7 Minuman Kopitiam Anda Boleh Sediakan Di Rumah


Kredit: honeykidsasia.com Kopitiam, kedai kopi, warung kopi, atau apa saja anda gelar premis perniagaan ini, memang cukup sebati dengan gaya hidup rakyat Malaysia.
Setiap pagi, khususnya sewaktu hujung minggu, kopitiam-kopitiam di seluruh negara akan penuh sesak dengan pelanggan-pelanggan dari segenap isi masyarakat yang datang untuk menikmati secangkir kopi.
Tarikan Kopitam Bagi golongan yang tak pernah atau jarang sekali mengunjungi kopitiam atau kedai kopi, mungkin anda tak dapat memahami kepentingan kopitiam kepada pelanggan setia mereka.
Jika anda bertanya kepada mana-mana ‘kaki kopi’, jawapan mereka ringkas saja. Kopi yang disediakan di kopitiam, termasuk minuman-minuman klasik yang disediakan di sana mempunyai rasa dan aroma yang lain.
Lazimnya, kedai-kedai kopitiam merupakan legasi atau warisan dalam sebuah keluarga. Setiap hidangan yang disediakan dipilih dan disediakan menggunakan resepi yang telah diperbaiki dan ditambah baik dengan sentuhan pemilik kedai sendiri.
Berbanding pilihan kopi yang lebih moden dan mewah, satu-satunya kopi yang anda boleh jamin rasanya tidak akan berubah walau bertahun pun!
Kopitiam di Rumah, Bolehkah? Oleh sebab kita semua kini mempunyai masa terluang yang agak banyak, apa kata kita sama-sama ambil peluang ini dan cuba satu kemahiran baru.
Jadi, apa kemahiran yang kita patut pelajari dulu? Bagi saya, tiada kemahiran yang patut dipelajari sekarang berbanding menyediakan minuman-minuman kopitiam kegemaran anda.
Apa manfaatnya, anda tanya? Anda dapat sediakan minuman kopitiam kegemaran anda dan anda mendapat kemahiran baru. Walau apapun, anda takkan rugi!
Jadi, mari kita mulakan kelas membuat minuman kopitiam dengan 7 minuman yang cukup popular di kopitiam. Ayuh, kita mulakan kelas!
Teh Tarik Kredit: Livinglocal.triip.me Bahan-Bahan:
1 liter air1 1/2 sudu besar serbuk teh1 uncang teh hitam tempatan1/4 cawan susu pekat manis2 sudu besar susu cair 1/4 sudu teh garam Cara-Cara:
Dalam periuk sederhana besar, masukkan air dan didih sampai air menggelegak. Pastikan api sederhana besar.Masukkan teh dan kacau. Biar terseduh selama 3 -5 minit.Masukkan susu pekat manis, susu cair dan garam. Kacau dan biar mendidih selama 3 minit.Rasa dan suaikan menurut citarasa anda. Kopi Cham Kredit: openrice.com Kopi Cham merupakan minuman yang cukup unik. Minuman klasik kopitiam ini dihasilkan dengan menggabungkan rasa teh (cham) dan kopi.
Rahsia untuk menyediakan kopi cham yang enak ialah keseimbangan antara rasa teh dan kopi serta jenama kopi dan teh yang anda gunakan. Untuk resepi kopi cham mudah dan enak, cuba resepi yang dikongsi dalam blog mysweetthots.
Kopi Peng Kredit: busy.org Bahan-Bahan:
250ml air1 paket kopi kampung atau 2 sudu besar kopi kampung3 sudu besar susu pekat manis Cara-Cara:
Dalam periuk, didihkan air atas api sederhana besar. Tunggu hingga menggelegak kira-kira 2 minit.Masukkan serbuk kopi. Kalau anda nak rasa kopi yang lebih lemak, masukkan 1/4 sudu besar mentega cair panas dan kacau dengan serbuk kopi hingga sekata. Biar serbuk kopi terseduh selama 1-2 minit. Kalau anda nak kopi anda lebih pekat, masukkan 1/2 sudu besar serbuk kopi lagi. Padamkan api.Masukkan air kopi panas ke dalam cawan.Masukkan susu pekat manis dan kacau. Jika anda puas dengan kepekatan dan rasa manis, masukkan ais dan siap! Sirap Bandung Kredit: Free Malaysia Today Sirap bandung merupakan minuman yang mempunyai kumpulan peminatnya yang tersendiri.
Rasa manis sirap dan lemak susu cair minuman ini mungkin boleh menjadi agak keterlaluan tetapi jika dibancuh dengan betul, minuman sirap bandung bukan saja dapat menghilangkan dahaga malah memuaskan tekak anda juga.
Untuk resepi air sirap bandung yang betul-betul ‘padu’, anda boleh cuba resepi yang dikongsikan di blog hairul.com.
Soya Cincau Bahan-Bahan:
250ml air soya50g ketul cincau, dihiris panjang atau dipotong dadu Cara-Cara:
Tuang soya ke dalam cawan besar. Masukkan cincau yang dipotong. Kalau nak air cincau anda lebih manis, sediakan sedikit air gula dengan mencampur 100ml air dengan 2 sudu besar gula. Masukkan ketulan cincau yang dipotong ke dalam air gula. Rasa manis air gula pada cincau akan memaniskan lagi minuman ini. Neslo Kredit: Deliciously Haute Rakyat Malaysia memang cukup menggemari minuman-minuman kopitiam ‘hybrid’ seperti neslo. Neslo merupakan minuman ‘hybrid’ kopi dan coklat. Dalam erti kata lain, neslo ialah ‘mocha’ di kedai-kedai kopitiam.
Untuk resepi neslo ais yang betul-betul kaw, anda boleh mencuba resepi yang dikongsi di blog chefonezeroone.
Milo Tabur Milo. Apakah identiti kita sebagai rakyat Malaysia tanpa Milo? Milo merupakan sebahagian daripada nostalgia zaman persekolahan kita semua. Jadi, tidak sahlah kalau resepi minuman klasik ini tak dikongsi.
Oleh sebab pemilik-pemilik kopitiam tempatan tahu kepentingan Milo dalam hidup kita, mereka telah menambah baik resepi minuman Milo sedia ada dengan meningkatkan tahap ‘kaw’ Milo dengan menyediakan minuman dipanggil ‘Milo Tabur’.
Untuk resepi Milo Tabur betul-betul kaw, pekat dan enak, cubalah resepi Milo Dono Baby versi Butterkicap di sini.
Boleh Buka Kopitiam Sendiri Lepas Ini! Nah, itu dia 7 minuman kopitiam yang anda boleh sediakan di rumah. Tak susah pun, kan?
Butterkicap cukup menyokong perpaduan dalam komuniti dan tiada cara yang lebih baik daripada menunjukkan kesatuan kita menerusi makanan.
Saya membuka peluang kepada anda untuk berkongsi resepi dan masakan kegemaran anda, keluarga mahupun masakan yang membawa nostalgia kepada anda bersama Butterkicap. Anda boleh memberi perkongsian anda kepada kami menerusi laman Instagram, Facebook atau emel kami, [email protected].
Jangan malu-malu! Bancuh secawan kopi dan marilah kita bersembang.
The post 7 Minuman Kopitiam Anda Boleh Sediakan di Rumah appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/food-journeys/selera-kita/7-minuman-kopitiam-anda-boleh-sediakan-di-rumah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Di Rumah Sepanjang Bulan Ramadan

Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Di Rumah Sepanjang Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 437 hits
Bulan Ramadan bakal menjelang dan seperti semua sedia maklum tahun ini umat Islam akan menyambut bulan mulia ini di rumah kerana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April ini Oleh itu Jelita ingin kongsikan lima cadan...
Ebit Lew Mohon Maaf Sempat Sediakan Peralatan Rumah Pada Keluarga Pak Aq Sebelum Balik Kl

Ebit Lew Mohon Maaf Sempat Sediakan Peralatan Rumah Pada Keluarga Pak Aq Sebelum Balik Kl

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 316 hits
Beberapa hari yang lalu tular video Ustaz Ebit Lew yang mengunjungi rumah sebuah keluarga di Kedah dan memberikan bantuan kepada mereka Pun begitu bantuan tersebut telah menimbulkan pelbagai salah faham yang dikaitkan dengan pihak tertentu ...
Rupanya Banyak Bahan Dalam Rumah Boleh Digunakan Untuk Kempiskan Perut

Rupanya Banyak Bahan Dalam Rumah Boleh Digunakan Untuk Kempiskan Perut

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 1124 hits
Rupanya Banyak Bahan Dalam Rumah Boleh Digunakan Untuk Kempiskan Perut Jom la korang kita kempiskan perut hehe Petua petua ni memang dah ada dalam koleksi bertahun2 dah kot dan la ni baru terpanggil nk share cewahh skema punya ayat kan awat...
Ibu Bapa Buat 5 Perkara Ini Gerenti Boleh Bantu Anak Belajar Di Rumah

Ibu Bapa Buat 5 Perkara Ini Gerenti Boleh Bantu Anak Belajar Di Rumah

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 611 hits
Sepanjang tempoh PKP ini pasti ada ibu bapa yang menjadi cikgu dirumah sendiri Manakan tidak jika anak anak asyik bermain dan langsung tidak mengulangkaji pelajaran anak anak boleh ketinggalan dalam pelajaran Walaupun anda tidak mengajar se...
Sepanjang Pkp Ini Cara Mengajar Yang Boleh Cuba Dipraktikkan Guru Di Rumah

Sepanjang Pkp Ini Cara Mengajar Yang Boleh Cuba Dipraktikkan Guru Di Rumah

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 477 hits
Kelas Online Dari Rumah Semenjak PKP dijalankan dan KPM mengarahkan sekolah ditutup dan guru sekolah terus memikirkan inisiatif yang sesuai supaya anak murid tidak ketinggalan dalam pelajaran Jadi kebanyakan guru sendiri telah mencuba untuk...
12 Aktiviti Yang Anda Boleh Buat Di Rumah Masa Pkp

12 Aktiviti Yang Anda Boleh Buat Di Rumah Masa Pkp

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 560 hits
Bosan Terperap Kat Rumah Sampai Rasa Nak Gila 12 Aktiviti Yang Anda Boleh Di Rumah Masa PKP
Bosan Duduk Rumah Sila Ambil Kursus Online Percuma Universiti Harvard Ni Boleh Update Dalam Resume Nanti

Bosan Duduk Rumah Sila Ambil Kursus Online Percuma Universiti Harvard Ni Boleh Update Dalam Resume Nanti

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 525 hits
Bosan Duduk Rumah Habis semua benda dan aktiviti dah dibuat sepanjang PKP ini Jom tambahkan pengetahuan dengan ilmu baru pula Anda boleh belajar secara online dengan 63 kursus yang disediakan Ilmu bertambah masa pun tak terbuang begitu saja...
Sambil Duduk Rumah Layan Anak Ibu Ayah Boleh Tambah Duit Sepanjang Pkp

Sambil Duduk Rumah Layan Anak Ibu Ayah Boleh Tambah Duit Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 525 hits
Memang seronok dapat meluangkan masa dengan anak anak dan keluarga sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini Malah sepanjang musim PKP ni ramai ibu bapa yang berkongsi gelagat dan aktiviti harian anak resepi masakan dan tak kurang juga akti...
Tak Boleh Terawih Di Masjid Buat Je Di Rumah Dengan Family Ikut Cara Mudah Ni

Tak Boleh Terawih Di Masjid Buat Je Di Rumah Dengan Family Ikut Cara Mudah Ni

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 614 hits
Tahun ini kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadan dalam tempoh PKP Semua sedia maklum salah satu keindahan dalam bulan ini adalah mengerjakan solat terawih Memandangkan rakyat Malaysia ditegah untuk mengadakan perhimpunan beramai ramai...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii