8 Menteri Patut Letak Jawatan Serentak Bersama Mahiaddin


SUSUPAN MALAM

DARIPADA 32 orang menteri dalam kerajaan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.Curitokrasi pimpinan Mahiaddin Md Yassin, sekurang-kurang lapan menteri perlu mengambil tanggungjawab terhadap kelemahan, kelembaban dan kegagalan mereka menguruskan negara khasnya mengawal pandemik Covid-19 dengan meletak jawatan.

Menteri-menteri itu ialah,

1. KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR, (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) yang bertanggung-jawab menguruskan pembelian vaksin dan pelaksanaan program imunisasi Covid-19.

Beberapa kenyataan dikeluar Khairy sangat meragukan dan boleh dipertikaikan. Ada unsur berdolak dalih seperti mahu menyembunyikan sesuatu di sebalik kenyataanya. Terbaru mengenai dakwaannya yang negara EU telah membolot vaksin menyebabkan program mega PPV tidak dapat dilaksanakan dalam kadar cepat. 
Tidak sampai 48 jam dakwaan itu dinafikan oleh Duta EU di Kuala Lumpur. Kantoilah Khairy. 
Khairy berjaya mempamerkan lagaknya sebagai budak bijak, tetapi hasilnya mengecewakan.

2. HAMZAH ZAINUDDIN: (Menteri Dalam Negeri (KDN) yang bertanggungjawab terhadap keselamatan negara. Keupayannya menguruskan soal keselamatan negara boleh dipersoalkan. Salah satu sebab pandemik sukar dibendung kerana kegagalan (kelonggaran) penguatkuasaan terhadap orang ramai. Aspek penguatkuasaannya terletak ditangan PDRM dibawah seliaannya. 
Paling mendukacitakan dirinya sendiri gagal menjadi contoh sebagai seorang rakyat berdisiplin apabila beberapa kali tidak memakai pelituk muka. Ada di sudut-sudut tertentu penguatkuasaan PDRM terhadap orang ramai dilakukan bertompok dan tidak merata. Sesetengah tindakan PDRM diketawakan oleh orang ramai disebabkan tidak munasabah. 

3. ISMAIL SABRI YAAKOB (Menteri Pertahanan) yang juga bertindak sebagai jurucakap kerajaan setiap hari. Kenyataan daripadanya penting untuk dipatuhi dan dijadikan pedoman oleh rakyat, tetapi sayang ianya tidak tegas, lembek, dan berubah-rubah tidak konsisten macam warna baju yang beliau pakai setiap kali tampil membuat kenyataan, bervariasi. Walaupun beliau sebagai menteri pertahanan yang seharusnya tegas, tetapi ayam dan itik pun tidak menggeruminya.  

Kenyataanya juga tidak selari dengan kenyataan menteri-menteri lain menyebabkan sering bercanggah antara satu sama lain dan menyebabkan rakyat bingung dan keliru.  Alhasilnya dia disumpah berbakul-bakul setiap hari. Seolah-olah Ismail cakap apa yang tidak dibincang dalam MKN yang disertainya. Kejadian ini menyebabkan wibawanya sebagai Menhan spoi.

4. ADHAM BABA (Menteri Kesihatan) yang bertanggungjawab langsung kepada soal kesihatan rakyat negara ini. Dengan jumlah kematian kerana Covid sudah cecah angka 4,637 dan jumlah kes kumulatif sebagai 711,006 jelas menunjukkan KKM sebagai tunggak utama dalam menangani Covid gagal. Negara-negara sudah nampak cahaya di hujung terowong mengenai Covid ini, negara kita terus bergelapan. Atas kegagalan ini wajar beliau mengambil tanggungjawab meletak jawatan.

5. HISHAMMUDDIN HUSSEIN (Menteri Luar). Wibawanya sebagai menteri luar boleh dipertikai dan dipersoalkan. Peranannya bukan saja tidak membawa keuntungan kepada negara tetapi memalukan negara. Beliau tidak layak jadi Menelu kerana tidak mempunyai daya diplomasi dan konteks meluas dengan negara-negara luar untuk mempengaruhi ketua-ketua negara asing khasnya negara yang mengeluarkan vaksin untuk diperolehi negara kita dengan cepat.

Baru-baru ini beliau mengunjungi Presiden Mesir, walhal sepatutnya beliau ke negara-negara EU yang didakwa Khairy membolot vaksin itu. Untuk apakah ke Mesir, atau nak cari tahi Unta bagi dijadikan penawar Covid, buat baja Kobis bolehlah tahi Unta itu

Beliau juga lebih banyak bekerja untuk mencapai cita-cita politiknya untuk jadi PM daripada membantu negara keluar daripada pandemik. Apa didedahkan Nazri Aziz hari ini menjelaskan perkara itu. Menurut Nazri dia yang jadi taukeh kumpul SD sokong anak Hussein Onn itu. 

6. MOHAMED AZMIN ALI: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Azmin lebih banyak bercakap fasal fakta-fakta dan memberi unjuran perkembangan ekonomi yang tidak munasabah dan masuk akal sedang dalam masa sama makin banyak pelabur asing sedia ada meninggalkan negara ini berpindah ke negara jiran. 
Langkah pelabur ini disebabkan beliau tidak berkeupayaan untuk mengurus dan menyakinkan pelabur yang sedia ada supaya kekal. Seperti juga Hishammuddin, Azmin lebih ralik mencatur masa depan politiknya daripada memikirkan soal nasib rakyat dibaham Covid. 14 bulan jadi menteri kabinet bukan untuk bantuk negara, tetapi untuk memperkuatkan diri sendiri. 

7. RADZI JIDIN (Menteri Pendidikan). Kegagalan menteri ini jelas apabila untuk mengatur jadual persekolahan pun tidak tahu dan nampak "terguai gai" macam Beruk tersangkut di dahan pelepah nyiur menyebabkan warga guru dan murid kebingungan.

Sekejap sekolah dibuka, sekejap sekolah ditutup. Sekejap buka semula sekejap tutup pula. Tukang sapu dan jaga sekolah lebih arif dan memahami persekitaraan dan dunia sekolah berbanding dengannya, walaupun dia dakwa pernah bekerja di Tasmania Hobart, Australia selama 20 tahun. Mungkin betul juga, berada di sana bukan kerja bersangkutan dengan pendidikan boleh jadi menjadi pemungut bola golf. 

Beliau "buah cempedak di luar pagar" tetapi egonya tinggi enggan belajar dengan pegawai kementerian yang lebih arif mengenai dunia persekolahan. Janjinya untuk beri tablet kepada murid berjumlah 150,000 unit sudah hilang ke mana, apabila tidak sampai 20,000 unit tablet sahaja yang sampai. Terbaru umumkan yang kerajaan akan mengambil 18,000 guru baru, untuk mengajar apa dalam masa PKT dan darurat ini, untuk mengajar Beruk barang kali. 

8. TAKIYUDDIN HASSAN (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), yang jaga undang-undang dan Parlimen. Sama seperti Radzi tidak mahu belajar dan ego tinggi menyebabkan nampak sangat kecetakan pengetahuannya mengenai undang-undang dan perlembagaan negara.

Paling dangkal apabila beliau gagal untuk menafsirkan titah Yang di-Pertuan Agong agar Parlimen dibuka secepat mungkin. Kerana kedangkalan itu beliau diketawa dan diejek oleh orang ramai sebagai tidak reti bahasa Melayu. Sebenarnya beliau tahu dan reti tetapi sengaja berbuat begitu kerana hendak membodek perdana menteri. Takiyuddin ini terkenal sebagai kaki bodek dan politik play safe

8. ZULKIFLI BAKRI (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama. Sebagai individu bertanggungjawab dalam hal ehwal agama, sepatutnya beliau menggunakan kepakaran dan saluran yang ada untuk mendidik dan mengajak manusia bersikap terbuka (tasamuh) dalam menghadapi bencana Covid hari ini. Beliau harus lebih kreatif untuk mendamaikan keadaan emosi rakyat.

Tetapi hal itu tidak tertunjuk, beliau sebaliknya lebih gemar kepada kerja-kerja untuk mencari glamour dengan artis, hadir majlis tahnik anak penghibur, hadir majlis akad nikah dan sebagainya, dimana tugas itu tidak perlu dia yang tangani cukup Tok Siak kopiah robek sahaja melakukannya. Susah kalau menteri tidak tahu tanggungjawab dan amanah sebagai menteri. 

Saksiahnya sebagai menteri agama gagal dipamerkan apabila beliau sendiri melanggar SOP Covid, menunjuk-nunjuk diri apabila dapat naik jet peribadi ke Madinah. Terlengak-lengak macam Kera Duku kena belacan. 

Kesemua mereka ini patut secara serentak meletak jawatan bersama Mahiaddin Yassin, sebagai tanggungjawab atas kegagalan mereka mentadbir negara selama setahun 14 bulan. Sikap akauntabiliti itu lebih mulia daripada berdegil untuk tidak melepaskan jawatan dengan menggunakan seribu helah yang tidak munasabah dan pandir mandir. Harapnya mereka insaf dan sedarlah bahawa kelemahan mereka, ketidakupayaan mereka boleh menyebabkan negara dan rakyat berada dalam keadaan makin parah. [wm.kl. 8:49 pm 23/06/2021]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/03/mengenang-hafiz-musa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ajk Srikandi Bersatu Johor Bahru Letak Jawatan Negeri Mahiaddin Bergolak

Ajk Srikandi Bersatu Johor Bahru Letak Jawatan Negeri Mahiaddin Bergolak

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 413 hits
Perletakkan jawatan secara beramai ramai Srikandi Bersatu Johor Bahru yang tular di media sosial ketika ini menimbulkan persoalan mengenai kemampuan Perdana Menteri Mahiaddin Yassin mengendalikan parti beliau Menurut Ketua Wanita KEADILAN J...
Muhyiddin Akan Bagi Amanat Jam 5 Keputusan Gempaq Apa Ka Letak Jawatan Atau Nak Bagi Moratorium Kot Keh Keh

Muhyiddin Akan Bagi Amanat Jam 5 Keputusan Gempaq Apa Ka Letak Jawatan Atau Nak Bagi Moratorium Kot Keh Keh

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 221 hits
Terkini Muhyiddin buat perutusan khas tergempar petang iniJune 15 2021 Saksikan Perutusan Khas oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pelan Pemulihan Negara pada 15 Jun 2021 jam 5 petang ini PerutusanKhas PM BH
Warganet Lancar Petisyen Online Desak Muhyiddin Letak Jawatan

Warganet Lancar Petisyen Online Desak Muhyiddin Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 184 hits
Mhdaily Gempar Warganet lancar petisyen online desak Muhyiddin letak jawatanMenjunjung titah dan menjunjung kasih kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong yang menitahkan agar Parlimen bersidang dengan ...
Rentasan 912 Gantung Parlimen Ternyata Mahiaddin Silap Perhitungan

Rentasan 912 Gantung Parlimen Ternyata Mahiaddin Silap Perhitungan

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 266 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9121 NAK KAJI APA LAGI BUKA SAJA PARLIMEN 2 SUNGGUHKAH PAS GAGAL 100 3 MUAFAKAT NASIONAL YANG TAK SEPAKAT 4 DI MANA PN JUMPA TENTERA RBA
Dah Dilucut Jawatan Tu Jangan Lupa Letak Jawatan Ya

Dah Dilucut Jawatan Tu Jangan Lupa Letak Jawatan Ya

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 331 hits
Selepas lebih setahun pergolakan dalaman PKR sehingga menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan tumbang parti itu kini sekali lagi dilihat bergolak Kali ini sekurang kurangnya dua kepimpinan Pemuda PKR negeri dibubarkan dan beberapa pemimpin say...
Ceo Burberry Letak Jawatan Pindah Ke Salvatore Ferragamo

Ceo Burberry Letak Jawatan Pindah Ke Salvatore Ferragamo

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 278 hits
CEO Burberry letak jawatan pindah ke Salvatore Ferragamo Dikemas kini 36 saat yang lalu Diterbitkan pada 28 Jun 2021 7 30PM
Bersatu Srikandi Jb Tidak Bubar Walau Barisan Pimpinan Letak Jawatan

Bersatu Srikandi Jb Tidak Bubar Walau Barisan Pimpinan Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 168 hits
Bersatu Johor Bahru menjelaskan Srikandi Bahagian Johor Bahru tidak dibubarkan seperti tular di media sosial sebaliknya masih berjalan seperti biasa untuk berkhidmat kepada masyarakat dan parti Ketua Bahagian Bersatu Bahagian Johor Bahru Ab...
Wordplay And Slang For Brand Name

Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Worldcoin Dan Ai

Umno Lifts Tajuddin S 6 Year Suspension

Lady Renounces Malaysian Citizenship In Video Gets Bashed By Nationalist Netizens

Pasar Jom Santai Melayu Klasik Di Lotus Ampang Meriah

Warung Tepi Sawah 2769 Kangar

Makan Steamboat Dapat Henna Free