Subsidi Petrol Setiap Bulan Untuk Penerima Bsh Rm30 Kereta Rm12 Motosikal



Kerajaan akan memperkenalkan mekanisme subsidi petrol baru yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 2.86 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) serta golongan orang kurang upaya (OKU) di Semenanjung Malaysia

Bakal dilaksanakan mulai 1 Jan tahun depan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Saifuddin Nasution Ismail, berkata dengan adanya subsidi yang baru itu juga, harga petrol RON95 akan diapungkan mengikut harga minyak mentah dunia

Katanya, untuk pemilik kereta, subsidi yang diberikan ialah RM30 sebulan, manakala motosikal RM12 sebulan

Menurut Saifuddin bantuan tersebut akan dimasukkan ke akaun penerima sekali bagi setiap tempoh empat bulan

"Program ini adalah inisiatif kerajaan untuk meringankan beban kumpulan isi rumah yang memerlukan (dan dibuat) melalui pengagihan semula subsidi petrol selari dengan janji ketujuh Manifesto PH," katanya di Putrajaya hari ini

Menurut Saifuddin melalui kaedah baru itu kerajaan berharap subsidi tersebut dapat menampung sebahagian daripada kos petrol RON95 untuk rakyat berpendapatan rendah

Menjelaskan lebih lanjut subsidi tersebut, anggota parlimen Kulim - Bandar Baru itu berkata, penerima BSH yang memiliki kenderaan 1,600cc ke bawah atau motosikal 150cc ke bawah layak menerimanya


Harga petrol tetap di Sabah, Sarawak
Kata Saifuddin, prinsip bantuan yang hendak disampaikan oleh kerajaan ialah melalui pengagihan semula yang saksama (equitable redistribution) melalui dasar berasaskan data diperolehi daripada pangkalan data BSH serta Jabatan Pengangkutan Jalan

Bagi pemilik kereta melebihi 1,600cc atau motosikal lebih 150cc juga boleh mendapat subsidi tersebut, dengan syarat kenderaan itu masing-masing berusia sekurang-kurangnya 10 tahun dan tujuh tahun

Untuk golongan OKU pula, kata Saifuddin, mereka boleh mendapat subsidi berkenaan untuk kenderaan masing-masing

Katanya, penerima BSH yang memiliki lebih daripada satu kenderaan, mereka hanya layak mendapat satu subsidi saja

"Antara kereta atau motosikal, kita bayar subsidi yang lebih tinggi," katanya

Beliau juga mengingatkan hanya kenderaan yang memiliki cukai jalan yang sah layak menerima subsidi tersebut

Sementara itu, Saifuddin berkata subsidi yang diperkenalkan itu hanya untuk penerima BSH di Semanjung Malaysia sahaja

Bagi golongan berpendapatan rendah di Sabah, Sarawak dan Labuan, katanya, subsidi itu tidak diberikan kerana harga RON95 akan dikekalkan pada RM2.08 seliter

Saifuddin juga menjelaskan, berdasarkan maklumat yang ada, penetapan harga RON95 sebelum ini turut dinikmati golongan kaya

Mahu luaskan pada masa depan
Katanya daripada 1.2 bilion liter petrol yang digunakan setiap bulan di Semanjung Malaysia, hanya 10 peratus menggunakan RON97, manakala selebihnya memilih RON95

"Maknanya, pemilik kenderaan mewah seperti Range Rover turut menerima manfaat daripada subsidi RON95

"Justeru melalui subsidi petrol bersasar yang baru ini, hanya golongan yang berkeperluan sahaja mendapat manfaat," katanya

Mengenai pengapungan harga RON95, Saifuddin berkata kaedah terperinci akan diumumkan selepas ia dibincangkan di peringkat kabinet

Beliau juga memberitahu pemberian subsidi akan dihentikan sekiranya harga RON95 turun kepada RM2 seliter

Saifuddin juga menjelaskan maklumat lanjut mengenai Program Subsidi Petrol di laman pautan: psp.kpdnhep.gov.my dan semakan boleh dibuat mulai 15 Okt ini

"Ini merupakan kali pertama kerajaan memperkenalkan subsidi bersasar

"Saya berminat sangat memperluaskan program subsidi ini kepada golongan M40 pada masa akan datang," katanya

Sumber: Malaysiakini.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sensasi247.blogspot.com/2019/10/subsidi-petrol-setiap-bulan-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Umum Bantuan Subsidi Petrol Rm30 Rm12 Setiap Empat Bulan Sekali Untuk Penerima Bsh Yang Layak

Kerajaan Umum Bantuan Subsidi Petrol Rm30 Rm12 Setiap Empat Bulan Sekali Untuk Penerima Bsh Yang Layak

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 406 hits
Berita baik Kerajaan mengumumkan penerima Bantuan Sara Hidup yang memiliki kenderaan 1 600cc ke bawah dan kereta melebihi 1 600cc yang berjangka hayat 10 tahun dan ke atas adalah layak menerima Program Subsidi Petrol Menteri Perdagangan Dal...
Penerima Bsh Dapat Subsidi Petrol Rm30 Untuk Kereta Motor Rm12 Sebulan

Penerima Bsh Dapat Subsidi Petrol Rm30 Untuk Kereta Motor Rm12 Sebulan

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 282 hits
MALAYSIAKINI Kerajaan memperuntukkan RM2 2 bilion bagi skim Program Subsidi Petrol bersasar yang akan memberi manfaat kepada kira kira lapan juta pemandu Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata bermula Januari 2020 PSP bersasar yang merupakan...
Subsidi Petrol Kereta Rm30 Motor Rm12 Sebulan

Subsidi Petrol Kereta Rm30 Motor Rm12 Sebulan

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 333 hits
News Diterbitkan Hari ini 2 02 tengahari Dikemaskini Hari ini 2 02 tengahariProgram Subsidi Petrol akan dilaksanakan pada 1 Januari 2020 kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail Melal...
B40 Memiliki 6 Kereta Tidak Layak Program Subsidi Petrol

B40 Memiliki 6 Kereta Tidak Layak Program Subsidi Petrol

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 402 hits
Kita dapati setelah dikaji ada orang di bawah B40 memiliki hingga 6 kereta dan mereka menikmati subsidi yang kita beri daripada minyak KUALA LUMPUR Kerajaan tegas melaksanakan Program Subsidi Petrol khusus kepada penerima Bantuan Sara Hidup...
Semakan Online Syarat Kelayakan Subsidi Petrol

Semakan Online Syarat Kelayakan Subsidi Petrol

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 425 hits
Semakan Online Syarat Kelayakan Subsidi Petrol atau nama penuh disebut Program Subsidi Petrol Kerajaan Malaysia akan memperkenalkan PSP ini bermula Januari 2020 Semakan Online Syarat Kelayakan Subsidi Petrol Menurut laman sesawang KPDNHEP s...
Info Lengkap Program Subsidi Petrol Kerajaan

Info Lengkap Program Subsidi Petrol Kerajaan

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 365 hits
Info Lengkap Program Subsidi Petrol Kerajaan Program Subsidi Petrol adalah inisiatif Kerajaan untuk meringankan beban isirumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol Info Lengkap Program Subsidi Petrol Kerajaan Ia ada...
Satu Juzuk Satu Bulan Setiap Hari Umie Perdengarkan Ayat Al Quran Untuk Aisya

Satu Juzuk Satu Bulan Setiap Hari Umie Perdengarkan Ayat Al Quran Untuk Aisya

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 486 hits
Pelakon terkenal Datin Seri Umie Aida menggunakan pendekatan memperdengarkan ayat al Quran selama sebulan untuk satu juzuk kepada anaknya Aisya Humaira Umie 46 atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali berkata method yang digunakan Ustaz ...
5363 Subsidi Petrol Bersasar Kaedah Baik Salurkan Bantuan Ppim Sinar Harian 06 10 2019

5363 Subsidi Petrol Bersasar Kaedah Baik Salurkan Bantuan Ppim Sinar Harian 06 10 2019

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 586 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyifatkan sistem pelaksanaan program subsidi petrol bersasar yang memberi fokus kepada golongan berpendapatan rendah satu kaedah yang baik untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang layak Ketu...
Cara Untuk Tahu Samada Kita Layak Atau Tidak Untuk Program Subsidi Petrol

Cara Untuk Tahu Samada Kita Layak Atau Tidak Untuk Program Subsidi Petrol

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 466 hits
Cara untuk tahu samada kita layak atau tidak untuk Program Subsidi Petrol Semalam ada terbaca satu post berkaitan kerajaan ingin memberikan subsidi petrol kepada rakyat yang terpilih Bila baca lagi mereka yang terpilih itu adalah mereka yan...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Tak Sedarkan Diri Dikejarkan Ke Hospital


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet

Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi