70 Daripada 166 Orang Gelandangan Itu Sudah Mula Bekerja Tahniah Pn




KUALA LUMPUR: Di sebalik kegawatan penularan wabak COVID-19, jelas terpancar rasa gembira pada wajah 166 orang gelandangan yang selama ini hidup tanpa arah tujuan termasuk merempat di kota metropolitan Kuala Lumpur.
Mereka kini boleh berdikari menerusi program khas penempatan pekerjaan anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kuala Lumpur dan 19 agensi lain.
Program tersebut dilaksanakan selepas gelandangan ini “diselamatkan” dalam operasi DBKL di beberapa kawasan termasuk sekitar Masjid India, Masjid Jamek, Masjid Negara dan Bangkok Bank semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lepas.
Setakat ini, seramai 70 daripada 166 orang gelandangan itu sudah mula bertugas di 7 buah syarikat termasuk McDonald’s, Jaya Grocer dan Tesco.
Sementara 96 orang yang lain akan mengikuti program khas Projek Pembungkusan Sarung Tangan oleh Syarikat Top Glove Corporation Bhd. Program ini akan dilaksanakan di Pusat Transit Gelandangan, Jalan Ampang dan Anjung Singgah, Jalan Hang Lekiu (pusat bandar Kuala Lumpur).
Setakat April lepas, DBKL menyelamatkan 864 gelandangan dan menempatkan mereka di 12 pusat komuniti dan dewan serbaguna yang dijadikan penempatan sementara.
Gelandangan dapat dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu penagih dadah, pesakit mental, pekerja yang tiada tempat tinggal dan juga penganggur yang tiada kediaman.
Sememangnya nasib baik gelandangan ini amat melegakan namun persoalannya, apakah ia akan berterusan selepas PKP nanti?
Walaupun Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa memberi jaminan 800 gelandangan yang diselamatkan sepanjang tempoh PKP akan ditawarkan bekerja di sektor perkilangan atau pekerja am bagi memastikan golongan itu tidak kembali merempat selepas tamat tempoh PKP, ia masih menimbulkan pelbagai kerisauan.
Paling utama, sejauh mana peluang gelandangan ini, terutama wanita akan mendapat pekerjaan memandangkan prospek ekonomi diramal suram pasca pandemik Covid-19. Sebanyak 93% syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dijangka berdepan perniagaan tidak stabil dalam tempoh 6 bulan akan datang.
Ini kerana gelandangan juga terpaksa bersaing dengan mereka yang diberhentikan atau kehilangan pekerjaan.
Menurut laporan media tempatan, pelaksanaan PKP bermula 18 Mac lalu untuk membendung penularan wabak Covid-19 memberi impak besar kepada lebih 650,000 majikan yang kedudukan mereka diibaratkan bagai telur di hujung tanduk. Sekurang-kurangnya juga 15,000 orang pekerja swasta sudah diberhentikan sejak Mac lalu.
Tidak menolak kemungkinan jumlah gelandangan akan bertambah dalam fasa pemulihan Covid-19 di samping keadaan mereka khususnya gelandangan wanita tidak akan lebih baik apabila PKP berakhir nanti, profesor madya di Jabatan Sosiologi dan Antropologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Rohaiza Rokis bagaimanapun menjelaskan ia semua bergantung kepada sikap gelandangan itu sendiri.
“Pertambahan atau pengurangan jumlah gelandangan ini turut bergantung kepada sektor pekerjaan yang dipilih. Jika ia melibatkan sektor seperti pembersihan, mungkin gelandangan wanita tetap ada peluang pekerjaan dan mendapat gaji tetap untuk mereka meneruskan kehidupan.
“Apa yang penting, jika golongan ini benar-benar ingin berubah kepada kehidupan yang lebih baik, mereka jangan memilih kerja,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Pengalaman ditindas serta dimanipulasi oleh dalang atau sindiket mengupah gelandangan juga akan menjadi antara cabaran pihak kerajaan untuk memastikan golongan ini kekal bekerja walaupun ditawarkan gaji yang antara RM1,200 dan RM1,400.
Menurut Rohaiza, ada sindiket yang menjadikan gelandangan wanita yang bekerja dalam sektor pembersihan, warga emas, dan mereka yang sukar mencari pekerjaan di pasaran buruh formal sebagai sasaran untuk dimanipulasi dengan pilihan pekerjaan yang terhad serta bekerja berjam-jam dengan gaji rendah.
“Pada masa yang sama, kewujudan stigma terhadap mereka yang kehilangan tempat tinggal sering mengakibatkan golongan ini berdepan dengan diskriminasi untuk mendapat tawaran pekerjaan, sedangkan gelandangan ini mungkin bekas pekerja profesional yang mencari pekerjaan di pasaran buruh secara formal,” katanya.
Rohaiza menambah, terdapat pelbagai faktor mengapa seseorang itu memilih untuk menjadi gelandangan.
Malah ada kajian turut mendapati situasi ini boleh berlaku akibat krisis jangka panjang atau pendek, yang sekaligus menyebabkan seseorang itu lebih selesa untuk terus menjalani kehidupan demikian.
Beliau menjelaskan, krisis jangka pendek meliputi isu pengusiran dari kediaman asal, kehilangan pekerjaan, ketidakstabilan kewangan sementara atau bencana alam.
Jenis gelandangan ini bersifat sementara dan biasanya dapat diselesaikan dengan bimbingan, bantuan dan sokongan.
Namun yang lebih merisaukan ialah melibatkan krisis jangka panjang, di mana mereka akan terus menjadi gelandangan hampir seumur hidup mereka.
“Bagi gelandangan wanita, kehilangan tempat tinggal sering disebabkan oleh hubungan yang terputus dan dikaitkan dengan trauma yang berulang seperti serangan pasangan, keganasan rumahtangga dan penolakan keluarga sendiri,” tambahnya.
Pun begitu, Rohaiza tidak menolak tanggapan gelandangan wanita lebih mudah untuk dipulihkan jika program latihan pekerjaan untuk wanita diberikan secara konsisten.
“Program motivasi diri untuk mereka agar bersedia menerima tanggungjawab dengan bekerja demi kelangsungan diri juga perlu diberikan dari masa ke semasa. Dalam masa yang sama, masyarakat perlu membuka lebih banyak ruang melibatkan anak-anak gelandangan ini.
“Wanita yang tiada tempat tinggal sering menghadapi kesukaran untuk membesarkan anak mereka tanpa sumber pendapatan tetap. Oleh itu, jika masyarakat dapat menaja anak-anak mereka untuk pendidikan, ia akan mengubah hidup gelandangan ini,” jelasnya.
Bagi Pengarah Pusat Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Fauziah Mohd Sa’ad, banyak aspek yang perlu diteliti dalam usaha memulihkan kehidupan gelandangan agar dapat berdikari dan hidup di tengah-tengah masyarakat.
Diakui, gelandangan ini boleh kembali ke dalam masyarakat, dengan syarat ada pekerjaan dan gelandangan wanita ini boleh bekerja namun jangan terkejut jika mereka kembali menjadi gelandangan “secara sambilan” disebabkan keputusan wang.
“Perkara ini biasa berlaku dan ia akan terus berulang kerana ada antara mereka yang sudah terlalu lama berada di jalanan,” katanya.
Fauziah menjelaskan ada juga gelandangan wanita yang tidak berminat malah enggan menetap di pusat transit yang disediakan kerajaan kerana bimbang anak mereka diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
“Untuk makan, mereka tidak bimbang sebab selalu akan ada yang memberi. Untuk keselamatan, mereka selalunya akan jaga antara satu sama lain malah tidur beramai-ramai bagi mengelakkan daripada dirogol, diganggu penagih dadah atau dirompak.
“Bagi yang pernah dirogol dan akhirnya menjadi gelandangan, mereka ini tidak kisah untuk menjadi pelacur sebab perlukan duit bagi kelangsungan hidup walaupun sedar risiko keselamatan dan kesihatan yang akan dihadapi,” katanya. _FMT

MR :  Harap Khalid Samad, jadi broker Kg Melayu


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/06/70-daripada-166-orang-gelandangan-itu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
22 Tahun Bekerja Untuk Beri Makan Kepada Kucing Jalanan Lelaki 76 Tahun Ini Mempunyai Hati Yang Sangat Mulia

22 Tahun Bekerja Untuk Beri Makan Kepada Kucing Jalanan Lelaki 76 Tahun Ini Mempunyai Hati Yang Sangat Mulia

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 561 hits
Mungkin ramai yang mengaku bahawa mereka adalah pencinta haiwan tetapi tidak ramai yang sanggup berkorban apa sahaja untuk memastikan haiwan di sekeliling mereka dalam keadaan baik Ada juga hanya menyukai haiwan haiwan yang comel dan bersih...
Kerajaan Setuju Benarkan Rakyat Malaysia Berulang Alik Ke Singapura Untuk Bekerja Hanya Tunggu Rundingan Selesai

Kerajaan Setuju Benarkan Rakyat Malaysia Berulang Alik Ke Singapura Untuk Bekerja Hanya Tunggu Rundingan Selesai

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 294 hits
Kerajaan bersetuju membenarkan rakyat negara ini untuk berulang alik ke Singapura atas tujuan bekerja Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata negara juga bersetuju untuk melakukan ujian swab kepada mereka yang terlibat sekirany...
Balik Bekerja Di Kaltim 8 Karyawan Diisolasi Gara Gara Positif Covid 19

Balik Bekerja Di Kaltim 8 Karyawan Diisolasi Gara Gara Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 190 hits
Provinsi Kalimantan Timur hari ini mencatat 9 kasus pasien terkonfirmasi positif Covid 19 Delapan di antaranya adalah warga luar Kaltim yang hendak kembali bekerja di Kalimantan Timur Total kasus terkonfirmasi positif Covid 19 menjadi 338 k...
Gig Ekonomi Era Bekerja Dari Rumah

Gig Ekonomi Era Bekerja Dari Rumah

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 354 hits
Financial Times mendefinisikan gig Ekonomi sebagai sikap masyarakat yang lebih memilih untuk bekerja sendiri dengan melakukan pelbagai perkhidmatan separuh masa hanya dari rumah tanpa perlu datang ke pejabat setiap hari Frasa atau istilah g...
6003 Kesedaran Mencarum Individu Bekerja Sendiri Masih Rendah Metrotv Harian Metro 05 06 2020

6003 Kesedaran Mencarum Individu Bekerja Sendiri Masih Rendah Metrotv Harian Metro 05 06 2020

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 390 hits
KESEDARAN melakukan caruman bagi keselamatan terhadap individu bekerja sendiri termasuk dalam sektor e hailing dilihat masih rendah meskipun trend pekerjaan berkenaan semakin meningkat Ketua Cawangan Dasar dan Strategi Bahagian Sumber Manus...
Bekerja Bukan Sekadar Mencari Rezeki Tetapi Mampu Membawa Kita Berjaya Di Dunia Dan Akhirat

Bekerja Bukan Sekadar Mencari Rezeki Tetapi Mampu Membawa Kita Berjaya Di Dunia Dan Akhirat

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 343 hits
BEKERJA BUKAN SEKADAR MENCARI REZEKI TETAPI MAMPU MEMBAWA KITA BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRATPekerjaan sebagai ibadah Mukmin berjaya perlu sedia lakukan transformasi dan keluar dari zon selesa Orang yang menentang perubahan akan selamanya ber...
Tetap Harus Bekerja Di Luar Saat Pandemi Memang Bikin Was Was Percayalah Kita Pasti Bisa Melaluinya Bersama

Tetap Harus Bekerja Di Luar Saat Pandemi Memang Bikin Was Was Percayalah Kita Pasti Bisa Melaluinya Bersama

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 242 hits
Kalau kerja di luar rumah takut ketularan virus Tapi kalau nggak kerja nanti nggak bisa dapat uang Sungguh dilematis
6004 Bekerja Sendiri Perlu Buat Caruman Harian Metro 05 06 2020

6004 Bekerja Sendiri Perlu Buat Caruman Harian Metro 05 06 2020

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 259 hits
Kesedaran melakukan caruman bagi keselamatan terhadap individu bekerja sendiri termasuk dalam sektor e hailing dilihat masih rendah meskipun trend pekerjaan berkenaan semakin meningkat Ketua Cawangan Dasar dan Strategi Bahagian Sumber Manus...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tu Kata Pembangkang Mereka Tidak Tahu Mereka Tidak Cerdik

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Palsu

Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah