Rumah berselerak, makan minum tak teratur dan pakaian tak terurus. Antara solusinya, dirikanlah rumahtangga agar pengurusan diri lebih teratur dan sistematik. Sekurang-kurangnya adalah orang yang jaga makan minum. Berdua lebih baik.
Pernah tak anda berasa cemburu melihat kebahagiaan orang sekeliling dengan pasangan masing-masing? Sedangkan pada masa yang sama, anda tiada pasangan atau anak-anak untuk dibelai manja. Segerakanlah kahwin. Nescaya perasaan cemburu itu akan hilang dengan sendirinya.
Sebelum berkahwin, sesetengah daripada kita akan melalui fasa bercinta dahulu. Daripada situlah akan terbit perasaan untuk berumahtangga dengan pasangan kita itu. Sebelum wujud pihak ketiga mahupun berlakunya perilaku yang tidak diingini, ada eloknya anda bernikah segera.
Selalunya, orang yang menghampiri fasa wajib berkahwin, perasaan suka dan sayang pada kanak-kanak itu lain macam. Jika tanda ini terjadi, maknanya anda sudah bersedia untuk berkeluarga dan memiliki zuriat sendiri.
Tatkala keseorangan, pasti perasaan sunyi akan menerjah sanubaru. Nak-nak, kawan rapat kesemuanya telah mendirikan rumahtangga dan beranak-pinak. Jika ada, sudah sampai masanya anda mencari pasangan untuk mengisi kekosongan itu.
Rasa malu dan berdebar-debar memang ada pada ketika anda berhadapan dengan orang yang berlainan jantina. Sekiranya anda diperkenalkan dengan seseorang, kemudian secara tiba-tiba anda berasa berdebar-debar, maknanya anda memang ‘taste’ pada orang itu. Mungkin dialah jodoh anda. Bertindak segera!|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |