7 Vpn Terbaik Pilihan Omg Hackers 2018



Di penghujung tahun 2018 ini, sukalah untuk kami buat penggulungan terhadap semua artikel-artikel ulasan terhadap VPN yang pernah dicoretkan di sini. Lebih dari 10 penyedia servis VPN yang telah kami guna, uji, dan ulas. Hanya 5 yang memasuki senarai terbaik sepanjang tahun.

1. TorGuard
Di tempat pertama, TorGuard sememangnya menjadi servis yang dipercayai. Meskipun berada dalam negara Lima Mata, namun rekod trek mereka menunjukkan bahawa data pengguna masih terjaga dan tidak berada dalam keadaan terancam.
Ia mempunyai pelbagai ciri yang mengagumkan, disamping klien yang sarat dengan berbagai pilihan tetapan. Jika anda sudah biasa menggunakannya, anda pasti tahu apa yang saya maksudkan.
Satu kekurangannya, ia tidak menyediakan kemudahan dalam plan premium untuk para peminat laman penstriman seperti Netflix untuk terus dapat menikmati kandungan, sebaliknya pengguna perlu melanggan IP tambahan bagi tujuan itu.

2. ProtonVPN
ProtonVPN menjadi pilihan seterusnya kerana syarikat yang mengendalikan servis ini sudah cukup popular dengan perkhidmatan mereka sebelumnya iaitu ProtonMail. Jika anda tercari-cari alternatif paling bagus bagi menggantikan Gmail, beralihlah kepada ProtonMail.
ProtonVPN pula walaupun masih baru, tetapi ia sedang rancak dibangunkan dan menuju kepada kematangan. Kliennya tidaklah mempunyai fungsi yang sarat, cuma bagi pengguna yang baru hendak berjinak dengan VPN premium, ia sangat senang dikendalikan.
Sama ada Windows atau Android (iOS masih peringkat beta), anda tidak akan hampa menggunakannya.

3. NordVPN
Dahulu saya pernah berasa kurang senang dan tidak suka dengan NordVPN. Ia dirasakan seperti satu nama yang sangat dipuji secara berlebihan oleh lain-lain laman blog teknologi. Setelah saya mencubanya sekali lagi pada tahun ini dengan hati terbuka, baru saya dapat merasakan keistimewaannya.
Dari Obfuscated Servers, CyberSec, dan Dedicated IP Servers, NordVPN menjadi salah satu servis yang saya akan letakkan dalam senarai alternatif apabila yang lain secara tiba-tiba ‘gagal’.
Ada sesetengah pengguna mengalami isu kelajuan yang menurun secara mendadak. Saya pula hanya ‘berkesempatan’ merasai kelajuan yang perlahan pada tahun 2017, iaitu kali pertama saya mencubanya. Masuk kali yang kedua, nampak seperti NordVPN berjaya membuat penebusan kepada kegagalannya yang pertama itu. Kelajuan pantas seperti sediakala, dan kliennya tidak sesekali membebankan sistem operasi.

4. ExpressVPN
ExpressVPN, satu nama yang cukup unggul dan tidak perlu diperkenalkan lagi. Punyai klien yang sangat ringkas, namun ulasan terhadapnya adalah antara yang paling panjang pernah saya tulis.
Jika ada pun kelemahan, satu-satunya kelemahan paling ketara pada ExpressVPN ialah harga langganan. Walaupun kliennya ‘biasa-biasa’, tetapi kadar langganan bulanannya adalah paling mahal antara semua.

5. CyberGhost
CyberGhost berjaya mengejutkan saya dengan klien barunya. Versi 7 menunjukkan pembaharuan ketara pada reka bentuk, susunan fungsi, serta kepelbagaian pilihan mengikut jenis penggunaan.
Jika hendak dibuat perbandingan dengan yang lain, sebenarnya saya lebih gemar sekiranya mereka berjaya membuat satu pelayan yang punyai multi-fungsi. Bererti jika anda boleh strim dengan pelayan tersebut, maka sepatutnya anda juga boleh muat turun torrent melaluinya.
Namun saya faham atas sebab notis DMCA dan sebagainya lagi yang menghalang dari ia terjadi, atas kerana itulah klien CyberGhost mempunyai fungsi yang terbahagi kepada beberapa jenis kefungsian. Ada pelayan yang khusus untuk strim, ada yang khusus untuk torrent dan sebagainya lagi.

6. Private Internet Access
Private Internet Access atau PIA adalah VPN ‘underdog’. Kliennya tidak sedikit pun berjaya membuat diri saya berasa kagum, tetapi jangan pandang rendah kepadanya. Ciri yang ada padanya walaupun ‘cukup makan’, ia tetap dapat buat anda berasa selamat berada atas talian.
Paling penting, kadar langganan bulanan baginya adalah yang termurah. Seperti TorGuard, ia berada dalam negara Lima Mata, dan rekodnya juga adalah sangat bersih kerana telah terbukti servis dari syarikat ini boleh dipercayai.

7. BolehVPN
VPN terakhir dalam senarai ini juga adalah ‘underdog’, kerana jarang sekali ada laman teknologi yang membicarakan mengenainya. Ia bertapak di sini, di Malaysia, dan saya selaku rakyat Malaysia berbangga dengan syarikat ini.
Jangan tak percaya, kliennya adalah lebih menarik berbanding PIA, serta sedap mata memandang pula.
BolehVPN mempunyai pelbagai ciri-ciri yang patut ada pada sesebuah klien, lebih-lebih lagi xCloakRouted, iaitu pelayan Anti-DPI. Saya tidak pasti sama ada mereka sudah memasukkan pelayan yang serasi dengan laman penstriman, kerana kali terakhir saya mencubanya mereka masih lagi berusaha ke arah itu. Anda bolehlah cuba sendiri dengan harga langganan mampu bayar iaitu RM30 sebulan.

Sekian dahulu dari saya untuk artikel ini. Di tahun hadapan, saya berharap agar lebih banyak lagi alternatif yang akan muncul memeriahkan persada perkhidmatan VPN bagi melengkapkan senarai seterusnya. Hal hak privasi, sekuriti, dan ketanpanamaan adalah milik setiap individu, bukan kepada golongan elit atau pakar IT sahaja.
Signing out,
Arya Putra.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/7-vpn-terbaik-pilihan-omg-hackers-2018/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Entri Terbaik November 2018

Entri Terbaik November 2018

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 315 hits
Entri Terbaik November 2018 Assalamualaikum Hai apa khabar harap semuanya sihat hendaknya Terima kasih kepada korang yang sudi baca entri sebelum ni Seperti biasa la bila masuk bulan baru rutin Cik Ash akan update entri terbaik dekat blog n...
Kalahkan Bella Hadid Kaia Gerber Jadi Model Terbaik Di British Fashion Awards 2018

Kalahkan Bella Hadid Kaia Gerber Jadi Model Terbaik Di British Fashion Awards 2018

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 267 hits
Kalahkan Bella Hadid Kaia Gerber jadi model terbaik di British Fashion Awards 2018 Nominator lainnya adalah model Winnie Harlow Adwoa Aboah dan Adut Akech
11 Tadika Terbaik Di Malaysia Mana Satu Prasekolah Pilihan Ibu Bapa

11 Tadika Terbaik Di Malaysia Mana Satu Prasekolah Pilihan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 1523 hits
Ranking Tadika terbaik di Malaysia Review Tadika Pilihan ibu bapa Budak budak sekarang tak macam dulu Ada yang baru masuk 6 tahun mak ayah baru hantar nak masing masing ke tadika Sekarang Tidak boleh Masing masing ibu bapa tidak mahu keting...
Avillion Cameron Highlands Pilihan Terbaik Untuk Bonding Time Dengan Firman

Avillion Cameron Highlands Pilihan Terbaik Untuk Bonding Time Dengan Firman

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 841 hits
Avillion Cameron Highlands Pilihan Terbaik Untuk Bonding Time Dengan Firman Tiap kali terfikir nak bercuti ke Cameron Highlands mesti cik en akan tercari cari pilihan hotel yang terbaik dan sesuai dengan siapa cik en bawa Minggu lepas cik e...
Mari Jana Gambar Kolaj Dengan 9 Gambar Instagram Terbaik Anda Sepanjang 2018

Mari Jana Gambar Kolaj Dengan 9 Gambar Instagram Terbaik Anda Sepanjang 2018

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 267 hits
Instagram merupakan salah satu perkhidmatan perkongsian gambar dan video yang sangat popular dikalangan pengguna seluruh dunia Dengan angka pengguna yang aktif semestinya anda ingin mengetahui apakah gambar anda yang popular sepanjang 2018 ...
Jk Jokowi Pilihan Terbaik Dan Sudah Menguasai Masalah

Jk Jokowi Pilihan Terbaik Dan Sudah Menguasai Masalah

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 274 hits
Wakil Presiden Jusuf Kalla mengungkapkan alasannya mendukung pasangan calon presiden dan wakil presiden Joko Widodo Ma ruf Amin Dia pun bersedia menjadi Ketua Dewan Pengarah Tim Kampanye Nasional Jokowi Ma ruf selama Pilpres 2019
Gobind Nurini Kassim Pilihan Terbaik Untuk Terajui Bernama

Gobind Nurini Kassim Pilihan Terbaik Untuk Terajui Bernama

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 551 hits
KUALA LUMPUR Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo menyifatkan pelantikan Nurini Kassim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia baru adalah pilihan tepat dalam mengukuhkan lagi kedudukan agensi berit...
Tattoos Raised And Itchy

Tattoos Portland Maine

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Jangan Risau Jika Tak Terkenal

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Bila Pn Buat Pusingan U

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Lava168 1