8 Tahun Tunggu Zuriat Nampak Suami Solat Malam Menangis Berdoa Supaya Saya Mengandung


Sesungguhnya sesebuah perkahwinan itu akan bertambah serinya apabila dikurniakan cahaya mata. Anak adalah anugerah terindah dan tidak boleh ditukar ganti dengan wang ringgit. Selepas beberapa tempoh berkahwin tetapi masih tiada rezeki mempunyai anak, sudah tentu emosi seorang isteri akan terganggu.
Paling penting, sokongan dari suami dan orang sekeliling. Ujian ini harus ditempuhi dengan tabah dan penuh kesabaran. Banyakkan berdoa dan berikhtiar selagi mampu. Ikuti pengakuan dari Amira yang menceritakan tentang kisahnya menanti zuriat selama lapan tahun usia perkahwinan.
8 Tahun Menanti Hi semua. Nama saya Amira, umur saya 34 tak pandai menulis. Tetapi saya mahu kongsikan kisah saya dan suami yang berusaha untuk mendapatkan anak. Banyak dugaannya, ia tak mudah. Selepas lapan tahun berkahwin, masih tak ada tanda-tanda saya hamil. Menangis jangan cerita, kering dah air mata dibuatnya.
Bila balik kampung, semua orang tanya bila nak beranak. Ada yang lebih kasar, menuduh saya merancang keluarga dan tak matang. Sudah lama berkahwin pun masih tak ada tanggung jawab nak jadi ibu. Sedih sangat.
Bersyukur, Suami Seorang Yang Baik Alhamdulillah suami seorang yang baik. Sangat memahami dan selalu tenangkan saya. Tapi saya tahu, dia memang mahukan seorang anak. Setiap kali saya lewat datang haid, dia yang paling excited belikan UPT. Dari yang murah sampai ke jenama paling mahal, semua dia borong. Bila keputusan negatif, dia tenangkan saya sedangkan dia menangis sendirian.
Paling sedih bila saya terjaga dari tidur, saya ternampak suami buat solat malam. Menangis-nangis berdoa supaya kami dikurniakan anak. Katanya, tak sanggup dia dengar orang perlekehkan isterinya dan dituduh mandul. Ya Allah, sedihnya saya bila dengar suami berdoa macam tu. Rasa macam isteri tak berguna.
Suruh Suami Kahwin Lain Suatu hari, saya suruh suami kahwin satu lagi. Saya cakap, terpulang pada dia. Sama ada nak madukan saya atau ceraikan saya. Saya reda. Pertama kali, selama kami berkahwin suami naikkan suaranya. “Tergamak sayang suruh abang buat macam tu. Sayang ingat, abang ni jenis lelaki tak ada maruah ke? Bukan itu satu-satunya cara nak dapat anak.” Saya masih ingat, itulah yang dia cakapkan pada saya. Selepas tu, dekat seminggu juga dia tak bercakap dengan saya.
Saya bersyukur kawan baik saya, namanya Yusra, banyak bagi semangat. Dia yang cadangkan saya untuk pergi buat pemeriksaan. Selama lapan tahun berkahwin, kami tak pernah rujuk masalah ni pada doktor. Cuma buat rawatan di kampung, berurut dan sebagainya. Yusra suruh saya rujuk dengan pakar. Yusra kata dulu kakaknya pergi ke sebuah hospital kesuburan dan berjaya hamil.
Suami tak kisah, dia dengan gembira menerima cadangan Yusra. Kami pun ke hospital untuk memeriksa tahap kesuburan. Berita baiknya, kedua-dua kami tak ada masalah. Ada potensi untuk hamil, cuma belum rezeki kata doktor.

Pergi Umrah, Doa Diberikan Rezeki Hamil Suami kata, tak salah nak cuba sekali lagi. Tapi dia cadangkan supaya kami tunaikan umrah. Suami kata elok kami bersedia dan perbaiki diri sebelum mencuba untuk hamil. Jadi kami buat persediaan untuk ke Tanah Suci. Alhamdulillah, semua dipermudahkan. Waktu beribadat di sana, saya rasa tenang sangat. Saya tak lepas berdoa supaya Allah SWT berikan keizinan-Nya untuk saya merasa menjadi seorang ibu.
Empat bulan selepas kami balik dari umrah, saya demam teruk. Badan jadi lembik, muntah tak berhenti. Nak makan pun tak lalu. Waktu tu, sampai saya tak perasan yang saya dah lewat datang haid. Bila mak mertua datang jenguk saya, dia kata mungkin saya mengandung. Saya tak meletakkan harapan yang tinggi, tapi saya buat juga ujian UPT tu.
Akhirnya, Saya MENGANDUNG! Ya Allah! Syukur Ya Allah. Memang dua garis ini lah yang saya tunggu sekian lama. Lama saya duduk dalam tandas, berkali-kali tengok keputusan ujian tu. Saya rancang nak buat kejutan untuk suami. Saya beli baju baby dan letakkan dalam kotak. Saya masukkan juga UPT yang saya buat tu. Kemudian saya letak atas katil sebelum keluar bekerja (saya ke pejabat lewat sikit dari suami dan dia akan balik lebih awal). Berdebar-debar saya tunggu dia balik kerja hari tu.
“Sayang, betul ke ni? Sayang pregnant?”. Suami tanyakan pada saya bila saya balik hari tu. Saya iyakan. Dan kami sama-sama menangis. Suami menjerit seronok. Lebih kurang seminggu selepas tu, suami bawa saya ke klinik. Kami disahkan hamil 10 minggu.
Kami Dapat Anak Kembar! Saya pendekkan cerita, perjalanan kehamilan saya tak ada masalah serius. Cuma mabuk teruk lebih kurang empat bulan dan selepas tu semuanya okay. Paling membahagiakan bila kami didapati hamil anak kembar!
Sekarang anak-anak kami sudah berusia 5 bulan. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Beza kelahiran cuma dua minit. Alhamdulillah saya bahagia dengan keluarga kecil saya sekarang. Suami pun semakin sayang pada saya . Nasihat saya, jangan mudah berputus asa dan selalulah berbincang dengan suami. Bersyukur dengan setiap yang kita ada dan jangan berhenti mencuba. Saya doakan semua wanita yang masih menanti untuk menjadi ibu dipermudahkan segala urusan kalian. Aamiin.
The post 8 Tahun Tunggu Zuriat, “Nampak Suami Solat Malam, Menangis Berdoa Supaya Saya Mengandung.” appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/8-tahun-tunggu-zuriat-nampak-suami-solat-malam-menangis-berdoa-supaya-saya-mengandung/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malam 15 Syaban Mendapatkan Redha Allah Dengan Solat Berdoa Dan Mengaji Al Quran 10145

Malam 15 Syaban Mendapatkan Redha Allah Dengan Solat Berdoa Dan Mengaji Al Quran 10145

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 269 hits
Rabu 8 April 2020 12 55Malam Ini Nisfu Syaban Berikut Doa Istimewa dan Tata Cara Salat Sunnah Malam Nisfu SyabanSERAMBINEWS COM jatuh pada malam ini Rabu NU or idNisfu Sya ban Sebagai umat Islam malam Nisfu Syaban sangat sayang untuk dilewa...
Selama 26 Tahun Tak Pernah Solat Akhirnya Wanita Ini Cuba Berubah Alhamdulillah

Selama 26 Tahun Tak Pernah Solat Akhirnya Wanita Ini Cuba Berubah Alhamdulillah

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 255 hits
Ada hikmah di sebalik penularan wabak Covid 19 yang melanda serata dunia ketika ini Seperti kisah seorang gadis yang pulang dari Eropah yang terjejas teruk dan diisytiharkan zon merah bagi wabak yang membawa maut itu Selama 26 Tahun Tak Per...
Seruan Solat Hajat Kepada Umat Islam Malaysia Sama Sama Berdoa Agar Segera Reda Ujian Ini

Seruan Solat Hajat Kepada Umat Islam Malaysia Sama Sama Berdoa Agar Segera Reda Ujian Ini

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 586 hits
Sebuah kenyataan media telah dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menyeru agar rakyat Malaysia beragama Islam untuk mendirikan solat hajat khusus untuk menolak wabak COVID 19 yang sedang menular hari ini ini yang telah d...
Kemungkinan Tiada Solat Tarawih Di Masjid Surau Tahun Ini Mufti Kedah

Kemungkinan Tiada Solat Tarawih Di Masjid Surau Tahun Ini Mufti Kedah

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 478 hits
ALOR SETAR Solat tarawih di seluruh negeri Kedah kemungkinan besar dibatalkan pada tahun ini namun tertakluk kepada ketetapan atau keputusan akhir daripada Kementerian Kesihatan susulan penularan pandemik koronavirus yang masih belum reda s...
Pasangan Ini Hidup Sebagai Suami Isteri 51 Tahun Meninggal Dunia Selang Enam Minit Akibat Covid 19

Pasangan Ini Hidup Sebagai Suami Isteri 51 Tahun Meninggal Dunia Selang Enam Minit Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 332 hits
Pasangan ini Hidup sebagai suami isteri 51 tahun meninggal dunia selang enam minit akibat COVID 19Pasangan Stuart 74 dan Adrian 72 mula jatuh sakit pada pertengahan Mac sebelum disahkan dijangkiti COVID 19 Hidup sebagai suami isteri 51 tahu...
Suami Kalau Geledah Dapur Waktu Malam Tolong Kemas Balik Dapur Ibarat Nadi Rumah Kena Bersih

Suami Kalau Geledah Dapur Waktu Malam Tolong Kemas Balik Dapur Ibarat Nadi Rumah Kena Bersih

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 418 hits
Bila tengok dapur bersepah dalam sinki penuh dengan cawan dan pinggan tentu rasa mood nak marah Terus terasa penatkan seoalah kerja yang tak habis habis Rasanya semua ibu ibu merasai kepenatan ini Tapi sekiranya dapur bersih pinggan tersusu...
Tiada Majlis Berbuka Puasa Dan Solat Terawih Sultan Selangor Bersama Rakyat Tahun Ini

Tiada Majlis Berbuka Puasa Dan Solat Terawih Sultan Selangor Bersama Rakyat Tahun Ini

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 242 hits
SHAH ALAM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan majlis berbuka puasa dan solat terawih bersama rakyat yang menjadi tradisi baginda di masjid seluruh negeri pada Ramadan tidak dianjurkan tahun ini Setiausaha Sulit Sultan S...
Kalaulah Pm Berdoa Menangis Lebih Awal

Kalaulah Pm Berdoa Menangis Lebih Awal

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 186 hits
Via WhatsApp DOA DAN TANGISAN Kalaulah ketika menjadi Menteri di KDN Muhyiddin berdoa dan menangis 4 pesakit COVID tidak akan dibawa masuk dari Singapore Kalaulah ketika menjadi Menteri di KDN Muhyiddin berdoa dan menangis 12 LTTE masih ber...
Pelaksanaan Solat Tarawih Menteri Minta Tunggu Pengumuman Pkp

Pelaksanaan Solat Tarawih Menteri Minta Tunggu Pengumuman Pkp

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 226 hits
Pelaksanaan solat Tarawih pada bulan Ramadan nanti masih menjadi tanda tanya dan bergantung kepada perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Foto oleh Choo Choy MayPUTRAJAYA 3 April Keputusan mengenai pelaksanaan solat Tarawih bulan Ramadan ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord