5791 Malakat Mall Mula Dibuka Kepada Orang Ramai Melayubangkitnews 13 03 2020



RAUDHAH CITY – Setelah hampir enam bulan membuat persiapan, hari ini Pusat Beli Belah Malakat Mall mula dibuka kepada orang ramai.

Malakat Mall merupakan satu usaha strategik pengasasnya, Mohd. Fadzil Hashim dalam membantu meningkatkan ekonomi usahawan Muslim dan usaha mentransformasikan sistem ekonomi kapitalis sedia ada kepada sistem ekonomi Islam yang lebih adil dan bebas riba.

Belum pun beroperasi sepenuhnya, kemeriahan dan sokongan diterima amat luar biasa sejak berita mengenai pengambilalihan pusat beli belah itu yang terbiar sejak tiga tahun lalu.

Menurut Mohd. Fadzil, Malakat Mall adalah milik semua dan milik pengguna Islam kerana apa saja yang dibelanjakan di pusat beli belah itu akan di pulangkan kembali kepada pengguna melalui pemberian dividen.

“Apa yang lebih penting, ini merupakan platform untuk membantu usahawan-usahawan bumiputera dalam mengetengahkan produk mereka yang sangat berkualiti yang boleh disaksikan sendiri melalui produk-produk yang pasarkan di dalam Malakat Mall.

“Kami berharap pengguna akan menyokong dan berkunjung untuk membeli-belah di Malakat Mall untuk membantu lebih ramai lagi usahawan bumiputera,” katanya

Antara tumpuan utama di Malakat Mall adalah Raudhah Grocer, sebuah pasar raya yang menghimpunkan ribuan produk keluaran Muslim yang sangat berkualiti dan setanding dengan jenama antarabangsa.

Jenama lain yang terdapat di Malakat Mall adalah Tahan Sports, Jojo Shoes, Petak, Conteng, Eebu, C&E, 2358 Fashion, Himawari, Togomen Homme, DIY Malaya dan Iqra Read Bookstore.

Berkeluasan lebih 140,000 kaki persegi dan terdiri daripada tiga blok bangunan empat tingkat, Malakat Mall adalah sebuah pusat beli belah tempat usahawan Muslim berdiri, berjalan dan berlari.

Terletak di bandar teknologi Cyberjaya, Malakat Mall menyasarkan untuk menarik lebih 15,000 pelanggan dalam masa sebulan yang pertama.

Malakat Mall merupakan satu-satunya pusat beli-belah di negara ini yang mempraktikkan amalan patuh syariah dan menghidupkan syariat Islam seperti laungan azan, solat berjemaah dan solat Jumaat.

Antara konsep yang menjadikan Malakat Mall ini lebih daripada pusat beli belah biasa ialah konsep ‘7 minit Solat Break’ di mana peniaga dan pengunjung bebas untuk bersolat di mana-mana sahaja di dalam kawasan pusat beli belah itu.

Bagi membantu usahawan bumiputera yang di peringkat ‘start-up’, Malakat Mall menawarkan peluang untuk mereka memasarkan produk dengan kadar sifar sewa dan beberapa pakej lain bergantung kepada kesesuaian perniagaan mereka.

Bagi mereka yang berminat untuk sertai bolehlah mendaftar atau datang terus ke Malakat Mall untuk sesi penerangan.

Sehubungan itu Mohd. Fadzil mengajak semua pengguna Muslim terutamanya di kawasan Cyberjaya, Putrajaya, Puchong, Bangi dan dari mana-mana sahaja untuk bersama dalam perjuangan ini dengan terus menerus menjadi pelanggan Malakat Mall serta membantu dalam mempromosikan lagi Malakat Mall ini kepada semua lapisan masyarakat.

“Malakat Mall, ini ‘Mall’ Kita.”-MBNews

Artikel oleh: MelayuBangkitNews

MALAKAT MALL MULA DIBUKA KEPADA ORANG RAMAI

https://melayubangkitnews.com/malakat-mall-mula-dibuka-kepada-orang-ramai/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2020/03/5791-malakat-mall-mula-dibuka-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5796 Aktiviti Majlis Pembukaan Malakat Mall Cyberjaya Ppim 14 03 2020

5796 Aktiviti Majlis Pembukaan Malakat Mall Cyberjaya Ppim 14 03 2020

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 849 hits
Sekitar Majlis Pembukaan Malakat Mall Cyberjaya yang telah berlangsung semalam
Malakat Mall Himpun Ribuan Produk Muslim Dibuka Hari Ini

Malakat Mall Himpun Ribuan Produk Muslim Dibuka Hari Ini

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 422 hits
Setiap perbelanjaan dipulang kepada pengguna melalui dividenCYBERJAYA 18 Rejab 1441H Jumaat Pusat beli belah Malakat Mall siap dibuka dan mula beroperasi hari ini selepas mengambil masa hampir enam bulan untuk membuat persiapan Malakat Mall...
5793 Kalau Bukan Umat Islam Sokong Malakat Mall Siapa Lagi Zainul Rijal Malakat Tribune 13 03 2020

5793 Kalau Bukan Umat Islam Sokong Malakat Mall Siapa Lagi Zainul Rijal Malakat Tribune 13 03 2020

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 267 hits
RAUDHAH CITY Umat Islam diseru agar memberikan sokongan kepada perjuangan Malakat Mall dalam membangunkan ekonomi Muslim di negara ini Timbalan Pengerusi Pertubuhan pertubuhan Pembela Islam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata usaha yang di...
5794 Ini Mall Perjuangan Ini Mall Anda Malakat Tribune 13 03 2020

5794 Ini Mall Perjuangan Ini Mall Anda Malakat Tribune 13 03 2020

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 444 hits
RAUDHAH CITY Pusat Beli Belah Malakat Mall di sini bukan sekadar pusat beli belah biasa tetapi satu perjuangan dalam mengubah ekonomi umat Islam di ngara ini Pengasas Malakat Mall Mohd Fadzil Hashim berkata ia menjadi pusat menghimpunkan pe...
Teruskan Bmf 10 Lagi Malakat Mall Akan Dibuka Tahun Ini

Teruskan Bmf 10 Lagi Malakat Mall Akan Dibuka Tahun Ini

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 286 hits
Daftar segera 1 000 cawangan Raudhah Grocer juga bakal dibuka BANGI Pusat beli belah Malakat Mall yang menghimpunkan ribuan produk keluaran muslim adalah langkah pertama yang menjadi platform kepada pengguna dan usahawan dari kalangan orang...
Senarai Kedai Telah Dibuka Di Ktcc Mall Terengganu

Senarai Kedai Telah Dibuka Di Ktcc Mall Terengganu

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 3132 hits
Yay KTCC Mall Terengganu kini dibuka Betapa rindunya perasaan nak shopping sambil pusing pusing dalam mall macam yang selalu saya buat masa tinggal di Puchong dulu Bila pindah ke Terengganu aktiviti pusing pusing mall dah terhenti sebab di ...
Sasha Abdul Aziz Pilih Pantang Tradisional Demi Pulih Sempurna Badan Nak Pakai Lama

Saya Jumpa Anak Dalam Tandas Ibu Buat Laporan Polis Anak Dibuli Diikat Tangan

Dulu Janji Nak Tolong Sekarang Kena Explain

Pengumuman Terkini Pmx Hadiah Anwar Ibrahim Untuk Rakyat

Kereta Dipandu Budak 11 Tahun Terbabas Ke Longkang

Auditor General Flags Shady Deals In Felcra Ukm And Army Armoured Vehicle Procurements

How Smart Fabrics Are Redefining The Future Of Wearable Technology

Hiburan Penyanyi Nasyid Terkenal Didakwa Curang Penyondol Anak Ahli Politik Isteri Dia Baru Lepas Bersalin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Honda New Hr V Is Giving Hybrid Cool With A Stylish Upgrade

Galaxy Z Fold 7 Flip 7 Take Over Kl Here S What You Missed

Sustainable Data Centre Framework Set For October Launch

Video Of Playful Elephant Calf Mounting Its Caretaker Steals Netizens Hearts

Cancel Culture Is Just Public Shaming With Wi Fi

Mitsui Outlet Park Klia Sepang Meraikan Ulangtahun Ke 10 Dengan Bergaya