8 Tempat Glaming Terbaik Untuk Staycation Di Negeri Selangor


8 Tempat Glaming Terbaik Untuk Staycation Di Negeri Selangor | Alami keindahan alam semula jadi di Negeri Selangor dengan penuh gaya, ‘Glamping’ adalah pilihan yang terbaik!

Negeri Selangor sangat terkenal dengan destinasi pelancongan yang berkonsepkan eko dan pemandangan alam semula jadi yang cantik serta menakjubkan. Destinasi ini menjadi pilihan pecinta alam semula jadi dan ‘outdoor’. ‘Glamping’ atau ‘Perkhemahan Dengan Penuh Gaya” merupakan satu salah satu ‘trend’ pelancongan yang mendapat perhatian ramai. Mungkin ada pelancong yang tidak suka menginap dalam khemah biasa kerana kurang berasa selesa.


Tetapi dengan ‘Glamping’, anda boleh menginap dengan menggunakan khemah biasa, tetapi dengan lebih selesa dan penuh gaya. Kebiasaanya, glamping menyediakan kemudahan-kemudahan yang ‘extra’ seperti set tilam, kipas, lampu, dan decokari dalaman yang menarik.


Baca : Pengalaman Berglamping di Kuak Hill Resort, Lengong


Bayangkan kita boleh menghabiskan hari cuti, dengan berenang di kolam renang semasa matahari terbenam, sambal berehat dengan secawan teh, dan membuat aktiviti mendaki serta meredah kehijauan alam sekitar yang subur. Glamping dapat menyediakan pengalaman ini, dan ianya salah satu cara yang terbaik untuk kita melihat dan menikmati landskap Selangor yang menakjubkan. Berikut ialah senarai 8 tempat glamping yang cantik dan menarik yang patut anda kunjungi di Negeri Selangor!


1. Resort Taman Eko Rimba Komanwel, Rawang
kredit : lubarcamp via Instagram


Terdapat hutan yang hijau dan luas di sekitar Resort Taman Eko Rimba Komanwel, menjadikannya taman resort yang indah. Tempat ini menyediakan percutian yang sempurna untuk hujung minggu yang santai. Jika anda dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Rawang, singgahlah di Taman Hutan Komanwel, yang terletak betul-betul bersebelahan dengan laluan utama. Seperti namanya, Taman Eko Rimba Komanwel menggabungkan hutan tebal dengan taman yang indah, tasik dan pelbagai ciri lain untuk menyediakan pelancong dengan suasana yang indah di dalam hutan. Jika anda ingin pergi berkhemah pada hujung minggu, anda harus menempah tapak perkhemahan sekurang-kurangnya dua minggu lebih awal. Boleh dikatakan bahawa tapak perkhemahan di tepi tasik adalah pilihan utama oleh para pelancong di sini.
Hutan yang indah dan menghijau menyelubungi taman. Laluan mendaki juga boleh diakses oleh semua orang dari semua peringkat umur. 


2. River & Glamp, Batu Caves
kredit : riverandglamp via Instagram

Untuk Glamping, kita perlu pergi ke lokasi yang tepat dan semestinya mempunyai pandangan yang indah khsusnya di tepian sungai di Negeri Selangor. The River & Glamp yang teletak di Gombak ini terletak kira-kira 45 minit dari Kuala Lumpur dan 15 minit dari Batu Caves. Lokasi glamping ini yang cantik ini sudah pasti akan menyerlahkan ciri-ciri terbaik alam semula jadi untuk para pelancong. Untuk memenuhi permintaan, pakej yang disediakan adalah termasuk tiga hidangan iaitu, sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam, semuanya disajikan dalam suasana gaya glamping.


3. Dusun Bonda, Batang Kali
akenggdagang via instagram

Dusun Bonda yang terletak di Batang Kali, Hulu Selangor yang mulanya merupakan sebuah vila kecil milik orang persendirian. Disini kini terdapat juga tapak Glamping dan perkhemahan yang disusun di dalam dusun buah-buahan untuk kita menginap. Hal ini dapat menyediakan penginapan yang santai dalam suasana yang indah kepada para tetamu yang datang. Dusun Bonda juga menyediakan kemudahan yang mesra untuk kanak-kanak seperti air terjun dan kolam buatan. Keindahan kawasan dan susunan aktiviti pengalaman yang menarik untuk glamping menjadi keutamaan kepada Dusun Bonda kepada tetamu mereka.


4. Skycamp By Rimba Segara, Hulu Langat
kredit:  shaznur_hakimin via Instagram 


Skycamp by Rimba Segara merupakan tarikan terbaru terletak di kawasan Hulu Langat. Pengalaman glamping di sini dapat merasai suasana yang indah dengan sungai dan air terjun di tengah-tengah kebun tropika dan hutan di daerah Hulu Langat. Kawasan ini juga mempunyai gerai makanan dan kedai buah-buahan yang menarik di sepanjang jalan. Para penginap glamping juga boleh membawa makanan sendiri untuk dimasak. Kemudahan seperti peti sejuk dan semua peralatan memasak, termasuk gas juga disediakan. Kawasan Glamping ini diuruskan dengan kepekaan dan mesra alam sekitar. Penggunaan plastik dan Styrofoam adalah dihadkan.


5. The Sticks, Kuala Kubu Bharu
kredit : thesticksguide  via Instagram


The Sticks merupakan resort eko yang terletak di dalam Kawasan hutan di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. Ianya dibina di atas tapak bekas lombong bijih timah dengan mengambil kira kelestarian alam sekitar. Resort ini menjana tenaga elektrik melalui tenaga suria dan memperoleh punca air daripada aliran tempatan serta dibangunkan dengan konsep mesra alam. Para tetamu dapat meluangkan masa di ruang penginapan di dalam hutan yang dilengkapi dengan katil yang selesa, selimut mewah, kipas siling dan pemanas air. Kesemua tempat penginapan dalam 12 rumah adalah unik yang dipanggil sebagai 'tendok'. Tendok merupakan gabungan perkataan antara khemah dan pondok. The Sticks direka untuk memastikan pengalaman penginapan yang baik kepada alam semula jadi dan mengutamakan keselesaan. Para tetamu boleh berehat dan menikmati alam sekitar sambil bersantai di buaian, berenang dan terapung di sepanjang sungai, atau menjamu selera dengan hidangan lazat yang dimasak sendiri untuk memastikan keselesaan semasa penginapan mereka.


6. The Hid3out, Batu Caves
kredit : 
ashikin_hassan via Instagram

The Hid3out terletak di Sungai Tua, Batu Caves Selangor. Glamping di The Hid3out ialah cara terbaik untuk merasai aktiviti perkhemahan dengan lebih menarik. Para pengunjung tidak perlu risau dari segi kemudahan kerana di sini terdapat kelengkapan glamping yang telah disediakan. Antaranya seperti tilam, tandas dan lain-lain perkhidmatan. Para pengunjung juga boleh menggunakan ruang BBQ untuk menyediakan makanan dan menikmati penginapan mereka dengan baik.




7. Alpine Camp, Hulu Langat
kredit : ahmadsyauqqii via Instagram
Siapa kata anda tidak boleh menikmati keindahan semula jadi semasa walaupun berada di kawasan berdekatan dengan bandar? Alpine Camp menyediakan pengalaman glamping dengan suasana alam semula jadi yang berlatar belakangkan Sungai Lui dan Gunung Hitam. 
Terdapat lima khemah glamping disediakan, setiap satunya boleh memuatkan sehingga empat orang. Alpine Camp juga mempunyai surau dan dewan makan untuk kemudahan pengunjung. Pengunjung juga dapat menikmati keindahan sungai berdekatan dan ianya selamat untuk kanak-kanak.


8. Camp Out, Sunway Lagoon
kredit : sunwaylagoon via instagram


"Camp Out!" adalah pengalaman perkhemahan yang berkonsepkan glamping pertama di Sunway Lagoon. Ianya juga glamping yang pertama yang terletak di taman tema. Camp Out,Sunway Lagoon akan memberikan mengalaman taman tema terbaik mereka dari pagi hingga ke malam. Pengalaman ini merupakan versi yang lebih baik daripada aktiviti perkhemahan yang biasa kita lakukan. Ianya lengkap dengan makan malam barbeku, ruang kolam renang peribadi dan peluang untuk tidur di tengah-tengah taman tema Sunway Lagoon! Sudah pasti ia akan menjadi malam terbaik dalam hidup anda!




Anda tidak perlu tercari-cari lagi tempat penginapan yang unik, melainkan senarai tempat glamping seperti yang disenaraikan di atas untuk percutian ‘staycation’ anda pada masa akan datang. Kali ini, Tourism Selangor telah menyediakan senarai tarikan glamping untuk anda dan senarai ini disusun secara rawak. Pesanan kami, sebelum membuat tempahan dan pembayaran, kami mengesyorkan agar anda mendapatkan maklumat yang betul dan boleh dipercayai tentang pakej tawaran di setiap destinasi percutian. 


Untuk mencari tempat percutian yang lain, anda juga boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Negeri Selangor, atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas-kini.
#PusingSelangorDulu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2022/07/8-tempat-glaming-terbaik-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambut Hari Bapa Di Negeri Selangor 7 Aktiviti Pelancongan Terbaik Yang Pasti Menggembirakan Hati Bapa Anda

Sambut Hari Bapa Di Negeri Selangor 7 Aktiviti Pelancongan Terbaik Yang Pasti Menggembirakan Hati Bapa Anda

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 271 hits
Hi Korang Meluangkan masa bersama bapa anda semasa Hari Bapa adalah kualiti terbaik yang boleh anda lakukan Hargai jasa bapa anda dengan membawa mereka ke tempat yang menarik di Negeri Selangor ini Hari Bapa jatuh pada 19 Jun setiap tahun d...
10 Tarikan Pelancongan Yang Menyeronokkan Di Negeri Selangor Untuk Anak Anda

10 Tarikan Pelancongan Yang Menyeronokkan Di Negeri Selangor Untuk Anak Anda

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 347 hits
Rasai pengalaman yang menyeronokkan bersama keluarga anda di Negeri Selangor sambil anak anak anda mempelajari sesuatu yang baharu semasa percutian mereka Menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga anda adalah kualiti masa terbaik yang...
Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Gaji Rm1 353 Rm9 585 Minima Spm Layak Memohon

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Gaji Rm1 353 Rm9 585 Minima Spm Layak Memohon

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 217 hits
Berikut merupakan iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat Info kekosongan adalah seperti yang diiklankan di bawah Mingguan Kerja hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonanSegala pe...
Kutipan Hasil Negeri Pahang Mencecah Rm570 Juta Setakat Ini Hampiri Sasaran Rm1 Bilion

Kutipan Hasil Negeri Pahang Mencecah Rm570 Juta Setakat Ini Hampiri Sasaran Rm1 Bilion

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 173 hits
KUANTAN Kutipan hasil negeri Pahang mencecah RM750 juta setakat 22 Jun lepas menghampiri sasaran kutipan RM1 billion pada tahun ini kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail Beliau berkata ia dapat dicapai apabila kerajaan negeri b...
Program Latihan Industri Di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Program Latihan Industri Di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 317 hits
Program Latihan Industri di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia LHDN telah membuka peluang kerjaya kepada pelajar yang sedang mencari tempat untuk menjalani latihan industri bolehlah membuat permohonan sehingga tarikh tutup permohonan iaitu...
T22e02 Balik Kelantan Pada Hari Raya Pertama Dari Negeri Sembilan

T22e02 Balik Kelantan Pada Hari Raya Pertama Dari Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 195 hits
Pada jam 6 12 petang kami mula menghampiri Plaza Tol Kuala Terengganu Berlaku sedikit kesesakan di sini sehingga kami beratur di lorong kiri tetapi apabila Master beralih ke lorong kanan jalan sebenarnya lengang tiada kenderaan Mungkin semu...
Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2022

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2022

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 320 hits
Berita baik buat anak jati negeri Sabah kerana permohonan untuk Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah telah dibuka Biasiswa ini dibuka bagi calon yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjan Muda di Institusi Pengajian T...
Sejarah Negeri Kelantan Detik Detik Pengasasan Kerajaan Kelantan

Sejarah Negeri Kelantan Detik Detik Pengasasan Kerajaan Kelantan

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 294 hits
Sejarah Awal Negeri Kelantan Detik Detik Pengasasan Kerajaan Kelantan Negeri Kelantan Darul Naim merupakan salah sebuah negeri dalam Malaysia Negeri Kelantan ini disebut sebagai Klate atau Kelate mengikut dialek percakapan Melayu Kelantan K...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba