Tanda Kekurangan Vitamin C - Kulit Mudah KeringJika anda perasan, kulit yang kurang vitamin c lebih bersifat kekeringan. Ia mudah menjadi bersisik dan tidak lembap. Kekeringan kulit boleh juga menyebabkan kegatalan kulit. Cuba anda lalukan pada kulit anda dengan kuku, adakah ia menjadi warna putih berkuping kecil? Jika ya, banda anda kurang vitamin c
Tanda Kekurangan Vitamin C - Wajah Nampak Tua Sebelum UsiaSelain daripada itu, tanda kekurangan vitamin c boleh menyebabkan wajah nampak lebih tua sebelum usia. Pernahkah anda dipanggil makcik oleh orang yang tidak dikenali? Sedangkan umur anda baru sahaja 30 tahun. Disebabkan kekurangan vitamin c ini, wajah anda mempunyai banyak kedut dan tidak seperti wajah orang seusia 30 tahun yang lain
Tanda Kekurangan Vitamin C - Luka Lambat SembuhJika anda mengalami luka dibahagian badan, terkena gigitan serangga, luka tersebut susah untuk hilang. Ataupun luka tersebut mengambil masa yang lama untuk sembuh. Itu juga petanda bahawa badan anda mengalami kekurangan vitamin c
Tanda Kekurangan Vitamin C - Mudah DemamTanda kekurangan vitamin c seterusnya adalah anda akan mudah diserang demam. Biasanya, jika anda berada dipersekitaran orang yang demam, ia amat mudah sekali untuk anda dijangkiti. Cuba anda kemaskini diri anda sendiri, adakah tanda ini terdapat pada anda?
Tanda Kekurangan Vitamin C - Cepat StressAdakah anda seorang yang mudah stress? Jika ya, anda wajib ambil vitamin c. Ini kerana tanda kekurangan vitamin c adalah menjadikan anda seorang yang stress. Mudah tertekan dan tidak boleh mengendalikan sesuatu kerja dalam keadaan tertekan
Tanda Kekurangan Vitamin C - Skurvi (Gusi Berdarah, Luka Lambat Sembuh, Gigi Rapuh)Tanda kekurangan vitamin c juga boleh dilihat pada kawasan mulut iaitu dipanggil Skurvi. Skurvi ini adalah berkaitan gusi berdarah, luka lambat sembuh dan gigi mudah rapuh. Teruk bukan? Jika anda sayang kesihatan mulut anda, perlu ambil vitamin c setiap hari
Tanda Kekurangan Vitamin C - Mudah SelsemaTanda kekurangan vitamin c seterusnya adalah anda mudah terkena selsema. Jika anda berada dipersekitaran orang yang selsema, anda mudah berjangkit. Ini kerana, kekurangan vitamin c dalam badan tidak dapat bertindak melindungi badan anda dari terkena virus selsema|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |