10 Tempat Menarik Yang Melayakkan Langkawi Bergelar Permata Kedah


Apabila korang mendambakan destinasi percutian tropika yang paling istimewa di Malaysia, Langkawi tentunya menjadi antara pilihan utama. Di kelilingi samudera biru, dan memiliki kawasan hutan nan menghijau serta air terjun di antara yang tercantik di dunia, Langkawi, yang telah dianugerahkan dengan status pusat rujukan UNESCO Global Geopark di Asia Pasifik dipenuhi dengan pelbagai sumber kekayaan tersembunyi yang pastinya dapat memikat hati setiap pengunjung. Maka, tidak hairanlah kenapa nama Langkawi masyhur sebagai destinasi pelancongan utama di Malaysia. Berikut adalah 10 tempat menarik yang patut korang kunjungi apabila korang menjejakkan kaki ke Pulau Permata Kedah ini

1. Kota Mahsuri 


Sebuah makam bagi memperingati kisah legenda silam Mahsuri binti Pandak Mayah, yang kecantikannya dicemburui oleh kakak iparnya sehingga menyebabkan dia menyebarkan fitnah, menuduh Mahsuri berlaku curang kepada suaminya. Mahsuri telah dihukum tanpa bersalah bersumpah Langkawi menjadi gersang bak padang jarak padang tekukur selama 7 keturunan. 
Rebuti peluang untuk mempelajari dengan lebih mendalam lagi mengenai kecantikan Mahsuri sambil menghayati keindahan reka bentuk dan seni bina rumah-rumah yang diperbuat daripada kayu yang dijadikan sebagai muzium, bagi mempamerkan beberapa barang kemas milik Mahsuri serta senjata yang digunakan untuk membunuhnya. Di sini, korang boleh melihat sebuah makam yang sentiasa dijaga rapi, dengan sedikit keterangan ringkas mengenai kisah Mahsuri. 
2. Dataran Helang 


Dataran Helang yang ikonik ini menempatkan sebuah tugu berbentuk burung Helang setinggi 12 meter. Ia dibina bagi menzahirkan inspirasi di sebalik nama pulau ini yang menggabungkan perkataan lang (helang) dan kawi (batu perang kemerah-merahan).  Menghadap Jeti Kuah, helang gergasi ini dilihat sebagai simbol yang mengalu-alukan kedatangan para pengunjung ke Langkawi.  Kawasan ini sebagai tempat pilihan para pengunjung untuk mengambil gambar

3. Sky Cab


Nikmati kehijauan Langkawi dengan menaiki kereta kabel paling curam di dunia. Pada ketinggian 708 meter dari paras laut, korang dapat melihat pemandangan seluruh Pulau Langkawi dan jika cuaca mengizinkan, korang turut dapat melihat Selatan Thailand. Bongkah-bongkah batu yang besar serta rabung yang tinggi memberikan pemandangan panorama yang menakjubkan seluas 360 darjah, menjadikannya sebagai destinasi yang wajib dikunjungi semua pengunjung. Sertai Langkawi Skytrail dengan mengikuti aktiviti merentas hutan di stesen pertengahan Langkawi Skybridge, sebuah jambatan bengkok unik yang terletak di puncak tertinggi Gunung Mat Chinchang

4. Underwater World Langkawi 


Underwater World Langkawi (UWL) ialah salah satu daripada akuaria marin dan air tawar terbesar di Asia Tenggara. Ia dibina bagi memupuk kesedaran mengenai kepentingan pemuliharaan hidupan akuatik kita yang tidak ternilai, dan seterusnya memupuk kefahaman mengenai hubungan erat dan yang tidak dapat dipisahkan di antara manusia dan alam semula jadi. Antara tarikan utama Underwater World Langkawi ialah Zon Ekosistem Hutan Hujan Tropika & Sungai, Iklim Sederhana & Sub-Antartika dan Marin, Zon Ikan Air Tawar, Pameran Kulit Kerang, Kolam Koi, Zon Reptilia, Zon Invertebrat, Zon Terumbu Karang dan Zon Haiwan Beracun & Berbisa. Menampilkan terowong pejalan kaki sepanjang 15 meter, para pengunjung boleh melihat dengan lebih dekat pelbagai jenis hidupan laut yang luar biasa seperti Penyu Hijau Gergasi. Akuarium air masin ini terletak berhampiran dengan pusat membeli-belah dan bistro, menjadikannya sebagai destinasi semua dalam satu di mana para pengunjung boleh membeli-belah, makan dan berhibur, semuanya di dalam satu kawasan. 
5. Pertunjukan Api (Pantai Chenang)


Tempat paling meriah di Langkawi, terletak di persisiran Pantai Chenang. Sebuah kawasan pantai yang hebat dipenuhi dengan sofa ‘bean bag’ berwarna-warni, menjadikan ia tempat paling sesuai untuk korang menikmati matahari terbenam. Pastikan korang datang awal dan tempah ‘bean bag’ anda, nikmati alunan muzik serta makan dan minum di restoran berhampiran sambil menanti pertunjukan bermula. Pertunjukan termasuklah permainan belantan berapi, di mana ia diputar dan dilambung ke udara kemudian ditangkap semula, menerangi suasana malam dengan cahaya yang berkilauan apabila api ditiup ke udara oleh pemain api profesional. Aktiviti ini pastinya akan menghangatkan lagi malam anda

6. Taman Georimba Kars Kilim 


Sebuah kawasan rizab semula jadi dan tapak geologi yang menakjubkan dipenuhi dengan flora dan fauna menakjubkan, perkembangan geologi yang mempesonakan seperti bukit batu kapur, fosil, gua dan lagun, pantai dan sudah pastinya hutan paya bakau yang tebal. Pastikan mata korang tertumpu pada kawasan paya bakau dan beting berlumpur, di mana korang pasti akan dapat melihat pelbagai jenis hidupan yang menakjubkan. Selain daripada tupai, ketam lumpur dan monyet, korang juga dapat melihat biawak yang boleh terjun ke dalam air dengan mudah dan menyelam untuk satu jangka masa yang panjang. Terletak berhampiran dengan kawasan ini ialah sangkar-sangkar penternakan ikan air masin. Di sini korang boleh melihat sangkar-sangkar ternakan ikan yang besar dan pelbagai spesis ikan yang diternak di dalamnya. Di sini korang boleh menemui pokok-pokok bakau yang berusia lebih daripada 100 tahun. Korang juga boleh menemui deretan bukit batu kapur Langkawi yang melindungi hutan paya bakau berusia tersebut. 
7. Muzium Laman Padi


Pulau Langkawi terletak di dalam negeri Kedah yang dikenali sebagai negeri jelapang padi Malaysia dan merupakan negeri pengeluar beras terbesar di negara ini. Langkawi membuka muzium ini pada 1998 bagi sebuah pusat untuk mempamerkan artifak berkaitan padi tempatan, carta, gambar dan peralatan menanam padi, sebagai salah satu cabang eko-pelancongan. Ia menonjolkan kepentingan sosial aktiviti penanaman padi konvensional yang tidak boleh disangkalkan, dan memberi peluang kepada para pengunjung untuk memahami sendiri teknik penanaman padi. 
8. Kompleks Kraf Langkawi


Kompleks Kraf Langkawi mula beroperasi pada sekitar 1996 dan dibina di atas sebidang tanah seluas 32 ekar di Jalan Teluk Yu di Mukim Bohor, Pulau Langkawi. Seni bina kompleks ini dihiasi dengan komponen-komponen bertemakan Islam bagi menyerikan lagi reka bentuk hiasan pada bahagian dindingnya yang turut mempamerkan keindahan seni bina Melayu. Kompleks Kraf Langkawi menawarkan pelbagai pilihan produk kraf tangan tempatan yang berbeza dan pada masa sama, para pengunjung berpeluang untuk melawat Muzium Warisan dan Muzium Adat Istiadat & Perkahwinan. Selain daripada melibatkan diri dalam aktiviti kraf tangan interaktif, para pengunjung juga berpeluang untuk merakamkan detik indah di Dataran Tangga Seribu, yang merupakan salah satu simbol di Kompleks Kraf Langkawi. 
9. Taman Agroteknologi MARDI 


Taman yang luas ini dibuka kepada orang ramai bagi memberikan pendedahan mengenai penggunaan inovasi moden dalam industri pertanian Malaysia. Taman agro ini terkenal kerana pengkomersialan pokok buah-buahan tropika. Di sini korang boleh mengelilingi kawasan dengan menaiki pengangkutan yang disediakan. Jika korang seorang peminat tanaman herba, tempat ini sememangnya sesuai untuk anda. Selepas mengelilingi kawasan ladang, korang boleh berehat sambil menikmati bufet buah-buahan tempatan yang menyelerakan. Terdapat lebih 20 jenis pokok buah-buahan tropika bermusim dan tidak bermusim ditanam di ladang ini. Ladang buah-buahan tersebut meliputi kira-kira 40% daripada keseluruhan kawasan tanah di taman ini. Di antara pokok buah-buahan yang boleh korang lihat termasuklah buah belimbing besi, jambu batu, limau, mangga, rambutan, pulasan, durian, cempedak, nangka, longan dan banyak lagi. Para pengunjung akan dihadiahkan dengan cenderahati anyaman daun nipah, yang hasil tangan para pekerja taman berkenaan. 
10. 3D Art Langkawi


Terdapat lebih 100 karya seni yang dihasilkan oleh 23 pelukis Korea dan beberapa pakar tempatan yang berkemahiran. Di sini korang dapat melihat pelbagai jenis haiwan mitos seakan-akan menerpa keluar daripada bingkai gambar, atau lelaki menghulurkan tangan keluar daripada potretnya bagi mengalu-alukan kehadiran pengunjung. Ini merupakan muzium seni 3D yang kedua terbesar di dunia dan sudah pastinya yang terbesar di seluruh Malaysia. Kesemua karya 3D itu dipamerkan di dalam bangunan setinggi 3 tingkat dan meliputi kawasan seluas kira-kira 2,000 meter persegi. Terdapat beberapa zon atau segmen di dalam muzium seni ini yang mempunyai temanya sendiri dan pelbagai jenis karya 3D. Jenis-jenis zon itu termasuklah zon akuarium yang dipenuhi dengan gambar-gambar hidupan marin, zon safari yang mempamerkan karya seni hidupan liar, beberapa zon di mana korang boleh berinteraksi dengan karya seni tersebut, dan zon mimpi, di mana korang akan merasa sepi sedang berjalan di dalam mimpi. 
Semua ini, jelas sekali menunjukkan bahawa Langkawi sememangnya mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi, tidak kira sama ada korang hanya mahu berehat di pantai, menyertai aktiviti yang menyeronokkan atau mendalami warisan budaya tempatan. Terdapat begitu banyak pulau-pulau nan indah, kawasan teluk yang mempesonakan dan pantai-pantai yang menakjubkan di dalam kawasan kepulauan yang terdiri daripada 99 pulau ini untuk diterokai oleh para pengunjung. Jadi, apa yang korang tunggu lagi? Rancang percutian korang ke Langkawi hari ini











Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2022/07/10-tempat-menarik-yang-melayakkan-langkawi-bergelar-permata-kedah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
25 Senarai Tempat Menarik Di Cameron Highland Terkini 2022

25 Senarai Tempat Menarik Di Cameron Highland Terkini 2022

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 490 hits
Cameron Highland dah buka full sejak PKP dan negara beralih ke fasa endemik nah ini 25 Tempat Menarik di Cameron Highland yg korang mesti pergi Syok Save the list Boleh pergi cuti nanti 1 Ladang Teh BOH Sungai Palas Alamat Brinchang 39000 B...
Senarai Port Ootd Tempat Menarik

Senarai Port Ootd Tempat Menarik

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 458 hits
SENARAI PORT OOTD TEMPAT MENARIK Bagi yang anda gemar ber ootd semestinya anda ingin mengetahui tempat ootd yang cantik dan memang Insta worthy Disini kami akan kongsikan port OOTD yang menarik di setiap negeri semoga membantu APA ITU OOTD ...
15 Tempat Menarik Di Malaysia Yang Persis Seperti Luar Negara

15 Tempat Menarik Di Malaysia Yang Persis Seperti Luar Negara

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 617 hits
Tak cukup bajet untuk pergi oversea Di sini ada senarai pendek 12 lokasi seakan akan berada di overseas tapi sebenarnya hanyalah di negara kita Malaysia 1 Masjid Wilayah Persekutuan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur MalaysiaMasjid Wil...
5 Tempat Menarik Di Ipoh Waktu Malam Bersama Anak Anak

5 Tempat Menarik Di Ipoh Waktu Malam Bersama Anak Anak

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 614 hits
5 Tempat Menarik Di Ipoh Waktu Malam Bersama Anak Anak Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Bila tiba hari jumaat mesti otak ligat fikir nak pergi mana Walaupun kadang kadang suami Sha kerja pada hari minggu kami akan tetap keluar jala...
7 Tempat Aktiviti Menarik Mesti Buat Bila Datang Ke Ipoh Perak

7 Tempat Aktiviti Menarik Mesti Buat Bila Datang Ke Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 399 hits
7 Aktiviti Wajib Buat Jika Datang Ke I P O HRujukan untuk First timer Ipoh trending dalam Twitter hari ini Korang setuju tak kalau kita kata yang Ipoh merupakan salah satu lokasi favourite bagi rakyat Malaysia untuk travel locally Kalau dat...
Senarai Tempat Menarik Di Batam Kepulauan Riau Indonesia

Senarai Tempat Menarik Di Batam Kepulauan Riau Indonesia

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 306 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBatam merupakan sebuah bandar terbesar di Kepulauan Riau Indonesia dengan jumlah penduduk melebihi 1 juta penduduk Wilayah Batam terdiri daripada Pulau Batam pulau Rempang dan pulau Galang serta pulau pula...
Sri Pahang Fc Kekalkan Rentak Kemenangan Tewaskan Kedah Darul Aman 2 0 Malam Tadi

Sri Pahang Fc Kekalkan Rentak Kemenangan Tewaskan Kedah Darul Aman 2 0 Malam Tadi

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 171 hits
KUANTAN Sri Pahang FC mengekalkan rentak kemenangan selepas menewaskan Kedah Darul Aman FC 2 0 di Stadium Darul Makmur sebentar tadi Dua gol daripada Steven Rodriguez masing masing satu pada separuh masa memastikan skuad Tok Gajah mengutip ...
Islam Semarak Dibawah Panji Pas Di Kedah Mahfuz Omar

Islam Semarak Dibawah Panji Pas Di Kedah Mahfuz Omar

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 227 hits
Islam semarak mekar mewangi dibawah pimpinan kerajaan PAS Kedah lanieINI KALAU ZAMAN PH DULU PADANG MANA PULAK LA NAK P BERHIMPUN ALMAKLUM ISLE TERANCAM TAPI KINI APA YANG PH DIKUTUK DULU DAN RASANYA TAK ADA FESYEN FESYEN DIBUAT DI KEDAH WA...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner