7 Sumpahan Mumia Zaman Firaun Paling Mematikan Benar Benar Sumpahan Atau Kebetulan Seram
Mumia merupakan jasad manusia yang diawetkan dengan cara-cara tertentu dalam waktu yang sangat lama. Mumia kerap menjadi sebahagian dari filem horor yang cukup mengerikan. Banyak kisah dan mitos tentang mumia yang selalu menarik untuk dibahas. Sehingga kini para arkeologi masih mempelajari tentang mumia yang telah ditemukan.
Pasukan arkeologi datang bukan tujuan untuk merosak apa pun bahagian dari kuburan tersebut. Namun semuanya tidak berjalan sebaik yang diharapkan apabila berlakunya insiden misteri yang mengakibatkan kematian terhadap pelindung ekspedisi.
Ada beberapa kisah mengenai kutukan atau sumpahan mumia yang mematikan yang bikin merinding sesiapa saja. Berikut 7 kutukan sumpahan mumia paling mematikan dan, disalin dari brainberries.co
1. Sumpahan Tutankhamun (1922)
Pada 4 November 1922, pakar arkeologi Howard Carter dan pasukannya menemui makam di lembah para raja, di mana kuburan Firaun tersembunyi selama ribuan tahun. Kuburan tersebut masih dalam keadaan belum terusik oleh perampok maupun orang tidak bertanggung jawab.
Setelah Howard Carter menemukan ruang pemakaman Raja Tut, dia segera menghubungi penjaganya, Lord Carnarvon untuk memberitahunya tentang penemuan tersebut. Bangsawan Inggeris tersebut sangat gembira dan segera ingin membuka sarkofagus.
Namun siapa yang menyangka bahawa empat bulan kemudian, Lord Carnarvon meninggal dunia akibat gigitan nyamuk. Sebelumnya telah ditemukan ada peringatan di makam Tut yang mengatakan "Kematian akan datang dengan cepat bagi mereka yang mengganggu kedamaian Raja". Belum dapat dipastikan apakah insiden tersebut berhubungan dengan sumpahan atau hanya kebetulan belaka.
2. The Unlucky Thief
Semasa mengunjungi Mesir, seorang pencuri dari Jerman melihat peninggalan yang menakjubkan dalam satu pameran. Maka timbul niat buruk dari sang pencuri tersebut. Ia mengambil artifak itu dan menyeludupnya ke negara asalnya. Namun dia tidak langsung menjualnya kerana beberapa alasan dan memilih untuk menyembunyikan artifak tersebut.
Ringkasan cerita, pencuri itu mula menyedari bahawa semua orang di sekitarnya menderita, termasuklah dirinya sendiri. Tidak lama kemudian, pencuri itu mengalami demam dan mengakibatkan kelumpuhan. Pencuri tersebut kemudian meninggal dunia. Artifak mistik itu pun akhirnya dikirim kembali ke Mesir oleh seorang anggota keluarganya dengan catatan berisi permohonan maaf.
3. Tangan Mematikan Raja Tut
Sir Archibald Reid bukanlah seorang ahli arkeologi. Belia juga tidak berada berhampiran dengan sisa-sisa mumia dari Firaun Mesir yang terkenal. Mungkin terkecuali tangan mumia yang sudah mengering. Reid adalah seorang ahli radiologi yang dikirimi bahagian tubuh yang terputus itu untuk pengujian sinar-X.
Sayangnya, dalam waktu kurang dari 24 jam setelah membuka bungkusan yang bahagian dari mumia, ia menderita sakit parah. Sir Archibald pun meninggal dunia yang dipercayai menjadi korban sumpahan Tut yang lain.
4. Kematian Tahunan yang Misteri
Orang yang tidak percaya pada sumpahan biasanya berubah fikiran ketika beberapa tanda yang tidak wajar muncul dalam hidupnya. Seperti anggota keluarga yang meninggal dunia satu persatu pada hari yang sama, tahun demi tahun. Hal itulah yang terjadi pada Egyptologist terkenal, Zahi Hawas.
Setelah ia mengangkut beberapa relik mumia, yang pertama meninggal adalah makciknya. Kemudian tepat satu tahun, pakciknnya dan sepupunya pula pada tahun berikutnya yang meninggal. Tidak dapat dipastikan apakah itu sumpahan atau hanya kebetulan saja.
5. Kehilangan Teman-teman dan Bunuh Diri
Hugh Evelyn White adalah seorang ahli arkeologi terkenal pada masa itu. Dia dan teman-temannya telah bekerja berkaitan dengan mumia selama beberapa tahun. Namun suatu ketika teman-temannya mulai menjadi korban.
White adalah satu-satunya orang dari pasukannya yang masih hidup. Setelah melihat teman-temannya meninggal dunia, ia tidak dapat menahan tekanan lalu membunuh diri. White juga meninggalkan catatan yang ditulis dengan darahnya sendiri yang mengatakan Hugh telah menyerah pada sumpahan dan harus menghilang.
6. Dewa Kematian
Semasa ekspedisi di Sakkara pada tahun 1971, Walter Bryan Emery telah menemui patung kecil Osiris. Beliau membawa artifak itu kembali ke perkhemahan. Ketika di perkhemahan, Walter pergi ke kamar mandi namun tidak keluar-keluar dalam waktu yang lama.
Pembantunya telah menemukannya dalam keadaan lumpuh, dipercayai kena stroke. Beberapa jam kemudian, Emery pergi untuk selamanya menghadapi Dewa Kematian sendiri.
7. Mumi yang Membunuh 1500 Orang
Cerita ini mungkin hanya mitos, namun menjadi sesuatu yang menarik untuk dibahas. Salah satu muzium di Inggeris memiliki pameran Mesir dengan mumia asli sebagai daya tarik utamanya. Pada malam hari suara-suara aneh datang dari sarkofagus.
Namun suatu ketika salah seorang pegawai pengawal malam telah meninggal dunia secara tiba-tiba. bagi menghindari lebih banyak korban, mumia itu dikirim ke AS dengan menggunakan sebuah kapal laut. Kapal itu adalah Titanic yang tenggelam secara menakutkan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.orangmuo.my/2021/02/7-sumpahan-mumia-zaman-firaun-paling.html