Kata-Kata Semangat Untuk Hidup Yang Lebih Bermakna
Jangan berharap masalahmu akan selesai dengan mudah, namun berdoalah supaya dirimu menjadi orang lebih kuat.
Jangan putus harapan kerana Tuhan telah menentukan yang terbaik untuk kita.
Ingatlah bahawa tiada yang kekal di dunia ini, termasuklah dugaan yang anda sedang hadapi.
Memang susah untuk maju kalau terus berada di zon nyaman, ambil risiko dan jangan takut untuk mencuba!
Bersyukurlah dengan apa yang anda miliki, ada orang yang lebih besar dugaannya.
Fokus pada masa depan yang lebih baik, namun jangan lupa untuk syukuri saat bahagia hari ini.
Hidup ini ibarat cermin. Jika kamu menghadapinya dengan senyuman, maka hidup akan tersenyum kembali padamu.
Perjalananmu dalam hidup mungkin tidak seindah orang lain, tetapi setiap halangan akan mendewasakanmu.
Hari-hari sukar akan membuatmu menjadi orang yang lebih teguh.
Kejayaan takkan datang bergolek, berusahalah sehabis baik dalam hidup.
Kejayaan hanya akan dicapai oleh orang yang sanggup hadapi kegagalan tanpa hilang semangat.
Jangan takut untuk gagal, tetapi takutlah untuk peluang yang anda selalu lepaskan kerana takut.
Keraguan dalam hidup membunuh lebih banyak mimpi daripada kegagalan.
Masa depan yang cerah adalah milik mereka yang percaya dengan cita-citanya.
Jika anda berani untuk bermimpi, anda juga perlu berani untuk mencapainya!
Sekecil apapun kebaikan yang anda lakukan, percayalah bahawa tiada satu pun yang sia-sia.
Jangan terlalu mengenang masa lalu, belajar sesuatu daripadanya.
Tiada siapa yang sempurna dalam dunia, jadi berusahalah sebaik mungkin!
Hidup adalah perjuangan tanpa henti-henti, jangan mudah mengaku kalah.
Masalah dalam hidup bukan untuk menjatuhkanmu, tetapi mengajarmu menjadi lebih matang.
Ingatlah bahawa hari yang buruk bukan bermakna kehidupan yang gagal.
Jangan tenggelamkan dirimu dalam kesedihan, pasti ada cahaya di hujung kegelapan.
Berjaya atau gagal bukanlah perkara nombor satu, yang paling penting adalah kamu sudah lakukan yang terbaik.
Semakin kuat anda berusaha, kejayaan juga akan semakin dekat menghampiri
Janganlah membenci diri sendiri, kerana itu tugas orang lain.
Kata-Kata Motivasi Islamik
Kegagalan adalah cara Allah untuk mendidikmu agar bersabar.
Setiap perkara akan tiba tepat pada saatnya. Teruskan berusaha dan bertawakal kepada Allah
Beribadahlah seakan hari ini adalah hari terakhirmu, dan belajarlah seakan hidup seribu tahun lagi.
Hidup ini sementara, jangan sia-siakannya dengan kesedihan dan kelalaian.
Bila hatimu resah, kembalilah kepada Allah
Allah tahu apa yang terbaik, meskipun kau belum memahaminya hari ini.
Ujian bukan tanda Allah benci, tetapi bukti kasih supaya kita mendekatkan diri kepada-Nya.
Kebahagiaan sebenar dalam hidup adalah apabila hati redha dengan takdir Ilahi.
Sabar adalah kunci kemenangan dalam hidup, percayalah kepada Allah.
Walaupun semuanya terasa mustahil, jangan sesekali berhenti berharap kepada Allah
Perbaikilah hubungan dengan Allah, pasti hati akan terasa lebih tenang untuk hadapi hidup.
Bila semua terasa berat, itu tanda Allah rindu mendengar rintihan doa dari kita
Setiap hari adalah peluang untuk perbaiki ibadah dan menjadi hamba yang lebih baik .
Allah tidak pernah lalai, meskipun dalam urusan sekecil zarah
Sebaik-baik manusia adalah yang sentiasa memperbaiki dirinya setiap hari
Kadang Allah lambatkan sesuatu bukan untuk menyakiti, tetapi untuk melindungi
Hidup tak selalunya mudah, tetapi Allah sentiasa ada untuk mudahkan
Hidup adalah ujian, yang akan tetap bersyukur dan terus bertawakal kepada Allah.
Jangan terlalu risaukan masa depan, berusahalah dan serahkan segalanya kepada Allah
Walaupun jalan terasa semput, percayalah bahawa bantuan Allah akan tiba tepat pada waktunya.
Hidup mungkin tak selalunya indah, namun belajarlah untuk redha dan berusaha sebaik mungkin.
Allah tidak bebankan kita dengan sesuatu melainkan kita mampu menghadapinya. (Surah Al-Baqarah: 286)
Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. (Surah Al-Insyirah:6)
Jangan berputus asa dari rahmat Allah (Surah Az-Zumar : 53)
Dan hanya kepada Allah orang-orang beriman bertawakal. (Surah At-Taghabun:13)
Kata-kata semangat pendek bukanlah penyelesaian mutlak kepada masalah hidup, tetapi ia mampu memberi nafas baru dalam meneruskan langkah.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |