7 Aneka Resepi Apam Nasi Yang Mudah Ikut Sukatan Cawan


7 Aneka Resepi Apam Nasi Yang Mudah Ikut Sukatan Cawan | Salam semua, apam nasi, resepi yang boleh dikatakan mudah nak buat. Ada nasi lebih jangan buang, boleh buat apam nasi. Sebab bahan utama nak buat apam nasi metilah kena letak nasi. Resepi apam nasi sekarang dah macam - macam versi. Tapi, kalau pilihan sis lebih suka apam nasi yang merekah dan gebu.

Ada resepi apam nasi yang letak yis, ragi dan juga eno. Ada setengah orang, dia tak suka letak eno. Apapun pilihan masing - masing. Kali ini sis nak kongsi dengan kalian semua 7 aneka resepi apam nasi yang mudah untuk dicuba. Yang pasti ikut sukatan cawan. Kalau perap lagi lama lagi kembang gebu apam nasi.


7 Aneka Resepi Apam Nasi Yang Mudah Ikut Sukatan Cawan 1. Resepi Apam Nasi DurianBahan - Bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
2 sudu makan yis
1 1/2 cawan gula

Bahan Kisar Halus 
2 cawan  nasi
2 cawan air
6 ulas isi durian  atau 1/2 cawan durian

Cara - Cara 
1. Dalam bekas lain campur kedua-dua tepung, yis, gula dan sedikit garam.
2. Campur semua bahan kisar dan gaul rata.
3. Perapkan hingga kembang dalam satu jam.
4. Panaskan pengukus terlebih dahulu.
5 Acuan disapu dengan minyak. Kukus dalam 15 ke 20 minit.

Kredit resepi : Facebook Page Aneka Resepi Masakan

2. Resepi Apam Nasi Gebu Gebas Bahan - Bahan 
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
2 cawan nasi*
2 cawan air suam*
2 cawan gula (boleh kurangkan jika tak nak manis )*
1 peket yis mauripan*
Pewarna (ikut citarasa sendiri)
Kelapa parut (putih saja)

Cara - Cara 
1. Campurkan tepung gandum dan tepung beras dalam satu bekas besar sebab adunan akan naik sekali ganda.
2. Satukan bahan - bahan yang bertanda * dan kisar halus.
3. Kemudian, tuangkan ke dalam campuran tepung tadi. Kacau sebati.
4. Letak pewarna dan perap dalam 1 jam.
5. Panaskan pengukus terlebih dahulu.
6. Tuangkan ke dalam acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukus selama 10 minit.

Kredit resepi : Syaien Arnie Dqueen, Rozimah Radin Omar

Baca juga : Resepi Apam Mandarin Oren

3. Resepi Apam Nasi Eno Paling Sedap ( Letak Eno )Bahan - Bahan 
1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
1 paket kecil eno - tanpa perisa
Pewarna - merah dan hijau

Cara - Cara 
1. Kisar nasi dengan air hingga halus, kemudian masukkan gula, tepung dan yis.
2. Kisar lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat.
3. Perap lebih dari 3 atau 4 jam atau semalaman.
4. Selepas diperap, kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan.
5. Masukkan pewarna yang disukai dan biar sebentar.
6. Panaskan kukusan terlebih dahulu.
7. Masukkan ke dalam acuan-acuan kecil yang telah disapu sedikit minyak.
8. Isikan hanya 1/2 penuh sahaja. Kukus selama 15 minit dengan api kuat.

Nota : 
Boleh di makan dengan kelapa parut yang digaul dengan garam dan dikukus sebentar, jika suka.

Kredit resepi : Azie Kitchen

4. Resepi Apam Nasi Kukus ( Guna Ragi )Bahan - Bahan

Bahan A (tapai nasi)
1 cawan nasi sejuk
1 sudu teh ragi di hancurkan
Nasi sejuk dicampur dengan serbuk ragi digaul rata, tutup dan perap selama dua malam (48 jam)

Bahan B (Apam)
500gm tepung beras
6 sudu gula
3 cawan air
1 bungkus ENO (biru)
2 cubit garam

Cara - Cara 
1. Masukkan BAHAN A dan BAHAN B ke dalam mesin pengisar kecuali ENO.
2. Bila hendak mengukus barulah dimasukkan ENO dan gaul rata, bahagi dan warnakan mengikut citarasa anda.
3. Panaskan kukusan dahulu, tuang adunan kedalam acuan dan kukus selama 40 minit.
4. Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan.
5. Hidangkan bersama kelapa parut dicampur secubit garam.

Kredit resepi : Ragi Dan Tapai Manis Warisan


5. Resepi Apam Nasi CoklatBahan - Bahan Dikisar 
1 cawan nasi
3/4 cawan gula pasir atau gula perang
1 1/4 cawan air suam
3 sudu besar serbuk koko atau milo

Bahan - Bahan Dicampur 
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 sudu besar yis
1 sudu teh garam

Cara - Cara 
1. Blend semua bahan yang perlu diblend.
2. Masukkan tepung gandum dan tepung beras. Kacau rata.
3. Kemudian, masukkan yis. Kacau rata. Masukkan garam dan kacau lagi hingga sebati
4. Perap 1 jam. Panaskan pengukus terlebih dahulu.
5. Sapu acuan dengan sedikit minyak. Sendukkan adunan. Kukus 15-20 minit.
6. Hidangkan bersama sos coklat.

Kredit resepi : cookpad.com

6. Resepi Apam Nasi Gebu Azlina Ina Bahan A  
1 cawan nasi sejuk
1 1/2 cawan air masak
1/2 cawan gula

Bahan B
1/2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
Sedikit garam

Bahan C 
3 sudu teh mauripan

Bahan D 
2 sudu teh minyak
Pewarna kesukaan

Cara - Cara 
1. Bahan A dikisar halus dan tapiskan.
2. Bahan B diayak dan ketepikan sekejap.
3. Masukkan bahan A ke dalam bahan B dan kacau hingga sebati.
4. Kemudian masukkan bahan C dan kacau lagi.
5. Akhir sekali masukkan bahan D dan kacau lagi hingga adunan sebati.
6. Perapkan dalam 1 - 2 jam.
7. Kacau dulu sebelum masukkan ke dalam acuan yang telah disapu minyak.
8. Panaskan pengukus terlebih dahulu.
9. Kukus 20 minit dengan api sederhana.
10. Bila dah masak biarkan 5 minit dalam kukusan.

Baca juga : Resepi Apam Pandan Mudah


7. Resepi Apam Nasi Gula Merah Bahan A Untuk Sirap gula merah:
1/3 cawan gula merah
1 helai daun pandan (simpul)
1 1/2 cawan air

Cara - Cara 
1. Campurkan ketiga-tiga bahan dan rebus sebentar dalam periuk hingga gula larut.
2. Tapis dan sejukkan sebentar.

Bahan B
1 cawan nasi
1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar yis
1 sudu besar gula pasir (optional)

Cara - Cara 
1. Kisar halus nasi bersama sirap gula merah.
2. Campurkan kesemua bahan dalam 1 mangkuk dan kacau rata menggunakan whisk.
3. Tutup mangkuk dengan cling wrap dan rehatkan adunan hingga timbul buih-buih besar - lebih kurang 40 minit.
4. Panaskan pengukus. Oles loyang bulat atau segi empat saiz sedang ( Boleh pakai 8 inci ) dengan sedikit minyak dan tuang adunan apam ke dalam loyang.
5. Kukus dengan suhu tinggi selama 30 minit atau sehingga masak. Nak tahu dah masak atau belum test dengan lidi pencucuk. Kalau tak melekat lagi maknanya dah masak
6. Jangan lupa untuk balut tutup pengukus dengan kain untuk elak wap air tertitik atas apam.
7. Bila apam dah masak, angkat keluar loyang dari pengukus dan lap perlahan titisan air atas permukaan apam menggunakan tisu dapur kalau ada.
8. Sejukkan apam baru dipotong. Hidang dengan kelapa parut kukus campur sedikit garam

Kredit resepi : Thelynalina.blogspot.com

Tips Untuk Apam Nasi 1. Apam nasi ni kalau nak tahan lama simpan dalam peti sejuk dalam bekas kedap udara
2. Kalau masukkan dalam freezer boleh tahan berbulan-bulan
3. Kalau nak hidang, kukus semula dan apam ni akan lembut balik seperti apam yang baru dibuat.

Kenapa Apam Nasi Bantat ? Apam akan bantat dan tak gebu kalau adunan terlalu cair. Kalau nak tahu cair sangat atau tak adunan apam, kalau buih-buih masih belum timbul walaupun adunan dah direhatkan lebih dari 15 minit, boleh jadi adunan terlampau lembik

Boleh tambah tepung sedikit demi sedikit hingga adunan agak pekat. Selain itu, pastikan yis yang digunakan masih berfungsi dengan baik

Kalau nak tahu yis masih berfungsi atau tak, campurkan yis dengan sedikit air suam dan gula. Biarkan selama beberapa minit hingga buih-buih timbul. Kemudian, baru campurkan ke dalam adunan apam nasi

Biasa banyak jumpa resepi apam nasi yang guna yis, boleh ikut tips ini terlebih dahulu, sebab sis pun rajin buat sebab nak tahu yis ini masih aktif lagi ke tak. Sebab itu, sis beli yis tak suka simpan lama. Beli kena buat terus apa nak dibuat dengan guna yis. Takut simpan lama nanti yis masuk angin.

Kredit tips untuk apam nasi dari Thelynalina.

Peminat resepi apam nasi, Jom cuba resepi mudah ini, lain kali tak boleh membazir dah kalau ada nasi tak habis. Jemu masak nasi goreng, boleh cuba buat kuih ya. Terima kasih buat yang sudi berkongsi resepi apam nasi yang mudah ini.

Baca juga : Resepi Apam Gula Hangus Gebu

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2020/07/resepi-apam-nasi-yang-mudah-dan-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Apam Kampung Gula Merah Sukatan Cawan Mudah 3 Bahan Utama Sahaja

Resepi Apam Kampung Gula Merah Sukatan Cawan Mudah 3 Bahan Utama Sahaja

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 633 hits
Assalamualaikum semua Dalam video kali ini saya kongsikan buat anda semua resepi apam kampung yang mudah dengan mnggunakan 3 bahan utama sahaja Sebenarnya apam kampung merupakan salah satu kuih tradisional masyarakat melayu yang popular dan...
Brownies Kedut Cheewy Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan

Brownies Kedut Cheewy Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 567 hits
Brownies Kedut Cheewy Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan Kejadian hari minggu lepas sebab anak anak minta CH buatkan kek coklat tapi bahan tak cukup Maka terjadilah brownies kedut cheewy mudah dan sedap sukatan cawan untuk anak anak Brownies Ked...
10 Aneka Resepi Sotong Mudah Dan Sedap

10 Aneka Resepi Sotong Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 689 hits
10 Aneka Resepi Sotong Mudah dan Sedap Untuk resepi Sotong ni memang banyak yang boleh digoogle untuk dijadikan menu samada untuk makan tengahari atau The post appeared first on
Resepi Mudah Pancake Gebu Perisa Strawberi Lazz

Resepi Mudah Pancake Gebu Perisa Strawberi Lazz

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 236 hits
Assalamualaikum w b t Pancake Strawberi Penuh Nutrisi Untuk Anak anak Dalam tempoh pergerakan kawalan ini macam macam perkara baru yang IbuBapa lakukan Apa pun ambillah ia sebagai satu peluang untuk kita lebih rapat bersama keluarga dan har...
Nasi Goreng Daging Marvelous Mudah Nak Buat Guna Daging Korban Buat Bekal Dalam Perjalanan Kenyang Satu Keluarga

Nasi Goreng Daging Marvelous Mudah Nak Buat Guna Daging Korban Buat Bekal Dalam Perjalanan Kenyang Satu Keluarga

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 987 hits
Hari Raya Aidiladha memang sinonim dengan ibadah korban sama ada kambing atau lembu Bila pulang ke kampung pasti ada kiriman daging yang akan di bawa pulang ke rumah Kadang bosan dengan menu yang sama seperti rendang dan daging apa kata bua...
Jangan Ambil Mudah Ancaman Covid 19 Disiplin Ikut Norma Baharu

Jangan Ambil Mudah Ancaman Covid 19 Disiplin Ikut Norma Baharu

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 409 hits
SHAH ALAM 21 JULAI Rakyat Selangor digesa terus peka dan berdisiplin mematuhi norma baharu kerana negeri ini pernah mencatatkan kes tertinggi jangkitan Covid 19 Pasukan Petugas Pencegahan Covid 19 Selangor berkata kebebasan dinikmati hari i...
Resepi Nasi Kak Wok Harum Wangi Ayam Gorengnya Memikat Selera

Resepi Nasi Kak Wok Harum Wangi Ayam Gorengnya Memikat Selera

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 542 hits
Resepi Nasi Kak Wok Harum Wangi Ayam Gorengnya Memikat SeleraRESEPI NASI KAK WOOK BERPUAKAKenapa nasi kak wok sangat popular Sudah pastinya resepinya yang terletak pada ayam gulai dan sambal belacannya
Resepi Kek Red Velvet Cheese Kukus Yang Mudah

Resepi Kek Red Velvet Cheese Kukus Yang Mudah

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 1021 hits
Resepi Red Velvet Cheese Kek Kukus Yang Mudah Whoitt Senang ke Ada yang kata senang aje nak buat kek red velvet cheese kukus ni Susah cari resepi Nah Saya kongsikan resepi di bawah ini yang simple dan tak banyak langkah langkahnya Tak caya ...
Resipi Nasi Ayam Paling Mudah Confirm Anak Makan Tambah Berkali Kali

Resipi Nasi Ayam Paling Mudah Confirm Anak Makan Tambah Berkali Kali

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 390 hits
Hujung minggu kita selalunya nak masak yang special sikit untuk famili tapi hidangan itu mesti mudah sebab ada banyak kerja rumah yang nak dibuat waktu cuti ini
Oriental Kopi Klcc Port Minum Kopi Terbaru

Pasar Raya Flagship Jaya Grocer Di Sunway Pyramid Tarik Pengunjung Dengan Penampilan Serba Baharu

U Mobile The New Ali Baba Contractor For The Second 5g Network Tender

The Celebrity Legs And Feet In Tights 2024 Pantyhose Queen Poll Full Contender List

Panas Artis Wanita Malaysia Ditahan Polis Thailand Turut Ditemukan 6 000 Biji Pil Kuda

Projek Tebatan Banjir S Ngor Gagal Rugi Besar

Iphones Dalam Bahaya Amaran Baru Peretasan Sasarkan Peranti Apple

Jangkitan Kulit Utama Oleh Mycobacteria Bukan Tuberkulosis Laporan 6 Kes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council

Anugerah Seri Angkasa 2024 Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Hadiah Persembahan Penyampai Trofi Dan Segala Info ASA 36


Malaysiaweeklyrecap 30 September

Malaysiaweeklyrecap October

Learning Has Always Been Distinctive Not Uniform

Ebook Rahsia Taobao

Larangan Menjalinkan Hubungan Sulit Dengan Suami Isteri Orang

12 Cawangan Ahmad S Fried Chicken Yang Semakin Mengganas Di Pasaran