Bantu Petani Nelayan Tidak Selesai Masalah Miskin Kata Dr Mahathir


Bantuan dan wang percuma bukanlah penyelesaian dalam membantu atasi kemiskinan di kalangan nelayan dan petani, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. — Foto oleh Yusof Mat Isa
MARANG, 7 Jan — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan bantuan dan wang percuma bukanlah penyelesaian dalam membantu atasi kemiskinan di kalangan nelayan dan petani.

Sebaliknya, beliau berkata golongan itu perlu berusaha dan mengambil pendekatan yang berubah daripada cara tradisi, supaya mampu bersaing serta menjana pendapatan lumayan.

“Kerajaan akan tukar cara... jadi rakyat juga perlu tukar (cara) untuk atasi masalah kemiskinan dalam negara.

“Kita tidak boleh bergantung kepada pemberian wang percuma, tetapi perlu tambah pengeluaran untuk tingkat pendapatan,” katanya ketika berucap di majlis bersama nelayan dan petani di Dewan Majlis Daerah Marang, di sini.

Turut hadir Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub.

Dr Mahathir berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) juga kini giat berusaha melakukan transformasi dalam bidang pertanian sepertimana negara lain.

Dengan mengambil contoh negara China, beliau berkata walaupun penduduk di negara itu seramai 1.4 bilion, namun mereka dapat memenuhi keperluan dalam negara mereka tanpa bantuan luar, berbanding dengan negara ini walaupun hanya mempunyai populasi seramai 32 juta tetapi terpaksa mengimport bekalan makanan dari negara luar.

“Sesebuah negara perlu mampu membekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus keperluan bekalan makanan dari punca dalam negara. Tanah kita masih luas tetapi kita masih perlu mendapatkan makanan daripada luar seperti sayur sayuran sedangkan kita boleh keluarkan semua ini dengan sendiri,” katanya.

Di hadapan hampir 1,000 golongan petani dan nelayan, Dr Mahathir sempat mencadangkan agar mereka bukan sahaja mempelbagaikan jenis tanaman tetapi juga perlu bersepakat menggabungkan tanah mereka agar lebih luas bagi memaksimakan pengeluaran.

Selain itu katanya, golongan nelayan perlu selari dengan arus perubahan bidang itu dengan menggunakan bot laut dalam dan menyediakan peti sejuk beku agar mampu berada lama di laut serta mendapatkan lebih banyak hasil tangkapan.

Sementara itu ketika ditemui pemberita selepas majlis itu dan ditanya berhubung pembayaran royalti petroleum, Dr Mahathir berkata ia akan dibayar seperti yang diterima oleh negeri-negeri lain seperti Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Bagaimana pun beliau tidak menjelaskan berapa amaun dan bila pembayaran akan dibuat kepada kerajaan Terengganu.

“Kita dah buat keputusan royalti (petroleum). Ia akan kita bagi sama (dengan negeri pengeluar minyak) .. mengenai baki bayaran kalau ada (duit) kita bagi lah,” katanya.
 — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/01/bantu-petani-nelayan-tidak-selesai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kami Bukan Pewaris Umno Tapi Tidak Diam Demi Bela Melayu Kata Dr Mahathir

Kami Bukan Pewaris Umno Tapi Tidak Diam Demi Bela Melayu Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 484 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia bukan pewaris Umno tetapi akan bertanggungjawab kepada orang Melayu dan Bumiputera Pengerusi Bersatu berkata parti berkenaan yang ditubuh untuk meny...
Harga Stesen Minyak Pun Tak Settle Jangan Mimpi Dr Mahathir Boleh Bantu Melayu

Harga Stesen Minyak Pun Tak Settle Jangan Mimpi Dr Mahathir Boleh Bantu Melayu

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 524 hits
Isu Pengapungan Harga Minyak Dr Mahathir Terus Buat U Turn Dalam Masa Yang Sama Rakyat Terus MenderitaDS Najib Ini Belum U Turn Lagi Ini Lampu Isyarat Ini Bukan Lagi Senyap Senyap Tibai Penetapan harga runcit produk petroleum secara minggua...
Bantuan Untuk Petani Nelayan Dan Pekebun Kecil Bukan Tongkat Hargailah Mereka Alwi

Bantuan Untuk Petani Nelayan Dan Pekebun Kecil Bukan Tongkat Hargailah Mereka Alwi

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 240 hits
KUALA LUMPUR 9 Jan Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas Datuk Mohd Alwi Che Ahmad berpandangan bantuan kerajaan untuk pekebun kecil petani serta nelayan bukanlah tongkat sebaliknya merupakan bantuan yang sewajarnya diberi dalam memastikan k...
Tmj Belum Lahir Masa Itu Kata Mahathir

Tmj Belum Lahir Masa Itu Kata Mahathir

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 515 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai tidak memahami semangat Persekutuan Dr Mahathir berkata dalam bidang kuasa Persekutuan ia tidak meletakkan sebarang larangan kepada...
Semua Parti Dalam Pakatan Masih Kuat Kata Dr Mahathir

Semua Parti Dalam Pakatan Masih Kuat Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 285 hits
Semua parti dalam Pakatan masih kuat kata Dr Mahathir nbsp nbsp Dikemas kini 52 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 4
Kemelut Bersatu Perlis Tindakan Susulan Lepas Siasatan Selesai Kata Mukhriz

Kemelut Bersatu Perlis Tindakan Susulan Lepas Siasatan Selesai Kata Mukhriz

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 421 hits
Tindakan susulan berhubung kemelut dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia Perlis hanya akan dibuat selepas hasil siasatan sepenuhnya diperoleh dalam masa terdekat kata Timbalan Presiden parti Mukhriz Mahathir Beliau berkata kenyataan yang d...
Banyak Kesalahan Kelemahan Orang Melayu Dan Bumiputera Kata Mahathir

Banyak Kesalahan Kelemahan Orang Melayu Dan Bumiputera Kata Mahathir

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 724 hits
Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menghadiahkan cenderahati kepada Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad sehelai kain sampin Kaum Melayu dan Bumpitera tidak boleh menafikan mereka ketinggalan berbanding kaum lain di negara ini ...
Pemimpin Bn 039 Hanya Mimpi 039 Jika Nak Tubuh Kerajaan Perpaduan Kata Dr Mahathir

Pemimpin Bn 039 Hanya Mimpi 039 Jika Nak Tubuh Kerajaan Perpaduan Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 402 hits
Pemimpin BN 039 hanya mimpi 039 jika nak tubuh kerajaan perpaduan kata Dr Mahathir nbsp
Tiada Surat Rasmi Mengenai Kedudukan Ydpa Kata Mahathir

Tiada Surat Rasmi Mengenai Kedudukan Ydpa Kata Mahathir

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 350 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak menerima sebarang makluman atau surat rasmi mengenai dakwaan kononnya Yang di Pertuan Agong Sultan Muhammad V akan melepaskan jawatannya Saya tidak menerima sebarang ...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Openai Releases Gpt 5 2 Codex The Most Advanced And Secure Ai For Coding

Kes Tylenol Beracun Chicago 7 Maut Pembunuh Masih Misteri

Tenang Melihat Mekar Bunga Kertas Di Laman

Cuti Sekolah Dah Nak Mula Hati Ibu Pun Mula Berfikir

Lirik Lagu Jalan Keluar Empty Page

Yis Hidup Tapi Roti Jadi Keras Ini Punca Sebenar Ramai Tak Sedar