7 Tips Dan Trik Bagi Android Box Maksimumkan Fungsi Peranti



Android Box telah menjadi pilihan paling popular di kalangan rakyat Malaysia dalam usaha menggantikan televisyen ‘tradisional’ seperti Astro.
Jika ia dimanfaatkan secara kreatif, terdapat berbagai perkara yang boleh dibuat dengan peranti kecil itu.
Berikut disenarai beberapa perkara menarik yang dapat dilakukan untuk menjaga dan menggunakan Android Box kepada kemampuan maksimumnya.
1. Sejukkan Android Box
Sebenarnya kipas penyejuk USB selain dapat diguna bagi menyejukkan laptop, ia juga boleh diguna untuk menyejukkan Android Box anda.
Cari kipas penyejuk bersaiz kecil, dan letakkan Android Box di atasnya. Sekarang anda boleh pasang ia seharian tanpa terlalu bimbang akan suhunya.

2. Gunakan Smart YouTube TV
YouTube sememangnya aplikasi terbaik dalam mencari video-video menarik untuk ditonton. Tetapi aplikasinya boleh menjadi kes ‘hit and miss’, di mana ada antara fungsinya dapat ditambah baik bagi menikmati saluran atau video kegemaran dengan sebaik mungkin.
Oleh itu aplikasi Smart YouTube TV adalah alternatif terbaik untuk anda yang menggunakan YouTube sebagai media utama.Ia menyokong resolusi 4K, rekaan khusus untuk skrin televisyen, dan dapat dijalanlan tanpa Google Play services.

3. Langgan Myiptv 4K
Ia bukan lagi rahsia apabila rakyat marhaen menggunakan Android Box bagi menonton saluran televisyen penuh.
Salah satu dari caranya adalah dengan melanggan Myiptv (4K) dan memasang aplikasinya pada peranti.
Harga langganan kebiasannya bermula dari RM50+ dan menginjak naik mengikut bilangan bulan langganan yang dipilih. Di mana hendak melanggan? Anda kena pandai-pandailah mencari. Sedikit tips, di Facebook terdapat ramai penjualnya.

4. Beli Alat Kawalan Jauh Beserta Papan Kekunci
Biasanya laman lain akan mengesyorkan anda pasang aplikasi alat kawalan jauh pada telefon pintar sahaja. Mudah dan percuma. Tetapi saya berbeza dan tidak menggalakkannya kerana walaupun ia dibangunkan oleh Google, tetapi ia sudah pun ‘mereput’ di Play Store tanpa kemaskini.
Oleh itu, beli sahaja alat kawalan jauh yang mempunyai papan kekunci. Harganya lebih kurang RM30 hingga RM60. Percayalah, anda tidak akan menyesal.

5. Dapatkan Kemaskini Firmware
Sekiranya ada, jangan lupa kemaskini firmware bagi peranti anda. Ini bagi memastikan anda mendapat pembaikan ralat dan tampalan sekuriti terkini.
Sebagai contoh, saya masih menggunakan Tanix TX3 Mini. Firmware bagi peranti ini boleh dimuat turun di laman TANIX TV Box. Ya, peranti ini sudah lama, memang elok diganti baru. Tapi apa boleh buat, saya sendiri pun sudah jarang menonton televisyen.
Ada sesiapa nak taja Android Box baru? Ianya akan digunakan untuk tujuan sains.
6. Gunakan Adoptable Storage
Tips ini khusus untuk mereka yang menggunakan Android Box dengan ruangan storan berkapasiti kecil. Anda perlukan kad microSD, atau storan luaran bagi tujuan menambah kapasiti.
Buka Settings -> Storage and reset, lalu pilih ruang storan anda. Klik Set up as internal storage, dan pilih Format. Selepas proses ini selesai, peranti anda akan menjadikan kad microSD atau storan luaran anda sebagai ruang storan dalamannya.
Cuma jangan keluarkan ia dari peranti.
7. Gunakan Kemudahan Casting Untuk Memainkan Media Pada TV
Tanpa peranti Chromecast atau seumpama dengannya, anda boleh cast sama ada melalui telefon atau melalui laptop dan strim kandungan media pada televisyen. Tiada sebarang trik sukar yang diperlukan.
Anda boleh cari tetapan bagi mengaktifkan cast pada Settings di telefon pintar. Manakala untuk laptop, cara mudah adalah menggunakan aplikasi seperti VLC atau gunakan Chrome.
Pada Chrome, klik butang menu, dan pilih Cast… Pastikan telefon atau laptop anda berhubung dengan Android Box melalui WiFi yang sama.

Demikianlah sedikit perkongsian untuk digunakan oleh anda, jika anda mempunyai Android Box. Harap anda dapat memaksimumkan potensi sebenar peranti tersebut kerana disebalik saiznya yang kecil, ia dikuasakan oleh Android, dan jika anda tahu memanipulasi kelebihan Android, banyak perkara menarik dapat dibuat.
Jom kita layan televisyen dengan kuasa Android Box, strim Netflix sambil makan popcorn dan chill.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/7-tips-dan-trik-bagi-android-box-maksimumkan-fungsi-peranti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Google Assistant Pada Skrin Terkunci Bakal Hadir Ke Semua Peranti Android Serta Pengesahan Tiket Penerbangan

Google Assistant Pada Skrin Terkunci Bakal Hadir Ke Semua Peranti Android Serta Pengesahan Tiket Penerbangan

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 304 hits
Pada peranti Pixel pengguna boleh mengakses Google Assistant terus dari skrin yang terkunci Pelbagai arahan boleh diberikan seperti lokasi restoran berhampiran dan maklumat akan dipaparkan terus pada skrin tanpa peranti dinyahkunci terlebih...
3 Trik Aplikasi Maskara Untuk Bulu Mata Lebih Tebal Lentik Dan Panjang

3 Trik Aplikasi Maskara Untuk Bulu Mata Lebih Tebal Lentik Dan Panjang

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 273 hits
3 Trik aplikasi maskara untuk bulu mata lebih tebal lentik dan panjang Cara memulaskan maskara saja bisa menghasilkan efek yang berbeda beda Pilih yang sesuai dengan keinginan Anda
4 Macam Gangguan Di Malam Pertama Pengantin Baru Dan Trik Jitu Mengantisipasinya

4 Macam Gangguan Di Malam Pertama Pengantin Baru Dan Trik Jitu Mengantisipasinya

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 389 hits
Malam pertama nggak selalu seindah katanya Cek ulasan berikut ini agar aksi kamu mulus bebas kendala
Makan Besar Sekali Sisanya Ngemil Ini 4 Trik Diet Yang Bikin Ricky Cuaca Kian Ramping

Makan Besar Sekali Sisanya Ngemil Ini 4 Trik Diet Yang Bikin Ricky Cuaca Kian Ramping

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 428 hits
Ricky sudah menjalani program dietnya sejak pertengahan tahun lalu dan masih tetap konsisten hingga sekarang Kini total penurunan berat badannya mencapai 38 kiloan lo
14 Tips Buat Muslim Untuk Ke Everland Taman Tema Terbesar Korea

14 Tips Buat Muslim Untuk Ke Everland Taman Tema Terbesar Korea

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 710 hits
Terletak kira kira sejam perjalanan dari Seoul Everland mungkin tidak tersenarai dalam list to go disebabkan ia memakan masa untuk kesana Tetapi jarak tidak boleh dijadikan alasan untuk terlepas taman tema terbesar Korea Selatan Ia mungkin ...
Kisah Korban Selamat Tsunami Berikut 7 Tips Bertahan Hidup Saat Tsunami Menerjang

Kisah Korban Selamat Tsunami Berikut 7 Tips Bertahan Hidup Saat Tsunami Menerjang

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 326 hits
Bencana tsunami kembali terjadi di Wilayah Indonesia Kali ini terjadi Banten dan Lampung Sabtu Ratusan jiwa meninggal dunia Sebagai daerah rawan tsunami masyarakat harus mengetahui cara untuk bertahan hidup Terutama saat bencana tersebut be...
Ibu Perlu Tahu Curi Nafas Bila Nak Teran Doktor Kongsi 12 Tips Meneran Masa Bersalin

Ibu Perlu Tahu Curi Nafas Bila Nak Teran Doktor Kongsi 12 Tips Meneran Masa Bersalin

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 489 hits
Meneran adalah satu kemahiran yang perlu ada semasa proses kelahiran Meneran dengan betul membantu mempercepatkan proses bersalin serta boleh mengelakkan pelbagai komplikasi kepada ibu dan bayi Mungkin ramai ibu yang tertanya tanya cara men...
Tips Untuk Mereka Yang Kena Buang Kerja

Tips Untuk Mereka Yang Kena Buang Kerja

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 290 hits
Apabila kena buang kerja atau berhenti kerja ada perkara yang perlu anda fikirkan atau lakukan Apabila kena buang kerja perkara pertama yang berlaku ialah anda berasa lekeh dan rendah diri Pastikan anda terus berbangga dengan diri sendiri H...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities