7 Kelebihan Solat Dhuha Yang Menjadi Rebutan Para Surirumah Rileks Media


Selain perkara wajib yang menjadi rutin, perkara sunat juga sangat dituntut bagi meraih keberkatan Ilahi. Walaupun kerja di rumah tak pernah putus, kita sebagai surirumah seharusnya tidak terlepas daripada merebut peluang menunaikan solat sunat dhuha pada setiap pagi.
Kenapa? Ini antara sebabnya.
1. Dipermudahkan Urusan Harian Rutin harian menjadi surirumah bukanlah suatu perkara yang mudah. Kadang-kadang terlalu penat sampai nak makan pun tak sempat. Namun begitu, bukan semua orang boleh faham apa yang kita lalui, mahupun pasangan kita sendiri. Oleh itu, inilah peluang kita untuk mengadukan kepada Allah, memohon diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan.
Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu (solat Dhuha), nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.”
(Hadis Riwayat Abu Dawud)
Dengan mengingati Allah terutamanya pada waktu mustajab seperti waktu Dhuha, mudah-mudahan bantuan Allah pasti tiba dalam segala bentuk kemudahan dari awal pagi hinggalah ke akhir hari.
2. Cara Paling Mudah Untuk Bersedekah Berbanding dengan suami atau ibu-ibu lain yang bekerja, seorang surirumah mungkin memiliki kemampuan kewangan yang agak terhad. Malah, surirumah biasanya jarang keluar rumah dan mungkin kurang peluang untuk bersedekah. Namun, Allah itu Maha Pengasih dan Maha Pemurah terhadap hambaNya, lalu diberikan pelbagai cara untuk tetap mendapatkan ganjaranNya.
Dengan melakukan solat dhuha, anda sebenarnya mampu merebut pahala sedekah, seperti yang dinyatakan dalam sebuah hadis:
“Setiap pagi, setiap ruas anggota badan kalian wajib dikeluarkan sedekahnya. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, dan melarang berbuat mungkar adalah sedekah. Semua itu dapat diganti dengan solat dhuha dua rakaat.”
(Hadis Riwayat Muslim)
3. Mendapat Pahala Umrah Bukan setakat mendapat pahala bersedekah, malah pahala solat dhuha juga diumpamakan dengan pahala umrah.
Dari Abu Umamah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.”
(Sahih Al-Targhib: 673)
4. Diampunkan Dosa Pendapat ramai orang yang mengatakan hidup isteri sebagai surirumah sepenuh masa ialah mudah adalah tidak benar sama sekali. Terdapat banyak perkara yang perlu diuruskan dari awal pagi hingga ke malam. Bahkan, seorang surirumah menggalas tugas yang berat untuk mendidik anak-anak selain menyediakan keperluan harian. Ada yang turut bergiat aktif dalam persatuan, aktiviti taman, perniagaan kecil-kecilan dan sebagainya.
Dalam kesibukan mengurus jadual seharian, tentu kita tak terlepas daripada kelalaian atau melakukan kesilapan. Maka solat dhuha adalah antara pintu ampunan untuk kita yang disediakan oleh Allah.
“Barangsiapa yang menjaga solat Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)
5. Meraih Rezeki / Keuntungan Besar Salah satu fadilat yang paling lazim dikaitkan dengan solat dhuha adalah murah rezeki. Ia sebenarnya dirujuk dalam satu kisah di mana suatu ketika Rasulullah mengutus ten tera Islam dalam satu pepe ra ngan. Dengan izin Allah, ten tera Islam menang dan berjaya pula mendapatkan harta ram pasan yang banyak.
Orang ramai bercerita singkatnya pe pera ngan itu dan banyaknya harta rampasan pe rang yang diperoleh. Kemudian Rasulullah menjelaskan bahawa ada yang lebih utama dan lebih mudah memperoleh kemenangan dan harta rampa san yang banyak iaitu solat dhuha.
Sabda baginda : “Barangsiapa yang berwudhuk, kemudian masuk ke dalam masjid untuk melakukan solat dhuha, dialah yang paling dekat tujuannya (tempat pera ngnya), lebih banyak ghanimahnya dan lebih cepat kembalinya.”
(Sahih al-Targhib : 666)
Rezeki ini mungkin kita tak nampak dari segi wang atau perhiasan, tetapi anak-anak yang soleh, keberkatan rumah tangga, kelapangan dada, dan kesihatan tubuh badan juga adalah antara nikmat yang dikurniakan kepada Allah buat kita.
6. Sebagai Motivasi Pagi Hari seorang surirumah bermula seawal kita ‘celik mata’ hinggalah menjadi orang terakhir yang tidur. Ia adalah hari panjang untuk ditempuhi.
Setiap waktu solat sebenarnya adalah peluang untuk kita recharge. Setiap kali selesai solat, kita akan rasa lebih segar, bertenaga, dan tenang. Jika anda perasan, waktu antara solat subuh dan solat zohor adalah agak panjang berbanding selang waktu solat yang lain.
Maka dengan melakukan solat dhuha walaupun 2 rakaat, ianya tentu akan membantu kita ‘berehat’ dengan mengingati Allah dan mendapatkan kembali tenaga di antara selang waktu tersebut. Malah, kita akan rasa kerja harian lebih terurus apabila kita memberi keutamaan kepada solat dhuha.
7. Rutin Sihat Untuk Tubuh & Minda Selain banyak fadilatnya yang tersendiri, solat dhuha boleh membentuk rutin aktiviti jasmani yang juga baik untuk rohani. Malah secara umumnya, terdapat banyak bukti saintifik yang menerangkan kelebihan pergerakan solat yang berkualiti serta amalan zikrullah kepada fizikal dan mental seseorang, tidak kiralah berapa pun usia anda.
Di tengah kesibukan dengan anak-anak sejak awal pagi, solat dhuha memberi peluang untuk kita bertafakur, membasahi lidah mengingati Allah, dan mendekatkan diri denganNya.
Beruntunglah Mereka Yang Mengamalkan Solat Dhuha Doa ibu yang makbul sangat berkuasa untuk dijadikan perisai bagi mengharungi cabaran di rumah. Gunakanlah kesempatan waktu dhuha untuk menunaikan solat sunat yang amat dituntut ini.
Semoga para surirumah akan sentiasa diberi kekuatan dan menjadi sumber kemurahan rezeki serta rahmat Allah bagi seisi keluarga di dunia mahupun di akhirat, Insha Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”
(Hadis Riwayat At-Tabrani)
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: SirapLimau
Source link
The post 7 Kelebihan Solat Dhuha Yang Menjadi Rebutan Para Surirumah – Rileks Media appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/7-kelebihan-solat-dhuha-yang-menjadi-rebutan-para-surirumah-rileks-media/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Melunaskan Hutang Dengan Mengamalkan Solat Sunat Dhuha Rileks Media

Cara Melunaskan Hutang Dengan Mengamalkan Solat Sunat Dhuha Rileks Media

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 361 hits
Solat Dhuha adalah solat yang ringkas tetapi amat sukar untuk di amalkan oleh setiap orang Pelbagai halangan dan alasan diberikan untuk tidak melakukannya Sedangkan jika dilakukan memerlukan masa kurang dari 10 minit sahaja Melakukan solat ...
Cara Solat Jamak Sewaktu Dalam Perjalanan Jauh Rileks Media

Cara Solat Jamak Sewaktu Dalam Perjalanan Jauh Rileks Media

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 582 hits
Tentu ramai yang sedar diri mereka berstatus musafir ketika berhenti di Hentian R R Lebuhraya untuk menunaikan solat namun tak tahu tatacara dan panduan yang betul tentang Solat Jamak dan Qasar Biasanya di R R juga ada sediakan panduan ini ...
Selain Murahkan Rezeki Solat Ini Juga Boleh Buat Wajah Cantik Dan Berseri Bagi Yang Melaksanakannya Rileks Media

Selain Murahkan Rezeki Solat Ini Juga Boleh Buat Wajah Cantik Dan Berseri Bagi Yang Melaksanakannya Rileks Media

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 323 hits
Faedah solat dhuha memang sangat banyak baik untuk jasmani ataupun rohani sehingga akan begitu baik bila dikerjakan setiap hari Pada kesempatan kali ini akan dibicarakan tentang faedah dari solat dhuha Solat dhuha sendiri adalah solat yang ...
Kerap Beri Makan Kucing Jalanan Di Makkah Dan Madinah Allah Bantu Dapatkan Tempat Solat Subhanallah Rileks Media

Kerap Beri Makan Kucing Jalanan Di Makkah Dan Madinah Allah Bantu Dapatkan Tempat Solat Subhanallah Rileks Media

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 459 hits
Dalam sejarah Islam kucing memiliki keistimewaan yang sangat luar biasa Baginda Nabi berpesan kepada para sahabatnya untuk menyayangi kucing peliharaan layaknya seperti menyayangi keluarga sendiri Sesungguhnya kucing adalah makhluk yang man...
Hati Hati Dengan 7 Anggota Sujud Yang Boleh Menyebabkan Solat Tidak Sah Rileks Media

Hati Hati Dengan 7 Anggota Sujud Yang Boleh Menyebabkan Solat Tidak Sah Rileks Media

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 449 hits
SYARAT SUJUD ADA 7 Harus sujud dengan 7 anggota badan Harus dengan dahi yang terbuka Kepala harus ditekan Tidak boleh ada hawa lainnya Tidak boleh sujud diatas sesuatu yang bisa bergerak ketika bergerak untuk sujud Kepalanya harus lebih ren...
Insya Allah Segala Urusan Dipermudahkan Belajar Cara Solat Sunat Hajat Yang Betul Rileks Media

Insya Allah Segala Urusan Dipermudahkan Belajar Cara Solat Sunat Hajat Yang Betul Rileks Media

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 418 hits
Apa Itu Solat Hajat Solat Hajat adalah solat yang didirikan untuk memohon sesuatu hajat daripada Allah s w t Solat ini dilakukan bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah s w t dalam meminta sesuatu yang dihajati atau menolak sesuatu yan...
Jika Kamu Seorang Yang Tertinggal Banyak Solat Lakukanlah Ini Sebelum Menyesal Rileks Media

Jika Kamu Seorang Yang Tertinggal Banyak Solat Lakukanlah Ini Sebelum Menyesal Rileks Media

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 389 hits
Soalan Adakah kita perlu mengqada solat yang tertinggal dengan sengaja malas dan cuai Bagaimana dengan solat yang ditinggalkan semenjak aqil baligh Apakah kita hanya dituntut supaya bertaubat dan tidak perlu mengqada nya Jawapan Firman Alla...
Cara Solat Taubat Yang Ringkas Taubat Nasuha Rileks Media

Cara Solat Taubat Yang Ringkas Taubat Nasuha Rileks Media

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 368 hits
Sholat taubat merupakan salah satu sholat sunah yang dilakukan sebagai bentuk pertaubatan kita kepada Allah SWT Adapun sholat taubat itu sendiri sebenarnya tidak terlalu berbeda dengan sholat taubat nasuha hanya saja ada tambahan kata nasuh...
Malaikat Akan Tetap Menyeret Kita Ke N3raka Jika Melakukan Perkara Ini Walaupun Solat 5 Waktu Rileks Media

Malaikat Akan Tetap Menyeret Kita Ke N3raka Jika Melakukan Perkara Ini Walaupun Solat 5 Waktu Rileks Media

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 349 hits
Sekadar renungan dan peringatan bersama Para Malaikat meny3retnya melalui orang ramai menuju ke arah api n3raka yang menjulang2 Dia menj3rit sekuat hati dan tertanya2 jika ada mana2 orang yang mampu membantunya Dia menj3rit lagi sambil meny...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord