7 Cara Terbaik Meningkatkan Tempahan Homestay Anda
Homestay merupakan satu peluang yang baik untuk menambahkan pendapatan. Konsep homestay yang sesuai merupakan aset berguna kepada ownernya untuk menjana pendapatan. Namun begitu salah faham tentang homestay menyebabkan homestay kita terbiar tanpa pelanggan. Bagaimana menarik pelanggan supaya menempah homestay korang? Takkan nak tunggu waktu hujung tahun sahaja baru nak ramai pelanggan. Sudah tentu aspek yang menjadi pertimbangan adalah lokasi serta keselesaan. Namun lokasi sebenarnya bukan perkara terpenting...tentu korang tidak percaya, sebenarnya terdapat banyak faktor lain yang turut menyumbangkan kepada larisnya sesuatu tempahan homestay...keep reading..
Gambar Yang Cantik Dan KemasHomestay korang yang sememangnya sudah cantik dan bersih ..perlukan sentuhan gambar yang menarik serta sempurna untuk diiklankan. Pengiklanan di internet atau majalah atau secara offline memerlukan gambar yang menarik, Pastikan ruang terbaik seperti ruang tamu dan bilik tidur adalah gambar terbaik dan kemas serta cantik. Pelanggan akan tertarik kepada gambar atau ruang dalam homestay yang sentiasa kemas dan cantik. Gambar profil anda yang terbaik dan kemas juga membolehkan pelanggan memilih homestay kita...Apa yang penting adalah nilai yang dipaprkan pada gambar terbaik homestay.
Beri Maklumat Yang LengkapMaklumat yang lengkap bukan sekadar harga dan lokasi, tetapi detailkan semua kemudahan yang akan diberikan oleh homestay korang. Pastikan konsep homestay tersebut diterangkan kepada bakal pelanggan korang. Kongsikan bersama merekakawasan sekitar homestay korang, kemudahan yang disediakan. Budaya atau masyarakat sekeliling yang best. Melalui maklumat lengkap pelanggan boleh membuat pilihan terutama atas kejujuran korang
Letak harga Yang Munasabah Dan BerbaloiHarga untuk homestay korang perlu diambil kira. Harga biasanya melibatkan harga yang normally homestay sekitar kawasan korang. Kalau nak letak harga lebih tinggi daripada harga pasaran, korang mesti listkan apa kelebihan yang ditawarkan, melibatkan kemudahan dan juga keselesaan. Harga yang sesuai serta kemudahan yang baik, adalah kombinasi yang baik untuk meningkatkan kadar kunjungan pelanggan untuk menempah homestay korang
Layanan Yang Baik
Kat mana nak mula? Sudah tentu apabila customer yang membuat panggilan telefon dilayan dengan baik. Beri penerangan yang tepat serta intonasi suara yang betul. Kalau mereka orang luar pastikan penerangan diberikan selengkapnya
Berikan Kemudahan Lain
Selain melibatkan kemudahan pada homestay korang, boleh sahaja tawarkan sesuatu yang menarik, contohnya terangkan pada mereka jika mereka atau tetamu korang boleh diambil di stesen bas atau di lapangan terbang, jika berkemampuan. Pelanggan akan lebih menghargai anda sebenarnya
Review Homestay AndaReview boleh sahaja melalui bertanya pendapat pelanggan di telefon korang seperti perbualan whatapps, melaluinya review yang baik korang boleh letakkan di blog percuma seperti blogspot. review yang baik sudah pastinya menaikkan rating homestay korang
Sediakan kemudahan Sarapan Pada pandangan aku, pemilik homestay boleh sahaja letakkan sekali pakej sarapan..Menyusahkan? Taklah...sebenarnya boleh sahaja korang bawakkan sarapan pagi buat tetamu,kita selalu lupa konsep bersedekah...kalau boleh detailkan sarapan pagi ianya lebih baik
Apa yang dikongsikan disini adalah pendapat aku sahaja...memiliki homestay adalah aset untuk menambah pendapata, terutama pada zaman sekarang..so apa yang korang lakukan adalah sentiasa konsisten dan membuat perancangan yang rapi untuk menaikkan tempahan homestay. Kalau korang nak tahu sebenarnya terdapat panduan dan rahsia yang tersimpan untuk kita menjana pendapatan melalui homestay, yang newbie atau pemilik homestay yang lama pun boleh ikut je panduan yang disediakan. Panduan homestay nie bukan calang calang..ianya pendedahan dari pemilik homestay yang sudah terbukti.
pay per click advertising
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.lovehijau.net/2018/12/7-cara-terbaik-meningkatkan-tempahan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+HijauLestari+%28Hijau+Lestari%29