7 Perbezaan Jenis Susu Yang Kita Biasa Jumpa Di Pasaran




Ramai orang suka minum susu, tak kiralah yang muda, yang tua atau anak-anak kecil. Disebabkan itu juga, bermacam-macam jenis susu dipakejkan untuk memikat hati pengguna.

Tak dinafikan juga, susu merupakan sumber kalsium yang amat baik selain turut mengandungi vitamin A, B12, riboflavin, fosforus, dan zat besi.

Cuma kadang-kadang tu, keliru pula nak pilih susu yang mana. Yalah, banyak betul jenis susu contohnya jenis full cream, low fat, skim milk, fresh milk, susu UHT, susu tepung dan sebagainya.

Apakah perbezaan antara jenis-jenis susu ini?


INI PERBEZAAN 7 JENIS SUSU YANG BIASA KITA JUMPA DI PASARAN

1. SUSU PENUH KRIM / FULL CREAM MILK
Susu penuh krim atau full cream milk mengandungi peratusan lemak yang paling banyak, iaitu sekitar 3.8% secara purata. Disebabkan kandungan lemaknya, susu ini memiliki rasa yang paling lazat berkrim.

Walaupun ramai yang ‘takut’ dengan lemak, namun susu inilah yang paling sesuai untuk anak kecil kerana mereka memerlukan kandungan asid lemak yang terkandung di dalamnya bagi perkembangan optimum tubuh.

Selain itu, susu jenis inilah yang sesuai digunakan untuk dicampurkan ke dalam kopi untuk menghasilkan kopi susu ala barista. Sedap!



2. SUSU RENDAH LEMAK / LOW FAT MILK
Seperti mana namanya, susu rendah lemak atau low fat pula mengandungi kurang lemak di dalamnya, iaitu sekitar 1.3% hingga 1.4%.

Susu low fat lebih sesuai bagi anda yang dalam proses mengurangkan berat badan kerana ia membantu mengurangkan kadar lemak tepu di dalam tubuh.


3. SUSU SKIM / SKIM MILK
Satu lagi jenis susu yang mungkin kita kurang tahu adalah susu skim atau skim milk. Ia memiliki jumlah lemak yang paling rendah berbanding susu low fat dan susu full cream, iaitu sekitar 0.15% sahaja.

Jika dibandingkan dengan keduanya tadi, susu skim ini rasanya lebih cair. Namun, ia tetap mengandungi protein dan kalsium seperti susu biasa.



4. SUSU SEGAR / FRESH MILK
Susu segar atau fresh milk ini boleh dijumpai di bahagian sejuk pasaraya. Berbanding susu UHT yang diletakkan di rak kering, susu segar ini mempunyai tarikh luput yang lebih cepat, biasanya kurang daripada seminggu. Namun dari segi nutrisinya, ia adalah yang lebih baik berbanding susu UHT.

Susu segar yang dijual di pasaraya telah melalui proses pempasteuran bagi memastikan keselamatan pengguna. Proses ini melibatkan pemanasan melebihi 72 darjah Celsius selama sekurang-kurangnya 15 saat bagi membunuh bakteria yang terdapat dalam susu.

Antara jenama susu segar yang terkenal di Malaysia termasuklah susu Good Day dan Farm Fresh.



5. SUSU UHT
Kebanyakan jenis susu kotak yang terdapat di pasaran adalah jenis UHT, iaitu Ultra High Temperature yang merujuk kepada proses yang digunakan untuk merawatnya.

Berbanding susu segar, susu UHT mengalami proses pemanasan pada suhu yang lebih tinggi, iaitu pada takat 135 darjah Celsius  selama 1-2 saat bagi tujuan pensterilan. Dengan proses ini, jangka hayat susu dapat bertahan sehingga 5-10 bulan tanpa disimpan di tempat sejuk kecuali setelah ia dibuka.

Terdapat juga susu UHT yang dihasilkan melalui proses rekombinasi atau campuran semula (UHT recombined milk). Ini bermaksud susu tersebut akan dikeringkan menjadi pepejal dan diasingkan kepada serbuk lemak dan pepejal susu sebelum dikombinasikan semula di kilang dan dirawat.


6. SUSU TEPUNG
Susu tepung diperbuat daripada susu segar yang telah melalui proses pengeringan menjadi bentuk serbuk yang mudah disimpan, senang dibawa ke mana-mana dan tahan lama.



Seringkali susu tepung ditambah dengan zat tertentu seperti vitamin dan mineral bagi meningkatkan kualitinya. Bagi susu formula contohnya, ia dilengkapkan dengan pelbagai formulasi agar sesuai dengan peringkat usia bayi yang memerlukan nutrisi khusus seperti DHA dalam menjamin perkembangannya.



7. SUSU BERPERISA
Susu berperisa adalah susu yang telah dicampurkan dengan bahan tambahan seperti gula, perisa, pewarna dan kondisioner makanan yang dibenarkan.

Ada macam-macam perisa susu yang boleh kita jumpa di pasaran sekarang contohnya susu strawberi, coklat, kopi, kurma, vanila dan sebagainya.

Sedap memang sedap, tapi anda harus berhati-hati dengan kandungan gula yang terdapat di dalamnya!

SEMAK LABEL SEBELUM BELI
Susu memiliki nutrisi yang baik dan sesuai untuk diamalkan pengambilannya setiap hari. Sememangnya susu segar adalah pilihan yang terbaik, namun ia mungkin kurang sesuai bagi sesetengah orang yang perlu berjimat dan tak punya masa untuk mendapatkannya dengan kerap.

Tak salah mendapatkan nutrisi melalui susu UHT atau susu tepung, tapi elakkan jenis susu yang manis kerana ia biasanya dah ditambah dengan perasa atau gula. Di bahagian ramuannya, pilih yang paling pendek senarainya. Kadangkala, ramai tak sedar bahawa ada kandungan gula ‘tersembunyi’ seperti sukrosa, pepejal sirap glukosa, maltodekstrin, pepejal sirap jagung, sukrosa, dekstrosa, dan macam-macam lagi nama saintifiknya yang mungkin boleh mengelirukan anda.

Jadi, lepas ni kalau nak beli susu, sentiasalah periksa labelnya ya!

Sumber artikel : Sirap Limau© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Sumber 7 Perbezaan Jenis Susu Yang Kita Biasa Jumpa Di Pasaran
Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya

Terbongkar Cara Blogger Dapatkan Organic Traffic Unlimited.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2018/11/7-perbezaan-jenis-susu-yang-kita-biasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Jenis Bercak Yang Biasa Ditemui Di Celana Dalam Dan Artinya Bagi Kesehatanmu

10 Jenis Bercak Yang Biasa Ditemui Di Celana Dalam Dan Artinya Bagi Kesehatanmu

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 236 hits
10 Jenis bercak yang biasa ditemui di celana dalam dan artinya bagi kesehatanmu Bercak bening putih keruh seperti putih telur hingga merah kecoklatan bisa dianggap wajar Bercak berwarna putih kelabu kehijauan atau kuning disertai rasa gatal...
Bukan Sekadar Susu Biasa It S A Magical Milk

Bukan Sekadar Susu Biasa It S A Magical Milk

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 322 hits
Althea Milk Peel Cream Mask bukan sekadar susu biasa it s a MAGICAL milk hi there woot woot chugga chugga chugga eh tetiba pula nak nyanyi lagu chunggington T T hehe mood tengah happy ni mrs pip ni dalam banyak banyak minuman susu merupakan...
Bayi Yang Diberikan Susu Ibu Sejak Lahir Kurang Mendapat Penyakit 400 Jenis Nutrien Terdapat Dalam Susu Ibu

Bayi Yang Diberikan Susu Ibu Sejak Lahir Kurang Mendapat Penyakit 400 Jenis Nutrien Terdapat Dalam Susu Ibu

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 398 hits
Penyusuan susu ibu diketahui dapat mencegah pelbagai masalah kesihatan dan kematian dalam kalangan bayi Mengikut kajian bayi yang diberikan susu ibu sejak lahir kurang menghidap penyakit pada tahun pertama hayat mereka Malah bayi yang menyu...
Perbezaan Teknologi Penapis Air Di Pasaran Malaysia

Perbezaan Teknologi Penapis Air Di Pasaran Malaysia

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 603 hits
Assalamualaikum Pada masa kini setiap rumah mahupun pejabat wajib memiliki Penapis Air kerana sumber air yang diperolehi dari paip dikhuatiri kotor dan tercemar selain menjimatkan masa dan wang untuk membeli air mineral di pasaran Jadi pada...
Program Pemutihan Jpj Roadtax Yang Telah Tamat Tempoh Belum Genap 3 Tahun Boleh Renew Seperti Biasa

Program Pemutihan Jpj Roadtax Yang Telah Tamat Tempoh Belum Genap 3 Tahun Boleh Renew Seperti Biasa

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 431 hits
Program pemutihan JPJ ni merupakan berita baik bagi semua pihak lebih lebih lagi bagi korang yang ada motosikal motokar yang dah lama tak renew roadtax tu Hehe Bolehlah renew sekarang atau selewatnya pada 30 JUN 2018 Dah tak perlu nak pergi...
Karena Cepat Sembuh Ya Sudah Biasa Ucapkan Saja 9 Kalimat Ini Saat Dia Sakit Dan Butuh Perhatian

Karena Cepat Sembuh Ya Sudah Biasa Ucapkan Saja 9 Kalimat Ini Saat Dia Sakit Dan Butuh Perhatian

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 305 hits
Karena cepat sembuh ya pun sudah terlalu mainstream cobalah ganti dengan kalimat yang lebih romantis dan mengena
17 Dokumentasi Foto Lamaran Ini Sayang Kalau Dilewatkan Pamer Cincin Sudah Biasa Kan

17 Dokumentasi Foto Lamaran Ini Sayang Kalau Dilewatkan Pamer Cincin Sudah Biasa Kan

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 214 hits
Lamaran itu nggak melulu tentang tukar menukar cincin kok banyak momen seru lain yang bisa kamu abadikan Kasih tahu fotografermu
10 Tabiat Yang Biasa Kita Buat Boleh Menyebabkan Kerosakan Pada Otak Nombor 7 Paling Ramai Kita Buat

10 Tabiat Yang Biasa Kita Buat Boleh Menyebabkan Kerosakan Pada Otak Nombor 7 Paling Ramai Kita Buat

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 383 hits
Mungkin kita pernah dengar ada kawan kawan yang tiba tiba terkena masalah saraf dan tidak kurang juga yang meninggal dunia kerana darah beku pada otak Yang mengejutkan mangsa yang kita kenali memang sihat tubuh badan dan tidak pernah mengad...
Mayat Pasangan Suami Isteri Warga Emas Ditemui Dalam Rumah Mereka Di Kampung Sungai Ruan Raub

Hari Lautan Sedunia Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik Di Lautan Dalam

Kpkt Raikan Kejayaan Pemaju Hartanah Tempatan Rangkul 5 Pingat Emas Di Fiabci World Prix D Excellence Awards 2025

Rafizi Dan Nik Nazmi Adalah Pemimpin Sinaran Dan Bukannya Pemimpin Sialan Kata Ketua Cabang Pkr Pada Shamsul Iskandar

Explore Malaysia And Beyond

Drama Hilang Kasyorga

Nahas Bas Upsi Laporan Puspakom Tunjuk Sistem Brek Bas Dalam Keadaan Memuaskan

Tiket Konsert Sold Out Lagi Inteam Mohon Maaf Pada Peminat Yang Gagal Beli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Khasiat Air Kepala Segar Untuk Sembuhkan Sakit Ringan

Sharnaaz Ahmad Terima Ucapan Penuh Makna Daripada Noor Nabila Sempena Hari Bapa

Buang Segala Surat Cinta Dan Kenangan Di Kl Tower

Buat Pizza Dengan Adik Bongsu

Baikilah Hubungan Dengan Allah Allah Akan Perbaiki Dengan Manusia

Mikel Jauregizar Bernilai 30 Juta Berketurunan Malaysia Layak Bermain Dengan Harimau Malaya