Fungsi Masjid Contohi Zaman Kegemilangan Islam


DI kebanyakan bandar-bandar besar di Malaysia, masjid adalah satu-satunya institusi umat Islam di tengah-tengah pusat bandar. Dengan nilai tanah yang begitu tinggi mengakibatkan harga jualan hartanah yang dibangunkan melambung serta kadar sewa di luar kemampuan ramai masjid dapat menzahirkan kehadiran umat Islam di bandar-bandar yang pesat membangun.

Oleh yang demikian peranan masjid perlu diperkukuh dan diperluaskan bukan sekadar untuk solat berjemaah dan majlis-majlis ilmu sahaja. Masjid tidak dibina semata-mata untuk mempamerkan kehebatan senibina tetapi perlu menjadi teras kepada masyarakat.

Di antara masjid yang terkenal di dalam sejarah Islam adalah Masjid Suleymaniye di Istanbul yang siap dibina dalam tahun 1557 pada zaman kegemilangan Daulah Uthmaniyah. Ketika zaman pemerintahan mereka, selain dari menjadi tempat solat berjemaah terdapat juga hospital (darusyifa), empat madrasah untuk mempelajari Al-Quran, tempat pengajian hadis yang khusus, kolej perubatan, sekolah rendah, tempat mandi awam (hamam), dapur untuk memasak makanan untuk orang-orang miskin (imaret) dan tempat musafir untuk bermalam dan berehat (caravanserai).

Bukan sahaja di masjid ini tetapi di kebanyakan masjid di zaman kegemilangan Islam mempunyai fungsi yang pelbagai. Mungkin hari ini terdapat fungsi-fungsi tersebut yang telah diambil alih oleh institusi-institusi lain namun ada yang masih relevan.

Berikut adalah fungsi-fungsi yang relevan untuk sebuah masjid yang moden selain dari fungsi-fungsi tradisi:

1) Peluang perniagaan
Kempen Buy Muslim First (BMF) yang dilancarkan dua tahun lepas kelihatan telah hilang momentumnya. Masjid boleh menyemarakkan semula kempen ini dengan menyediakan ruang-ruang niaga. Selain dari memberi peluang kepada peniaga-peniaga pada hari Jumaat, kiosk-kiosk tetap boleh diwujudkan. Masjid sendiri boleh menubuhkan koperasi untuk membekalkan keperluan harian kepada ahli kariah. Mereka juga boleh menganjurkan carboot sale atau pasar tani di hari-hari cuti secara tetap.

2) Dapur rakyat
Kebanyakan masjid akan menyediakan makanan untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan atau paling kurang mengedarkan bubur lambuk. Kegiatan seperti ini boleh dijadikan kegiatan tetap dan bukan sekadar bermusim. Justeru itu masjid memerlukan kemudahan yang khusus dan bukan dapur yang diwujudkan secara ad hoc.

3) Penginapan kecemasan dan homestay
Sejak akhir-akhir ini terdapat mereka yang terpaksa tidur di kaki lima kerana tidak mampu menyewa rumah. Terdapat juga kes-kes lain seperti itu tetapi dengaj sebab-sebab yang berbeza. Masjid boleh membantu menyediakan tempat penginapan sementara. Terdapat masjid yang telah menyediakannya malah ada masjid yang lengkap dengan homestay untuk para musafir.

4) Perpustakaan, kafe siber dan study room
Masjid juga perlu mewujudkan perpustakaan yang bukan sahaja menyediakan buku-buku agama tetapi yang merangkumi pelbagai jenis tajuk. Perpustakaan ini perlu dilengkapkan dengan komputer-komputer dengan capaian internet sepertimana kafe siber (cybercafe). Ruang yang diperuntukkan juga boleh menjadi tempat pelajar-pelajar membuat kerja rumah atau mengulang kaji kerana terdapat mereka yang mengadu kediaman mereka terlalu sempit atau terlalu bising. Wifi percuma adalah satu keperluan kerana lebih baik anak-anak muda melepak di masjid dari di tempat lain.

5) Pusat pengumpulan dan pengagihan bantuan
Masjid boleh dijadikan tempat pengumpulan makanan, pakaian atau barang-barang kegunaan harian untuk diedarkan atau diambil oleh mereka yang memerlukan. Terdapat masjid yang menyediakan almari khas untuk orang ramai meletakkan bahan-bahan makanan seperti beras, gula, tepung, minyak masak dan makanan dalam tin untuk diambil. Ada juga yang menyediakan almari untuk makanan yang telah siap dimasak. Terdapat juga almari pakaian terpakai di sesetengah masjid. Tetapi pastikan masjid tidak menjadi tong sampah bagi barang-barang yang tidak berguna. Ketika saya di UK seorang pelajar Arab pernah memberitahu pelajar Malaysia jika hendak menyumbang pakaian untuk jumble sale maka sumbanglah pakaian yang kita suka dan bukan yang kita tidak mahu.

6) Kemudahan bersukan
Kemudahan bersukan boleh menarik generasi muda. Banyak masjid yang menyediakan gelanggang bersukan seperti untuk sepak takraw dan ada yang menyediakan meja ping pong. Tempat letak kereta boleh dijadikan padang futsal ketika tidak digunakan. Gelanggang untuk mengajar seni pertahankan diri seperti silat yang penting di dalam dunia yang semakin ganas dan tidak menentu juga boleh disediakan. Mungkin setiap masjid perlu ada gelanggang silat.

7) Ruang untuk majlis-majlis
Mungkin untuk membina satu dewan serbaguna memerlukan kos yang tinggi tetapi masjid boleh menyediakan kawasan lapang yang boleh disewa untuk majlis-majlis seperti majlis perkahwinan atau acara-acara seperti ekspo perniagaan. Masjid juga perlu ada bilik-bilik serbaguna kecil yang boleh disewa untuk majlis-majlis yang lebih kecil atau untuk menganjurkan kursus-kursus.

Mungkin ada yang berkata cadangan-cadangan ini payah untuk dilaksanakan tetapi sebenarnya rumah-rumah ibadat agama-agama lain telah bergerak lebih jauh ke hadapan. Terdapat tokong di Ampang, Selangor yang dilengkapi dengan pusat dialisis.

Tetapi cadangan-cadangan ini bukan perkara yang baharu kerana ia mengembalikan peranan masjid yang wujud ketika zaman kegemilangan Islam. Islam adalah agama yang syumul yang merangkumi semua aspek kehidupan justeru itu masjid juga perlu merangkumi semua aspek kehidupan.

Dengan mempelbagaikan fungsi maka masjid akan menarik lebih ramai anggota masyarakat kepadanya dan yang paling penting sekali menarik kepada semua peringkat umur.

Sebagai instrumen dakwah ia dapat membuka mata masyarakat bukan Islam kepada keindahan Islam apabila apabila mereka hadir di program-program yang dianjurkan di masjid dan dapat melihat peranan masjid di dalam masyarakat.

Justeru itu para pentadbir, arkitek dan perancang bandar perlu melihat masjid sebagai sebuah pusat komuniti yang dinamik bukan sekadar tempat bersolat jemaah, menadah kitab atau mengkafan jenazah sahaja.

Oleh: DATO’ ISKANDAR ABDUL SAMAD
          Ketua Penyelaras
          Pusat Sumber Untuk Memajukan Masyarakat Dan Perumahan (REACH)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/05/fungsi-masjid-contohi-zaman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hidupkan Solat Jemaah Zul Yahya Cadang Pesakit Covid 19 Islam Kuarantin Di Masjid

Hidupkan Solat Jemaah Zul Yahya Cadang Pesakit Covid 19 Islam Kuarantin Di Masjid

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 243 hits
Berikutan peningkatan kes positif COVID 19 di negara kita ramai pihak menyatakan kebimbangan terhadap musibah yang menimpa seluruh dunia itu
Zul Yahya Cadang Orang Islam Bergejala Ringan Dikuarantin Di Masjid

Zul Yahya Cadang Orang Islam Bergejala Ringan Dikuarantin Di Masjid

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 262 hits
Pelakon Zul Yahya baru baru ini ada mencadangkan agar orang Islam yang positif COVID 19 dan bergejala ringan ditempatkan di dalam masjid Ujar Zul Yahya atau nama sebenarnya Zulkiffli Yahaya 48 fungsi tempat ibadah seperti masjid haruslah di...
Kemenangan Pejuang Palestin Perlu Jadi Ibrah Buat Umat Islam

Kemenangan Pejuang Palestin Perlu Jadi Ibrah Buat Umat Islam

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 177 hits
Persiapan sehabis baik tawakal mampu tewaskan gerakan gergasi dunia yang sombong BANGI Kemenangan yang diraih pejuang Palestin selepas 11 hari diserang rejim pengganas Israel wajar dijadikan ibrah oleh umat Islam Terdahulu pejuang Palestin ...
Sejarah Islam Dan Bani Israel Cintai Al Aqsa 1

Sejarah Islam Dan Bani Israel Cintai Al Aqsa 1

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 503 hits
Assalamulaikum Baru baru ni kita dikejutkan dengan serangan bom kat negara Palestin Walaupun berapa terkejut sebab memang itu yang selalu berlaku Cuma setiap kali kejadian itu berulang rasa macam hati kita ni orang hiris hiris sakitnya bila...
Wali Kota Makassar Imbau Umat Islam Laksanakan Salat Khusuf Saat Gerhana Bulan Total

Wali Kota Makassar Imbau Umat Islam Laksanakan Salat Khusuf Saat Gerhana Bulan Total

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 316 hits
Fenomena gerhana bulan total atau super blood moon akan terlihat di Indonesia Rabu Wali Kota Makassar Moh Ramdhan Pomanto mengeluarkan surat imbauan agar umat Islam di kota itu menggelar salat Khusuf atau salat gerhana bulan
Ini Panduan Solat Sunat Gerhana Bulan Untuk Umat Islam Di Malaysia

Ini Panduan Solat Sunat Gerhana Bulan Untuk Umat Islam Di Malaysia

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 415 hits
Malam ini rakyat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh yang dijangka akan bermula sekitar jam 7 15 petang dan berakhir pada jam 8 52 malam Bagi yang tidak tahu fenomena ini berlaku ketika fasa bulan purnama di m...
Selamat Tinggal Adik Jumpa Umi Abi Di Syurga Adik Khaleel Islam Selamat Dikebumikan

Selamat Tinggal Adik Jumpa Umi Abi Di Syurga Adik Khaleel Islam Selamat Dikebumikan

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 321 hits
Bayi 14 bulan Khaleel Islam selamat dikebumikan di tanah perkuburan Felda Kerteh 4 Ketengah Jaya Dunggun pada petang semalam Artikel Berkaitan Artikel Berkaitan Ciuman terakhir dari seorang ayah Menurut bapa arwah semua proses dipermudahkan...
2078 Tiada Lagi Umat Islam

2078 Tiada Lagi Umat Islam

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 608 hits
TIDAK LEBIH 1500 TAHUN Sekadar perkongsian pandangan terima atau tidak terpulang jika ada yang ingin memberikan pandang boleh kongsi bersama Petang ini kita cuba rungkai maksud This is a content summary only Visit my website for full links ...
Magis Islam Melayu

Magis Islam Melayu

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 358 hits
Beberapa hari lalu kami menelefon Ustaz Mohamza Tidak ada sebarang sebab khusus sebenarnya kecuali untuk mengucapkan selamat hari raya kepada beliau Mohamza kami kenal sebelum beliau menjadi ustaz lagi iaitu semasa masih budak yang sibuk ma...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm