8 Punca Amalan Kita Ditolak Oleh Allah S W T Rileks Media


Sesungguhnya tujuan kita dihidupkan adalah untuk beribadah kepada Allah SWT. Jadi semua ibadah yang dikerjakan mestilah berlandaskan kepada iman, iaitu percaya bahawa hanya Allah sebagai penjamin hidup kita di dunia dan akhirat.
Namun, tidak semua amal ibadah kita diterima olehNya kerana terdapat syarat yang mungkin tidak penuhi dalam ibadah tersebut, antaranya;
#1- Memakan Harta yang Haram
Memakan harta haram sama saja dengan menumbuhkan daging yang haram dalam tu buh kita. Ini termasuklah memakan makanan yang dicu ri, hak kepunyaan anak yatim, serta makanan yang ternyata haram hukumnya seperti babi.
Memakan makanan yang haram juga membuatkan doa manusia tidak dimakbulkan Allah SWT.
Rasulullah SAW pernah bersabda;
“Ibadah yang disertai dengan memakan (makanan) yang haram sama saja seperti (mendirikan) bangunan di atas pasir.”
Al-Bihar 103 : 16
#2- Derhaka Terhadap Ibu Bapa
Menderhaka kepada ibu bapa sehingga menyakiti hati mereka akan menyebabkan amal ibadah ditolak dan tidak diterima oleh Allah.
Bersikap menghormati dan menyayangi ibu bapa sangat dituntut dalam Islam. Bukan saja tidak dimakbulkan doa, tetapi tidak akan mendapat keberkatan hidup kepada sesiapa yang menderhaka.
Imam Jaafar al-Shidiq mengatakan;
“Barang siapa yang memandang kedua-dua orang tuanya dengan pandangan kesal atau benci, maka solatnya tidak diterima.”
#3- Mengumpat (Ghibah)
Mengumpat merupakan perbuatan yang sangat diben ci oleh Allah SWT, begitu juga dengan perlakuan fitnah yang memecah-belahkan umat, sehingga setiap amal ibadah si pelaku tidak diterima oleh Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda;
“Barangsiapa yang mengumpat (ghibah) seorang muslim lelaki ataupun perempuan, maka tidak diterima solatnya dan puasanya selama 40 hari 40 malam, kecuali orang yang diumpat itu memaafkannya.”
#4- Minum Arak
Arak atau khamar merupakan minuman yang memabukkan yang membuatkan fikiran manusia menjadi menjadi separa sedar dan sukar dikawal. Minuman itu memberi banyak kesan buruk serta menyebabkan amal ibadah seseorang itu tidak diterima oleh Allah.
Rasulullah SAW pernah bersabda;
“Orang yang minum khamar tidak diterima solatnya selama 40 subuh (hari).”
#5- Meringan-ringankan Solat Dan Ibadah Lain
Menunda daripada mengerjakan solat, seperti solat fardhu, dan solat jumaat serta meremehkan perbuatan solat boleh membuatkan amalan ibadah lain tidak diterima Allah SWT.
Contohnya, berpuasa di bulan Ramadan, tetapi tidak mendirikan solat wajib. Sama juga, bersolat tetapi melakukan fitnah, bukankah semua itu sia-sia?
Dengan itu, solatlah di awal waktu, dan angkatlah setiap suruhan Allah di tempat yang tertinggi supaya Allah memandang setiap amalan soleh yang dikerjakan. Sesungguhnya solat adalah tiang agama Islam.
#6- Tidak Ikhlas
Ikhlas adalah kunci utama dalam beribadah. Jika sesuatu ibadah dilakukan atas niat lain seperti ingin dihormati, maka itu merupakan perbuatan yang tidak ikhlas dan menyebabkan amal ibadah yang lain tidak diterima oleh Allah.
Rasulullah SAW bersabda;
“Jika engkau melakukan amal (ibadah), lakukanlah semata-mata kerana Allah dengan ikhlas, kerana tidak akan diterima amal ibadah dari hambaNya, kecuali yang dilakukan dengan ikhlas.”
Hadis Riwayat Bukhari
#7- Bermegah Dan Bangga dengan Dunia
Allah SWT tidak akan menerima amal ibadah seseorang hambaNya yang melakukan amal ibadah yang bermegah-megah dengan harta benda, melainkan hartanya itu diinfaqkan kepada golongan miskin sebagai sedekah.
Begitu juga dengan sikap riak yang merupakan sifat inginkan pujian selain dari Allah, terutamanya dalam melakukan amal ibadah. Pendek kata sikap ini adalah menunjuk-nunjuk akan amalannya supaya dipuji. Semua ini adalah sikap yang sangat tidak disukai Allah SWT.
#8- Takabbur
Takabbur adalah sikap yang menyamai kesombongan yang sangat dibenci oleh Allah. Amalan yang dilakukan bukan berniat untuk Allah tetapi kerana perkara lain. Maka Allah menolak amal ibadah yang dilakukan oleh golongan ini sehingga dia bertaubat.
Sikap ini sebenarnya bukan sahaja menjauhkan doa dari dimakbulkan Allah, tetapi turut menjauhkan kita dari Allah. Bahkan dalam kalangan manusia sendiri tidak menyenangi golongan yang takkabur ini.
Kesimpulannya, wajib untuk mengetahui cara beribadah dan syarat-syaratnya agar setiap amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT dan setiap perbuatan itu tidaklah sia-sia belaka. Semoga setiap amalan kita diterima dan dinilai baik oleh Allah SWT. Amin.
Sumber : kataustaz
Source link
The post 8 Punca Amalan Kita Ditolak Oleh Allah S.W.T. – Rileks Media appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/8-punca-amalan-kita-ditolak-oleh-allah-s-w-t-rileks-media/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Amalan Pagi Hari Yang Membuat Hidup Lebih Berkah Rileks Media

6 Amalan Pagi Hari Yang Membuat Hidup Lebih Berkah Rileks Media

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 338 hits
TIDUR pagi memang terasa melenakan terutama bagi mereka yang memang tak bisa mengelakkannya Usai Subuh kepala langsung terasa berat dan hati pun seolah mendesak agar badan segera rebah dan secepat mungkin memejamkan mata Mungkin wajar membu...
5 Khasiat Amalan Makan Kurma Yang Anda Mungkin Tak Tahu Rileks Media

5 Khasiat Amalan Makan Kurma Yang Anda Mungkin Tak Tahu Rileks Media

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 311 hits
Makan buah kurma adalah sunnah yang dianjurkan oleh Rasulluah SAW kerana pelbagai khasiat yang baik untuk badan manusia Buah kurma adalah antara makanan yang cepat memberi tenaga dan cepat diserap dalam badan 1 M ngur ngk n risiko masalah j...
Amalan Semasa Pindah Rumah Baru Rileks Media

Amalan Semasa Pindah Rumah Baru Rileks Media

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 305 hits
Samada rumah sewa yg dh lama di tinggalkan kosong atau rumah baru siap Moga sharing ini memberi manfaat 1 Azan Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni ole...
Petua Elak Tanda Penuaan Elok Sangat Ibu Turunkan Amalan Ni Pada Seisi Keluarga Rileks Media

Petua Elak Tanda Penuaan Elok Sangat Ibu Turunkan Amalan Ni Pada Seisi Keluarga Rileks Media

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 399 hits
Mengimpikan kelihatan muda daripada usia sebenar tentunya ramai mahukannya Lazimnya kita juga sedar untuk kekal nampak muda dan cantik pastinya ada rutin penjagaan wajah harus diamalkan Selain penjagaan dari luaran amalan pemakanan dan gaya...
Hal Ini Sebenarnya Dilarang Ketika Menjelang Solat Maghrib Namun Sering Dilanggar Oleh Umat Muslim Rileks Media

Hal Ini Sebenarnya Dilarang Ketika Menjelang Solat Maghrib Namun Sering Dilanggar Oleh Umat Muslim Rileks Media

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 373 hits
Apabila Maghrib tiba rata rata penduduk Indonesia terutama dipelosok pelosok yang penduduknya Muslim segera bergegas meninggalkan pekerjaannya dan akan pulang ke rumah sambil menutup rumah dan bersiap ke Masjid untuk solat jamaah Ternyata l...
9 Amalan Hari Jumaat Agar Sentiasa Didoakan Malaikat Rileks Media

9 Amalan Hari Jumaat Agar Sentiasa Didoakan Malaikat Rileks Media

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 355 hits
HARI JUMAAT LAGI HEBAT DARI HARI RAYA Rasulullah s a w bersabda Sesungguhnya hari Jumaaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah pada har...
Amalan Doa Pengasihan Nabi Yusuf Paling Ampuh Rileks Media

Amalan Doa Pengasihan Nabi Yusuf Paling Ampuh Rileks Media

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 403 hits
Doa Pengasihan Nabi Yusuf Amalan doa pengasihan ini memang sangat terkenal Amalan ini merupakan salah satu amalan pengasihan Islam yang menggunakan ayat ayat al Qur an Ada banyak amalan dan doa yang bisa diwiridkan untuk berbagai macam tuju...
Doa Mohon Hidayah Allah Swt Agar Hati Lembut Untuk Solat Dan Taat Perentah Allah Rileks Media

Doa Mohon Hidayah Allah Swt Agar Hati Lembut Untuk Solat Dan Taat Perentah Allah Rileks Media

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 620 hits
JOM TONTON VIDEO CERAMAH TERKINI Bagaimana Nak Dapat Hidayah Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid Setiap kali selepas solat Sentiasa berdoalah supaya Allah SWT memberi hidayah kpd kita Jangan kagum dgn amal ibadah yg kita lakukan selama ini ker...
Ikuti 8 Panduan Ini Ketika Mengandung Insha Allah Anak Bijak Dan Mendengar Kata Rileks Media

Ikuti 8 Panduan Ini Ketika Mengandung Insha Allah Anak Bijak Dan Mendengar Kata Rileks Media

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 340 hits
8 Panduan yang boleh dilakukan ketika mengandung jika mahu anak bijak dan mendengar kata 1 Pemakanan Sihat Makanan Yang Boleh Membu nuh Parasit Dalam Badan Secara Semulajadi Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan ota...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik