8 Makanan Utama Bantu Luka Pembedahan Cepat Sembuh
Bagi memastikan luka pembedahan cepat sembuh, pengambilan nutrisi yang berkhasiat sangat penting. Ini bagi memastikan badan kita sihat dan berupaya untuk menyembuhkan kawasan luka tersebut. Sistem badan kita sendiri dapat membantu luka pembedahan cepat sembuh.
Makanan yang berkhasiat dapat tingkat imun sistem badan kita untuk melawan jangkitan. Ia juga bantu cepatkan luka kering dan mengurangkan rasa sakit. Makanan yang berkhasiat juga dapat meningkatkan tenaga badan kita selepas pembedahan supaya boleh cepat baik dan kekal aktif.
Akan tetapi, banyak sangat mitos dengan pengambilan sesetengah makanan boleh bawa mudarat kepada luka pembedahan tersebut. Luka pembedahan yang lambat sembuh mempunyai risiko tinggi untuk dijangkiti kuman sekiranya tidak dijaga dengan baik. Jadi, sangat penting untuk kita memastikan makanan yang kita ambil dapat membantu luka pembedahan cepat sembuh.
Makanan Yang Membantu Luka Pembedahan Cepat Sembuh
Berikut adalah makanan yang sangat bagus untuk diambil sekiranya anda mahukan luka pembedahan cepat sembuh dan kering tanpa berlakunya jangkitan kuman.
#1: Makanan kaya dengan Protein
Protein sangat penting untuk memastikan luka pembedahan cepat sembuh. Fungsi protein adalah untuk memperbaiki sel-sel yang telah rosak akibat pembedahan. Ia juga membantu untuk mempercepatkan penggantian sel-sel yang baru yang lebih sihat.
Antara contoh makanan yang kaya dengan protein adalah telur, ikan, daging merah dan kekacang. Secara purata, orang dewasa perlu mengambil protein sebanyak 0.8g untuk setiap kilogram berat badan kita. Contohnya sekiranya berat kita 45kg, jadi kita perlu mengambil 36g protein. Akan tetapi kita memerlukan lebih banyak lagi protein selepas menjalani pembedahan supaya luka pembedahan cepat sembuh.
ESP juga mengandungi sumber protein yang tinggi. Ia sangat bagus diambil supaya luka pembedahan cepat sembuh. Ia juga dapat membantu memudarkan parut luka.
#2: Makanan yang mengandungi tinggi serat
Makanan yang kaya dengan serat sangat bagus untuk sistem penghadaman. Ia bagus diambil pada mereka yang mempunyai masalah penghadaman. Bagi mereka yang mengalami luka pembedahan bersalin atau yang mengambil antibiotik, pastinya akan mengalami masalah sukar membuang najis.
Jadi pengambilan makanan yang kaya dengan serat seperti buah prun, epal, pear, oat dan kekacang dapat membantu masalah penghadaman ini.
#3: Makanan hasil daripada produk tenusu
Produk tenusu seperti susu dan yogurt sangat membantu mempercepatkan luka pembedahan sembuh kerana ia kaya dengan protein dan zink. Yogurt juga dapat menambah bakteria baik yang terdapat dalam perut kita. Bakteria baik ini berfungsi untuk membantu proses penghadaman makanan di dalam perut seterusnya menghasilkan nutrisi yang dapat meningkatkan sistem imun badan kita.
Peningkatan sistem imun badan dapat membantu mengelakkan luka dari jangkitan kuman seterusnya dapat membantu luka pembedahan cepat sembuh. Tetapi, elakkan pengambilan yogurt yang mengandungi pewarna tiruan dan gula yang berlebihan. Ia hanya akan memudaratkan lagi luka pembedahan anda.
#4: Makanan yang kaya dengan Vitamin C
Vitamin C sangat penting untuk mempercepatkan kadar penyembuhan luka kerana ia dapat meningkatkan antibodi badan kita. Vitamin C juga dapat mempertingkatkan penghasilan kolagen dalam kulit.
Kolagen adalah protein paling banyak terdapat dalam kulit. Kandungan kolagen dapat membantu mengeringkan kawasan luka dengan membentuk gentian di permukaan kulit yang luka.
Antara sumber makanan yang kaya dengan vitamin C adalah cili benggala (terutama cili benggala merah), buah kiwi, tomato, buah-buahan citrus (oren, anggur), dan brokoli.
#5: Makanan yang kaya dengan Vitamin A
Vitamin A juga sangat penting untuk diambil supaya luka pembedahan cepat sembuh. Ia dapat membantu meningkatkan kesihatan kulit dan pertumbuhan sel. Ia dapat memperbaiki dan memulihkan tisu lembut pada kulit.
Sumber vitamin A boleh didapati daripada buah-buahan berwarna oren dan kuning. Selain itu lobak merah, ubi manis, dan aprikot juga mengandungi kandungan vitamin A yang tinggi. Sayuran berdaun hijau seperti bayam, sawi hijau, dan kailan juga mengandungi vitamin A yang banyak.
Dicadangkan untuk mengambil lebih kurang 10,000 IU vitamin A selepas pembedahan.
#6: Makanan yang kaya dengan unsur Zink
Mineral zink mempunyai banyak manfaat kepada badan kita. Ia dapat membantu mengawal kandungan gula dalam darah dan meningkatkan fungsi imun sistem badan. Ia juga dapat meningkatkan penyembuhan luka.
Terdapat banyak makanan yang kaya dengan ineral zink. Antaranya adalah daging merah, udang, kacang pea, asparagus, brokoli dan sayur-sayuran berdaun hijau.
#7: Makanan yang mengandungi lemak
Untuk memastikan luka cepat sembuh, makanan yang mengandungi lemak juga perlu diambil. Ia sangat penting untuk memberikan tenaga kepada badan supaya kekal aktif. Selain itu, lemak juga berfungsi untuk melarutkan vitamin A, D, E, dan K. Tanpa lemak, vitamin-vitamin ini tidak dapat berfungsi dengan bagus.
Selain itu, terdapat kajian mengatakan, lemak juga bagus untuk menutup luka dan membaikpulih sel-sel yang terdapat disekitar kawasan luka. Antara makanan yang mengandungi lemak baik untuk diambil adalah minyak zaitun, minyak canola, kekacang, avocado, margerin, dan mentega.
#8: Makanan kaya dengan antioksidan
Antioksidan sangat penting untuk memastikan luka pembedahan cepat sembuh. Ini kerana antioksidan berupaya untuk membaikpulih sel-sel yang telah rosak disekitar kawasan luka.
Antioksidan juga dapat membantu dalam menghapuskan radikal bebas yang mungkin terhasil sewaktu proses pembedahan dijalankan ataupun daripada penggunaan antibiotik sewaktu pembedahan. Stress juga boleh menyebabkan terhasilnya radikal bebas di dalam badan.
Radikal bebas boleh menyebabkan proses baik pulih jadi lambat dan akan mengakibatkan luka lambat sembuh. Antara makanan yang kaya dengan antioksidan adalah seperti strawbery, blueberi, delima dan sebagainya.
Cara Cepat Sembuhkan Luka Pembedahan
Terdapat lagi satu alternatif yang boleh diambil untuk memastikan kawasan luka pembedahan yang dialami cepat sembuh. Iaitu dengan pengambilan makanan tambahan yang kaya dengan antioksidan. Antioksidan yang dimaksudkan adalah jenis resveratrol dan polifenol.
Kedua-dua antioksidan ini dapat membantu memulihkan luka dengan cepat. Ini kerana antioksidan ini mampu membaikpulih sel-sel yang telah rosak akibat luka pembedahan tersebut. Bayangkan berapa banyak sel yang telah termusnah akibat pembedahan yang dilakukan. Sel-sel yang terdapat pada kulit samada dilapisan dalam ataupun kulit dibahagian atas, akan rosak akibat pembedahan yang dilakukan.
Jadi, resveratrol dan polifenol ini dapat bantu untuk menghasilkan sel yang lebih sihat untuk memastikan kawasan luka tersebut akan kering dan sembuh dengan cepat. Resveratrol dan polifenol ini juga bantu untuk tingkatkan tenaga sel kita. Apabila sel kita sihat dan aktif, proses penyembuhan akan menjadi lebih cepat. Sebab tu, ramai yang mengambil resveratrol dan polifenol ini akan menyatakan bahawa luka mereka cepat kering dan sembuh.
Vivix kaya dengan Resveratrol dan Polifenol
Satu-satunya makanan tambahan yang kaya dengan antioksidan resveratrol dan polifenol adalah Vivix. Ia merupakan minuman botani yang dihasilkan daripada bahan semulajadi yang kaya dengan antioksidan. Vivix mengandungi 15 jenis polifenol dan resveratrol yang bantu untuk tingkatkan kesihatan kita semua.
Berikut adalah salah satu pengalaman seorang ayah yang telah melalui satu pembedahan pembuangan isi dibahagian kaki. Selepas pembedahan, luka dibiarkan begitu sahaja (gambar 2) supaya luka cepat kering. Akan tetapi dengan pengambilan vivix, ia dapat membantu luka kering dengan cepat dan isi yang baru tumbuh dengan elok tanpa sebarang jangkitan.
Dalam masa kurang dari sebulan, penderitaan ayah ini telah berakhir. Bayangkan betapa sakitnya kalau nak cuci luka tersebut. Luka pembedahan sebegini mudah sahaja untuk dijangkiti kuman kan. Kalau dijangkiti kuman, dan kuman cepat merebak, risiko untuk doktor melakukan pembedahan pembuangan kaki adalah sangat tinggi. Ini kerana bila kuman tidak dapat dikawal, ia boleh menyebabkan infeksi pada bahagian lain pula.
Jadi, kepada anda atau orang yang anda sayang nak luka pembedahan mereka cepat sembuh dan kering, amalkan pengambilan antiksidan yang tinggi yang terdapat dalam vivix ini. Anda boleh lanjutkan pembacaan tentang manfaat vivix di artikel ini.
>> Vivix Shaklee: Kandungan dan Manfaat Polifenol & Resveratrol Dalam Vivix<<
Ini kerana, vivix bukan sahaja dapat membantu luka pembedahan cepat sembuh dan kering, akan tetapi banyak lagi manfaat lain yang boleh anda dapat dengan mengamalkan vivix ini.
Cara untuk dapatkan Vivix
Untuk dapatkan vivix, dapatkan daripada yang pakar. Anda boleh dapatkan secara online, dengan menekan gambar dibawah.
Atau, sekiranya anda inginkan penjimatan yang lebih, nak dapatkan vivix dengan harga yang lebih rendah, segera whatsapp Mia dengan menekan ikon dibawah.
Jangan biarkan luka pembedahan anda tidak dirawat dengan sebaiknya. Boleh ikuti
7 Tips Luka Pembedahan Cepat Sembuh supaya Tiada Jangkitan Kuman
Penjagaan luka yang betul serta pengambilan makanan yang baik akan meningkatkan lagi kadar penyembuhan luka pembedahan. Jangan sampai luka pembedahan terkena jangkitan, baru nak bertindak. Bertindak sekarang, dapatkan vivix untuk mempercepatkan lagi luka pembedahan sembuh.
——————————————————————————-
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]
Setiap pembelian di laman web ini, anda layak menerima :
Jadual pengambilan vitamin
Tips ekslusif
Konsultasi percuma berterusan
Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp
FB : Salmiah Md Zain
COD | USM Pulau Pinang dan kawasan berdekatan
Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia
PENAFIAN | Kenyataan dihalaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food And Drug Adminstration)
Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit
———————————————————————————
The post 8 Makanan Utama Bantu Luka Pembedahan Cepat Sembuh appeared first on MiaZain.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miazain.com/8-makanan-utama-bantu-luka-pembedahan-cepat-sembuh/