8 Makanan Terbaik Di Damansara Patut Anda Cuba Di Tahun 2020
8 MAKANAN TERBAIK DI DAMANSARA PATUT ANDA CUBA DI TAHUN 2020. Malaysia antara negara yang boleh di kategorikan sebagai syurga makanan juga. Tak kira apapun berlaku rakyat malaysia & makanan tak dapat di pisahkan. Boleh nampak perkara tu bila Malaysia antara negara yang terkena pandemik Covid-19, Bila arahan kawalan pergerakan di laksanakan. Ramai yang ambil ksempatan untuk memasak pelbagai juadah di rumah. Jadi tak pelik la kat Malaysia ni kalau nak cari makanan sedap sedap tak susah. Kalau rasa tak nak masak oleh saja membeli makanan yang siap di masak yang banyak di jual.
Tapi bukan semua orang tahu kat mana nak cari makanan yang best & sedap di setiap negeri tu. Kadang kadang kita pergi ke satu tempat nak cuba makanan yang best kalau tak ada rekemen & rujukan susah juga kita nak cari makanan yang best di tempat tersebut. Hidup ni orang kata jangan kedekut nak berkongsi. Memandangkan saya tinggal dalam kawasan jajahan Petaling jaya so saya nak share dengan korang 8 MAKANAN TERBAIK DI DAMANSARA PATUT ANDA CUBA DI TAHUN 2020 ni
NASI AYAM BAKAR DI WARUNG MERECIK KOTA DAMANSARA
Kalau nak rasa nasi ayam bakar ni sangat rekemen restoran merecik Kota damansara ni. Saya pernah makan kat situ beberapa kali memang terbaik menu menu. Saya pernah cuba nasi ayam bakar, nasi daging bakar & nasi kambing bakar. Memang sedap sangat dari nasi, daging & air asam kerisik dia yang memang power. memang puas hati makan kat situ. Hidangan dia pun mengenyangkan & harga pun berpatutan
Alamat: Jalan Sepah Puteri 5/21, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: 012-534 1659
ASAM LAKSA DI GROUPBASE SRI DAMANSARA
Restoran Groupbase menyajikan masakan panas untuk menu menu Thai. Tapi peminat asam laksa kalau belum pernah try asam laksa chinese style ni boleh cuba di restoran groupbase. memang tak mengecewakan. Di hidangkan bersama petis. Masin, masam & nak pedas boleh letak cili potong memang sedap ok! Hidangan dia pun bagi saya banyak.. Kadang kadang jenis yang makan tak berapa banyak boleh makan untuk 2 orang 1 mangkuk. Kuah dia memang pekat dengan isi ikan.
Alamat : No.7-1 (1st Floor) Jalan Tanjung SD 13/2 Bandar Sri Damansara, Selangor
52200 Kuala Lumpur, Malaysia
No tel : 03-6272 1184
NASI LEMAK UJANG KOTA DAMANSARA
Ni makanan kegemaran rakyat malaysia tak kira apa bangsa sekalipun. Kalau anda nak makan nasi lemak sangat rekemen untuk try nasi lemak Ujang ni. Saya pernah makan beberapa kali dulu memang sedap. Nasi lemak dia cukup lemak & sambal dia cukup rasa yang di perlukan. Ada pilihan lauk jugak.
Uptown Kota damansara
No tel : 017-333 7791
DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API DI SALAI MASTER
Bagi penggemar masakan negeri 9, nak makanan salai masak lemak, tak kira la daging, ayam, ikan atau itik.. Boleh try di Salai Master. Semua masakan salai masak lemak dia memang tak mengecewakan.
Alamat : Lot 1078 Jalan Masjid, Kampung Sungai Kayu Ara, 47400 Petaling Jaya
NASI BERIANI GAM JM BERIANI HOUSE
Penggemar Nasi beriani memang sangat rekemen korang cuba Nasi Beriani di JM beriani House ni. Saya pernah makan dengan suami terpaksa minta extra nasi sebab sedap sangat. memang tak tipu ok! Dari nasi sehingga lauk tak kira ayam atau daging memang sedap. Acar dia pun not bad
Alamat : Ground Floor, Tesco Extra, Jalan PJU 7/4, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor 47800
MEE REBUS RESTORAN PAK TAM
Bagi penggemar menu utara terutam mee rebus boleh la mencuba mee rebus yang sedap di restoran pak tam yer. memang mee rebus antara signature dish di restoran pak tam. Bukan senang nak jumpa mee rebus sedap area damansara ni.
CHICKEN CHOP D'APPLE CAFE KOTA DAMANSARA
walaupun belum pernah cuba tapi baca review memang sedap. tengok gambar pun menyelerakan je set chicken chop dia. Portion katanya mengeyangkan. So saya senaraikan kat sini sebagai antara makanan saya nak cuba kat restoran D'APPLE nanti
Alamat : No. 36-G, Jalan PJU 5/20D, The Strand Damansara, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Malaysia
No tel : 014-514 1647
NASI DAGANG DI NASI PAK MAN KOTA DAMANSARA
nasi dagang antara menu memang menjadi fovorite saya. bagi yang mengemari masakan pantai timur macam nasi dagang boleh try la berkunjung di restoran nasi pak man ni.
Alamat: 49-G, Jalan Sepah Puteri 5/1B, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Tu dia 8 makanan area yang berdekatan dengan saya atau omputih cakap restaurant near me yang kalau korang nak cuba boleh cuba. Tapi sekarang kita semua kena perintah kawalan pergerakan #pkp sebab pandemik covid-19 @ corona virus yang menyerang hampir ke semua negara di dunia termasuk la negara kita Malaysia. Arahan kawalan pergerakan ni untuk tujuan memutuskan rangkaian wabak bahaya ni so kita kena la patuhi tapi tak bermakna pkp kita tak boleh makan sedap sedap apa yang kita nak
Boleh je order melalui Foodpanda. Anda duduk di rumah mereka hantar. Bersama sama kita jaga kita seperti saranan kerajaan & kementerian kesihatan malaysia (KKM). Tak payah keluar dengan Foodpanda semua anda boleh makan. Semudah hujung jari. clik clik.. lepas tu tunggu nanti sampai la pesanan anda depan pintu rumah. Kan senang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.lekatlekit.com/2020/04/8-makanan-terbaik-di-damansara-patut.html