7 Kesilapan Pelaburan Emas Yang Perlu Dielakkan


Nak tahu kesilapan pelaburan emas yang perlu anda tahu dan semestinya elakkan dari berlaku? Berikut saya senaraikan 7 tips kesilapan yang pelabur emas pernah lakukan agar anda tidak melakukannya dan mengulangi kesilapan tersebut.
Belajar dari kesilapan orang lain.
1. Beli emas tapi tak dapat emas hanya kertas Pada hari ini, memang banyak sistem perbankan konvensional yang menawarkan akaun pelaburan emas. Namun, apa yang ramai tidak sedar, kebanyakan akaun emas yang dipromosikan samada di laman web atau di media sosial merupakan akaun emas kertas sahaja!
Orang putih panggil paper gold yang bermaksud anda bukan beli emas fizikal tetapi anda beli digit gram emas yang dicetak atas kertas atau dalam buku akaun sahaja. Sebenarnya emas yang anda beli itu tiada dan tidak boleh dikeluarkan.
Dari segi syarak, jual beli emas begini adalah tidak dibenarkan kerana emas merupakan item ribawi. Sepatutnya pelabur beli emas dapat emas dan bukan dapat kertas!
Jadi berhati-hatilah agar anda tidak menyesal kemudian.
2. Beli emas hiasan untuk tujuan pelaburan emas Sekadar hiasan: Emas perhiasan Kesilapan ini memang benar berlaku kepada seorang pelabur emas lelaki. Pada saat ramai orang berpusu-pusu beli emas, beliau juga mengeluarkan simpanan tunainya untuk beli emas. Tapi disebabkan tiada ilmu pelaburan emas, beliau telah beli emas hiasan 916 sebanyak 1 kilogram!
Anda tahu mengapa pelabur emas lelaki itu melakukan kesilapan? Ya! Sudah tentu ramai yang tahu jawapannya. Anda tentu tahu kesilapan utama ialah beliau merupakan seorang lelaki dan seorang lelaki tidak dibenarkan memakai emas hiasan!
Ada lagi kesilapan beliau? Ya! Ada… Kesilapan yang kedua ialah emas hiasan mempunyai susutnilai yang besar iaitu sekitar 25% berbanding emas pelaburan seperti goldbar dan syiling dinar 999.9 yang mempunyai susutnilai di bawah 10%.
Di mana ruginya?
Sebagai contoh pertama, anda beli emas hiasan sekilogram dengan harga RM100,000. Ketika harga emas naik RM100/g kepada RM200,000 anda jual balik dan kedai emas akan tolak RM25,000 sebelum beri baki hanya RM175,000 kepada anda.
Contoh kedua, anda beli emas jongkong atau dinar pelaburan sebanyak RM100,000. Ketika harga emas naik RM100/g kepada RM200,000 anda jual balik dan kedai emas akan tolak RM8,000 sebelum beri baki RM192,000 kepada anda.
Jadi elakkan dari membeli emas hiasan untuk tujuan pelaburan. Namun, jika anda seorang wanita yang gemar beli emas hiasan, silakan beli emas hiasan. Tiada siapa yang larang.
3. Beli emas pelaburan tanpa mengira susutnilai (spread) terlebih dahulu. Disebabkan harga emas tidak ditentukan oleh mana-mana negara di dalam dunia, harga jual dan beli balik emas ditentukan oleh pengimport atau pengeluar emas pelaburan di dalam negara masing-masing berdasarkan kos yang terlibat seperti cetakan, pengangkutan dan insurans.
Bagaimana anda nak kira nilai spread emas pelaburan yang paling berbaloi sebelum anda beli? Caranya sangat mudah dan anda hanya perlu isikan nilai harga jual dan harga beli balik sesuatu item emas.
Anda boleh gunakan formula begini: (Harga jual – harga beli balik)/ Harga jual X 100%
Jika nilai spread di bawah 10% anda boleh mula masukkan jenama emas pelaburan tersebut ke dalam senarai emas untuk dipertimbangkan kemudian. Jika nilai spread di atas 10% anda boleh terus keluarkan jenama emas pelaburan tersebut dari dalam senarai emas untuk tujuan pelaburan.
Namun ada juga laman web gold trading atas talian yang menawarkan nilai spread emas pelaburan yang amat nipis di bawah 3%! Ini adalah harga paper contract yang didagangkan di bursa-bursa utama dunia. Ia bukan merujuk kepada harga emas fizikal. Harga jual beli emas yang dipaparkan berdasarkan harga spot.
Tiada kedai emas atau penjual emas fizikal yang boleh jual emas pada harga spot kerana terdapat kos-kos lain yang terlibat. Contohnya minting, pengangkutan, insurans dan margin keuntungan. Ini dipanggil premium over spot price. Sudah tentu peniaga emas fizikal pun nak buat untung.
4. Beli emas pelaburan yang susah untuk dijual balik Ini merupakan kesilapan yang agak besar. Anda boleh pastikan agar perkara ini tidak berlaku kepada anda. Hanya buka mulut dan tanya balik kepada penjual emas pelaburan samada penjual emas bersedia untuk membeli balik emas anda apabila anda nak jual balik.
Jika jawapannya, “Ya” maka anda boleh senaraikan dalam jenama emas yang boleh dipertimbangkan. Manakala anda boleh tinggalkan jika penjual mengatakan anda perlu jual balik emas pelaburan anda di kedai emas lain.
5. Beli emas pelaburan sekali sahaja dan mengharap jana pendapatan sampai bila-bila Ada juga segelintir pelabur emas yang baru berjinak-jinak dengan pelaburan emas menganggap dengan membeli emas pelaburan sekali, mereka akan dapat jana keuntungan berkali-kali tanpa perlu buat apa-apa.
Jika anda mendengar tawaran istimewa pembelian emas pelaburan dengan kadar keuntungan setiap minggu atau bulan, maka jauhilah kerana anda bakal menjadi mangsa skim cepat kaya!
6. Beli emas pelaburan dalam bulan ini dan ingin kaut untung dalam bulan depan Emas sudah tentu merupakan satu pelaburan dalam jangka masa panjang. Oleh kerana itu, anda tidak sepatutnya melabur dalam emas di bulan Januari dan kemudian menjualnya di bulan Februari atau Mac! Atau melabur emas di bulan Disember dan menjualnya di bulan Januari atau Februari melainkan terdapat kenaikan harga emas melebihi 15% berbanding harga masa beli dahulu.
Wang yang dilaburkan dalam emas itu perlulah dibiarkan kekal dalam bentuk emas selama yang boleh. Selalunya, melabur bermakna kita mengambil risiko yang lebih sebagai pertukaran potensi pulangan yang lumayan tadi. Dan selalunya juga, kita melabur untuk jangka masa yang panjang, sekurang-kurangnya dua tahun. Malah, lebih lama tempoh pelaburan, lebih baik kerana ia menambahkan peluang untuk kita mengaut untung yang lebih besar.
Jika anda lihat peratus pergerakan harga emas sejak 20 tahun yang lalu, anda akan dapati purata kenaikan harga emas ialah sekitar 30% setahun, manakala 12% setahun dalam masa 5 tahun lalu dan lenih 18 % setahun lalu.
Jika anda lihat peratus pergerakan harga emas dalam tempoh 6 bulan atau 30 hari yang lalu menunjukkan penurunan antara 3 hingga 7%.
Sebab itu, menjadi kesilapan pelabur apabila beli emas pelaburan pada bulan ini dan berniat untuk menjual pada bulan depan atau enam bulan lagi.
7. Menunggu waktu harga emas pelaburan jatuh baru nak beli emas Ramai pelabur emas bertanya saya bilakah waktu terbaik untuk mulakan pelaburan emas? Jawapannya seperti berikut…
“Waktu terbaik membeli emas ialah pada 10 tahun lalu. Waktu kedua terbaik ialah sekarang!”
Pakar emas Tips berjaya kaut keuntungan dalam pelaburan emas ialah beli dulu baru tunggu. Jangan tunggu dulu baru beli. Ada tiga kemungkinan saja pergerakan harga emas iaitu samada bergerak naik atau bergerak mendatar atau bergerak turun.
Jika anda tunggu, harga emas mungkin semakin naik. Jika harga emas dah semakin naik, masa itu harga emas tak tunggu anda untuk beli emas. Sedar-sedar harga emas semakin naik dan anda mula rasa rugi beli emas sebab kalau anda beli, gram yang akan anda dapat semakin sedikit.
Sebaliknya, jika harga emas semakin jatuh, anda akan tunggu dengan harapan harga emas mungkin semakin rendah. Tapi anda tak tahu berapa lama nak tunggu harga emas yang terendah sebelum naik semula.
Paling tak bernasib baik apabila waktu anda dah nekad nak beli emas, tapi bila lihat baki tunai dalam simpanan tinggal sedikit sahaja. Maka anda akan mula rasa menyesal sebab duit dah habis masa menunggu harga emas turun.
Jadi, jawapan kepada soalan utama tadi ialah; waktu terbaik untuk beli emas ialah bila-bila masa selagi anda ada duit.
Fokus kepada matlamat utama anda mahu lindung duit anda daripada habis dibelanjakan pada perkara yang tidak perlu. Fokus kepada matlamat nak bina kekuatan ekonomi anda dengan mengumpul aset paling mudah dibeli dan aset paling berharga atas muka bumi ini iaitu emas.
Who has gold makes the rule.
Pepatah Inggeris Kekayaan duit berada pada kerajaan. Kerajaan yang menentukan nilai duit. Manakala, kekayaan anda berada pada tangan anda. Anda yang menentukan berapa gram emas yang anda nak kumpul.
Beli emas sekarang. Kumpul emas sekarang. Guna cara paling mudah dan murah. Akaun emas Public Gold. Serendah RM100 sahaja.
Klik di link ini untuk Daftar percuma akaun simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP). Insya Allah, saya bimbing sampai pandai bagaimana cara nak beli emas dan jual balik bila dah sampai matlamat anda.
Klik di link ini untuk Daftar percuma akaun simpanan pelaburan emas Gold Accumulation Program (GAP).
Semoga bermanfaat.
The post 7 Kesilapan Pelaburan Emas Yang Perlu Dielakkan first appeared on Pelaburan Emas Tips Mudah Melabur Emas.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.pelaburanemas.org/7-kesilapan-pelaburan-emas-yang-perlu-dielakkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedai Emas Hajah Halijah Menawarkan Pakej Penyimpanan Pelaburan Emas Dengan Potongan Harga Emas Semasa Murahnya

Kedai Emas Hajah Halijah Menawarkan Pakej Penyimpanan Pelaburan Emas Dengan Potongan Harga Emas Semasa Murahnya

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 771 hits
Fuhh zaman sekarang emas boleh beli dan tempah online je tau tup tup eh sampai dah kurier emas melalui penghantaran pos Di jamin selamat Juju terdengar ini ada offer pakej menabung Serendah RM100 sebulan dan paling maksimum RM1 000 sebulan ...
Pelaburan Emas Maybank

Pelaburan Emas Maybank

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 485 hits
Pelaburan emas Maybank merupakan salah satu jenis pelaburan emas yang terkenal di Malaysia yang dikenali sebagai Maybank Gold Investment Account Dalam MGIA ni anda melabur emas dengan membuka buku akaun pelaburan emas Sebelum anda mula untu...
Lebih Rm440 000 Lesap Angkara Pelaburan Jual Beli Emas Oleh Gold Trading Investment

Lebih Rm440 000 Lesap Angkara Pelaburan Jual Beli Emas Oleh Gold Trading Investment

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 455 hits
KUALA LUMPUR Polis menerima 15 laporan dan membuka tiga kertas siasatan terhadap satu sindiket penipuan pelaburan jual beli emas dikenali Gold Trading Investment yang mengakibatkan kerugian lebih RM440 000 Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah ...
Pelaburan Emas Wahed Tanpa Charge Patuh Syariah Details Korang Perlu Tahu

Pelaburan Emas Wahed Tanpa Charge Patuh Syariah Details Korang Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 266 hits
Harga emas pada hujung tahun ni telah mencapai harga tertinggi dalam sejarah Itu fakta Pelaburan emas adalah paling selamat itu juga fakta Nak beli emas banyak tiada tempat nak simpan Paling mudah beli secara dalam talian Lebih mudah lagi g...
Mygold I Pelaburan Patuh Syariah Beli Emas 1 Unit Dapat Akaun Nilai Emas 10 Kali Ganda

Mygold I Pelaburan Patuh Syariah Beli Emas 1 Unit Dapat Akaun Nilai Emas 10 Kali Ganda

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 760 hits
Orang ramai yang berminat dan tercari cari peluang pelaburan emas yang sah dan berlandaskan undang undang negara ini dipelawa bersama skim MyGold i Quantum Metal Sdn Bhd sekarang Skim pelaburan emas yang patuh syariah dan mematuhi peraturan...
Asas Pelaburan Emas Untuk Yang Baru Nak Mula Melabur

Asas Pelaburan Emas Untuk Yang Baru Nak Mula Melabur

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 383 hits
Anda nak tahu asas pelaburan emas sebelum nak mula melabur emas Ya Sebelum anda nak ceburi bidang melabur emas ini di sini saya ingin kongsikan asas pelaburan emas agar anda faham Sepanjang sejarah emas selalu dilihat sebagai salah satu pel...
Pelaburan Emas Cimb E Gold Investment Account

Pelaburan Emas Cimb E Gold Investment Account

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 558 hits
Pelaburan emas CIMB yang dikenali sebagai e Gold Investment Account merupakan salah satu kemudahan menyimpan emas secara elektronik tanpa emas fizikal yang terdapat di Malaysia Akaun pelaburan emas CIMB atau dikenali sebagai e Gold Investme...
Pdrm Siasat Kes Pelaburan Emas Babit Kerugian Lebih Rm440 000

Pdrm Siasat Kes Pelaburan Emas Babit Kerugian Lebih Rm440 000

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 301 hits
PDRM siasat kes pelaburan emas babit kerugian lebih RM440 000 Dikemas kini 3 jam yang lalu Diterbitkan pada 11 Dec 2020 11 29
Peluang Pelaburan Emas Bagi Kontraktor Dalam Belanjawan 2021

Peluang Pelaburan Emas Bagi Kontraktor Dalam Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 267 hits
Peluang Pelaburan Emas Bagi Kontraktor Dalam Belanjawan 2021 Alhamdulillah intipati Belanjawan 2021 telah pun dikongsikan di pelbagai media sosial Setiap individu organisasi atau syarikat yang terlibat boleh ambil peluang manfaatkan bantuan...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Netflix Peroleh Hak Penyiaran Piala Dunia Fifa Wanita 2027 Dan 2031 Di As

Redha Di Dalam Rumah Tangga