7 Oktober 2025 Catatan Hospital


7 Oktober 2025 – Catatan Hospital 2.00 petang. Aku tiba di hospital, bahagian pakar 3. Hari ini hari keputusan.
Doktor tersenyum, katanya perlahan, “Alhamdulillah, keputusan kali ini lebih baik.” Dan aku hanya mampu tersenyum tipis. Dalam hati, aku ulang perkataan itu berkali-kali – Alhamdulillah.
CD4 meningkat ke 200+. Untuk yang mungkin tak tahu, CD4 ialah sejenis sel darah putih dalam tubuh – barisan pertahanan utama sistem imun. Bila bilangannya rendah, tubuh mudah diserang jangkitan. Tapi bila meningkat, itu tanda tubuh sedang berjuang dan perlahan-lahan bangun semula.
Viral Load pula, katanya menurun. Itu bermaksud jumlah virus dalam darah semakin sedikit. Walaupun belum sifar, tapi sekurang-kurangnya tubuh ini sedang bertahan, sedang melawan sehabis daya. Alhamdulillah lagi, untuk setiap kecil peningkatan yang kadang tak nampak di mata, tapi terasa di jiwa.
Doktor semak jantung, buah pinggang, dan hati. Semuanya masih baik, katanya. Cuma satu – risiko jangkitan hati agak tinggi. Aku diam. Sebab diam itu kadang cara paling kuat untuk menerima sesuatu yang tak mampu dijelaskan dengan kata.
Lalu doktor bertanya perlahan:
“Kamu ada stress atau depression tak?” Aku jawab: Tidak. Walau sebenarnya aku tahu, ada hari yang aku terasa hampir rebah – cuma belum mahu mengaku kalah. “Kamu ada mimpi buruk?” Aku jawab: Tidak. Sebab jujurnya, aku jarang bermimpi. Cuma kadang terjaga dengan dada yang berat tanpa tahu kenapa. “Ada sesiapa tahu tentang sakit sebenar kamu?” Aku jawab lagi: Tidak. Sebab aku masih mampu bertahan sendiri. Belum tiba masanya untuk siapa pun tahu. Belum masa untuk aku buka luka yang masih basah. Pesan doktor sebelum aku melangkah keluar:
Jaga pemakanan. Hanya makanan yang fresh dan dimasak sepenuhnya. Elak yang mentah atau separuh masak. Jangan ambil sebarang ubat atau suplemen tanpa kebenaran hospital. Dan… kalau boleh, beritahu seseorang. Supaya ada yang boleh jadi sokongan bila kamu rasa lelah. Waktu melangkah keluar, aku tarik nafas panjang. Langit petang itu mendung tapi tenang. Mungkin beginilah rasanya menjadi kuat – bukan kerana tiada sakit, tapi kerana masih mampu tersenyum meski tahu segalanya belum selesai.
Untuk tubuh yang masih bertahan, dan hati yang masih percaya — semoga terus diberi kekuatan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2025/10/7-oktober-2025-catatan-hospital.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Waspada Fenomena Air Pasang Ekstrem Melibatkan Beberapa Kawasan Di Selangor Dari 7 Hingga 10 Oktober 2025

Waspada Fenomena Air Pasang Ekstrem Melibatkan Beberapa Kawasan Di Selangor Dari 7 Hingga 10 Oktober 2025

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 117 hits
Menurut Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Fenomena Air Pasang Ekstrem pada bulan Oktober 2025 akan berlaku di beberapa lokasi di Selangor seperti berikut SELANGOR Sekitar Terminal Penumpang South Po
Doa 4 Oktober 2025

Doa 4 Oktober 2025

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 121 hits
Ya Allah rezekikan kami ketenangan yang tidak bergantung pada keadaan
Bab 10 Oktober 2025

Bab 10 Oktober 2025

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 341 hits
Masuk muka surat baru dah kita Bab 10 Oktober 2025 November Disember lepas tu dah tahun baru 2026 Cepatnya masa berlalu sebab bulan September banyak cuti dan banyak urusan Itu yang rasa kejap je 30 hari berlalu pergi Kann Bulan Oktober kita...
Doa 1 Oktober 2025

Doa 1 Oktober 2025

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 227 hits
September Usai Dengan Kenangan Oktober Hadir Dengan Harapan Setiap bulan datang dengan ceritanya Ada yang penuh tawa ada yang penuh luka ada juga yang hadir sebagai persinggahan sementara dalam perjalanan hidup kita September melangkah perg...
Kapal Conscience Freedom Flotilla Dipintas 10 50 Pagi 8 Oktober 2025

Kapal Conscience Freedom Flotilla Dipintas 10 50 Pagi 8 Oktober 2025

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 66 hits
Sembilan buah kapal yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition x Thousand Madleens to Gaza telah dipintas sebentar tadi oleh tentera Israel kira kira jam 10 50 pagi waktu Malaysia Difahamkan ketika kejadian kesemua kapal itu...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

papar berkaitan - pada 28/9/2025 - jumlah : 1754 hits
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke Menteri Pengangkutan Anthony Loke menegaskan bahawa kenderaan berat yang gagal mematuhi peraturan pemasangan Speed Limitation Device bukan sahaja melanggar undang undang Malah uj...
Soalan Artikualsi Penulisan Pksk Hari Pertama 6 Oktober 2025

Soalan Artikualsi Penulisan Pksk Hari Pertama 6 Oktober 2025

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 119 hits
Lama betul rasanya mummy tak menulis parenting di sini Oleh kerana anak sulung mummy ambil PKSK tahun ini Ujian Penilaian Kemasukan Sekolah Khusus atau pendek cerita ujian ke asrama penuh SBP MRSM SMKA Ulul Albab Teknik Vokasional Untuk kem...
Doa 2 Oktober 2025 Doa Untuk Permulaan Hari

Doa 2 Oktober 2025 Doa Untuk Permulaan Hari

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 150 hits
Doa 2 Oktober 2025 Doa Untuk Permulaan Hari Setiap pagi menghantar satu peluang baru sehelai masa yang belum ditulis seumpama kertas putih yang menunggu huruf huruf niat kita Dalam keheningan antara azan subuh dan hiruk dunia ada ruang untu...
Doa 8 Oktober 2025

Doa 8 Oktober 2025

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 84 hits
Doa Pagi Untuk Sahabat Yang Baik Hatinya Ya Allah kurniakanlah kami kesabaran untuk menerima yang belum Engkau izinkan Untuk pagi ini kami panjatkan doa khas buat sahabat sahabat yang berhati lembut yang menunggu jawapan yang masih belajar ...
Ceo Petronas Mandi Champagne

Petua Dulu Dulu Orang Lelaki Kekal Bertenaga Dari Pagi Sampai Malam

Nabila Maharani Titian Tak Bertepi Chord

Cara Lembutkan Ikan Beku Dengan Garam Dan Cuka Petua Cepat Berkesan

Ingat Sikit Dekat Batu Nisan

Pagi Yang Tak Disangka

Kenapa Hidup Kita Rasa Sibuk Tapi Tak Pergi Mana Mana Tukang Karut

Sayur Masak Lemak Kuning


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Basmi Kemiskinan Perlu Kerjasama Semua Pihak Bukan Kerajaan Sahaja Nurul Izzah

Turkiye Terus Bantu Malaysia Usaha Bebaskan Sembilan Aktivis Pm Anwar

Zakir Naik Tuntut Rm10 Juta Daripada Portal Wartawan Berhubung Dakwaan Hiv

M Nasir Gemakan Axiata Arena Dengan Puisi Keinsafan Palestin

Wanita Dijangkiti Parasit Selepas Percaya Petua Lama Untuk Hilangkan Sakit Belakang

M Daud Kilau Salam Kasihku Chord