Mesej Disebalik 7 Nasihat Karya Terbaru Siti Nurhaliza Kmy Kimo Luca Sickta


Siti Nurhaliza bersama kumpulan duo Hip hop yang sedang meningkat naik iaitu Kmy Kimo dan Luca Sickta telah menerbit karya terbaru yang bertajuk 7 nasihat, sebuah lagu irama Malaysia fusion yang diberi nafas baru dengan sentuhan rap.
Lagu ini dimuat naik di channel Youtube rasmi Dato Siti Nurhaliza tepat pada jam 12 tengah malam, 20 Februari 2020 selepas para peminat dihidangkan dengan sedutan lagu 7 nasihat di instagram dan twitter satu hari sebelumnya. Lagu yang sarat dengan elemen kemelayuan ini mengidangkan lengok-lengok irama yang enak disamping penulisan lirik yang baik.
Sudah pasti kredit harus diberikan kepada Kmy Kimo dan Luca Sickta, bakat muda yang terus konsisten dalam memperjuangkan muzik rap dengan elemen kemelayuan ini. Selepas kobularasi bersama sifu M.Nasir menerusi lagu Zuhud, kini mereka muncul bersama 7 Nasihat. Saya pasti tahun 2020 bakal menjadi tahun yang gemilang buat mereka berdua.
Berbalik kepada lagu 7 Nasihat, ada mesej yang cuba disampaikan kepada pendengar. Jika diteliti bait-bait lirik yang dihidangkan,  penuh dengan kata-kata nasihat.
Lirik Video 7 Nasihat
Liriknya dihiasi dengan kata-kata kiasan yang melambangkan kesantunan melayu dalam menegur. Satu budaya yang makin kian pupus ditelan zaman. Suntikan ritma dan puisi benar-benar menyedapkan lagi lagu ini untuk dijadikan sebagai halwa telinga.
Maksud lirik 7 nasihat
Terdapat beberapa perenggan di lagu 7 nasihat menggunakan bahasa kiasan yang mungkin sukar untuk difahami oleh orang luar. Siti Nurhaliza sendiri ada menerangkan serba sedikit tentang petikan lirik yang cuba disampaikan menerusi lagu ni. Antaranya ialah:
Anak Pipit jangan tak dihirau
Gusar Esok ke sarang si rimau
Anak Didik harusnya dirisau
Gusar Esok engkau yang dipisau
Petikan lirik ini mengisahkan tentang bagaimana didikan terhadap anak-anak antara suatu yang perlu diambil berat Jagalah dengan sehabis baik, jangan dibiarkan mereka tidak pantau bimbang anak-anak menjerumuskan dirinya ke jalan yang memudaratkan. Esok lusa ibu bapa dijadikan lawan.
Dulu tunggu waktu balik,
Dulu diam sekarang celik,
Dulu tahu waktu balik,
Dulu diam sekarang cerdik.
Frasa ini menceritakan tentang bagaimana cabaran ibu bapa pada masa kini untuk mengasuh anak-anak. Anak-anak kini yang lebih pintar dan berani untuk mengajukan pendapat.
Tak Endah yang sekarang
Cakap Jangan sebarang
Elok Awal dilarang
Untuk Kau jadi orang
Melentur buluh biar dari rebungnya. Jadi tegurlah dari awal fasa asuhan anak-anak sejak dari mereka muda untuk memastikan insan yang dewasa nanti adalah insan yang menjaga tingkah lakunya. Malahan dalam lirik turut menggunakan elemen pujangga nusantara yang memberi perlambangan dalam lirik.
Anak Pipit + Harimau + Tanah + Buluh, Rebung + Dunia + Senja + hati + urat besi = jadi orang.
Berpadanan dengan tajuk, terdapat 7 nasihat yang cuba dibawakan oleh penulis kepada mereka yang mendengarnya. Nasihat itu disenaraikan pada bahagian Kmy Kimo dan Luca Sickta. Apakah nasihat yang dimaksudkan? Berikut antara 7 nasihat yang diberikan untuk kesedaran kita semua agar kita terus menerus menjadi seorang dewasa yang berakhlak.

1. Nak berjaya perlu merendah diri Jika anda inginkan kejayaan dalam kehidupan, maka perasaan sombong dan berbangga diri perlu dijauhkan. Sentiasa merendah diri dalam mencari jalan kehidupan. Andai satu hari nanti berasa buntu, jangan khuatir.
Pastikan diri ini meringankan mulut untuk bertanya. Sentiasa belajar untuk menjadi yang terbaik. Bersusah-susah dahulu tidak mengapa. Insyaallah kesusahan yang akan kita tempuhi ini lambat laun bakal dinikmati hasilnya.
2. Dahulukan hormat. Nasihat sentiasa relevan untuk semua walaupun anda seorang ketua dan berpengaruh. Mendengar nasihat membantu untuk jaga diri anda sampai la ke tua. Antara nasihat yang diberikan adalah berkenaan dengan hormat.
Sentiasa berusaha untuk punyai keterbukaan dalam berbeza pendapat dan sentiasa menghormati antara satu sama lain walaupun orang itu lebih muda daripada kita.
3. Jaga lidah dan tulisan. Elakkan daripada menimbulkan kontroversi secara terus menerus di alam maya. Berlagak pandai tanpa menjaga lidah dan tulisan sedikit sebanyak memberi kesan yang negatif jika menimbulkan persengketaan dikalangan kita. Ini bukan sahaja membawa kesan yang kepada si penerima, sebaliknya juga pada dirinya sendiri.
Dahulu apabila lidah berbicara, hati pasti terluka. Kini tindak berdepan tanpa berjumpa, tapi asalkan mata nampak segala hal yang tidak kena dek hati, maka keyboard warrior akan mula beraksi.
4. Jangan lupa diri. Semua perlu peka tentang nasihat yang diperturunkan oleh orang tua. Bagaimana  kita membentuk keterampilan yang lebih baik berdasarkan kepada budi bahasa yang diperturunkan. Namun apakan daya, disaat masyarakat Malaysia mengejar kehidupan yang lebih moden, orang sudah mula melupakan budi bahasa itu sendiri.
Kelakuan tersebut seumpama orang yang keras kepala yang tidak mendengar nasihat pewaris nasihat, akan hanyut mereka dengan akibat yang terhasil daripada kedegilan mereka. Jadi dengarlah nasihat orang. Jangan pernah lupa diri.
5. Bersihkan hati. Jangan mudah terkesan dengan kata-kata orang sekeliling. Benda yang paling penting adalah dengan melihat diri sendiri terlebih dahulu dan berusaha untuk memperbaiki dan jadi lebih baik.
Jangan pernah dengki, jangan pernah berniat jahat kepada mereka yang lain. Apa guna punyai kehidupan yang baik tapi terjerus kepada persengketaan sia-sia. Oleh itu bertaubat dan tinggalkan semua. Bersihkan hati dengan melupakan kisah lalu. Move on.
6. Berbaik budi sesama kita. Sentiasa beringat didalam hati, usaha dan kerja keras bukan satu hal yang boleh dibawa main. Ianya satu pengorbanan yang tiada galang ganti dan akan kekal abadi. Jadi jika ada orang yang berbuat baik dan berjasa dengan kita, balaslah jasa mereka dengan budi.
7. Ingat pesan yang tua. Sebagai seorang yang naif dan sentiasa belajar, ingatlah pesanan orang yang tua. Mereka sentiasa mahukan yang terbaik buat diri kita.
Mesej yang cuba disampaikan 7 nasihat Terdapat mesej yang cuba disampaikan oleh Siti Nurhaliza, Kmy Kimo dan Luca Sickta dalam lagu kiasan ini. Antara katanya adalah seperti berikut:
Nak jadi orang, 7 nasihat ini bawa peluang, nak jadi manusia 7 nasihat bawa kenal dunia.
Melihat kepada dunia yang semakin kurang nilai yang diwarisi, maka nasihat ini keluarkan agar kita saling beringat. Pantau anak-anak, pantau dalam menyampai, hormati yang lain, jaga diri, terus berbudi.
Baca juga: Drama Band berdrama di pentas AJL ke 34
Baca juga: 7 filem manusia genius terbaik sepanjang zaman
Apa respon anda tentang lagu 7 nasihat ini? Kongsikan keterujaan anda diruangan komen.
The post Mesej disebalik 7 Nasihat, karya terbaru Siti Nurhaliza, Kmy Kimo & Luca Sickta appeared first on Azmir Shah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://azmirshah.com/mesej-disebalik-7-nasihat-karya-terbaru-siti-nurhaliza-kmy-kimo-luca-sickta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dato Sri Siti Nurhaliza Kmy Kmo Luca Sickta 7 Nasihat Lirik

Dato Sri Siti Nurhaliza Kmy Kmo Luca Sickta 7 Nasihat Lirik

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 748 hits
Anak pipit jangan tak dihirauGusar esok ke sarang si rimauAnak didik harusnya dirisauGusar esok engkau yang dipisauDulu tunggu diturut balikDulu diam sekarang celikDulu tahu waktu balikDulu diam sekarang cerdikNak dilenturnya buluhBiar dari...
Nasihat Yang Terkandung Disebalik Lirik Lagu Terbaru Dato Sri Siti Nurhaliza 7 Nasihat

Nasihat Yang Terkandung Disebalik Lirik Lagu Terbaru Dato Sri Siti Nurhaliza 7 Nasihat

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 1399 hits
Pd 20 2 2020 baru baru ini penyanyi no 1 negara Dato Sri Siti Nurhaliza telah memperkenalkan masterpiece terbaru bertajuk 7 nasihat Lagu tersebut diperkenalkan secara rasmi di
7 Nasihat Terbaru Dari Dato Sri Siti Nurhaliza Kembalikan Rentak Asli

7 Nasihat Terbaru Dari Dato Sri Siti Nurhaliza Kembalikan Rentak Asli

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 463 hits
Siapa yang rindu akan lagi asli atau juga lebih dikenali lagu tradisional boleh dengarkan kembali dinyanyikan oleh penyanyi no 1 negara siapa lagi kalau bukan Dato Sri Siti Nurhaliza Lagu bertajuk 7 Nasihat ini adalah ciptaan anak muda iait...
Lirik Lagu 7 Nasihat Siti Nurhaliza

Lirik Lagu 7 Nasihat Siti Nurhaliza

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 510 hits
LIRIK LAGU 7 NASIHAT SITI NURHALIZA LIRIK LAGU 7 NASIHAT SITI NURHALIZA Terbaharu Siti melancarkan pula single 7 Nasihat Lagu itu ciptaan rapper komposer dan penerbit yang semakin meningkat naik iaitu pasangan duo Kmy Kmo dan Luca Sickta ya...
Dato Siti Nurhaliza Dedahkan Maksud Di Sebalik Lagu 7 Nasihat Di Instagram

Dato Siti Nurhaliza Dedahkan Maksud Di Sebalik Lagu 7 Nasihat Di Instagram

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 1157 hits
Penyanyi tersohor tanah air Dato Siti Nurhaliza hari ini tampil membuat kejutan membongkarkan maksud tersirat di sebalik lagu terbarunya Tujuh Nasihat melalui laman Instagram rasminya Lagu terbaru nyanyiannya itu bersama rapper Kmy Kmo dan ...
Lirik Lagu Tujuh Nasihat Dato Sri Siti Nurhaliza

Lirik Lagu Tujuh Nasihat Dato Sri Siti Nurhaliza

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 509 hits
Tajuk Tujuh NasihatPenyanyi Dato Sri Siti Nurhaliza ft Kmy Kmo Luca SicktaAnak pipit jangan tak dihirau gusar esok ke sarang si rimau anak didik harusnya dirisau gusar esok engkau yang dipisau Dulu tunggu diturut balik dulu diam sekarang ce...
Aku Suka Lagu 7 Nasihat Oleh Siti Nurhaliza

Aku Suka Lagu 7 Nasihat Oleh Siti Nurhaliza

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 503 hits
Lirik Lagu 7 Nasihat oleh Siti Nurhaliza Aku suka this song Dah dengar belum Alah suka aku suka yang ni more than Anta Permana hahaha Rentaknya tu aku suka Kena dengan jiwa kot Dan terselit banyak nasihat Kat situ sebab tu aku sukaaa Moga t...
Akhirnya Dato Seri Siti Nurhaliza Muncul Semula Antara Kontroversi Dalam Ajl34

Akhirnya Dato Seri Siti Nurhaliza Muncul Semula Antara Kontroversi Dalam Ajl34

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 656 hits
Majlis anugerah yang setiap tahun dinantikan oleh semua peminat dan juga pecinta muzik tempatan telah berlangsung dengan meriah dan penuh kontroversi Tak sah lah kalau program live kat tv tiada drama dan kontroversi tak meriah betul kan Mun...
Lirik Lagu Terang Dato Sri Siti Nurhaliza Lagu Kanak Kanak Depression Mak Mak

Lirik Lagu Terang Dato Sri Siti Nurhaliza Lagu Kanak Kanak Depression Mak Mak

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 871 hits
Lirik Lagu Terang Dato Sri Siti Nurhaliza Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Haa tahu tak Siti Nurhaliza ada lagu baru Walaupun saya rasa agak terlambat untuk saya buat entri lirik lagu Terang ni tapi nak juga Peminat tegar katakan...
Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Apakah Diet Yang Sesuai Untuk Pesakit Psoriasis

Jalur Laluan Keretapi Terpanjang Di Dunia

Ceramah Ramadhan Hari Ke 1 Merespon Ayat Puasa Ramadhan

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post