7 Langkah Bijak Uruskan Kewangan Walaupun Gaji Hanya Cukup Makan



“Aduh… Setiap bulan gaji mesti tinggal ‘cukup makan’ aja… Hujung bulan pun nyawa-nyawa ikan!”
Adakah situasi ini sinonim dengan anda? Jika ya, mungkin anda perlu membuat sesuatu dengan aliran kewangan bulanan anda. Percayalah, walau sekecil mana pendapatan anda, pengurusan belanja yang baik lazimnya dapat menyelamatkan anda!
Ikuti 7 langkah bijak menguruskan kewangan bulanan anda:
1. Hapuskan Hutang Dan Tanggungan Terlebih Dahulu
Bahagian ini perlu dilangsaikan secepat mungkin! Jika tidak, anda akan merasa yang duit gaji anda masih banyak. Jika gaji anda tinggal sangat sedikit selepas melangsaikan sewa rumah, ‘loan’ kereta, bil, dan utiliti, mungkin sesuatu perlu dilakukan untuk ‘downgrade’ cara hidup anda.
Antara contoh yang realistik ialah mencari teman sebilik untuk berkongsi sewa, ataupun bertukar kepada kenderaan yang lebih jimat seperti motosikal dan kenderaan awam.
2. Disiplin Dalam Merancang Belanja Harian
Senarai barang adalah perkara yang perlu dibuat setiap kali sebelum keluar ke kedai atau pasaraya. Pastikan anda hanya membeli benda yang terdapat dalam senarai.
Selain itu, elakkan untuk ke kedai terlalu kerap kerana anda akan cenderung membeli barangan yang tidak perlu seperti snek dan minuman ringan.
3. Beli Barang Keperluan Secara Borong
Walaupun anda masih bujang, tidak bererti anda tidak boleh membeli barangan secara borong. Sasarkan benda yang tidak cepat rosak dan selalu dipakai. Contohnya, sabun pencuci baju, tisu tandas, dan makanan mentah yang dipek seperti susu, mi segera, snek, dan gula.
Seperkara lagi, anda boleh berpakat dengan rakan untuk membeli bersama supaya anda berdua mendapat harga yang lebih murah. Kalau pandai mengambil peluang, anda boleh juga menjalankan bisnes sambil membeli untuk diri sendiri!

4. Letak Duit Simpanan Dalam Balang (Yang Boleh Dilihat)
Eh, kenapa tak simpan dalam bank? Sebenarnya, teknik ini ada manfaatnya yang tersendiri. Apabila kita nampak wang yang diletak dalam balang tersebut, kita akan rasa lebih bersemangat untuk menambah tabungan.
Sebaliknya, apabila anda menggunakan wang tersebut, anda akan dapat ‘menyedari’ betapa cepatnya wang tersebut lesap! Jika disimpan di dalam bank, selalunya kita tidak perasan aliran wang yang keluar setiap hari. Walau apa pun, hati-hati menyimpan wang di rumah ya!
5. Bawa Bekal Ke Pejabat
Makan tengahari sebenarnya boleh meng’hangus’kan duit anda begitu sahaja. Apabila makan di luar, kita cenderung untuk membeli minuman manis serta kuih-muih yang bukan saja tidak menyihatkan, malah membazirkan wang.
Kalau makan seorang di pejabat bosan juga. Jadi, tidak ada salahnya untuk anda bergilir-gilir pada awalnya. Perlahan-lahan, cubalah ajak rakan-rakan membawa bekal ke pejabat supaya anda semua dapat berjimat!
6. Manfaatkan Teknologi
Apa gunanya aplikasi Whatsapp, Skype, Facebook, dan Telegram jika tidak digunakan sepenuhnya? Kurangkan perbelanjaan telefon anda dengan memanfaatkan teknologi tersebut.
Dengan teknologi, anda dapat membuat ‘survey’ melalui forum atau membandingkan harga sesuatu barangan tanpa perlu meninggalkan rumah. Teknologi turut memberi peluang tanpa batasan kepada semua pengguna membuat jual beli secara ‘online’. Walaubagaimanapun, pastikan anda tidak terlibat dengan sebarang transaksi yang mencurigakan.
7. Amalkan Sedekah
Secara logiknya, kita mesti akan nampak tanda negatif apabila kita ‘mengeluarkan’ wang untuk apa-apa tujuan. Tetapi, anggaplah sedekah ini sebagai suatu bentuk ‘pelaburan’ yang akan menggandakan simpanan anda. Mulakanlah sedikit demi sedikit. Yang pasti, akan dapat merasa keberkatan harta kerana ia adalah sesuatu yang telah dijanjikan oleh Allah.
Jangan berlengah lagi, yang penting perlu sentiasa disiplin dan berterusan. Cuba ‘reset’ semula aliran kewangan anda supaya matlamat menyimpan setiap bulan akan tercapai!
 
Sumber: tzkrh.com
The post 7 Langkah Bijak Uruskan Kewangan Walaupun Gaji Hanya ‘Cukup Makan’ appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/7-langkah-bijak-uruskan-kewangan-walaupun-gaji-hanya-cukup-makan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Cukup Diberi Bonus 3 Bulan Gaji Pekerja Contoh Dihadiahkan Sebuah Kereta Volvo V40 Baru Oleh Majikan

Tidak Cukup Diberi Bonus 3 Bulan Gaji Pekerja Contoh Dihadiahkan Sebuah Kereta Volvo V40 Baru Oleh Majikan

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 337 hits
Sebuah syarikat yang pemurah dan baik hati telah mengumumkan kepada para pekerjanya yang mereka akan menerima bonus 3 bulan gaji pada akhir tahun Semua pekerja berasa sungguh gembira Hasil usaha keras mereka kerana menaikkan nama syarikat t...
Hanya Kerana Tidak Dapat Makan Maggie

Hanya Kerana Tidak Dapat Makan Maggie

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 414 hits
ANAK lelaki menerima balasan apabila dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini selepas mengaku salah mengugut mahu mencederakan ibunya hanya kerana tidak dapat makan mi segera Majistret Abdul Hayyi Sal...
Bekerja Makan Gaji Vs Bekerja Sendiri

Bekerja Makan Gaji Vs Bekerja Sendiri

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 457 hits
Bismillah Isu ni hangat jika diperdebatkan Tapi bagi saya bercakap melalui pengalaman saya melalui kedua dua fasa tersebut Bukan untuk diperdebatkan mana yang terbaik tetapi lebih kepada melihatkan pro dan kontra setiap situasi serta cabara...
Resepi Pengat Pisang Makan Sekali Tak Cukup

Resepi Pengat Pisang Makan Sekali Tak Cukup

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 427 hits
Resepi pengat pisang ini boleh membuatkan anda sentiasa termimpi mimpi nak menikmati sajian manis ini setiap hari Resepi Pengat Pisang Terbaik Pengat pisang merupakan satu hidangan kuah manis yang lazimnya disediakan sebagai hidangan minum ...
Miskin Tidak Cukup Makan

Miskin Tidak Cukup Makan

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 922 hits
Ramai orang miskin tidak mendapat bekalan makanan secukupnya Jikapun ada makanan diperolehi ia sekadar cukup mengalas perut mengelak diri daripada kebuluran Pepatah kais pagi makan pagi kais petang makan petang melambangkan kemiskinan hidup...
Senjata Makan Tuan Kerajaan Ph Tuah Pembangkang

Senjata Makan Tuan Kerajaan Ph Tuah Pembangkang

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 445 hits
Mutakhir ini semakin banyak isu jelak yang melibatkan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan Dari isu u turn macam macam dasar ke isu menteri dibabikan usahawan ke sijil kelulusan yang diragui ke isu saman AES kini menjadi tindakan yang Islamik ...
Jakarta Indonesia Jalan Jalan Cari Makan

Jakarta Indonesia Jalan Jalan Cari Makan

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 718 hits
menyambung kembali catatan yang terhenti lama Bukan senang nak menyeru semangat menulis nih Kalau ikut minat saya JJCM bukanlah apa yang saya suka Saya lebih suka melihat alam semulajadi Tapi Jakarta bukanlah tempatnya Jakarta untuk orang y...
Bila Di Datangi Pengemis Minta Duit Dengan Alasan Nak Makan

Bila Di Datangi Pengemis Minta Duit Dengan Alasan Nak Makan

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 623 hits
Sapa pernah berdepan dengan situasi ni Kalau den dengan laki den banyak kali ok Almaklum la hidup di bandar golongan macam ni memang ramai sangat Boleh jumpa kat mana mana je Ada yang betul betul susah ada yang ambil kesempatan ada warga te...
Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Anak Buah Terpaling Kecil

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa

Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Malaysia Akan Hantar Pegawai Ke Washington Bincang Soal Tarif Trump Pmx


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights

Family Staycation Indonesia Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Have Fun Kat Kawah Rengganis Ciwidey