7 Makanan Terbaik Untuk Golongan Nak Berhenti Merokok


Kredit: rd.com Masuknya 1 haribulan Januari 2019 bukan sekadar menandakan tibanya tahun baru malah menandakan bermulanya penguatkuasaan larangan merokok di kebanyakan kawasan awam. Tindakan penguatkuasaan ini adalah satu inisiatif kerajaan yang disambut baik oleh masyarakat Malaysia, khususnya keluarga yang mempunyai anak kecil.
Namun begitu, tidak ramai yang berasa gembira dengan keputusan ini dan golongan ini semestinya ialah perokok! Sebenarnya, memang tidak salah untuk merokok kerana itu pilihan masing-masing. Ada pelbagai sebab anda merokok. Ada yang nak hadam makanan, ada yang nak hilangkan tekanan dan sebagainya. Tetapi, bersikap bertimbang rasalah. Jangan sampai tidak menghiraukan anak kecil, ibu mengandung dan orang disekeliling hanya kerana anda nak merokok.
 
Kerana Nila Setitik Malangnya, hanya segelintir perokok sahaja yang mementingkan diri sendiri. Kebanyakan perokok lain cuba untuk mengelakkan orang disekeliling mereka tidak berasa selesa dengan asap rokok mereka.
Walau bagaimanapun, sudah terlambat untuk kita cari alasan dan cuba tegakkan benang yang basah. Perintah larangan sudah dikeluarkan. Nak tak nak, anda perlu bertahan dan cuba untuk mengikut perintah yang dikeluarkan supaya anda tidak dikenakan saman dan tidak sangap sepanjang hari menunggu untuk mengambil sedutan panjang rokok yang memuaskan.
 
Berhenti Merokok Dengan Makanan Ada pelbagai cara untuk anda berhenti atau kurangkan perasaan nak merokok anda. Ada yang cadangkan anda bersenam, dapatkan hobi dan macam-macam lagi.
Namun begitu, cara yang paling berkesan semestinya adalah dengan makanan. Di bawah, terdapat 7 jenis makanan yang saya yakin dapat membantu anda, sama ada untuk kurangkan kekerapan anda merokok ataupun berhenti terus.
1. Bertih Jagung Kredit: biggerbolderbaking.com Tahukah anda, bertih jagung merupakan antara makanan yang sesuai untuk anda ambil jika anda nak kurangkan keinginan merokok?
Ha, jangan ingat, kalau nak berhenti merokok anda kena makan sayur dan salad sahaja!
Anda mesti tertanya-tanya kenapa bertih jagung? Jawapannya memang mudah dan menghairankan. Apabila anda nak berhenti merokok, akan timbul perasaan untuk makan. Bukannya anda lapar atau mengidam makanan tertentu. Anda cuma nak kunyah.
Oleh itu, bertih jagung merupakan snek paling sesuai untuk anda jadikan sebagai makanan kudapan anda. Kerangupan bertih jagung cukup untuk membuatkan anda tidak mencapai rokok. Meskipun begitu, pastikan bertih jagung yang anda makan tidak disalut dengan karamel mahupun mentega. Jika tidak, memang naiklah berat anda nanti!
 
2. Epal Makanan seterusnya  yang  sesuai untuk anda ambil jika anda nak kurangkan kekerapan merokok anda ialah buah-buahan. Dalam artikel ini, kami syorkan anda untuk makan epal.
Epal, baik yang merah mahupun hijau, mempunyai tekstur yang rangup seperti bertih jagung. Kerangupan ini sesuai untuk memenuhi keinginan anda untuk mengunyah sesuatu.
Namun begitu, takkanlah anda nak makan bertih jagung setiap hari, betul tak? Membosankan betul!
Selain itu, buah-buahan juga didapati membuatkan rasa dan bau rokok lebih kuat dan pahit. Pasti membuatkan anda tak teringin nak pegang walau sebatang rokok pun.
 
3. Yogurt Kredit: thespruceeats.com Menurut jurnal Kajian Tembakau & Nikotin yan diterbit pada tahun 2013, perokok lazimnya, kurang makan berbanding golongan bukan merokok. Hal ini demikian kerana, nikotin mengurangkan selera makan anda.
Oleh itu, apabila anda berhenti merokok, anda akan cepat berasa lapar. Pastikan makanan yang anda ambil adalah sihat dan rendah kalori seperti yogurt. Namun begitu, jangan makan yogurt kosong. Tambahkan dengan buah-buahan dan kekacang untuk membuatkan anda lebih kenyang dan dapat bertahan lama.
Jika anda asyik makan makanan rendah kalori, anda akan merokok dengan lebih banyak iaitu 8 peratus lebih tinggi berbanding golongan yang makan makanan berhenti merokok berkalori tinggi. Hal ini dinyatakan dalam satu kajian yang diterbit pada tahun 2005 dalam jurnal Psychopharmacology.
 
4. Coklat Hitam Kalau anda peminat coklat hitam, melihat bahan ini dalam senarai artikel ini pasti menggembirakan hati anda. Bagi yang tidak tahu, coklat hitam sebenarnya kaya dengan pelbagai nutrien yang baik untuk badan anda seperti antioksida dan flavoid.
Antioksida dikenali sebagai ejen yang membantu melawan radikal bebas dalam badan yang boleh menjadi barah. Flavoid pula merupakan metabolit tumbuhan yang menghasilkan antioksida.
Pasti anda terfikir, bagaimana kedua-dua bahan ini dapat membantu anda berhenti atau mengurangkan kekerapan merokok anda?  Apabila anda merokok, kadar nikotin dalam badan yang tinggi akan membuatkan dopamin merembes keluar. Dopamin merupakan komponen kimia yang membuatkan anda berasa gembira.
Coklat hitam merupakan ejen rembesan dopamin semula jadi dan memberikan kesan yang sama seperti anda merokok. Daripada merokok, lebih baik anda makan coklat, betul tak?
 
5. Asam Kredit: wearebasket.net Buah kering seperti asam merupakan makanan kelima dalam artikel ini yang dikatakan sesuai untuk membantu anda mengurangkan kekerapan anda merokok. Seperti yang saya asyik nyatakan dari tadi, apabila anda berhenti merokok, anda akan cepat berasa lapar.
Oleh itu, anda mahukan sesuatu yang sihat dan mengenyangkan untuk anda jadikan sebagai kudapan. Daripada makan makanan yang tidak sihat dan berlemak, buah-buahan kering ialah pilihan yang lebihtepat kerana kaya dengan vitamin, mineral dan protein penting untuk badan anda.
Makan segenggam buah-buahan kering dua atau tiga kali sehari dan perut anda kekal kenyang sambil pastikan mulut anda kekal sibuk.
 
6. Oat Jika anda nak sesuatu yang lebih mengenyangkan dan masih berazam untuk berhenti merokok atau mengurangkan kekerapan anda merokok, oat merupakan pilihan terbaik untuk anda.
Oat terbukti sebagai makanan penahan keinginan merokok berdasarkan kajian yang dijalankan oleh ahli sains dari Scotland. Mereka membahagikan perokok kepada dua kelompok dan salah satu daripada kelompok tersebut diarahkan untuk jadikan oat sebagai snek mereka.
Selepas sebulan, kelompok yang makan oat didapati merokok satu per tiga daripada jumlah rokok yang dihisap oleh kelompok kedua. Perkara yang lebih menarik adalah walaupun anda berhenti makan oat, anda akan masih dapat menahan diri daripada mencapai rokok. Hal ini dibuktikan apabila beberapa orang perokok dalam kajian tersebut terus berhenti merokok meskipun sudah dua bulan mereka tidak masukkan oat dalam diet mereka.
Memang sesuatu yang cukup menaikkan semangat, bukan?
7. Keju Credit: yogurtinnutrition.com Bahan makanan  terakhir dalam artikel ini untuk membantu anda berhenti merokok ialah keju. Bagi peminat keju dalam kalangan perokok, semestinya melihat bahan ini menerbitkan perasaan gembira dalam hati anda.
Baguslah begitu kerana anda perlukan motivasi untuk berhenti, bukan?
Keju merupakan bahan makanan yang baik untuk anda kerana dua perkara. Perkara pertama ialah keju menjadikan rasa dan bau rokok busuk. Hal ini akan membuatkan anda tidak ‘berselera’ untuk merokok.  Perkara kedua ialah keju membantu untuk menghapuskan sisa nikotin dalam badan anda yang membuatkan anda gian untuk merokok. Dalam erti kata lain, anda boleh melihat keju sebagai pembersih nikotin semula jadi.
 
Kuatkan Semangat dan Berusaha Adakah anda sudah bersedia untuk sahut cabaran ini? Memang sukar untuk buang tabiat yang sudah sebati dengan diri anda. Tetapi, apabila difikirkan balik, berhenti atau mengurangkan kekerapan anda merokok merupakan sesuatu yang baik, bukan sahaja untuk diri anda malah untuk orang disekeliling anda juga.
Lagipun, semua makanan yang saya senaraikan di atas bukanlah makanan yang membosankan malah pada pendapat saya, cukup menarik untuk dijadikan sebagai eksperimen dan melihat keberkesanan setiap bahan makanan tersebut dalam membuatkan anda mengawal rasa gian merokok anda.
Apapun selamat maju jaya dan jangan merokok sembarangan!
 
 
The post 7 Makanan Terbaik Untuk Golongan Nak Berhenti Merokok appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/feature-article/7-makanan-terbaik-untuk-golongan-nak-berhenti-merokok

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berhenti Merokok Vol 4 0

Berhenti Merokok Vol 4 0

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 355 hits
Assalammualaikum wbt Antara perkara bodoh aku buat sebelum masuk tahun 2019 ni ialah aku telah merokok balik sejak bulan 11 2018 sedangkan aku dah berhenti hampir 2 tahun sebelum tu aku pon tak tau pasal apa aku nak hisap balik sedangkan ak...
Al Fateh Junior Makanan Tambahan Terbaik Untuk Anak

Al Fateh Junior Makanan Tambahan Terbaik Untuk Anak

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 520 hits
Dalam era penuh cabaran ini ramai ibu bapa yang terlepas pandang akan perkembangan anak anak mereka Kesibukan dalam pekerjaan harian mengakibatkan proses perkembangan kanak kanak khusunya pada peringkat awal terabai dan menyukarkan mereka u...
Jangan Ikut Sangat Apa Anak Nak Ketegasan Mak Ayahlah Terbaik Untuk Masa Depan Anak

Jangan Ikut Sangat Apa Anak Nak Ketegasan Mak Ayahlah Terbaik Untuk Masa Depan Anak

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 408 hits
Anak anak ini bukan tahu apa yang mereka nak itu elok atau tak Apa yang penting mereka tunjuk dapat Anak tak kan fikir harganya kesan pada kesihatan dan sebagainya Sebagai ibu bapa kita kena main peranan ini Jangan terlalu ikut sangat apa a...
Larangan Merokok Di Restoran Dan Premis Makanan Mulai 1 Januari 2019

Larangan Merokok Di Restoran Dan Premis Makanan Mulai 1 Januari 2019

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 1273 hits
Larangan Merokok di Restoran dan Premis Makanan Mulai 1 Januari 2019 Setuju atau tidak itu terpulang kepada mereka Tetapi apa pula pendapat umi terhadap isu ini Larangan merokok di Restoran dan premis makanan ni memang patut diwujudkan dari...
Beberapa Tips Untuk Anda Yang Ingin Berhenti Merokok

Beberapa Tips Untuk Anda Yang Ingin Berhenti Merokok

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 234 hits
LARANGAN merokok di premis makanan sudahpun berkuat kuasa semalam dan mungkin sudah tiba masa juga untuk anda berhenti merokok Bagaimanapun berhenti merokok bukannya mudah namun masih ada harapan buat orang muda yang baru bermula hanya kera...
Anak Anak Suka Makanan Manis Tapi Risau Nak Beli Dekat Kedai Jom Buat 6 Resipi Mudah Ni

Anak Anak Suka Makanan Manis Tapi Risau Nak Beli Dekat Kedai Jom Buat 6 Resipi Mudah Ni

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 801 hits
Anak anak suka dengan makanan manis yang menyelerakan Hidangan seperti kek cawan pudding roti dan jeli aiskrim tentu jadi pilihan untuk hidangan pemanis mulut si manja Variasi pilihan resipi khusus untuk si kecil anda jadikan hidangan peman...
Sabah Guna Hak Sendiri Berkait Larangan Merokok Di Premis Makanan

Sabah Guna Hak Sendiri Berkait Larangan Merokok Di Premis Makanan

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 900 hits
Assalammualaikum Tajuk Akhbar di New Sabah Times SABAH GUNA HAK SENDIRI penangguhan larangan merokok di premis makanan di Sabah sehingga mendapat kata sepakat daripada Kabinet Baru mau rasa bahagia makan di kedai makan tanpa gangguan asap r...
Bagaimana Nak Jual Dan Buat Iklan Fb Terbaik

Bagaimana Nak Jual Dan Buat Iklan Fb Terbaik

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 326 hits
Penat buat iklan di Facebook tetapi masih lagi tak hasilkan apa apa Atau kos buat iklan lebih banyak dikeluarkan dengan untung yang anda dapat bila menjual di Facebook Mungkin anda buat silap di mana mana atau ada skip sesuatu sehingga ikla...
Nak Berjinak Dengan Bakeri Kena Tahu Jenis Pastri Ni

Nak Berjinak Dengan Bakeri Kena Tahu Jenis Pastri Ni

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 1154 hits
Perkataan pastri kata asalnya dari paste yang bermaksud campuran tepung gandum air dan lemak mentega Tapi pastri ni ada banyak jenis yang bersesuaian untuk produk pastri yang mahu dibuat Kredit foto scratchingcanvas comMudah kata ada yang m...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya