7 Fungsi Microsoft Edge Yang Akan Buat Anda Menyukainya


Gambar muka depan oleh Windows Central, dan gambar ini dari TechJuice. Microsoft Edge bukan lagi seperti zaman Windows 7 dahulu, yang mana ia ketinggalan sungguh dari segi enjin webnya, extension, dan prestasi. Disebabkan Edge diperbaharui dari mula dengan menggunakan tapak Chromium, Edge kini ibarat Jennifer Aniston disapukan bedak bayi Johnson.
Tetapi perubahan pelayar ini bukan hanya dari segi kosmetik (pun intended). Dari segi ‘dalaman’ juga, Edge turut memperlihatkan pelbagai ciri baru yang akan menjadi ciri malar segar, kekal relevan sepanjang zaman.
Apa dia yang menarik dapat kita gunakan? Mari kita cuba singkap satu persatu.
1. Vertical Tab Ciri ini sudah lama ada pada pelayar Vivaldi, tetapi Edge memasukkannya dan menambah perisa supaya ia mempunyai rasa yang seiring dengan reka bentuk keseluruhan kerangka pelayar tersebut. Vertical Tab atau Tab Menegak ialah alternatif kepada Tab Melintang.
Sesiapa yang sudah terbiasa menggunakan tab menegak, anda mungkin lebih sukakan ikon berbanding tajuk web yang hanya dapat dilihat mungkin separuh ataupun 1/4 sahaja. Apabila dihalakan cursor kepada ikon, ia akan memaparkan tajuk yang lebih panjang, dan ini memudahkan pencarian buat mereka yang gemar membuka banyak tab pada satu masa.
Untuk mengaktifkannya, anda boleh klik pada butang di sebelah atas-kiri, atau pergi ke Settings > Appearance > Show vertical tabs for all current browser windows.

2. Sleeping Tab Sleeping Tab ialah salah satu dari tetapan prestasi. Anda boleh mengaksesnya melalui Settings > System > Optimize Performance.
Sleeping Tab akan menjeda mana-mana tab yang telah dibuka sekian lama tetapi tidak digunakan. Anda boleh menentukan berapa lama masa satu-satu tab itu tidak digunakan sebelum dijeda oleh pelayar.

3. Tracking Prevention Lebih mudah untuk menetapkan pilihan tahap privasi dalam Edge berbanding Chrome. Terdapat 3 mode yang boleh dipilih dari tetapan, dan ini terpulang kepada bagaimana anda hendak pelayar anda mengendalikan sekatan terhadap penjejak (trackers) atas talian.
Tetapan boleh diakses di Settings > Privacy, search, and services > Tracking prevention.

4. Multitasking Multitasking atau tugas berbilang memudahkan anda melihat/menukar tab mahupun aplikasi ketika sedang melayari internet. Ia boleh diakses menggunakan kekunci Alt + Tab.

Selain itu, anda juga boleh mengubahsuai tetapan untuk Alt + Tab di tetapan Windows dengan menghala ke Settings > System > Multitasking.

5. Immersive Reader
Immersive Reader ialah fungsi yang membenarkan anda membaca dari sesebuah laman web tanpa diganggu oleh pelbagai elemen lain yang tidak diperlukan, terutamanya untuk laman yang mempunyai terlalu banyak iklan.
Fungsi ini akan memaparkan laman dengan gambar dan teks sahaja. Amat memudahkan pembacaan harian. Anda juga boleh menekan butang ‘Read aloud’ untuk mengarahkan Edge ‘membaca’ laman tersebut kepada anda.

6. Web Capture Web Capture menyenangkan kerja orang seperti saya, yang banyak menulis tentang sesuatu. Ia membolehkan saya mengambil tangkap layar tanpa menekan butang Prtsc.
Cukup sekadar tekan butang Web Capture, dan pilih sahaja kawasan yang hendak ditangkap dan disimpan sebagai gambar. Biasanya saya akan tampalkan gambar tersebut ke dalam aplikasi Paint sebelum disimpan secara teratur dalam satu folder.

7. Collection Collection ialah satu ruangan khas untuk anda menyimpan segala maklumat yang anda peroleh melalui internet. Anda boleh mulakan pelbagai koleksi yang berkaitan dengan hobi, mahupun informasi.
Saya baru mulakan satu koleksi iaitu pembelajaran bahasa. Dengan Collection, anda tidak akan tertinggal lagi semua perkara yang anda ingin simpan sebagai kenangan ataupun nota. Ya, dalam Collection pun anda boleh tulis nota untuk tujuan ingatan.

Bagaimana sekarang? Anda sudah yakin Edge mampu membantu anda dalam urusan seharian di internet?
Jika sudah, silalah gunakan Edge mulai hari ini. Banyak lagi ciri lain yang tidak mampu dicatatkan dalam satu artikel. Itu, anda bolehlah kaji sendiri.
The post 7 Fungsi Microsoft Edge Yang Akan Buat Anda Menyukainya appeared first on OMG! Hackers?.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/7-fungsi-microsoft-edge-yang-akan-buat-anda-menyukainya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Most Terrifying Swimming Pools Suspended On The Edge Of Skyscrapers

10 Most Terrifying Swimming Pools Suspended On The Edge Of Skyscrapers

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 582 hits
10 Most Terrifying Swimming Pools Suspended On the Edge of SkyscrapersBy Suzi Marsh Found in hotels and resorts around the world these unusual but undoubtedly exciting water fun filled features give guests the chance to feel as though they ...
Dah Macam Kerajaan Negeri Takde Fungsi Ke

Dah Macam Kerajaan Negeri Takde Fungsi Ke

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 255 hits
Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat tidak akan disertai menteri besar atau ketua menteri seperti kebiasaan Perkembangan itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menerusi ...
Enzim Fungsi Sifat Dan Aplikasi

Enzim Fungsi Sifat Dan Aplikasi

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 339 hits
Apakah fungsi dan sifat molekul enzim Artikel ini akan membincangkan secara ringkas berkenaan fungsi enzim sifat sifatnya berserta aplikasi dan kegunaan enzim ini dalam kehidupan seharian Definisi dan Fungsi Enzim Enzim adalah sejenis prote...
Fungsi Masjid Contohi Zaman Kegemilangan Islam

Fungsi Masjid Contohi Zaman Kegemilangan Islam

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 300 hits
DI kebanyakan bandar bandar besar di Malaysia masjid adalah satu satunya institusi umat Islam di tengah tengah pusat bandar Dengan nilai tanah yang begitu tinggi mengakibatkan harga jualan hartanah yang dibangunkan melambung serta kadar sew...
Serendah Rm799 Ini Antara Fungsi Redmi Note 10 5g Yang Akan Buat Anda Teruja

Serendah Rm799 Ini Antara Fungsi Redmi Note 10 5g Yang Akan Buat Anda Teruja

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 205 hits
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini VOCKET Memiliki telefon pintar dengan spesifikasi tinggi merupakan impian orang ramai Apatah lagi bila ia ditawarkan pada harga mampu milik makin teruja untuk menda...
A Beautifully Refreshing Perspective On Proded888

Elite World Ku Adas By Ye Im Kozanl Architecture A Refined Coastal Retreat

Unearthing Derinkuyu The Ancient Underground City Of Cappadocia

Masa Yang Terhad Sebagai Ibu Dan Ghostwriter 2025

Andansura Kekalahan Tiga Adun Pada Pemilihan Pkr Beri Kelebihan Pn Bentuk Kerajaan Selepas Pru 16

Padah Bergurau Tak Nampak Kiblat Ketika Di Makkah Pempengaruh Indonesia Terima Balasan Cash

22 Tahun Pelajar Uum Meninggal Dalam Kemalangan Bas Kampus Universiti Tawarkan Pampasan Bantuan

Resepi Sambal Kerang Sedap Untuk Nasi Lemak Mudah Padu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kerjaya Freelance Saya Sebagai Content Creator Rezeki Barakah Dari Rumah

Update Strategi Seo 2025 Yang Wajib Kamu Tahu

Pemuda Dan Remaja Masjid Di Kalbar Bergerak Dukung Palestina Merdeka

Ekonomi Ri Tumbuh 5 3 Di Kuartal I 2025 Sektor Umkm Jadi Penopang Utama

Startup Lokal Bidang Agritech Raup Pendanaan Rp105 Miliar Dari Investor Global

Rupiah Tertekan Sentimen Global Investor Pantau Data Inflasi As