7 Sebab Anda Wajib Datang Ke Malakat Mall Cyberjaya Bmf
7 SEBAB KENAPA ANDA WAJIB KE MALAKAT MALL CYBERJAYA!
Semalam saya di Malakat Mall. Jejak kaki di sana macam tak percaya je mall ni milik orang kita. Bila tengok mall ni wahhh cantiknya. Tengok lagi jenama jenama yang ada fuhh setanding dengan mall mall hebat yang lain. Bezanya ini mall kita! 100% barangan bumiputera !
Seorang makcik ditemuduga. jauh datang. Dari Kelantan ada dari Pahang ada. Sanggup naik kereta jauh jauh. Maka saya pun dapat sebab kenapa mereka sanggup datang jauh jauh ni.
KENAPA WAJIB KE MALAKAT MALL?
1. BARANGAN BUMI PUTERA
Bila masuk dalam Raudhah Grocer terutamanya and akan lihat semua barangan produk bumiputera tersusun rapi di atas rak. Saya cuba juga cari produk produk yang biasa ada di pasar raya tapi memang tak jumpa. Rak rak dipenuhi oleh produk Industri Kecil Sederhana (IKS) dan barangan bumiputera yang lain. MasyAllah kagum rasa . Sebak bila tengok produk bangsa kita ada di mall besar macam ni kan.
2. DIJAMIN HALAL 100%
Ya. Dijamin halal. Tak perlu risau lagi. Selalu kalau saya pergi dekat mall lama saya belek label kandungan dekat belakang dan perhatikan logo halal yang ada pada barang. Kadang pernah belek belek tengok kandungan bagus dah. Tapi alahai tiada logo halal. Ada tu MS 1500 Halal Food pun tiada. Jadi memang was was. Ye lah benda yang masuk dalam badan kita darah daging kita mana boleh ambik mudah. Itu sangat penting! Nak bagi anak anak makan lagilah!
Kalau ada perangai anak anak yang pelik tu cek balik sumber makanan kita. Dekat malakat Mall ni tak perlu risau dah. Sebab barang dekat sini semua produk bumiputera dan ada tanda halal. Tapi saya cek juga logo halal. Dah jadi habit. Hee
.
3. BARANGAN BERKUALITI SETARAF IMPORT
Saya jalan jalan semalam suka betul saya tengok mall ni. Barangan dekat sini best best. Paling saya tak sabar kedai DIY Malaysia dan Iqra' Bookstore. Haha. Jenama dekat sini hebat hebat . Nak cari beg ? Beg Himawari kan ada. Kasut? Ada jojo shoes. Sangat stylish. Baju yang stylish pun tak susah cari. Rahsia kan ada. Kalau dah penat sangat shopping boleh melepak di Bunch Oh! Ala ala star bucks gitu memang sangat best. Makanan pun sedap.
Siapa dekat sini peminat Syafiq Rahim pemain bola terkenal Malaysia? Jangan lupa pergi Tahan Sports! . Rasa haus pulak terus ke Tea Amo. Fuhh banyak sebenarnya lagi jika nak sebut. Conteng, 2358 fashion . Tengok nanti ya.
4. SOLAT DI MANA MANA
Ini lah part yang saya paling suka bila berada dekat Malakat Mall ni. Dekat sini memang sebelum azan je mall akan berhenti 7 minit. Tak pernah lagi dengar laungan azan dekat mall. Semalam adalah kali pertama dan sangat sebak. Sebaik saja azan automatik ramai orang terutamanya kaum lelaki pergi ambik wudhu. Paling mudah Ada spray disediakan di sekitar mall. Spray Sahaja di anggota wudhu. MasyAllah. Praktik yang Islam itu mudah dan tak membazir! Bukan 1-2, saff je jemaah semalam. Ber saff- saff.
Sempat saya melihat semalam dua orang kanak-kanak yang sedang solat. Hanya mereka berdua sebab yang lain dah habis solat. Mereka datang selepas itu. Masyaallah! Bagus untuk mendidik kanak-kanak betapa pentingnya solat.
.
5. BARANG BASAH YANG SANGAT SEGAR
.
Masuk dalam Raudhah Grocer anda akan dapat lihat buah-buahan yang sangat segar. Bukan buah je ikan ayam daging semua segar-bugar. Tak silap saya ikan ikan ni diambil dari pasar viral. Memang viral kerana kesegarannya.
.
6. 100% MUSLIM
.
Bermula dari bahan mentah, ladang , penggilang, pengedar, sehingga lah kedai semua adalah MUSLIM. Ya jadi tak perlu was was nak berbelanja dekat sini. Semua dah muslim tunggu apa lagi? Teruskan rantaian ni sehingga PENGGUNA MUSLIM. Ini lah yang dikatakan Kebangkitan Ekonomi Islam. Kata penyokong #BMF jadi buktikan dengan bermula di sini! Seterusnya jangan lupa jadi ahli KOPPIM ya.
7. MALL INI KITA PUNYA
betul tak salah anda baca. Jangan kerut dahi. Mall ni kita punya! Dapat pendapatan ke? Ya dapat. Daftar ahli KOPPIM sekarang dan mall ni anda yang punya. Ada banyak lagi malakat Mall nak bukak ni!
Tarik nafas kejap. Fuhh Bangga kan kita ada mall sebesar ini . Dengan barangan yang sangat berkualiti.
Tahniah kepada founder Malakat Mall ni Coach Fadzil Hashim dan team!
Jom #SHARE supaya ramai lagi orang dekat luar sana tahu kewujudan mall kita ni.
Besar pahala anda bila tekan Share ni. Melimpah ruah rezeki. Aamiin.
Sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2911574085571489&id=100001567794460
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.krissmerah.com/2020/03/7-sebab-anda-wajib-datang-ke-malakat.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+krissmerah+%28Kriss+Merah.com+%28Blogger+Melayu%29%29