7 Sajian Nasi Enak Dihidang Di Hari Raya Aidiladha


Lauk daging korban pasti bertambah menyelerakan dengan sajian nasi istimewa ini. Olahan nasi dari Timur Tengah dan nasi warisan tempatan dengan segala rempah ratus memang terbaiklah.
Jom teliti aneka resipi dari Food Institute of Malaysia , hasil idea Rohayu Farhana Awang Kechik, Idanadira Isa dan Siti Khalilah Samsudin.
NASI BUKHARY UDANG MASALA
BAHAN-BAHAN:
Bahan Nasi Bukhary :
400gm beras basmathi | rendam 30 minit hingga sejam dan toskan1/2biji bawang Holland | dikisar6 ulas bawang putih | dikisar4 sudu makan minyak sapi1helai daun salam2 kuntum bunga lawang3 batang bunga cengkih1.5sm kulit kayu manis3 biji buah pelaga2 biji tomato | direbus dan dicincang2 sudu makan pes tomato2 sudu makan rempah Bukhari | siap dijual dalam paket4 batang cili hijau | dihiris½ barang lobak merah | dihiris halus450ml air rebusan ayam20gm bawang goreng10gm daun ketumbar | dihiris sebagai hiasan2 sudu makan air mawarGaram dan gula secukup rasaBahan Udang Masala :
500gm udang saiz XXL | dibersihkan3 sudu makan minyak masak1 sudu besar makan minyak sapi @ghee1 kuntum bunga lawang2 batang bunga cengkih1sm kulit kayu manis2 biji pelaga½ biji bawang Holland | dikisar5 ulas bawang putih | dikisar1/2sm halia | dikisar1 tangkai daun kari2 sudu makan garam masala2 sudu makan rempah beriani1 sudu makan serbuk cili2 sudu makan pes tomato2 biji tomato | dicincang100ml santan10gm daun ketumbar5biji tomato ceriGaram dan gula secukup rasaCARA MEMASAK :
Cara masak Nasi Bukhary:
Rendamkan beras basmathi selama 1 jam.Panaskan minyak sapi di dalam kuali, masukkan 4 sekawan bersama daun salam.Kemudian tumiskan bahan kisar , rempah bukhari, pes tomato dan tomato yang dicincang sehingga wangi.Kacau sebentar dan masukkan hirisan lobak merah. Kemudian masukkan stok ayam, garam dan gula biarkan ia mendidih.Toskan beras basmathi yang telah direndam. Kemudian masukkan beras, bawang goreng, daun ketumbar, dan air mawar. Biarkan nasi masak dengan api yang sederhana.Apabila nasi telah masak hias dengan bawang goreng dan juga daun ketumbar.Cara masak udang masala :
Panaskan minyak masak, tumiskan bahan kisar bersama daun kari dan rempah 4 sekawan. Tumis sehingga wangi.Masukkan garam masala, serbuk cili dan rempah beriani, tumis sehingga rempah masak.Kemudian masukkan tomato paste dan tomato yang telah dicincang dan udang yang telah dibersihkan.Masukkan juga air sikit demi sedikit untuk cairkan kuahnya. Kemudian masukkan santan dan kacau rata. Biarkan selama 10 minit.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Udang masala siap dihidang bersama daun ketumbar dan tomato ceri. Sedap dimakan bersama Nasi BukharySaiz hidangan : 4-5 orang
Masa Memasak : 1 jam
Cara Memasak : Tumis dan tanak
Jenis Masakan : Sajian Nasi dipercayai berasal dari Bukhara, Uzbekistan.
Keistimewaan : Rasa berempah dan berlemak dari rempah bukhary dan minyak sapi.
Anggaran Kos : RM 18
INFO CHEF: Nasi bukhary cukup lazat dihidangkan bersama udang masala. Selain itu ia juga boleh dihidangkan bersama lauk pauk daging dan ayam.
NASI MINYAK BADAM
BAHAN-BAHAN:
400gm beras basmathi | rendam 30 minit hingga sejam, toskan.2 helai daun pandan2 sudu makan minyak sapi3 biji bunga cengkih2 kuntum bunga lawang3 biji pelaga1.5 sm kulit kayu manis50gm badam | disangai dan dikisar30gm kepingan badam | disangai1 biji bawang merah | dihiris3 ulas bawang putih | dihiris4 sm halia | dihiris450ml air50ml susu sejatGaram secukup rasa20gm kismis10gm daun bawang10gm daun supCARA MEMASAK :
Rendam beras basmathi selama 1 jam, kemudian toskan air.Panaskan minyak sapi. Masukkan rempah empat sekawan serta daun pandan.Kemudian tumis bahan yang telah dihiris. Tumis sehingga bau wangi dan sedikit garing.Biarkan seketika dan masukkan kacang badam yang telah di kisar dan diikuti dgn air serta susu sejat. Masukkan garam secukup rasa dan gaul sebati.Masukkan beras yang telah ditoskan.Tutup periuk dan biarkan nasi masak selama 35minit dengan api sederhana.Sebelum dihidang taburkan bawang goreng, daun sup dan kepingan badam kemudian kacau rata dan tutup semula. Biarkan selama 5minit.Nasi sedia dihidang.Saiz hidangan : 4- 5 oang
Masa Memasak :1 jam
Cara Memasak : Tumis dan tanak
Jenis Masakan : Nasi
Keistimewaan : Nasi minyak sedap dengan badam, baik untuk tumbesaran otak anak-anak.
Anggaran Kos : RM 15
INFO CHEF : Sangaikan badam hingga wangi dan kekuningan kerana akan menambahkan aroma kepada nasi.
NASI PANDAN BERSAMA AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN
Bahan nasi pandan :
400gm beras basmathi | rendam 30minit hingga sejam dan toskan50ml air pandan | sedikit air dan daun pandan, kisar dan perah jus1biji bawang merah | dihiris6 ulas bawang putih | dihiris¼ inci halia | dihiris4 sudu makan marjerin400ml air50ml susu sejat2helai daun pandan3 biji bunga cengkih2 kuntum bunga lawang3 biji pelaga1.5sm kulit kayu manisGaram dan gula secukup rasaBahan ayam masak merah :
500gm ayam | dibersihkan dan dipotong lapan*Diperap dengan satu sudu makan serbuk kunyit dan garam secukup rasa, digoreng
Bahan tumis masak merah :
2 biji bawang besar | dikisar5ulas bawang merah | dikisar1batang serai | diketuk3sudu makan pes cili kering1helai daun pandan2sudu makan sos cili2 sudu makan sos tomato2 biji bunga cengkih1 kuntum bunga lawang2 biji pelaga1 sm kulit kayu manisDaun bawang secukupnya | dihiris untuk hiasanBawang goreng secukupnya | untuk hiasan dan kelazatanKacang pis secukupnya | untuk hiasanCARA MEMASAK :
Cara masak Nasi Pandan :
Basuh bersih beras dan toskan air.Panaskan minyak sapi. Masukkan rempah empat sekawan (bunga lawang, cengkih, pelaga dan kulit kayu manis) serta daun pandan.Kemudian tumis bahan yang telah dihiris. Tumis sehingga bau wangi dan sedikit garing.Masukkan beras yang telah ditoskan. Kemudian masukkan air pandan. Masukkan garam dan gula secukup rasa.Tutup periuk dan biarkan nasi masak selama 45minit dengan api sederhana.Nasi sedia dihidang.Cara masak Ayam Masak Merah :
Untuk ayam goreng. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing dan ketepikan.Keluarkan minyak, tinggalkan sedikt untuk menumis.Masukkan rempah empat sekawan, serai yang telah diketuk dan daun pandan.Kemudian masukkan bahan kisar dan pes cili dan tumis sehingga cili masak dan pecah minyak.Masukkan cili sos dan tomato sos kemudian perisakan dengan garam dan gula. Kacau rata. Jika kuah terlalu pekat, letakkan sedikit air dan biar ia mendidih.Setelah cukup rasa, masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul rata.Hidangkan bersama kacang peas, bawang yang dipotong bulat, daun bawang serta bawang gorengSaiz hidangan : 4- 5 orang
Masa Memasak : 1 jam
Cara Memasak : Tumis dan tanak
Jenis Masakan : Sajian Nasi
Keistimewaan : Warna hijau dengan aroma dan rasa bau pandan yang enak
Anggaran Kos : RM12.
Info Chef : Daun pandan perlu dicuci bersih-bersih sebelum dicampur sedikit air. Anda boleh juga merebusnya sebelum dikisar untuk mengeluarkan jus.
NASI BERINGIN SERAI
BAHAN-BAHAN:
400gm beras basmathi sekurangnya sejam1 ulas bawang merah | dikisar halush7 ulas bawang putih | dikisar halus1.5 sm inci halia | dihiris halus6 batang serai | dihiris halus dan dikisar halus50gm rempah empat sekawan | campuran bunga lawang, pelaga, kayu manis dan cengkih½ sudu teh halba1 tangkai daun kari2 sudu makan majerin350ml air150ml santanGaram dan gula secukup rasaCARA MEMASAK :
Panaskan marjerin dan sedikit minyak masak di dalam periukTumiskan bahan yang telah dikisar halus, serai yang telah dihirisKemudian masukkan serai yang telas dihiris halus bersama sama rempah empat sekawan dan biji halba, tumis sehingga wangiMasukkan beras ke dalam periuk, gaul rata kemudian masukkan air dan santan.Perasakan nasi dengan sedikit gula dan garam secukup rasaMasak selama 20 minit dengan api sederhana. Tudung rapat apabila air hampir kering, dan gaulkan nasi. Kecilkan api.Hidangkan dengan rendangSaiz hidangan: 5-6 orang
Masa Memasak: 45 min
Cara Memasak: Tumis dan reneh
Jenis Masakan: Makanan utama
Keistimewaan: Aroma wangi daripada serai ini sangat menyelerakan
Anggaran Kos: RM12
INFO CHEF: Aroma serai akan lebih naik jika separuh dikisar dan separuh dihiris halus.
NASI DAGING YEMEN DENGAN TELUR REBUS
BAHAN-BAHAN:
400gm beras basmathi | direndam selamas 30minit dan toskan1000ml air dan rempah empat sekawan | untuk merebus beras dengan sedikit garam6 sudu makan mentega atau minyak zaitun1 ulas bawang Holland | dikisar halus7 ulas bawang putih | dikisar halus1sm halia | dikisar halus1 sudu makan garam masala1 sudu makan jintan manis | ditumbuk halus1 sudu makan jintan putih | ditumbuk halus1 sudu teh serbuk buah pala50gm daging batang pinang | dipotong dadu2 helai daun salam1 sudu teh biji lada hitam2 sudu teh pelaga350ml yogurt50ml air saffron20gm kismis kuning20gm daun ketumbar | dihiris3 biji cili hijau besar | dihiris serong4 biji telur rebusGaram dan gula secukup rasaCARA MEMASAK :
Menyediakan beras :
Bersihkan beras dan tosMasukkan air didalam pot bersama rempah empat sekawan dan juga air saffron sehingga mendidih panasMasukkan beras ke dalam periuk, biarkan rebus selama 3 minitSetelah tiga minit, toskan beras.Bahan tumisan dan rempah:
1. Sementara menunggu beras direbus, panaskan minyak di dalam periuk,
2. Tumiskan yang telah dikisar halus sehingga sedikit garing
3. Kemudian masukkan semua rempah dan tumis sehingga wangi
4. Masukkan daging batang pinang dipotong dadu, kacau rata dan masukkan yogurt
perasakan dengan garam dan gula secukup rasa .Masukkan sedikit air utk mereneh
daging.
5. Masukkan beras yang telah direbus ke dalam periuk, ratakan
6. Tabur kismis,daun ketumbar dan cili hijau yang telah dipotong di atas beras
7. Tutup periuk masak selama 20 minit sehingga masak dengan api perlahan, kemudian letakkan telur rebus pada 5 minit terakhir.
Saiz hidangan: 6 orang
Masa Memasak: 45 min
Cara Memasak: Tumis dan reneh
Jenis Masakan: Nasi dari Timur Tengah Yemen
Keistimewaan: Nasi ini sedap juga dimakan begitu sahaja dengan telur rebus
Anggaran Kos: RM18
INFO CHEF: Kurangkan kekerapan mengaul nasi bagi mengelakkan nasi hancur atau patah
NASI TURKI KAMBING
BAHAN-BAHAN:
400gm beras basmathi | direndam sekurang-kurangnya 30 minit dan toskan2 helai daun salam3 biji bunga cengkih2 kuntum bunga lawang3 biji pelaga1.5sm kulit kayu manis1000ml air4 sudu makan mentega atau minyak zaitun1 ulas bawang Holland | dikisar halus7 ulas bawang putih | dikisar halus1.2 sm halia | dikisar halus2 sudu makan serbuk jintan putih1 sudu teh biji lada putih20 biji tomato ceri½ batang lobak merah | dipotong dadu1 biji kentang | dipotong dadu3 sudu makan yogurt300gm daging kambing | dipotong kiub2 sudu makan kismis2 sudu makan kacang pisDaun Ketumbar secukupnya | dihirisBawang goreng secukupnya | untuk ditaburGaram dan gula secukupnyaCARA MEMASAK :
Menyediakan beras :
1.Bersihkan beras dan tos
2.Masukkan air di dalam pot bersama sama 4 sekawan, sehingga mendidih panas
3. Masukkan beras ke dalam periuk, biar kan rebus selama 3 minit
4.Setelah 3 minit, toskan beras.
Bahan tumisan dan rempah:
1. Nyalakan api sederhana, letakkan minyak sapi di dalam periuk
2. Kemudian,tumiskan halia, bawang holland ,bawang putih yang telah dikisar halus sehingga garing
3. Masukkan serbuk jintan putih,biji lada putih, tumis sehingga wangi
4. Selepas itu masukkan daging kambing, lobak dan kentang dipotong dadu, kacau rata dan masukkan yogurt, biarkan kambing mereneh seketika hingga empuk
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
5. Masukkan beras yang telah direbus ke dalam periuk, ratakan beras didalam periuk.
7. Tutup periuk reneh selama 30 minit biarkan di atas api perlahan sehingga masak
8. Akhir sekali, taburkan kismis, kacang pis, daun ketumbar dan bawang goreng, tutup semula dan biarkan masak selama 5 minit
Saiz hidangan: 6 orang
Masa Memasak: 1 jam
Cara Memasak: Tumis dan reneh, tanak
Jenis Masakan: Sajian Nasi dari Turki
Keistimewaan: Nasi ini kaya dengan sayur-sayuran.
Anggaran Kos: RM35
INFO CHEF: Perapkan daging bersama garam dan serbuk bawang putih.
NASI BERIANI BERSAMA AYAM BAKAR YOGURT
BAHAN-BAHAN :
Bahan Nasi Beriani:
400gm beras basmathiBahan untuk merebus beras :
2 helai daun salam3-4 biji pelaga1 batang kulit kayu manis2 batang bunga cengkih1000ml air3 sudu makan minyak sapi @ ghee2 sudu makan minyak masak2 tangkai daun kari1 helai daun pandan1 biji bawang besar | dihiris halus4-5 ulas bawang putih | dihiris halus1 sm halia | dihiris halus1 biji tomato | dicincang halus3 sudu makan rempah beriani3 sudu makan yogurt100ml air rebusan ayamGaram dan gula secukup rasa2 biji cili hijau50gm kacang gajus | disangai50gm kismis | digoreng50ml air saffron2 sudu teh air mawarDaun ketumbar secukupnya | dihirisDaun pudina secukupnya | dihirisBawang goreng secukupnyaBahan ayam yogurt :
Bahan perapan :
500gm ayam | separuh ekor1 ulas bawang merah | dikisar7 ulas bawang putih | ditumbuk halus1 sm halia | ditumbuk halus1 sudu makan garam masala½ sudu makan jintan manis1 sudu makan jintan putih2 sudu makan serbuk cili1 sudu makan serbuk ketumbar5 sudu makan yogurt2 sudu makan perahan lemonGaram dan gula secukup rasaDaun ketumbarBahan tabur/ hiasan :
3 helai daun salad2 tangkai cili hijau1 biji limau nipis1 biji bawang Holland | hiris2 tangkai daun pudina | dihirisCARA MEMASAK :
Cara masak nasi beriani :
Didihkan air bersama rempah empat sekawan dan daun salam dan sedikit garam. Rebus beras selama 3-4 minit hingga beras separuh masak.Di dalam periuk lain, panaskan minyak sapi dan minyak masak. Tumiskan daun kari dan daun pandan, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.Masukkan rempah beriani dan juga tomato yang dicincang.Masukkan air rebusan ayam dan juga yogurt perasakan dengan garam dan gula. Biarkan rempah kering sedikitMasukkan beras yang sudah direbus dan ditoskan tadi, ratakan beras.Letakkan air saffron, air mawar, cili hijau, daun ketumbar, daun pudina, dan bawang goreng di atas nasi tadi.Tutup periuk, perlahankan api biar selama 20-30 minit hingga nasi masak sempurna.Akhir sekali setelah nasi masak sempurna baru mula menggaul dan taburkan dengan kacang gajus dan kismis.Cara masak ayam yogurt :
Perapkan ayam bersama sama bahan perapan di atasKemudian simpan ayam di dalam peti ais semalamanBakar di dalam oven pada suhu 170 celcius, 20 – 25 minitHidangkan ayam bersama bahan hiasan salad, cili hijau, limau nipis dan daun pudina.Saiz hidangan: 6 orang
Masa Memasak: 45 min
Cara Memasak: Rebus, tumis dan reneh
Jenis Masakan: Sajian nasi
Keistimewaan: Sedap dihidangkan bersama ayam yogurt
Anggaran Kos: RM25 untuk nasi
Info chef: Jika suka boleh di masukkan ayam atau daging ke dalam rempah biryani
RESIPI : ROHAYU FARHANA AWANG KECHIK, IDANADIRA ISA DAN SITI KHALILAH SAMSUDIN
Terima kasih : FOOD INSTITUTE OF MALAYSIA, 41-51,, Jalan SS 6/12, Ss 6, Petaling Jaya, Selangor. https://ift.tt/2ylZDYi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/07/7-sajian-nasi-enak-dihidang-di-hari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ucapan Selamat Hari Raya Idul Adha

Ucapan Selamat Hari Raya Idul Adha

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 399 hits
Video ucapan Selamat Hari Raya Idul Adha Kata kata ucapan raya qurban ucapan selamat hari raya haji Sampaikan salam buat rakan kenalan sempena menjelangnya Hari Raya Korban tak lama lagi Haa ada diselitkan dengan pantun idul adha pantun ray...
Aidilfitri 2019 Jamuan Hari Raya Petronas Di Capri By Fraser Hotel Residence

Aidilfitri 2019 Jamuan Hari Raya Petronas Di Capri By Fraser Hotel Residence

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 436 hits
Aidilfitri 2019 Jamuan Hari Raya Petronas di Capri by Fraser Hotel Residence Assalamu alaikum Sambung jangan tak sambung sebelum raya haji hahaha Ummi bersama dua orang assistants telah menghadiri Jamuan Hari Raya Petronas di Capri by Frase...
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 362 hits
Ucapan Selamat Hari Raya AidilfitriAssalamualaikum semua Alahai dah lama sungguh aku tak update blog ni kan Masa yang tak mengizinkan hangpa banyak ja cerita yang nak aku share sebenarnya Alhamdulillah bertemu jugak kita dengan Syawal tahun...
10 Hari Lagi Raya Korban

10 Hari Lagi Raya Korban

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 478 hits
Biar betul ya memang betul hanya RM280 shj dah 5 tahun Muslim Qurban masih mengekalkan harga yg sama Walaupun ada sedikit kenaikan kos kami tanggungkan utk anda Kami nak pastikan supaya anda tidak terbeban dengan kenaikan harga haiwan korba...
Teringat Ingat Nasi Arab Restoran Kari Kambing 40 Hari Di Johor

Teringat Ingat Nasi Arab Restoran Kari Kambing 40 Hari Di Johor

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 1763 hits
Teringat Ingat Nasi Arab Restoran Kari Kambing 40 Hari Di Johor Throwback balik trip travel cik en ke Johor Melaka bulan April lepas Tiba tiba cik en Teringat Ingat Nasi Arab Restoran Kari Kambing 40 Hari Di Johor Dalam tekak ini tengah cub...
Terlambat Nak Ucap Selamat Hari Raya

Terlambat Nak Ucap Selamat Hari Raya

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 1527 hits
Assalammualaikum Terlambat letak gambar Fuyooo berhabuk la blog kita ni dah kenapa busy sangat sampai baru update ni Apa pun happy sebab masih dapat menaip dekat sini Heeee Terima kasih ke sini
Kata Kata Atau Ucapan Selamat Hari Raya Galungan Dan Kuningan

Kata Kata Atau Ucapan Selamat Hari Raya Galungan Dan Kuningan

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 401 hits
Sebentar lagi umat hindu di Bali akan merayakan hari raya Galungan dan Kuningan yang dimana hari Raya Galungan jatuh pada Rabu 24 07 2019 Menurut penganut agama Hindu Hari Raya Galungan merupakan Baca selengkapnya di https www a dhea com
Huawei Melancarkan Huawei P30 Pro Edisi Swarovski Bersempana Hari Raya Haji

Huawei Melancarkan Huawei P30 Pro Edisi Swarovski Bersempana Hari Raya Haji

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 335 hits
Huawei P30 Pro adalah peranti mercu Huawei tahun ini Ia dilancarkan pada tahun lepas dan ia merupakan sebuah peranti dengan kemampuan kamera yang sangat hebat Peranti ini menerima skor DxOMark sebanyak 112 iaitu yang paling tinggi setakat i...
Inilah Wilayah Di Jakarta Raya Yang Alami Listrik Padam Hari Ini

Inilah Wilayah Di Jakarta Raya Yang Alami Listrik Padam Hari Ini

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 199 hits
Beberapa wilayah Jakarta Raya masih mengalami pemadaman listrik Berdasarkan akun twitter PLN pemadaman berlangsung pukul 08 00 11 00 WIB
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut