66 Ibubapa Parental Burnout 2 3 Daripada Jumlah Ini Adalah Para Ibu


66% ibubapa pernah mengalami ‘Parental Burnout’ dan 2/3 daripada jumlah ini adalah para Ibu.

‘Parental burnout’ tidak sama seperti ‘burnout’ yang dialami di tempat kerja. Jika kita mengalami ‘occupational burnout’ kita boleh ambil cuti tanpa gaji, ‘sabbatical’ ataupun letak jawatan, cari kerja di tempat lain.

Dengan ‘parental burnout’ kita tidak ada pilihan, kita tidak dapat melarikan diri dari tekanan dan kelesuan sebagai seorang Ibu ataupun ayah. Kita perlu terus ‘bekerja’ dan memikul tanggungjawab yang sama, di tempat yang sama dengan orang yang sama di sekeliling kita.
Bayangkan. Individu yang mengalami ‘parental burnout’ merasa sangat letih dan lesu dari segi fizikal, emosi dan mental.
Dia merasa ‘fed-up’. Dia merasa ragu akan keupayaan diri sendiri untuk memikul tanggungjawsab sebagai seorang ibu ataupun ayah, maka dengan itu ingin menjauhkan diri dari si anak.
Ada yang sampai ke tahap terdetik bahawa adalah lebih baik sekiranya anak itu tiada kerana dia tidak menyusahkan anak dan tidak membebankan dirinya sendiri.
Keseronokan sebagai seorang ibu atau ayah semakin terhakis.
Dia mula rasa gelisah, rasa bersalah, rasa malu, rasa marah. Bercampur baur semuanya.
Dia sendiri tidak suka berada dalam keadaan burnout ini dan tidak memilih untuk merasa atau berfikir begitu.
TETAPI
Ramai ibubapa yang mengalami burnout ini memilih untuk simpan sendiri tekanan, kesukaran dan derita yang dialami kerana mulut manusia ini terlalu cepat menghukum, terlalu cepat menilai berdasarkan acuan sendiri.
“Keadaan kamu tidaklah seteruk mana. Ada yang lebih teruk.”
“Mak-mak kita dulu anak 10 relek saja, orang sekarang anak baru sorang dah stress.”
“Syukurlah ada anak, ramai orang yang bertahun-tahun kahwin tak ada anak tau!”
Macam-macam lagi dinilanya tanpa empati. Lebih baik diam dan simpan sahaja. Biarlah ditanggung sendiri daripada diluahkan.
“Atau mungkinkah aku sememangnya tidak layak menjadi seorang ibu.”
Individu yang mengalami ‘parental burnout’ ini bukanlah manusia yang tidak bersyukur mempunyai anak ataupun manusia yang jauh dari Tuhan.
Tidak sama sekali.
Mereka sudah sampai ke tahap tidak mampu lagi menanggung tekanan kerana kekuatan dan ketabahan yang ada sudah semakin susut.
Sedikit kekuatan yang tinggal itu tidak seimbang dengan tekanan yang semakin menggunung.
Jadilah pendengar yang baik sekiranya ada ibu atau ayah yang meluahkan perasaan tentang tekanan atau burnout yang dihadapi.
Empati!
Empati!
Empati!
Walaupun anda tergolong di antara 30% yang tidak pernah mengalami ‘burnout’ itu, teruskan menjadi pendengar yang baik kerana dengan hanya mendengar anda boleh membantu si ibu mengeluarkan apa yang membelenggu.
Anda boleh membantu si anak juga kerana ibu atau ayah yang mengalami ‘burnout’ yang kronik BOLEH mengabaikan anak dan boleh menjadi kasar dan punitif.
Anak-anak yang dilayan sebegini oleh ibu atau ayah yang mengalami ‘burnout’ menjadi lebih sukar untuk dikawal, hiperaktif dan agresif.
Anak-anak ini kemudiannya terus dihukum disebabkan oleh perangai mereka yang sukar dikawal, maka jadilah ia kitaran negatif yang tiada kesudahan, baik bagi ibu dan ayah yang mengalami ‘burnout’ ataupun anak itu.
Ramai yang tidak faham dan ramai yang tidak cuba memahami. Cari orang yang boleh memahami untuk bercerita ataupun orang yang melalui perkara yang sama.
Cari grup yang menyokong dan bukannya menghubungi entah sesiapa. Jangan bergantung pada media sosial untuk meluahkan kerana terlalu ramai yang tiada empati atau hanya akan meninggalkan emoji ketawa.
YANG PALING PENTING, suami dan isteri saling bantu membantu dalam memikul tanggungjawab.
Lebih parah, ‘burnout’ yang tidak ditangani boleh menjadi antara punca kepada masalah mental yang lebih serius seperti kemurungan dan kecelaruan. Dapatkan bantuan profesional ya.
Kredit: Noor Afidah Abu Bakar (Parent Connect Consultancy)


Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post 66% Ibubapa ‘Parental Burnout’, 2/3 Daripada Jumlah Ini Adalah Para Ibu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/66-ibubapa-parental-burnout-2-3-daripada-jumlah-ini-adalah-para-ibu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Murid Tahun Empat Maut Digilis Lori Depan Ibu

Murid Tahun Empat Maut Digilis Lori Depan Ibu

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 276 hits
BUKIT MERTAJAM Seorang murid perempuan Tahun Empat maut digilis manakala ibunya cedera selepas motosikal dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Kampung Baru Alma di sini hari ini Dalam kejadian jam 1 30 petang itu ...
Sayu Hati Dengar Tangisan Ibu Senyuman Terakhir Adik Airis Sebelum Kemalangan

Sayu Hati Dengar Tangisan Ibu Senyuman Terakhir Adik Airis Sebelum Kemalangan

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 146 hits
Sayu hati lihat tangisan seorang ibu yang kehilangan anak tersayang di depan mata setelah terlibat dalam kemalangan ketika pulang dari sekolah Murid perempuan Tahun Empat itu maut selepas motosikal diboncengnya terbabit kemalangan dengan se...
Catat 2 Lokasi Ibu Kota Akan Dipadati Massa Buruh Dan Mahasiswa Hari Ini

Catat 2 Lokasi Ibu Kota Akan Dipadati Massa Buruh Dan Mahasiswa Hari Ini

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 145 hits
Zulpan mengatakan rencana unjuk rasa telah disampaikan ke pihak kepolisian Menurut dia peserta sendiri berjumlah 500 orang
Ibu Tak Sangka Anak Lahir Pramatang Cepat Belajar Ajar 3 Kali Dah Pandai Jahit Beg Untuk Berniaga Semuanya Demi Ps4

Ibu Tak Sangka Anak Lahir Pramatang Cepat Belajar Ajar 3 Kali Dah Pandai Jahit Beg Untuk Berniaga Semuanya Demi Ps4

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 177 hits
MEMAHAMI kesusahan ibu dan bapa mendorong seorang kanak kanak berusia lapan tahun menjana pendapatan sendiri Malah Wan Ahmad Ridhwan Wan Nabil Hazim juga dikatakan gemar berniaga sejak berumur enam tahun Bermula dengan menjual kek ais krim ...
Nurse Pesan Ibu Nak Bersalin Penting Bawa Dokumen Ini Beg Kecil Saja

Nurse Pesan Ibu Nak Bersalin Penting Bawa Dokumen Ini Beg Kecil Saja

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 185 hits
Biasa ibu yang bakal bersalin bila bab mengemas beg pakaian untuk dibawa ke hospital mereka masih lagi keliru barang apa yang penting perlu untuk ibu dan bayi Sebolehnya semua nak bawa kan Bagi ibu yang sedang menghitung hari untuk melahirk...
Murid Meninggal Dunia Digilis Treler Motor Dibawa Ibu Hilang Kawalan

Murid Meninggal Dunia Digilis Treler Motor Dibawa Ibu Hilang Kawalan

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 172 hits
Seorang murid perempuan Tahun Empat maut selepas motosikal dinaiki bersama ibunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Jalan Kampung Baru Alma di sini hari ini Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Shafee Abd Samad ...
Najis Bayi Warna Hijau Sebab Susu Ibu Cair Ini 9 Punca Sebenarnya

Najis Bayi Warna Hijau Sebab Susu Ibu Cair Ini 9 Punca Sebenarnya

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 221 hits
Apabila melihat najis bayi warna hijau lumut pastinya akan menyebabkan kebimbangan betul tak ibu ibu Jom kita ketahui lebih lanjut mengapa tinja bayi berwarna sedemikian apakah puncanya dan bagaimana menangani situasi tersebut dalam perkong...
Hiburan Degupan Jantung Hilang Gadis Share Kisah Diculik Bunian Waktu Masih Dalam Kandungan Ibu

Hiburan Degupan Jantung Hilang Gadis Share Kisah Diculik Bunian Waktu Masih Dalam Kandungan Ibu

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 248 hits
Tular di aplikasi satu perkongsian video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Dayana Radzuan yang berkongsi pengalamannya yang pernah hilang diambil bunian telah mendapat perhatian netizen Menerusi video tersebut gadis itu telah mencerita...
Kerana Aku Seorang Ibu

Kerana Aku Seorang Ibu

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 270 hits
Saksikan telefilem khas Hari Ibu Kerana Aku Seorang Ibu pada 21 Mei pukul 9 malam di TV1 Kerana Aku Seorang IbuWaktu Siaran Sabtu 21 Mei 2022 9 00 malamRangkaian TV1 Skrip Faten SyamimiePengarah Ollynn KhadriProduksi Notion OvenPelakon Aida...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever