi kerja atau pulang dari kerja pun tiada masalah untuk menyediakannya jika bahan sudah tersedia Paling penting hidanga...
Kelantan Pbt Siasat Tarian Colok Mata Dalam Majlis Makan Malam

Kelantan Pbt Siasat Tarian Colok Mata Dalam Majlis Makan Malam

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 120 hits
FMT ReportersExco Kelantan Hilmi Abdullah berkata semakan dengan Majlis Daerah Tanah Merah mendapati pihak penganjur tidak memohon permit untuk penganjuran acara itu Gambar tular persembahan tarian mencolok mata dalam majlis makan malam anj...
Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 212 hits
Astro AwaniMuhammad Ikmal Hakimi dan Nor Hasrul ditemukan selamat di perairan Acheh semalam dan dibawa pulang ke perairan negara dengan menaiki kapal Maritim fotoBERNAMABAYAN LEPAS Terpaksa makan ikan mentah dan minum air laut antara pengal...
Penoreh Getah Dijel 15 Tahun Makan Anak Sendiri

Penoreh Getah Dijel 15 Tahun Makan Anak Sendiri

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 123 hits
NOR SHAFAWATI YUPSEREMBAN Seorang penoreh getah dihukum penjara 15 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan sumbang mahram dengan anak perempuannya lima tahun lalu Tertu...
Makan Kek Di Maneh By Momo

Makan Kek Di Maneh By Momo

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 152 hits
Assalamualaikum WBT SEKARANG ni antara dessert yang dah viral semula ialah Tiramisu Sana sini sinun nampak ramai yang kongsi vtt tiramisu tak kisahlah sama ada buat sendiri jual dan beli Iman pun terhasut sekali tapi dia suruh maknya yang b...
Berhenti Makan

Berhenti Makan

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 212 hits
Assalamualaikum Perjalanan jauh menuju ke Phuket cuci mata dan isi perut tu wajib Bila cuaca cerah hujan dah berhenti kebetulan kami ternampak ramai wanita bertudung lalu lalang menaiki motosikal di jalan raya Rupanya kami dah sampai area K...
Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 136 hits
Assalammualaikum Dunia Yayyy Selepas penat memilih kek lapis warisan Sarawak jom ler kita pi mencekik Ha ha ha ha Jangan Marah ye Itu bahasa orang Melaka Bahasa halus dia Jom ler kita pergi makannn Mula muka tue cek kat google Paling top ad...
Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 439 hits
Kami bertolak pulang dari Pahang hari Ahad pagi memandangkan jalan agak lengang Maka kami tiba agak awal di Muar Jadi kita jalan jalan cari makan dulu Kali ni bawa anak anak makan tengah hari di kawasan jeti nelayan di Kesang Namanya kedai ...
A Proper System To Manage E Waste Is Both Profitable And Sustainable

Perencah Nasi Ayam Hainan Yang Mudah Dan Sedap Digunakan

What Are The Benefits Of Steamed Fish

Malaysia Asean Chairmanship Off To A Disappointing Start

Lirik Lagu Terapi Percuma Aepul Roza Sharul Kamal

Designing Easy Websites And Apps

Malaysiakini S Sabah Expos Ronald Asks If Govt Members Have Different Rules

Euro Dibawah Tekanan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Gunakan Prinsip Pilihan Dalam Semua Pergaulan Dan Perhubungan Anda Dalam Kehidupan

Pusat Pakaian Hari Hari Sediakan Kelengkapan Sekolah Setempat

Strategi Efisiensi Energi Pada Penggunaan Forklift Di Industri Logistik

Tuduh Pm Derhaka Tidak Berasas Hanya Modal Politik Pembangkang Penganalisis

Januari Telah Pun Meninggalkan Kita

Santai Santai Bowling