7 Nasihat Terbaru Dari Dato Sri Siti Nurhaliza Kembalikan Rentak Asli
Siapa yang rindu akan lagi asli atau juga lebih dikenali lagu tradisional boleh dengarkan kembali dinyanyikan oleh penyanyi no.1 negara siapa lagi kalau bukan Dato' Sri Siti Nurhaliza. Lagu bertajuk '7 Nasihat' ini adalah ciptaan anak muda iaitu Kmy Kmo & Luca Sickta. Mungkin ramai tidak mengenali dua nama ini namun beliau berani membawa lagu sebegini dalam industri muzik tempatan
Kalau sebelum ini dua pencipta ini telah menghasilkan lagu Zuhud nyanyia Dato' M. Nasir kini pula dinyanyikan oleh TokTi. Hebatkan bakat anak muda ini siapa tak kenal boleh cari siapa dia Kmy Kmo dan juga Luca Sicta. Nama dah tak macam orang Malaysia je hehehehe
Pertama kali dengar lagu ini agak susah juga nak tangkap akan lirik kerana menggunakan bahasa kiasan yang dalam. Namun jika didengari berkali-kali baru dapat dan juga rasa tertarik terutama saat Dato Sri Siti mengalunkan humming lagu ini sangat sedap dan meremang. Harap lagu ini dapat menaikkan semula irama kita walaupun telah dicampur dengan bahagian raping itu adalah cara anak muda sekarang
Lagu ini telah boleh mula didengar di Youtube dan semua media online bermula hari ini. Setakat beberapa jam lagu ini dimuat naik dalam Youtube telah mendapat lebih daripada 100ribu tontonan. Tahniah buat semua team memang hebat
Lirik Penuh Lagu 7 Nasihat Dato Sri Siti Nurhaliza
-Dato’ Sri Siti Nurhaliza-Anak Pipit jangan tak dihirauGusar Esok ke sarang si rimauAnak Didik harusnya dirisauGusar Esok engkau yang dipisau
Dulu Tunggu diturut balik (dulu tunggu turut balik)Dulu Diam sekarang celik (dulu diam sekarang celik)Dulu Tahu waktu balik (dulu tahu waktu balik)Dulu Diam sekarang cerdik (dulu diam sekarang cerdik)
Nak Dilenturnya buluh biar dari rebungnyaKelak Pasti mereka kan terjaga akhlaknyaNak Dibentukkan tubuh bukan dari bengkungnyaSusun Atur mereka sebelum kenal dunia
Habis Main di tanahSebelum Senja ke rumahTakut Nanti tersalahBawa Pulang masalah
Tak Endah yang sekarangCakap Jangan sebarangElok Awal dilarangUntuk Kau jadi orang
Dulu Tunggu diturut balik (dulu tunggu turut balik)Dulu Diam sekarang celik (dulu diam sekarang celik)Dulu Tahu waktu balik (dulu tahu waktu balik)Dulu Diam sekarang cerdik (dulu diam sekarang cerdik)
-Luca Sickta-Yah Satu, Hendak berjaya mendada janganPastikan, Jika malu bertanya sesat jalanBiar Lapar sehari asalkan kenyang bertahunBiar Berkerut dahi asahkan minda beralun
-Kmy Kmo-Kedua, Semua nasihat cam petuaKetua Perlu jua,nak sihat sampai tuaMasuk Semua benuaPelusuk Dalam luarHormat Tanpa bersuaWalau Darjah sempoa
-Luca Sickta-YahTiga, Lain liga lain caraElak Geliga dalam rasa media masaDahulu Kerna lidah badankan binasaSekarang Kerna mata, jemari berbicara
-Kmy Kmo-Cara Bicara yang ke 4 semua telinga harus pekaNenek Moyang yang nasihat majoriti ramai lekaTerlena, Dibuai mimpi dek dunia cerekaHanyut Dihempas ombak tinggi gah lupa mereka
-Luca Sickta-Lima, Usah dikira kanan kiriCermin Untuk diri kerna hidup tiada siriKerna Hidup tiada sisi bila hati mula hitamLupakan Kisah silam, nilam usah disiram
-Kmy Kmo-Ku Siram yang ke-6 Biar Mekar dalam hatiIngati Putus urat dan tenaga urat besiKorbannya Bukan calang tak hilang dimakan hariBajakan Jasa mereka dengan budi
-Dato’ Sri Siti Nurhaliza-Anak Pipit jangan tak dihirauGusar Esok ke sarang si rimauAnak Didik harusnya dirisauGusar Esok engkau yang dipisau
Dulu Tunggu diturut balik (dulu tunggu turut balik)Dulu Diam sekarang celik (dulu diam sekarang celik)Haaa.. (dulu tahu waktu balik)Dulu Diam sekarang cerdik (dulu diam sekarang cerdik)
Hmmm.. (dulu tunggu turut balik)Haaa.. (dulu diam sekarang celik)Haaa.. (dulu tahu waktu balik)Haaa.. (dulu diam sekarang cerdik)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahagosip.com/2020/02/7-nasihat-terbaru-dari-dato-sri-siti.html