8 Spot Glamping Yang Best Di Malaysia Yang Patut Kamu Pergi
8 Spot Glamping Yang Best Di Malaysia Yang Patut Kamu Pergi (Versi 2023)
8 Spot Glamping Yang Best Di Malaysia Yang Patut Kamu Pergi (Versi 2023)
Rasa macam sudah lama tak hirup udara yang segar atau sertai pengembaraan yang dekat dengan alam semula jadi?
Kita dikatakan kira bertuah kerana tinggal di Malaysia; kerana negara ini kaya dengan landskap semula jadi dan keindahan tropika yang menunggu masa untuk kamu teroka.
Sekiranya kamu bersedia untuk sebuah pengambaran yang menarik dan unik; apa kata jom sama-sama dirikan khemah bermalam di bawah bintang dan bulan di spot glamping terbaik ini…
Taman Glamping Gopeng
Jarak perjalanan hanya 2 jam dari Kuala Lumpur, kamu pasti teruja bila ke Taman Glamping Gopeng, Perak. Sangat santai, sesuai untuk berkumpul dengan rakan, keluarga atau pasangan. Walaupun nampak simple, tapi tapak perkhemahan ini mampu memberikan keselesaan pada kamu.
Yang bestnya, kamu boleh ke Ipoh dalam jangka masa 30 minit pemanduan saja. Jangan lupa makan nasi ayam atau taufufah yang popular okay?
Sea Horizon Resort, Johor
Kalau nak jauh sikit, kamu boleh glamping di Sea Horizon Resort yang terletak di Johor. Dekat sini yang bestnya adalah tapak glamping dibina di atas tebing yang menghadap ke Laut China Selatan. Sambil berehat, bolehlah tenangkan fikiran dengan laut biru yang terbentang luas.
Alpine Camp, Hulu Langat
Berlatar belakangkan Sungai Lui dan Gunung Hitam, Alpine Camp tawarkan lima khemah glamping yang setiap satunya boleh muatkan hingga 4 orang. Spot glamping ini juga tawarkan surau dan dewan makan.
Dusun Bonda, Batang Kali
Tapak glamping dan perkhemahan yang disusun dalam dusun buah-buahan ini membolehkan kamu menikmati air terjun dan kolam buatan. Ada juga pelbagai aktiviti yang menawarkan pengalaman menarik untuk kamu cuba!
Tiarasa Escapes, Janda Baik
Terletak di kaki bukit Janda Baik, Pahang, tapak glamping ini dihiasi dengan khemah gaya safari dan ada juga vila tau. Menariknya tapak glamping ini dipenuhi dengan beranda yang luas, perabot, teepees, hammock dan kolam renan yang luas.
Aktiviti di sini yang boleh kamu cuba adalah memerhati burung, melihat bintang, menternak alam semula jadi, berenang, berkelah dan banyak lagi.
The Sticks, Kuala Kubu Bharu
Hanya di Kuala Kubu Bharu, spot glamping The Sticks ini adalah resort hutan mesra alam. Nak sampai ke resort, kamu perlu daki denai hutan selama 10 minit dan menyeberangi jambatan gantung.
Bila di sini, jangan lepaskan peluang untuk penuhkan masa kamu dengan aktiviti lasak seperti redah hutan, berakit, paragliding dan berenang.
Umea Glam Kundasang, Sabah
Jauh merentas laut, Umea Glam Kundasang adalah tempat glamping yang dikelilingi oleh pemandangan lembah, pokok dan gunung di Sabah. 4 unit khemah kubah dipenuhi dengan perabot, lantai papan kayu, kerusi dan katil. Paling best, selak tirai untuk lihat pemandangan yang sangat cantik!
Glamz@Genting, Genting Highlands
Nak feeling bangun di luar negara dengan kabus memenuhi pemandangan, kamu boleh alaminya di Glamz@Genting saja tau! Tempah penginapan di khemah berbentuk loceng atau kubah yang dilengkapi dengan jakuzi peribadi, sesuai sangatlah kalau nak berendam di bawah langit malam.
\
Selamat mencuba!
Resepi Tomyam Thai Istimewa
8 Spot Glamping Yang Best Di Malaysia Yang Patut Kamu Pergi (Versi 2023)
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Kes Rasuah Zeti dan Nazlan -“Ke Mana Mahathir?“
Bagaimana pula jika yang menipu status itu sang Hakim?
Anwar Ibrahim masih melankolik, retorik politik
Anwar Ibrahim harus henti bicara tentang rasuah jika Kes Zeti dan Nazlan pun tidak mampu buka.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
My TV Online
Telegram
Twitte
Hari ini yang dibicarakan bukan Najib Razak tapi mahkamah.
The post 8 Spot Glamping Yang Best Di Malaysia Yang Patut Kamu Pergi (Versi 2023) appeared first on My TV ONLINE.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://my-tv.online/2023/01/20/8-spot-glamping-yang-best-di-malaysia-yang-patut-kamu-pergi-versi-2023/