7 Ujian Kecintaan Kepada Allah


~TANDA KECINTAAN KEPADA ALLAH TAALA~
Ramai orang mengaku mencintai Allah Taala, Sayugialah setiap orang menilai dirinya sendiri tentang kemurnian cinta yang dimilikinya.
|UJIAN PERTAMA| Tidak benci dia kepada mati, kerana tidak ada seorang “teman” pun yang ketakutan ketika akan bertemu dengan “teman”nya. Nabi SAW bersabda: “Siapa yang ingin melihat Allah Taala, Allah Taala pun ingin melihatnya”. Memang benar bahawa seorang pencinta Allah Taala yang ikhlas mungkin sahaja takut akan kematian sebelum dia menyelesaikan persiapannya untuk ke akhirat, tetapi jika dia ikhlas, dia akan rajin menyediakan segala persiapan itu.
|UJIAN KEDUA| Ujian keikhlasan yang kedua ialah rela mengorbankan kehendaknya demi kehendak Allah Taala, berpegang erat kepada apa yang membawanya lebih dekat kepada Allah Taala dan menjauhkan diri daripada tempat-tempat yang menyebabkan dia berada jauh daripada Allah Taala.
Kenyataan bahawa seseorang yang telah berbuat dosa bukanlah tanda yang dia tidak mencintai Allah Taala sama sekali, tetapi hal itu membuktikan bahawa dia tidak mencintai-Nya sepenuh hati. Wali Fudhail (yakni Imam Fudhail bin Iyadh RA) berkata kepada seseorang: “Jika seseorang bertanya kepadamu, cintakah engkau kepada Allah Taala, maka diamlah; kerana jika engkau berkata: ‘Saya tidak mencintai-Nya’, maka engkau menjadi seorang kafir dan jika engkau berkata: ‘Ya, saya mencintai Allah Taala’, padahal perbuatan-perbuatanmu bertentangan dengan itu”.
|UJIAN KETIGA| Ujian ketiga adalah bahawa Zikrullah sentiasa segar dan berkekalan di dalam hatinya tanpa dipaksa-paksa kerana jika seseorang itu memang mencintai, maka dia akan terus mengingat-ingat; dan jika cintanya itu sempurna, maka dia tidak akan melupakan-Nya. Meskipun demikian, memang mungkin terjadi bahawa sementara kecintaan kepada Allah tidak menduduki tempat utama di hati seseorang, kecintaan akan kecintaan kepada Allah-lah yang berada di tempat itu, kerana cinta adalah sesuatu dan kecintaan akan cinta adalah sesuatu yang lain.
|UJIAN KEEMPAT| Ujian yang keempat adalah bahawa dia akan mencintai al-Quran yang merupakan firman Allah Taala dan Muhammad Nabi Allah. Jika cintanya benar-benar kuat, dia akan mencintai seluruh manusia, kerana semua mereka itu adalah hamba-hamba Allah Taala. Malah cintanya akan meliputi seluruh makhluk, kerana orang yang mencintai seseorang akan mencintai karya-karya cipta dan tulisan tangannya.
|UJIAN KELIMA| Ujian kelima adalah sikapnya yang tamak terhadap uzlah untuk tujuan ibadah. Dia mendambakan datangnya malam supaya dapat berhubungan dengan temannya tanpa halangan. Jika dia lebih menyukai bercakap-cakap pada siang hari dan tidur pada malam hari daripada beruzlah, maka cintanya itu tidak sempurna. Allah Taala berkata kepada Nabi Daud: “Jangan terlalu dekat dengan manusia, kerana ada dua jenis orang yang menghalangi kehadiran-Ku: (1) Orang yang bernafsu untuk mencari keuntungan dan kemudian semangatnya mengendur ketika telah mendapatkannya dan (2) Orang-orang yang lebih menyukai fikiran-fikirannya sendiri daripada mengingati-Ku. Tanda-tanda Aku tidak bersamanya adalah bahawa Aku meninggalkannya bersendirian”.
Sebenarnya, jika kecintaan kepada Allah Taala sungguh telah menguasai hati manusia, maka segala cinta kepada yang lain akan hilang. Salah seorang daripada Bani Israel mempunyai kebiasaan untuk sembahyang pada malam hari. Tetapi ketika dia tahu ada seekor burung yang boleh menyanyi dengan sangat merdu di atas sebatang pohon lalu dia pun mulai bersembahyang di bawah pohon itu supaya dapat menikmati kemerduan nyanyian burung itu. Allah Taala memerintahkan Nabi Daud menemuinya dan berkata kepadanya: “Engkau telah mencampurkan kecintaan kepada seekor burung yang merdu dengan kecintaan kepada-Ku; maka tahapanmu dalam kalangan para wali pun rendah”. Di sisi lain, terdapat beberapa orang yang mencintai Allah Taala dengan kecintaan yang begitu hebat, sehingga ketika mereka beribadah, rumah-rumah mereka yang telah terbakar dan mereka tidak menyedarinya.
|UJIAN KEENAM| Adalah ibadah itu menjadi mudah baginya. Seorang wali berkata: “Selama tiga puluh tahun pertama saya menjalankan ibadah malamku dengan susah payah, tetapi tiga puluh tahun kemudian perkara itu telah menjadi suatu kesenangan bagiku”. Jika kecintaan kepada Allah Taala sudah sempurna, maka tidak ada kebahagiaan yang dapat menandingi kebahagiaan dalam beribadah.
|UJIAN KETUJUH| Bahawa pencinta Allah Taala akan mencintai orang-orang yang mentaati-Nya dan membenci orang-orang kafir dan orang-orang yang tidak taat. Firman Allah Taala: “Mereka bersikap keras terhadap orang kafir dan berkasih sayang dengan sesamanya”. Nabi SAW pernah bertanya kepada Allah Taala: “Ya Allah, siapakah pencinta-pencinta-Mu?”. Lalu dijawab: “Orang-orang yang berpegang erat kepada-Ku sebagaimana seorang anak kepada ibunya, yang berlindung dalam ingatannya kepada-Ku sebagaimana seekor burung mencari naungan pada sarangnya dan akan sangat marah jika melihat perbuatan dosa seperti seekor harimau marah yang tidak takut kepada apa pun”.
Wallahu A’lam.
[Al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad al-Ghazali al-Tusi al-Syafie RA; Terjemahan Kimia al-Sa’adah]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://faizsaaid.com/7-ujian-kecintaan-kepada-allah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Allah Swt Beri Ujian Sebab

Allah Swt Beri Ujian Sebab

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 275 hits
Assalammualaikum wbtALLAH SWT BERI UJIAN SEBABAda banyak sebab Allah SWT beri ujian kepada kita Kalau puncanya daripada orang lain atau yang lain selain sesama manusia itu semua adalah cuma perantara sahaja Dasarnya sebenarnya Allah SWT mah...
Semoga Allah Beri Kekuatan Pada Abang Isteri Dan Anak Anak Ebit Lew

Semoga Allah Beri Kekuatan Pada Abang Isteri Dan Anak Anak Ebit Lew

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 363 hits
Afiq AriffinEbit Lew memuat naik video di Instagram pada Khamis selepas melawat mangsa kemalangan Mohd Sis Latif di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru Foto Instagram Ebit Lew KUALA LUMPUR Pendakwah yang terkenal dengan sikapnya yang gemar m...
Masa Kecil Anak Merengek Menangis Sabar Allah Nak Matangkan Kita Pasangan

Masa Kecil Anak Merengek Menangis Sabar Allah Nak Matangkan Kita Pasangan

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 410 hits
Sibuk sekali pun kita dengan kerja luangkanlah masa dengan anak anak Biarlah tak bawa berjalan jauh pun tapi cukup untuk anak rasa kemesraan dengan kita sebagai ibu bapanya Mungkin masa kecil kita rasa agak stres bila anak menangis bergaduh...
Amal Ibadah Yang Pasti Diterima Oleh Allah Swt

Amal Ibadah Yang Pasti Diterima Oleh Allah Swt

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 260 hits
Amal ibadah kepada Allah apapun bentuknya memiliki potensi untuk diterima dan ditolak oleh Allah SWT Amal ibadah yang dilakukan oleh umat Islam harus memenuhi ketentuan lahir dan terbebas dari kotoran lain seperti riya ujub takabur dan lain...
Amalan Yang Menjadikan Syekh Abdul Qadir Al Jailani Wali Allah

Amalan Yang Menjadikan Syekh Abdul Qadir Al Jailani Wali Allah

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 324 hits
Setiap orang memiliki jalan spiritual suluk dan cara yang berbeda untuk sampai kepada Allah SWT Tidak setiap orang menempuh ibadah mahdhah untuk sampai ke tingkat makrifatullah Setiap orang memiliki jalannya sendiri Demikian halnya dengan s...
Niat Saya Allah Saja Tahu Usahawan Tampil Perjelas Isu Rakaman Pem3rgian Sahabat

Niat Saya Allah Saja Tahu Usahawan Tampil Perjelas Isu Rakaman Pem3rgian Sahabat

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 353 hits
loading Berikutan kec4man hebat yang diterima setelah berkongsi rakaman video pemergian sahabat baiknya usahawan Hafiz Mahamad tampil membuka mulut bagi menjelaskan berkenaan 1su tersebut
Ini Tegvran Daripada Allah Untuk Gug0rkan D0sa Saya Ruam Merah Penvhi W4jah Dewi Perssik Kesan J4ngkitan C0vid 19

Ini Tegvran Daripada Allah Untuk Gug0rkan D0sa Saya Ruam Merah Penvhi W4jah Dewi Perssik Kesan J4ngkitan C0vid 19

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 214 hits
loading SETELAH sebulan mengasingkan diri akhirnya penyanyi dangdut Indonesia Dewi Perssik tampil mengakui dia kini dalam proses pemulihan selepas disahkan positif Covid 19 bulan lalu
Jangan Disepelekan Berbohong Ternyata Termasuk Dosa Besar Dan Dapat Dikutuk Oleh Allah

Jangan Disepelekan Berbohong Ternyata Termasuk Dosa Besar Dan Dapat Dikutuk Oleh Allah

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 252 hits
Dusta atau bohong di dalam Islam adalah merupakan perbuatan yang haram dan terlarang bahkan dapat menjauhkan si pelakunya menjauh dari keimanan al Hafizh Ibnu Hajar al Asqalani rahimahullah membawakan riwayat al Baihaqi dari Abu Bakar ash S...
Allah Atur Cantik Jodoh Kita Diuji Sikit Sikit Tu Biasa Yang Penting Sentiasa Berterima Kasih

Allah Atur Cantik Jodoh Kita Diuji Sikit Sikit Tu Biasa Yang Penting Sentiasa Berterima Kasih

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 351 hits
Antara rahsia kebahagiaan dan keutuhan sesebuah rumahtangga adalah tidak berhenti mensyukuri dan menghargai pasangan Jangan berhenti menghujani pasangan dengan penghargaan pujian dan kata kata yang baik Acknowledge semampunya usaha yang pas...
Make Your Business Standout

Genting Malaysia Berhad Terima Anugerah Halal Champion Negeri Pahang Bagi Tahun 2024

Indonesian Architects Week In Kuala Lumpur 2024

Ambil Jubah Konvo Popular Di Media Sosial

Portal Berita Online Papua Tengah Wajah Baru Informasi Lokal Dengan Perspektif Global

A Comprehensive Guide To Marijuana Delivery In San Diego Quality And Transparency

Cara Buat Black Garlic Secara Homemade

Solat Kariah 16 Masjid Di Rembau Tak Sah Kerana Khatib Tertinggal Rukun Khutbah Jumaat


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Interest Wells Fargo Savings

50 Unique Tattoo Name Ideas To Honor Loved Ones

Wanita Bersalin Dekat Kaunter Tiket Lapangan Terbang

Johor Taman Negara Tanjung Piai

Surat Al Fatihah Ayat 5 Arti Perkata Dan Tafsir

Barbarik Feat Karl Cromok Golok Kayu Chord