7 Sebab Mengapa Boost E Wallet Menjadi Pilihan Warga Kuala Lumpur


Boost e-wallet merupakan sebuah aplikasi dompet mudah alih yang kian mendapat tempat di hati warga Kuala Lumpur. Lebih-lebih lagi trend masyarakat kini ke arah masyarakat tanpa tunai (cashless society) yang mahukan segala urusan dijalan dengan pantas dan selamat.
Buktinya, perangkaan Bank Negara Malaysia telah melaporkan jumlah pengeluaran wang tunai daripada mesin juruwang automatik (mesin ATM) pada tahun 2018 telah menunjukkan pengurangan berbanding tahun 2017 dan 2016. Daripada rekod tersebut, pengeluaran 718.3 juta dilaporkan pada tahun 2018, 763.9 juta pada tahun 2017 dan 761.2 juta untuk tahun 2016.
Dimaklumkan antara faktor yang mempengaruhi jumlah pengeluaran tunai adalah berikut tabiat pengguna yang kini banyak melakukan urusan dalam talian terutama membabitkan aktiviti e-dagang yang tidak memerlukan mereka untuk mengeluarkan tunai. Pengurangan ini akan terus berlaku berikutan trend perkembangan teknologi penggunaan e-wallet yang sedang berkembang.
Memandangkan isu ini berkaitan dengan e-wallet, maka elok kiranya saya memperkenalkan salah satu e-wallet yang menjadi penyuntik kepada trend semasa masyarakat tanpa tunai ini iaitu Boost, sebuah aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh syarikat tempatan.
Mengenai Boost e-wallet
Boost e-wallet merupakan sebuah produk Axiata Digital Ecode Sdn Bhd, salah sebuah syarikat subsidiari dibawah pengurusan Axiata, syarikat sama yang menguruskan penyedia perkhidmatan telekomunikasi Celcom.
Axiata menerusi Boost mahu merevolusikan kaedah pembayaran di Malaysia dengan memberikan pengalaman yang berbeza kepada pengguna. Mereka mahu jadikan telefon bimbit anda sebagai alat untuk berurus niaga tanpa perlu membawa dompet.
Baca review tentang KiplePay pula: Klik sini
Namun apa yang istimewanya Boost ini sehingga ianya menjadi pilihan warga Kuala Lumpur? Saya pasti ada diantara anda yang masih tidak mendaftar lagi bukan? Jadi ini saya sediakan 7 sebab mengapa aplikasi e-wallet ini perlu ada dalam telefon bimbit anda.
1. Tawaran cashback kepada pengguna
Rakyat Malaysia sangat sukakan cashback dan Boost sangat terkenal dikalangan pengguna diatas sifat murah hati mereka memberikan cashback. Apa itu cashback? Cashback ini adalah insentif dalam bentuk tunai yang diberikan oleh penyedia perkhidmatan kepada pengguna selepas membuat transaksi pembayaran atau menggunakan perkhidmatan mereka.
Sepanjang pengalaman saya menggunakan aplikasi ini, tawaran cashback antara tawaran yang sering diberikan kepada saya selaku pengguna. Pantang buat pembelian sedikit, pasti saya akan menerima cashback daripada mereka.
2. Limit wang sehingga Rm1500 Terdapat beberapa e-wallet di pasaran meletakkan limitasi yang sangat rendah untuk jumlah simpanan dalam akaun. Antaranya sekitar RM200. Berbeza dengan Boost, jika anda melakukan sedikit pengesahan maklumat peribadi, anda boleh menyimpan sebanyak RM1500 dalam akaun premium anda dan anda boleh berbelanja sehingga RM4500 sebulan dengan menggunakan Boost. Fungsi ini sangat bersesuaian dengan mereka yang berkeluarga dimana anda pasti akan berbelanja dengan lebih besar.
Jadi anda tidak perlulah menambah nilai dalam akaun setiap RM200 untuk setiap penggunaan.
3. Nak bayar cuma perlu scan sahaja
Boost menggunakan kaedah scan QR code yang memudahkan anda melakukan pembelian. Sejujurnya e-wallet ini bukanlah antara e-wallet yang menyediakan rangkaian yang terpantas yang saya pernah cuba, tapi sekurangnya ianya tidak lembab. Terdapat 2 fungsi yang disediakan untuk kemudahan anda. Anda boleh minta untuk discan atau kena scan oleh peniaga.
Baru beberapa hari yang lepas saya menonton John Wick Chapter 3 di TGV The Mines dan menggunakan Boost E-wallet sebagai kaedah pembayaran tiket wayang.
4. Boost ada promosi tanpa henti Boost sentiasa mengadakan kempen yang luar biasa kepada pelanggan mereka menerusi tawaran hadiah yang menarik jika anda anda menggunakan aplikasi tersebut dalam satu tempoh tertentu. Anda bayangkan ketika artikel ini ditulis, Boost menawarkan peluang pulangan 100% cashback kepada mereka yang membuat isian semula telco untuk RM30 ke atas untuk semua jenis penyedia perkhidmatan sehingga 9 Jun 2019.
Walaupun tak semua orang dapat, tetapi peluang itu tetap ada. Ini termasuklah promosi kempen Super Shake yang berlangsung 29 April 2019 sehingga 18 Ogos 2019 dimana pemenang bertuah berpeluang untuk memiliki Proton X70. Itu kalau menang la. Haha.
5. Boost adalah gaya hidup Apa yang saya lihat, mereka tidak mahu sekadar menjadi e-wallet yang tipikal. Sebaliknya mereka mahu menjadi sebahagian daripada hidup anda dengan cara membantu anda menjalani kehidupan seharian menerusi kaedah pembayaran. Anda boleh bayar parking kereta, bil-bil dan tambah nilai telefon bimbit anda.
Selain daripada itu, Boost menyediakan himpunan Baucer baru untuk anda pada setiap hari. Ini sedikit sebanyak menjadi berita gembira buat mereka yang kaki shopping untuk membeli barangan kegemaran ataupun barangan harian anda. Baucer tersebut anda boleh dapatkan atau anda boleh beli dan jumlah diskaun yang anda boleh dapati adalah sehingga 50%. Semuanya terpulang kepada anda. Macam-macam pula ada daripada GrabCar sehingga ke Spotify.
6. Pengaruh Boost di sekitar KL Bagi saya strategi Boost bagi mengembangkan perniagaannya sangat baik dimana mereka menyasarkan franchise untuk mengembangkan pengaruhnya. Contoh yang terbaik bagaimana kerjasama bersama Shell bagi mengembangkan pengunaan e-wallet melibatkan hampir 800 stesen minyak di seluruh negara. Selain daripada itu, Boost juga ada menjalinkan kerjasama dengan franchise lain seperti 99 Speedmart, Kenny Rogers, Kedai buku MPH, Tesco dan banyak lagi.
Sedar atau tidak, sebenarnya Boost sedang merancang sesuatu. Mereka mahu membina sebuah ekosistem mesra e-wallet di Malaysia dan menjadikan Kuala Lumpur sebagai projek pilot mereka. Kalau saya lihat daripada senarai rakan usaha sama mereka, kebanyakan daripadanya adalah key player dalam niche masing-masing. Nampaknya pihak pengurusan mempunyai visi yang jelas dan strategi yang tersusun. Sungguh bagus.
7. Melebarkan sayap ke luar negara Buat mereka yang kaki travel, strategi Boost di masa akan datang mungkin memberikan baik kepada anda. Difahamkan Boost ketika ini telah melakukan beberapa usaha kerjasama dengan syarikat luar bagi mengembangkan sayapnya di luar negara.
Antara usaha kerjasama yang ingin dilakukan ialah bersama Singtel’s VIA alliance, iaitu pakatan pembayaran mudah alih merentas sempadan yang turut menjalinkan kerjasama dengan Singtel Dash, AIS GLOBAL PAY, Rabbit Line Pay dan juga Kasikorn Bank. Nampaknya dimasa akan datang rakyat Malaysia mungkin dapat melakukan pembayaran menggunakan aplikasi yang sama di Singapura dan Thailand.
Itu baru cerita pasal kerjasama dengan Singtel’s Via alliance, belum masuk lagi kerjasama mereka dengan UnionPay International Co Ltd dan bagaimana potensi pengabungan Celcom dan Digi yang mungkin juga memberi kesan positif kepada Boost.
Kesimpulan Pembayaran menggunakan e-wallet adalah satu kaedah pembayaran yang agak asing dikalangan rakyat Malaysia. Mungkin ada diantara kita yang boleh terima, selebihnya mungkin tidak. Namun ada satu perkara yang kita tidak boleh nafikan dan ianya adalah berkenaan kemalasan membawa tunai.
Sebab itulah saya sangat menyambut baik kewujudan e-wallet untuk membantu saya. Diketika itu Boost datang menawarkan sesuatu yang unik untuk para pelanggan mereka. Saya menggunakannya dan cukup berpuas hati dengan perkhidmatan mereka. Anda pula bila lagi?
Muat turun aplikasi Boost: Klik sini
Daftar sekarang menerusi pautan di atas ini dan gunakan invitation code mohbw7m untuk mendapatkan cashback  sebanyak RM5. Caranya mudah, tambah nilai RM10 ke dalam Boost dan gunakan RM10 tersebut untuk tambah nilai telefon bimbit anda  (tidak kira Maxis, Celcom atau Digi), anda akan dapat cashback secara automatik. Selamat mencuba.
The post 7 sebab mengapa Boost e-wallet menjadi pilihan warga Kuala Lumpur appeared first on Azmir Shah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://azmirshah.com/e-wallet-boost-di-sekitar-kuala-lumpur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Indonesia Menjadi Tempat Pilihan Apple Mengeluarkan Ipad Dan Macbook

Indonesia Menjadi Tempat Pilihan Apple Mengeluarkan Ipad Dan Macbook

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 392 hits
Berhubung isu peperangan perdangan antara China dan Amerika Syarikat Pegatron dilaporkan bakal memulakan pemasangan iPad dan MacBook di Batam Indonesia bermula bulan hadapan Pemasangan ini telah diselaraskan oleh pihak Pega
Bawaslu Rekomendasikan Tolak 62 Ribu Surat Suara Telat Dari Ppln Kuala Lumpur

Bawaslu Rekomendasikan Tolak 62 Ribu Surat Suara Telat Dari Ppln Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 294 hits
Kami Bawaslu tetap sesuai kombinasi Kami merekomendasi untuk penghitungan tetap yang diterima pada tanggal 15 Mei sejumlah suara 22 807 Itulah rekomendasi kami Rekomendasi ini akan disurat ulang kata Ketua Bawaslu Abhan di Ruang Sidang KPU ...
Untuk Warga Terengganu Peluang Untuk Menjadi Bomba Bantuan Kini Dibuka Hingga 2 Jun 2019

Untuk Warga Terengganu Peluang Untuk Menjadi Bomba Bantuan Kini Dibuka Hingga 2 Jun 2019

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 413 hits
Assalamualaikum wbt Okey sapa sapa yang nak jadi salah sorang ahli beruniform Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia bolehlah isi borang untuk mengisi jawatan ini Jadi adik adik kakak abang yang berkelayakan bolehlah isi jawatan nie manalah ...
Visit The 13th Private International School Fair In Kuala Lumpur This June

Visit The 13th Private International School Fair In Kuala Lumpur This June

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 349 hits
There are over 150 international schools in Malaysia today Approximately 100 international schools have opened in the last decade reflecting the demand of international education by local and expatriate parents alike The number of schools s...
Rekapitulasi Suara Kuala Lumpur Berjalan Alot Saksi Bpn Tolak Hasil Penghitungan

Rekapitulasi Suara Kuala Lumpur Berjalan Alot Saksi Bpn Tolak Hasil Penghitungan

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 274 hits
Komisi Pemilihan Umum melakukan rekapitulasi ulang untuk PPLN Kuala Lumpur Malaysia Hasil suara pemilihan calon presiden dan wakil presiden dipaparkan oleh Ketua Panitia Pemilihan Luar Negeri Kuala Lumpur Agung Cahaya Sumirat
Tiket Com Tiket Pesawat Domestik Mahal Ada Yang Ke Surabaya Lewat Kuala Lumpur

Tiket Com Tiket Pesawat Domestik Mahal Ada Yang Ke Surabaya Lewat Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 217 hits
Mahalnya tiket pesawat rute domestik membuat sebagian masyarakat lebih memilih rute memutar dan transit ke luar negeri Misalnya Jakarta Batam Dibanding terbang langsung ada orang yang lebih memilih rute Jakarta Singapura Batam sebab hargany...
Kek Baiwago Plus Cafe Menjadi Pilihan Sempena Sambutan Hari Ibu

Kek Baiwago Plus Cafe Menjadi Pilihan Sempena Sambutan Hari Ibu

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 1271 hits
Assalamualaikum Sempena sambutan Hari Ibu pada 12 Mei 2019 yang lalu Fiza telah menerima sebuah kek comel daripada pihak Baiwago Plus Cafe Malaysia Untuk itu Fiza berpeluang untuk mendapatkan kek berkenaan di cawangan kedua Baiwago yang ter...
Seven Of The Best Of Kuala Lumpur S Ramadhan Buffets

Seven Of The Best Of Kuala Lumpur S Ramadhan Buffets

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 375 hits
TOP SEVEN RAMADHAN BUFFETS IN KUALA LUMPURTraditionally the month of Ramadhan has been associated with several communal values including empathy forgiveness charity steadfastness and patience This time marks the perfect opportunity for Mala...
Kuala Lumpur Belasah Pknp Peluang Untuk Pknp Masih Ada Bazookapenaka My

Kuala Lumpur Belasah Pknp Peluang Untuk Pknp Masih Ada Bazookapenaka My

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 320 hits
KUALA LUMPUR 26 Mei Kuala Lumpur berjaya keluar daripada zon penyingkiran apabila membelasah PKNP FC 4 1 dalam aksi Liga Super di Stadium Kuala Lumpur sebentar tadi Guilherme De Paula muncul wira skuad The City Boys apabila meledak hatrik m...
Flexibility In Business Operations

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Selepas Penceraian Dengan Minhwan Yulhee Bakal Saman Individu Tinggal Komen Buruk

Video Ketua Penasihat Sg4 Patut Rasmi Majlis 39 Tahun Peringati Memali

Hassan Makin Melampau Disiasat Dakwaan Menghina Yang Di Pertuan Agong

Beg Sekolah Anak Kena Gunting Ibu Pesan Tanya Kelakuan Anak Dekat Sekolah Masa Perjumpaan Ibubapa

Football Online Sports Gambling 1xbet 1xbet Globa

Mesyuarat Mpsm Kulai Bil 3 2024