7 Momen Kemeriahan Hari Raya Di Kampung yang Tidak Dapat Dilupakan 7
Dimana anda berhari raya pada tahun 2024 ini? Untuk yang telah balik ke kampung atau merancang untuk balik ke kampung, anda masih belum terlambat kerana kita masih berada dalam bulan Syawal. Anda harus rancang perjalanan anda dengan betul dan berhati-hati semasa memandu di lebuh raya nanti. Kepada yang tidak dapat pulang ke kampung, jangan bersedih, jika ada peluang dan kelapangan anda boleh balik ke kampung walaupun bukan pada hari raya.
7 Momen Kemeriahan Hari Raya Di Kampung yang Tidak Dapat Dilupakan 8
Main Bunga Api
Tidak dilupakan juga, di musim perayaan, bunga api dan mercun ini sudah menjadi kewajipan. Kanak-kanak mahupun orang dewasa akan gemar memainkan bunga api di malam hari raya. Cuma perlu diingatkan bahawa penjualan umum bunga api hanya dibenarkan bagi perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, Tahun Baharu Cina, Deepavali, Krismas, Gawai dan Keamatan. Penjualan bunga api dan mercun pada hari selain daripada hari-hari perayaan adalah suatu kesalahan.
7 Momen Kemeriahan Hari Raya Di Kampung yang Tidak Dapat Dilupakan 9
Ziarahi Pusara
Pada hari raya ini juga menjadi rutin menziarahi pusara mereka yang telah pergi meninggalkan kita. Tidak ada nas secara khusus melarang ziarah kubur pada hari raya. Amalan menziarah kubur selepas dari sembahyang hari raya, adalah tidak mengapa jika ia bertujuan untuk mengambil peringatan dan mengingati mereka yang telah mati, serta memohon rahmat daripada Allah SWT untuk mereka dengan berdoa. Adalah sangat baik jika kita menziarahi kubur pada hari raya, untuk mendoakan ibubapa atau atuk nenek yang telah pergi terlebih dahulu daripada kita. Jika anda ingin menziarahi kubur, anda boleh lafaz doa ini (Lafaz Doa Ziarah Kubur Ibubapa).
7 Momen Kemeriahan Hari Raya Di Kampung yang Tidak Dapat Dilupakan 10
Kumpul Duit Raya
Waktu hari raya adalah masanya untuk kita berjumpa saudara mara di kampung sambal bertukar cerita. Kanak-kanak akan lebih gembira kerana boleh mengikuti ibu bapa berziarah raya di rumah jiran sambil mengumpul duit raya. Lebih-lebih lagi seronok jika orang tua seperti Atuk dan Nenek masih ada lagi. Dengan kecangihan teknologi sekarang, duit raya boleh dibayar dengan e-duit raya Maybank. Cuba belajar cara buat e-duit raya dengan rujuk artikel ini ( E-duit Raya).
7 Momen Kemeriahan Hari Raya Di Kampung yang Tidak Dapat Dilupakan 11
Bermaaf-maafan Sesama Keluarga
Walaupun tak semeriah dahulu, tetapi tradisi lebaran masih diteruskan. Selain bertukar juadah, ada aktiviti bertakbir dari rumah ke rumah dan bersalaman memohon maaf yang dimulai dari ahli keluarga paling tua dan diakhiri dengan ahli termuda sebelum kita konvoi beramai-ramai ke rumah sepupu sepapat.
7 Momen Kemeriahan Hari Raya Di Kampung yang Tidak Dapat Dilupakan 12
Soalan FAQs Berkenaan Momen Hari Raya
Bilakah tarikh hari raya tahun 2024?
10 April 2024, hari rabu.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |