7 Jam Tersangkut Dalam Jammed Dari Bukit Gantang Hingga Terowong Menora
Semalam selepas kenduri rumah biras, kami sekeluarga bertolak ke Ipoh. Lebih kurang jam 4 petang dari Kulim. Singgah solat asar di RnR Bukit Gantang. Masa di RnR ni orang dah ramai. Ingatkan perkara biasalah hari minggu dan juga cuti sekolah. Masa dekat surau tu terdengarlah perbualan seorang kakak yang mengatakan highway jammed sampai terowong disebabkan ada lori terbakar sebelum terowong. So, nak tahu tak pengalaman kami terperangkap selama 7 Jam Dalam Jammed Dari Bukit Gantang Hingga Terowong Menora? Tak sanggup rasanya.
Lepas solat saja, mommy terus habaq kat daddy yang highway jammed sebab ada lori terbakar, daddy pun tunjuk la google punya estimate time untuk sampai Ipoh. Lewat 2 jam. Then, google pula jalan lama.. estimate time lebih kurang 3 jam. Setelah di pertimbangkan masa dan jarak, melalui highway lebih dekat dan masa pun pendek
Di RnR Bukit Gantang, kami hanya minum dan beli buah-buahan potong. Kenyang lagi makan kenduri tadi. So, proceed dengan plan nak makan di Ipoh
Keluar highway tak sampai 1km dah mula jammed. Gerak tapi sangat perlahan... Lepas tu tak gerak-gerak. Rasa berjalan kaki lagi cepat. Sepanjang perjalan banyak kereta rosak, 3 biji bas rosak dan hentian kecemasan penuh. Situasi ini berlaku selama 6 jam sehingga tiba di Terowong Menora. Sebelum memasuki Terowong Menora, kawasan lori terbakar tadi masih dalam proses pembersihan tetapi masih berasap, elektronik signage pula menyatakan ada treller rosak di dalam terowong.
Kedua-dua kejadian ini yang menyumbang kepada kesesakkan traffic dari Bukit Gantang sehingga Terowong Menora. Alhadulillah sebaik saja melepasi terowong menora, laluan lancar. Lega rasanya dan selamat sampai Ipoh tepat jam 12 malam. Long journey ever.
Pasti ada yang tertanya-tanya, anak tak mengamuk ke dok dalam kereta lama-lama? Alhamdulillah anak-anak tak ngamuk cuma rasa boring ja. Dua kali tidur sepanjang jammed😂 . Bila bangun layan you tube sampai tak tahu nak tengok apa🤣
Untuk bekalan makan minum pula, alhamdulillah bekalan yang mommy bawa dari rumah cukup dan mengenyangkan kami sepanjang berada dalam kesesakkan..
CUMA kesian kat daddy sebab asyik main clutch, minyak n break. Almaklumlah kereta manual. Sampai sakit lututlah. Bila dalam kejadian ni, terus rasa nak tukar kereta baru😅 Tapi nasib baik ada BIOBAX.
Oklah. Nanti mommy update lagi cerita tentang jalan-jalan di Ipoh pula.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.yatizul.com/2019/03/7-jam-tersangkut-dalam-jammed-dari.html