7 Sebab Subsidi Petrol Bersasar Ph Membebankan Rakyat




PENGUMUMAN mengenai pelaksanaan *Subsidi Petrol Bersasar (SBP)* oleh YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Saifuddin Nasution kelmarin mencetuskan pelbagai persoalan yang hakikatnya *tidak mencerminkan keseriusan Kerajaan untuk menangani keperluan rakyat* yang kini sedang terbeban dengan kos sara hidup yang memeritkan.
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menggariskan *7 persoalan yang menjadi hujah* kenapa polisi terbaru Kerajaan Pakatan Harapan (PH) ini ternyata *lebih membebankan rakyat:*
1. *Adakah syarat kenderaan persendirian dan mempunyai cukai jalan yang sah ini telah mengambilkira keadaan mereka yang tinggal di kampung-kampung dan pedalaman?* Ada di antara mereka yang menggunakan kenderaan seperti motorsikal lama untuk pergerakan di lokaliti mereka sahaja. Perlukah mereka memperbaharui insurans untuk membolehkan mereka memperolehi cukai jalan yang sah sekaligus menikmati janji subsidi yang ditawarkan? Merujuk pada laman otomotif terkemuka _paultan.org_, premium insurans bagi Honda EX-5 bernilai RM292.38. Ini bermakna *rakyat biasa di kampung harus mengeluarkan wang sendiri hampir RM300* semata-mata untuk memperbaharui cukai jalan sebelum 15 Oktober 2019 ini untuk membolehkan mereka menikmati janji subsidi bernilai *RM144 setahun.*
2. *Adakah pihak KPDNHEP telah mengkaji trend penggunaan kenderaan rakyat B40 khususnya di kawasan bandar atau pinggir bandar yang turut ditekan oleh kos perumahan dan kos sara hidup yang lain?* Sebagai contoh, sekiranya pemilik sebuah Proton Saga 1,300cc mengisi minyak sebanyak 4 kali sebulan dengan jumlah 35 liter setiap kali isian, bermakna jumlah penggunaan mereka adalah * 140 liter atau RM291.20 sebulan* (anggaran RON95 =RM2.08 seliter). Memandangkan subsidi petrol yang dicadangkan *hanya untuk RM30 bagi 100 liter sebulan*, pengguna terpaksa membayar penuh tanpa subsidi bagi baki 40 liter. Justeru subsidi yang dicadangkan jelas *tidak cukup untuk membantu meringankan beban rakyat B40 di kawasan bandar dan pinggir bandar.*
3. *Bagaimana pula nasib rakyat golongan M40 yang menjadi nadi penting memacu ekonomi negara selama ini?* Golongan M40 kebanyakkannya tidak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan secara langsung terkesan dengan bebanan ekonomi semasa dan kos sara hidup yang kian meningkat. Pelaksanaan pengapungan RON95 pasti akan memberikan kesan besar kepada golongan ini kerana *harga RON95 sekiranya diapungkan kini mencecah *RM2.25 seliter.*
4. *Pelbagai syarat yang dikenakan kepada bakal penerima subsidi yang dianggarkan hampir 2.8 juta dari kalangan BSH ini adalah tidak praktikal* dan seolah-olah dibuat semata-mata untuk memastikan ianya dapat diisytiharkan perlaksanaannya sebelum pembentangan Belanjawan 2020 Jumaat ini dan bukan berdasarkan keperluan rakyat sebenar. *Apakah berbaloi perbelanjaan besar RM25 juta wang rakyatyang dibayar kepada syarikat konsultan luar* yang kononnya untuk membangunkan sistem subsidi bersasar yang efektif ini dalam tempoh 10 bulan? Siapa agaknya syarikat konsultan tersebut?
5. KPDNHEP menganggarkan tanggungan subsidi bagi pelaksanaan program ini adalah *RM65.4 juta* sebulan atau *RM784.8* juta setahun. Mengapakah Kerajaan tidak boleh memberikan komitmen untuk mengekalkan peruntukan *RM2.0 billion* setahun untuk tahun-tahun akan datang seperti yang dijanjikan bagi dalam ucapan Belanjawan 2019.
6. Ucapan Belanjawan 2019 oleh YB Lim Guan Eng tahun lepas memperuntukkan *RM2.0 bilion bagi SBP ini*. Sekiranya YB Menteri KPDNHEP berkata pelaksanaan dimulakan pada 1 Jan 2020, adakah ianya menggunakan peruntukan Belanjawan 2020? Maka, bagaimana pula RM2.0 billion yang sepatutnya digunakan untuk program ini?
7. Semasa PH menjadi Pembangkang, acap kali dihujahkan mengenai *’Domino Effect’ dimana *kenaikan harga minyak petrol runcit akan menaikkan harga barangan pengguna.* Sudahlah rakyat kini terbeban dengan kenaikan harga barangan disebabkan cukai SST yang jelas tidak adil dan efisyen, bukankah ini hanya akan menambah beban rakyat dikala keadaan ekonomi negara yang tidak stabil kini!
Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar pihak Kerajaan mengkaji semula pelaksanaan program SBP ini. *Kita tidak mahu melihat rakyat terus diperkotak-katikkan semata-mata mahu dilihat melunaskan janji Belanjawan 2019.* Hakikatnya rakyat masih menagih subsidi sepenuhnya harga petrol agar *harga minyak RM1.50* sebagaimana janji manifesto PH dan ucapan-ucapan pimpinan utama PH dapat direalisasikan
Dr Asyraf Wajdi




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/10/08/7-sebab-subsidi-petrol-bersasar-ph-membebankan-rakyat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5363 Subsidi Petrol Bersasar Kaedah Baik Salurkan Bantuan Ppim Sinar Harian 06 10 2019

5363 Subsidi Petrol Bersasar Kaedah Baik Salurkan Bantuan Ppim Sinar Harian 06 10 2019

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 558 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyifatkan sistem pelaksanaan program subsidi petrol bersasar yang memberi fokus kepada golongan berpendapatan rendah satu kaedah yang baik untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang layak Ketu...
Program Subsidi Petrol Bersasar Libatkan Peruntukan Rm2 2 Bilion

Program Subsidi Petrol Bersasar Libatkan Peruntukan Rm2 2 Bilion

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 381 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Info Lengkap Program Subsidi Petrol Kerajaan

Info Lengkap Program Subsidi Petrol Kerajaan

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 354 hits
Info Lengkap Program Subsidi Petrol Kerajaan Program Subsidi Petrol adalah inisiatif Kerajaan untuk meringankan beban isirumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol Info Lengkap Program Subsidi Petrol Kerajaan Ia ada...
Semakan Online Syarat Kelayakan Subsidi Petrol

Semakan Online Syarat Kelayakan Subsidi Petrol

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 410 hits
Semakan Online Syarat Kelayakan Subsidi Petrol atau nama penuh disebut Program Subsidi Petrol Kerajaan Malaysia akan memperkenalkan PSP ini bermula Januari 2020 Semakan Online Syarat Kelayakan Subsidi Petrol Menurut laman sesawang KPDNHEP s...
Program Subsidi Petrol Semak Kelayakan Bermula Pada 15 Oktober 2019

Program Subsidi Petrol Semak Kelayakan Bermula Pada 15 Oktober 2019

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 571 hits
Program Subsidi Petrol adalah antara program yang telah lama digembar gemburkan dan ramai yang tertanya tanya bagaimana ia akan dilaksanakan oleh kerajaan Pada 7 Oktober 2019 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna telah...
Cara Untuk Tahu Samada Kita Layak Atau Tidak Untuk Program Subsidi Petrol

Cara Untuk Tahu Samada Kita Layak Atau Tidak Untuk Program Subsidi Petrol

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 451 hits
Cara untuk tahu samada kita layak atau tidak untuk Program Subsidi Petrol Semalam ada terbaca satu post berkaitan kerajaan ingin memberikan subsidi petrol kepada rakyat yang terpilih Bila baca lagi mereka yang terpilih itu adalah mereka yan...
Subsidi Petrol Sehingga Rm360 Setahun Mulai 2020

Subsidi Petrol Sehingga Rm360 Setahun Mulai 2020

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 212 hits
Kerajaan Pakatan Harapan mengumumkan Program Subsidi Petrol akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2020 Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata program itu membabitkan kadar subsidi ...
Subsidi Petrol Setiap Bulan Untuk Penerima Bsh Rm30 Kereta Rm12 Motosikal

Subsidi Petrol Setiap Bulan Untuk Penerima Bsh Rm30 Kereta Rm12 Motosikal

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 363 hits
Kerajaan akan memperkenalkan mekanisme subsidi petrol baru yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 2 86 juta penerima Bantuan Sara Hidup serta golongan orang kurang upaya di Semenanjung Malaysia Bakal dilaksanakan mulai 1 Jan tahun depan...
Gst Tetap Membebankan Rakyat

Gst Tetap Membebankan Rakyat

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 633 hits
Kerajaan akan di chop sebagai kerajaan buruk siku selepas di chop sebagai kerajaan munafik akibat tidak tunai janji Walaupun 3 GST di kenakan ia tetap membebankan rakyat kerana harga sebuah kereta dan rumah bukanya RM10 Dari yang meskin hin...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game