7 Kedai Makan Patut Korang Pergi Di Machang Kelantan



Jajahan Machang terletak di tengah-tengah negeri Kelantan Darul Naim. Jajahan Machang ini bersempadan dengan Kota Bharu dari sebelah utara, sebelah selatan Jajahan Kuala Krai, sebelah barat bagi Jajahan Tanah Merah manakala bagi Jajahan Pasir Puteh pula di sebelah timur

Memandangkan saya ni dilahirkan dan dibesarkan di daerah Machang, tak sah rasanya kalau saya tak kongsikan hal menarik yang ada di sini kan? Jadi, jom saya kongsi kat korang 7 kedai makan yang korang patut singgah kalau sampai di Machang

1. Poksu Daging Salai Machang
Set Hidangan : Daging salai, ikan kering,sambal belacan & timun
Gerai Pok Su Daging Salai ni memang menjadi lokasi pilihan orang setempat untuk sarapan pagi. Makanan signature yang menjadi tumpuan orang kesini sudah semestinya menu salai resipi original Negeri Sembilan. Rasanya memang sangat sedap dan harganya pun sangat murah

Harga untuk sepinggan nasi putih daging salai seperti dalam gambar hanyalah RM5 sahaja. Selain dari menu daging, kat sini juga korang boleh dapat Itik salai, Ikan Keli Salai dan Sup Kambing

Kedai ini dibuka awal selepas subuh sehingga 11.59 am setiap hari kecuali Jumaat & Sabtu. Untuk pertanyaan korang boleh contact mereka di 01125650932
Alamat : Nasi Sup Kambing Daging Salai, Taman Sri Indah, 18500 Machang, Kelantan
2. Colek Perut Bulat Kedai Kak Jea (Rapunzel)

Orang Kelantan memang suka sangat dengan perut muda/perut bulat. Selain sedap dijadikan menu Air Asam Perut, ia juga sangat sedap dijadikan lauk dalam menu sup lain seperti mee celup atau colek perut. Bukan mudah nak dapat menu colek perut setambun macam ni, nak nak yang ada perut muda/bulat

Kalau korang teringin nak makan colek perut yang sedap dan banyak seperti dalam gambar kat atas ni, korang boleh ke Kampung Jakar di dalam daerah Machang dimana ada sebuah gerai masakan panas yang ada sediakan menu ni untuk pelanggannya

Makanan dijamin puas hati dan harga dia serendah RM6 untuk sepinggan colek perut biasa

Alamat : Kedai Kak Jea Rapunzel, Kampung Jakar (Dekat masjid Jakar),18500 Machang, Kelantan, Malaysia3. Kak Long Nasi Ayam

Walaupun kedai Kak Long ni berada jauh sedikit dari bandar Machang, pelanggan yang datang cukup ramai sehingga perlu beratur dan menunggu lama untuk mendapat makanan yang di pesan. Tidak hanya orang dine-in di situ, yang take-away pun tak kalah dengan pesanan banyak bungkus setiap orang


Bukan hanya kerana sedap semata, harga nasi ayam yang Kak Long jual juga agak tak masuk akal bila difikirkan iaitu RM6 untuk satu set. Portion ayam yang diletakkan untuk satu set nasi ayam dia adalah satu per empat (1/4)

Selain dari menu istimewa nasi ayam, mereka juga ada sediakan nasi berlauk ayam goreng. Kedai ni dibuka setiap hari kecuali hari jumaat dari jam 11 tengahari sehingga 4 petang.
Alamat : Bersebelahan dengan bangunan CIndo Antik,Kg Hutan Kuin, Lebuhraya Machang - Tanah Merah, 18500 Machang, Kelantan, Malaysia
4. Kedai Roti Canai Padu Pangkal Petai

Berlokasi betul-betul tepi jalan utama Machang-Kuala Krai, Kedai Roti Canai Padu Pangkal Petai ni menjadi tumpuan utama orang ramai untuk menikmati keenakan pelbagai jenis roti canai yang ada

Kedai ini dibuka 2 kali sehari iaitu untuk santapan pagi dan sebelah petang selepas asar

Alamat : Kg Pangkal Petai,18500 Machang, Kelantan

5. Kedai Nasi Ulam Che Ku

Jika di Kota Bharu cukup terkenal dengan Restoran Nasi Ulam Cikgu di Kampung Kraftangan, kalau korang memandu dari arah Jalan Kota Bharu Ke Kuala Krai, korang boleh singgah di Machang untuk menikmati Nasi Ulam Che Ku untuk makan tengahari korang

Baca artikel berkaitan : Makan Tengahari Di Kedai Nasi Ulam Che Ku Machang
Disini banyak lauk-lauk yang boleh korang pilih termasuk pelbagai jenis ulam-ulaman yang segar. Antara yang boleh diplih ialah kacang botor, timun, terung, bendi, anak jagung, pucuk paku dan banyak lagi

Kedai ni dibuka setiap hari kecuali hari jumaat.
Alamat: RnR, Bukit Belah, 18500 Machang, Kelantan
6. Kak Mah Sate 3


Bagi penggemar sate, bolehlah datang berkunjung ke 𝐊𝐚𝐤 𝐌𝐚𝐡 𝐒𝐚𝐭𝐞 𝟑 𝐌𝐚𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠. Ada pelbagai jenis sate yang dihidangkan di sini seperti, Sate Ayam, Sate Daging, Sate Kambing, Sate Arnab, Sate Rusa, Sate Landak, Sate Itik dan paling rare adalah Sate Wagyu

Selain itu ada pelbagai jenis makanan panas lain dan pilihan beberapa makanan di gerai-gerai yang ada di sekitarnya. Ruang makan kat sini pun cukup selesa, ada Indoor (Berhawa Dingin) dan ada Outdoor (Luar Kedai). Tempat Pparkir pun luas dan selesa.
Kedai ni dibuka setiap hari kecuali hari selasa dari jam 4petang sehingga 12malam.
Alamat : No.2, Hutan KuingJalan Machang-Tanah Merah,18500 Machang, Kelantan
7. Kedai Roti Tempayan Sebelah Balai Bomba
Bagi penggemar roti tempayan, korang boleh ke kedai sebuah kedai yang terletak berhampiran dengan balai bomba machang. Warung ini menyajikan roti tempayan yang lembut, sedap dan boleh dianggap terbaik di Kelantan

Rotinya diadun dengan resipi tradisi dan di bakar di dalam tempayan dengan arang menjadikan aroma serta kelembutan aslinya amat mudah memerangkap selera sesiapa yang mencubanya

Tidak kurang juga dengan kuah pencicahnya yang terdiri daripada pelbagai jenis kari atau gulai bercirikan Kelantan yang amat pekat dan berperisa. Selain itu, mereka juga ada menyediakan pelbagai jenis roti nan lain beserta ayam tandoori

Jadi, itulah 7 buah kedai makan yang saya sangat recommend korang untuk pergi. Kesemua kedai ini saya sendiri pernah pergi dan makan disana dan saya sangat berpuas hati


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mawardiyunus.com/2022/03/kedai-makan-best-di-machang-kelantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Tengahari Di Kedai Nasi Ulam Che Ku Machang

Makan Tengahari Di Kedai Nasi Ulam Che Ku Machang

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 646 hits
Di negeri Kelantan nasi ulam merupakan antara hidangan yang popular oleh masyarakat setempat mahupun pelancong yang datang Berbeza dengan nasi kerabu nasi ulam ini lebih banyak variasi pilihan ulam ulamannya yang boleh dipilih untuk dimakan...
Pemilik Kedai Makan Jual Semangkuk Mi Sup Ikan Patin Rm60 Dikompaun Rm300

Pemilik Kedai Makan Jual Semangkuk Mi Sup Ikan Patin Rm60 Dikompaun Rm300

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 212 hits
Pemilik kedai makan jual semangkuk mi sup ikan patin RM60 dikompaun RM300Foto Seorang pengusaha kedai makan di Sarikei yang menjual semangkuk mi sup ikan patin dengan harga RM60 menerima padah lima kali ganda apabila mereka dikenakan kompua...
Buasir Otak Tv Pergi Kedai Nak Beli Pisang

Buasir Otak Tv Pergi Kedai Nak Beli Pisang

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 204 hits
Pergi kedai nak beli pisang Duit takde Jom tonton animasi ini
11 Pelanggan Kedai Makan Cedera Dilanggar Kereta Honda Terbabas

11 Pelanggan Kedai Makan Cedera Dilanggar Kereta Honda Terbabas

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 223 hits
The ReporterFoto Info Roadblock JPJ POLIS11 individu yang sedang menikmati makanan masing masing di sebuah kedai makan di Jalan Klang Lama dirempuh sebuah kereta jenis Honda yang baru keluar dari tempat letak kereta Menurut laporan Harian M...
Kedai Repair Trusted Macbook Murah Di Kl Selangor Yang Patut Korang Hantar Repair

Kedai Repair Trusted Macbook Murah Di Kl Selangor Yang Patut Korang Hantar Repair

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 186 hits
Terdapat banyak kedai repair laptop MacBook di KL dan Selangor yang anda boleh pergi untuk hantar repair Ada juga kedai repair yang terdapat di media sosial macam freelancer dan group repair di facebook Jika anda berada di KL Selangor samad...
Kedai Makan Kacang Phool Hajijie Sajikan Makanan Yang Mudah Dan Sedap

Kedai Makan Kacang Phool Hajijie Sajikan Makanan Yang Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 237 hits
assalamualaikum salam sejahtera sarapan pagi kita ni orang Malaysia bab sarapan pagi memang heaven aneka rasa aneka warna aneka selera chinese food indian food makanan melayu apatah lagi belum lagi makanan johor la makanan utara la makanan ...
Nasi Ayam Sedap Dan Murah Di Restoran Kak Long Machang Kelantan

Nasi Ayam Sedap Dan Murah Di Restoran Kak Long Machang Kelantan

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 599 hits
Nasi Ayam Sedap dan Murah di Restoran Kak Long Machang Kelantan Ini bukan Kak Long yang satu lagi tuh ya Risau jugak aku nak share sebab takut nanti lain jadinya hahaha Apa pun guys nasi ayam di restoran kak long ini memang berbaloi untuk k...
Fuji Dan Thariq Halilintar Pergi Umroh Haji Faisal Ungkap Alasannya Tak Ikut

Fuji Dan Thariq Halilintar Pergi Umroh Haji Faisal Ungkap Alasannya Tak Ikut

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 175 hits
Haji Faisal dan Oma Gala batal ikut umroh akhirnya Fuji didampingi baby sitter Gala Sky
Lirik Mengapa Kau Pergi Harry Parintang

Lirik Mengapa Kau Pergi Harry Parintang

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 263 hits
mengapa kau pergitinggalkan dirikudisaat ku butuh belaikasih saying mesramukau pergi menjauhmengapa beginiakhir cinta kitatak pernah ku menyangkakan jadi seperti inioh sepedih inikau yang memulai duluengkau yang mengakhiri kiniaku terpaksa ...
Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Importance Of Domain Valuation

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Study Warns Climate Change Will Lead To More City Fires

Bazaar Wangsa Maju Draws Attention With Its Impressive Length

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Selamat Tinggal 0176076730

The New Evs From Bmw Will Outperform All Others On Range


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Everything Zen A Charming Bmw R65 Bobber From Sydney

Polis Terima Enam Laporan Siasat Tiga Pengacara Radio

Bikin Terharu No Other Land Bawa Pulang Piala Oscar Sebagai Film Dokumenter Terbaik

Makan Di Nasi Lemak Atas Bukit