8 November 2019 Nikah
Saat Aku Menjadi Miliknya
assalamualaikum and hello lads! apa khabar semua? haritu aku dah share mengenai vendor yang aku dan husband ambil masa majlis kahwin kami, kalini aku nak share peristiwa paling indah yang berlaku dalam hidup aku. alhamdulillah, siapa sangka hubungan kami bertahan sehingga ke jinjang pelamin. semoga jodoh kami panjang in shaa Allah.
nak tahu tak, beberapa jam sebelum aku dinikahkan dengan husband, aku sempat lagi pergi salon cuci rambut. HAHA. setepek kena bebel dengan umi. tapi aku rimas rambut dah frizzy sangat macam apa je. takut husband terkejut je tengok rupa bila buka tudung nanti. jadi, aku gigihkan juga pergi. hairstylist siap suggest treatment yang bagus untuk aku. and tak semena-mena, dua kali kena bebel pada hari yang sama. hairstylist pun bising aku datang berapa jam before kahwin. rushing lah haha.
majlis nikah kami bermula selepas waktu Asar. jadi pukul 3petang, videographer and MUA dah sampai masa tu untuk ambil gambar dan mekapkan wajah aku. aku ambil servis dari Maljvmua. satu sebab dia mekap cantik, satu lagi sebab akak ni dekat je rumahnya dengan kawasan rumah aku. jadi aku tak risau kalau akak ni sesat ke lorong belakang.
make sure before nikah tu korang dah mandi tau. karang mekap baru nak tu la nak ni la, kena marah untuk kali ke berapa pula karang. mekap mengambil masa selama 1 jam setengah. lamaaa.. tapi sebab nak cantik punya pasal kan. gigih la hadap muka ni.
baju nikah aku beli sendiri. husband pun beli sendiri. mulanya nak warna putih macam orang lain juga. tapi fikir balik, tahun bila pula aku nak pakai lagi sekali baju putih tu, so aku decide untuk tukar warna. mujur husband okay dengan keputusan aku ni. aku beli dekat Pekan Rabu je bajunya haha. lawa pula terus aku beli.
crown pula aku beli online dekat Inamorata. semua aku dah share di entry vendor. memang nice sangat. ikut kehendak aku. ikut masing-masing la. ada yang prefer beli murah di Shopee je. pun ada. ada beli mahal.
kasut pula aku order custom di Christy Ng. okay aku beli kasut dia before isu Christy Ng tu keluar ye. memang lawa! i love it to the max!
usai azan Asar, semua pun dah solat, keluarga husband pun sampai ke rumah. pelamin aku minta setup dekat porch antara rumah umi dengan rumah nenek. sebab senang orang nak bergambar. jadi banyak space untuk buat majlis nikah di dalam rumah. aku masih di atas sampailah ayah sendiri iring aku turun duduk di bawah. husband terkejut tengok muka aku dah berubah lain sangat hahahaha... walaupun aku rabun tapi still boleh nampak reaksi dia.
tengok husband nampak steady je tak nervous pun. tapi dalam dia dan Allah je tahu kan. alhamdulillah, selepas beberapa minit kemudian diikuti percubaan lafaz nikah, akhirnya dengan sekali lafaz, kami sah menjadi suami isteri. lepas buat solat sujud syukur, kami pun meneruskan dengan acara bergambar bersama keluarga.
nanti aku akan share budget untuk majlis nikah dan sanding kami okay :) next entry pasal majlis sanding pula. adios~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.amysyeera.com/2019/12/8-november-2019-nikah.html