7 Resepi Kerabu Yang Sedap Dan Memikat Selera


Kebiasaannya apabila di sebut kerabu mesti menjurus kepada lauk sayuran yang di makan mentah bersama sambal belacan. Kerabu ini adalah juadah salad versi kampung orang Melayu kiranya. Kerabu ini ada macam-macam versi dan cara yang tak terjangkau di fikiran. Di sini aku pelbagai kongsi resepi kerabu yang sedap dan memikat selera. Resepi kerabu yang sedap dan memikat selera ini aku ambil di sebuah group FB untuk aku gunakan dan jadikan rujukan di masa hadapan... huhu

7 Resepi Kerabu Yang Sedap Dan Memikat Selera 
Sedap sungguh juadah masakan kerabu ni. Bioleh bertambah-tambah nasi berpinggan-pinggan di buatnya. Tapi ada juga jenis kerabu yang boleh di makan ratah begitu saja. Sesuai untuk yang sedang berdiet dan mesti makan sayur banyak macam suku- suku separuh tu. Apabila sayur di buat kerabu, senang sikit nak makan sayuran. Kalau tidak, susah nak hadap ke mulut sayur-sayur tu, tak tertelan... hehe

Macam-macam sayur di bolehkan untuk di buat kerabu. Sayur kampung paling banyak yang sesuai di buat kerabu seperti pucuk paku, ulam raja, selom, nangka muda, bunga kantan, daun kaduk dan banyak lagi. Sayur lain adalah seperti taugeh, peria, tomato, timun, lobak merah juga sesuai di buat kerabu. Di tambah dengan bahan iringan seperti kerang, udang, daging, ayam, ikan dan macam-macam lagi. Di perisakan pula dengan belacan, limau kasturi dan cili merah atau cili api kecur air liur di buatnya...huhu



Mari kita semak 7 resepi kerabu yang akan aku paparkan di sini. Semuanya sedap-sedap belaka. Sesuai di buat juadah tengahari dan juga malam. Sangat memggiurkan juadah kerabu yang aku kongsikan di sini. Selepas ini bolehlah buat kerabu ni. Senang sangat, tak perlu banyak proses memasak di dapur. Hanya lebih kepada proses tumbuk dan gaul sahaja, siap... hihi

- 1 - Kerabu Taugeh Bersama Kerang
Bahan-bahan:
2 cawan tauge5 batang kacang botol1 biji bawang besar - boleh kurangkan1 biji cili merah - boleh ditambah1/2 cawan udang kering1 cawan isi kerang rebus - boleh ditambahjus limau nipis secukupnyasedikit belacankerisik secukupnyagaram dan gula secukup rasa
*boleh ditambah cili api jika sukakan pedas
Cara:
Bersihkan kacang botol dan potong nipis. Kemudian bersihkan tauge dan celur dalam air panas selama 5 saat saja, kalau nak rangup tak payah celur pun tak apa. Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu

Tumbuk udang kering, belacan dan cili merah sampai lumat, perah limau kasturi dan ambil jusnya. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata. Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah mengikut citarasa

- 2 - Kerabu Nangka Muda
1 kg  isi nangka muda
Bahan tumbuk3 Biji cili besar merah15 biji cili api( ikut kepedasan sendiri)2 inci lengkuas2 inci halia5 batang seraiSeinci belacan bakarSegenggam ikan bilis..basuh bersih dulu
Sebiji bawang besar saiz besar2 biji limau nipisPati ikan bilis - jika sukaSebiji kelapa parut Garam dan gula secukup rasa
Caranya Potong-potong basuh bersih nangka muda. Rebus sehingga empuk dan masak. Leraikan nangka muda yang g direbus itu  supaya lebih halus. 
Tumbuk bahan tumbuk hingga betul-betul lumat. Kelapa parut blender sekejap dengan sedikit air. Jangan jadi santan. Hanya sekejap saja

Masukkan bahan tumbuk bersama nangka dan bawang besar yang telah di hiris nipis dalam satu bekas. Masukkan juga kelapa parut blender tadi
Perasakan limau nipis,garam dan gula serta pati ikan bilis jika suka. Jika suka lebih masam boleh tambah lagi limau nipis. Dah siap gaul sebati, bolehlah di hidangkan

- 3 - Kerabu Bunga Kantan
Bahan:
10 kuntum bunga kantan | dimayang halus2 batang serai | dimayang halus2 ulas bawang merah | ditumbuk30gm halia | ditumbuk10 biji lada hitam | ditumbuk20gm udang kering | ditumbuk½ biji kelapa parut2 sudu makan gulaGaram secukup rasaAir asam jawa secukupnya
Cara-cara:
Masukkan bunga kantan dan serai ke dalam sebuah bekas. Selepas itu masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi

Masukkan kelapa parut, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Gaulkan kesemuanya hingga sebati. Sedia dihidangkan
- 4 - Kerabu Pucuk Paku
Bahan:
2 ikat pucuk paku
1 biji santan bahagi dua ; separuh goreng separuh ambil santan
4 ulas bawang merahSesudu kecil lada hitam3 ekor ikan selayang rebus1/2 sudu makan garam1 1/2 sudu makan gulaSedikit air untuk merebus pucuk paku
Cara:
Panaskan air sehingga mendidih. Bilaendidih baru masukkan pucuk paku. Kacau sehingga ia bertukar warna dan toskan. Kelapa bahagikan dua. Separuh blendarkan dengan segelas air masak. Separuh lagi goreng tanpa minyak. Goreng hingga kekuningan. Tips goreng: bila pegang ia rasa rangup dan senang nak hancurkan

Tumbuk lada hitam, bawang merah dan isi ikan selayang rebus. Ketepikan. Masukkan kelapa tadi ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama bahan yang ditumbuk. Selepas itu, boleh masukkan bahaj perasa garam dan gula

Boleh masukkan pucuk paku tadi. Gaul sebati sebelum masukkan santan. Santan tu agak agak ye. Bukan semua dimasukkan. Ikut selera memasing. Just nice nak bagi basah sikit sikit

- 5 - Kerabu Peria
Bahan:
PeriaIkan kembungBawang besarCili padiLmau nipisgaram dan perasa secukupnya
Cara :
Peria dipotong nipis-nipis dan rendam dalam air garam selama 5 minit. Ikan kembung gaul ngan sedikit garam dan goreng sekejap. Ikan yang siap digoreng, diambil isinya sahaja. Tumbuk isi ikan tersebut

Hiris bawang besar dan cili api.Gaulkan semua bahan tadi bersama-sama peria yang telah direndam dengan air garam tadi tambah perasa secukupnya. Perahkan air limau nipis. Siap

- 6 - Kerabu Daun Selom
Bahan:1 ikat daun selom (hiris halus)1 labu bawang besar (dihiris)1/2 cawan kelapa parut3 biji limau kasturi@xdak blh jer guna jus limau
Bahan Kisar :3 bijiCili Merah3 biji Cili PadiBelacan sikit2 sudu mkn udang keringGaram secukup rasaGula
Cara :Masukkn bahan kisar dalam kuali, masuk kelapa parut, goreng sampai agak keringmasuk jus limau..tutup api

Masuk daun selom..bawang yg dihiris. Perasa garam gula semua secukup rasa... SIAP!!!!

- 7 - Kerabu Daun Kaduk
Bahan A:4 tangkai cili padi1 sdk belacan bakar1 sdk gula1 sdk garambahan diatas ditumbuk

Bahan B:4 sdb kerisik2 sdb air asam jawa1 sdb jus limau nipis@kasturi
Bahan:20 helai daun kaduk(dicelur dulu)1 biji bawang besar1 biji tomato*bahan diatas dihiris

Caranya: 
Bahan A dicampur dengan bahan B. Gaulkan biar sebati.Kemudian campurkan dengan bahan C. Gaulkan dengan sebati. Boleh di rasa, untuk mendapat hasil rasa yag memuaskan

Boleh juga tambah bahan-bahan jika lain sekiranya di perlukan dan sesuai citarasa. Bila dah siap, bolehlah di hidangkan. Sedappp!

Inilah 7 resepi kerabu yang mengecurkan air liur dan mengancam selera. Semoga resepi ini bermanafaat untuk kita semua. Bila sudah di simpan dalam blog ni, mudah aku nak mencari resepi. Kalau tidak, bahan dah sedia, terkial-kial mengggoogle mencari resepi kembali. Kalau salin dan simpan dalam buku, hilang juga. Simpan dalam blog lagi mudah... kan

Nak dapatkan pelbagai resepi di blog ini, klik SINI
p/s: Berselera sentiasa tu yang tak tahan tu, terbabas diet jadinya... hoho



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.huhahuhajerr.com/2020/01/7-resepi-kerabu-yang-sedap-dan-memikat-selera.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Kerabu Telur Dadar Sesuai Untuk Diet Atkins

Resepi Kerabu Telur Dadar Sesuai Untuk Diet Atkins

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 778 hits
Resepi kerabu telur dadar Kalau dah namanya wanita mesti tak lari dari menulis tentang resepi cakap tentang makanan dan sibuk pasal diet Ada satu resepi yang nak saya kongsi di bawah ini amat ringkas dan sesuai untuk orang yang sedang berdi...
Resepi Scone Kismis Gebu Simple Sedap

Resepi Scone Kismis Gebu Simple Sedap

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 673 hits
RESEPI SCONE KISMIS GEBU SIMPLE SEDAP Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini Terima kasih atas sokongan anda semua Al kisah semalam petang hujan turun dengan lebat dan berpanjangan hingga ke malam Cuaca sejuk te...
Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Mudah Dan Sedap

Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 1099 hits
RESEPI KETAM MASAK PEDAS ALA THAI MUDAH DAN SEDAP Sebut sahaja menu ketam pasti ramai suka Al maklum ketam adalah salah satu menu popular dalam kalangan kita Tak gitu Tentu ada antara readers juga penggemar tegar ketam Tak kiralah ketam mas...
Senarai 10 Resepi Air Balang Viral Paling Sedap

Senarai 10 Resepi Air Balang Viral Paling Sedap

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 2621 hits
Senarai 10 Resepi Air Balang Viral Paling Sedap Salam semua masuk pasar malam ke pasar pagi ke atau mana mana tempat seperti hadir di mana mana majlis majlis ke air balang di mana mana saja ada Kenapa air balang mesti disebut sebut ya Nak l...
Resepi Rendang Kerang Cili Padi Sedap

Resepi Rendang Kerang Cili Padi Sedap

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 444 hits
Resepi Rendgan Kerang Cili Padi Sedap Kerang ni adalah antara hasil membeli di Pasar Sungai Dorani tempohhari sewaktu menghantar Cik Meya balik ke Sabak Bernam Ni sebenarnya lebih pada balas dendam la kot sebab dalam 3 minggu sudah pergi ke...
Laksa Tak Habis Nak Buat Apa Resepi Laksa Goreng Yang Simple Dan Sedap

Laksa Tak Habis Nak Buat Apa Resepi Laksa Goreng Yang Simple Dan Sedap

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 788 hits
RESEPI LAKSA GORENG YANG SIMPLE DAN SEDAP 2 hari lepas saya masak laksa atas permintaan anak anak 2 kali balik kampung bulan 12 lepas tapi tak sempat nak merasa laksa makngah diaorang Agaknya tu yang dok suruh ibu masak kan laksa Bila dah m...
Resepi Tepung Bungkus Pulut Hitam Sedap Lemak Dan Lembut

Resepi Tepung Bungkus Pulut Hitam Sedap Lemak Dan Lembut

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 2026 hits
Assalamualaikum hai semua Bersua kita kembali ye ok hari ni saya nak share sikit la resepi kuih favourite saya iaitu tepung bungkus Ermmm nikmat betul kuih ni tak tahu nak bayang bila dah masuk dalam mulut perghhh mercik baq hang Sebenarnya...
Resepi Kerabu Sotong Tomato

Resepi Kerabu Sotong Tomato

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 491 hits
Resepi Kerabu Sotong Tomato Masam Manis Kerabu sotong ni biasanya jumpa masa bulan puasa Puas jugak saya makan kerabu sotong bila tibanya Ramadhan sebab ada ahli keluarga yang suka makan kita pun tumpang sekaki Kerabu sotong dijual pada har...
Resepi Sagu Gula Melaka Mudah Dan Sedap Untuk Dicuba

Resepi Sagu Gula Melaka Mudah Dan Sedap Untuk Dicuba

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 390 hits
Resepi Sagu Gula Melaka Mudah dan Sedap Untuk Dicuba Cuaca panas bila dapat pekena menu ssagu gula melaka yang sedap memang sangat asyik Lagi lagi bila resepi sagu gula melaka tu nampak mengiurkan dengan campuran warna yang cantik Makin bes...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut