63 Tahun Mundur Mana Agenda Bela Melayu Pn


 
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berbangga kononnya telah menyelamatkan Melayu dari DAP dan berjanji untuk memajukan kaum itu lebih daripada mana-mana kerajaan yang pernah memerintah Malaysia.

 
Bagi Koordinator Gabungan Reformis Malaysia (GRM), Mustaffa Kamil Ayub, PN tidak harus beretorik tetapi perlu segera membuktikan pembelaan mereka ke atas Melayu dengan mewujudkan beberapa skim atau program khas untuk membantu kaum tersebut.
 
"Setelah lebih 63 tahun merdeka, kelihatannya kedudukan orang Melayu masih ketinggalan dalam pelbagai sektor, walaupun adanya hak istimewa Melayu, tanah rizab Melayu, kuota Bumiputra serta Dasar Ekonomi Baru (DEB). Di mana silapnya? Siapa yang harus dipersalahkan? Siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini?
 
"Justeru, GRM menyeru agar Kerajaan Persekutuan di bawah PN yang melaungkan slogan membela Melayu mesti segera mengemukakan pelan-pelan konkrit serta agenda-agenda sistematik dalam perkara ini," kata Mustaffa dalam satu kenyataan.
 
Menurut beliau lagi, agenda Melayu tidak sewajarnya dijadikan mainan politik atau propaganda menyokong sesuatu pemerintahan. Sedangkan majoriti kaum itu kesempitan hidup sejak era BN.
 
Katanya, PN mesti membuktikan perjuangan 'menaikkan martabat Melayu' bukan untuk agenda politik perkauman seperti yang dilakukan BN sebelum ini
 
"Orang Melayu majoriti atau lebih 60% serta merupakan penduduk asal negara ini. Kestabilan sosio-ekonomi-politik kelompok ini akan menjamin kestabilan keseluruhan rakyat Malaysia.
 
"GRM dalam hal ini berpandangan proses (memartabatkan Melayu) ini mestilah tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak atau diekploitasi menjadi isu perkauman sama ada dalam kalangan orang Melayu atau bukan Melayu," katanya lagi.
 
Namun menurut Mustaffa, sekiranya agenda membela Melayu mahu dipolitikkan atau menemui kegagalan sebagaimana DEB yang diperkenalkan pada era 1970an lalu maka lebih baik dilaksanakan dasar yang lebih menyeluruh.
 
Katanya, agenda ekonomi untuk semua tetapi tidak meminggirkan Melayu sebagaimana yang dicadangkan oleh KEADILAN adalah lebih sesuai diamalkan dalam era globalisasi bagi menjadikan Melayu kaum yang ampuh bersaing di pentas dunia.
 
"GRM berpandangan membela kelompok tertinggal sama ada orang Melayu, Kadazan, Dayak, Cina, India dan seumpamanya mesti dibuat secara adil tanpa ketirisan, tiada penyelewengan, rasuah, pembaziran atau pembolotan.
 
"Untuk itu GRM menyeru kepada pembinaan Malaysia Baharu tanpa mencabut akar dan asas yang ada. Malaysia Baharu juga sewajarnya terbina sebagaimana asas dalam pembinaan Masyarakat Madani Madinah iaitu aqidah, ilmu, akhlak, adab, kerohanian dan dakwah.
 
"Membina Malaysia Baharu juga serentak memakmurkan serantau serta model globalisasi manusiawi yang pernah dilakukan dalam pengalaman pembinaan insan dalam tamadun Islam," katanya.
 
GRM merupakan gabungan 10 pertubuhan reformasi untuk menggerakkan perubahan total ke atas masyarakat Malaysia.
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/63-tahun-mundur-mana-agenda-bela-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebodoh Bodoh Mana Orang Orang Punjabi Di Malaysia Mereka Boleh Membaca Dan Memahami Bahasa Melayu

Sebodoh Bodoh Mana Orang Orang Punjabi Di Malaysia Mereka Boleh Membaca Dan Memahami Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 569 hits
Tahukah anda orang orang Punjabi di Malaysia tidak pernah dan tidak akan meminta papan tanda atau risalah atau borang atau website dalam bahasa Punjabi sebab sebodoh bodoh mana orang orang Punjabi di sini mereka boleh membaca dan memahami b...
Pn Retorik Bela Melayu Islam Semakin Terancam

Pn Retorik Bela Melayu Islam Semakin Terancam

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 347 hits
PN sibuk retorik Melayu terancam Islam semakin tak terbela Istilah Melayu terancam timbul selepas kekalahan Kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 14 lalu Retorik ancaman terhadap Melayu itu kemudiannya dipopularkan oleh pemban...
Woiiii Mana Hangpa Melayu Mati Woiii Apa Beza Kematian Adib Dan Aziz

Woiiii Mana Hangpa Melayu Mati Woiii Apa Beza Kematian Adib Dan Aziz

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 245 hits
Apa beza kematian Adib dan Aziz Oleh September 09 2020IpohmaliSemalam kita digemparkan dengan berita kematian seorang anggota tentera Abdul Aziz Aznam di sebuah kem tentera Batu Pahat pada awal laporan Berita Harian kes anggota ATM itu bagi...
Batu Bersurat Berusia 1 400 Tahun Terbiar Mana Pihak Kerajaan Kenapa Kerajaan Negeri Membiarkan

Batu Bersurat Berusia 1 400 Tahun Terbiar Mana Pihak Kerajaan Kenapa Kerajaan Negeri Membiarkan

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 516 hits
Batu bersurat Cerok Tok Kun di Bukit Mertajam Pulau Pinang yang dianggarkan berusia lebih 1 400 tahun kini semakin terbiar tanpa sebarang penyelenggaraan oleh Jabatan Warisan Negara Tinjauan wartawan baru baru ini mendapati batu bersurat ya...
Lepas 63 Tahun Merdeka Melayu Masih Diperbodoh

Lepas 63 Tahun Merdeka Melayu Masih Diperbodoh

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 299 hits
Aku hairan ramai Melayu yang bodoh bongok dan bangang Cina dah kuasai ekonomi lebih 70 bermakna kekayaan negara lebih 70 milik Cina termasuk tanah Masih lagi nak cerita tanah Melayu milik Melayu dan ketuanan Melayu lagi ke Melayu telah diba...
Sederet Bukti Bahwa Cowok Selalu Salah Dalam Hubungan Di Mana Letak Keadilan

Sederet Bukti Bahwa Cowok Selalu Salah Dalam Hubungan Di Mana Letak Keadilan

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 319 hits
Dear cewek tolong dong berhenti menempatkan kami sebagai kaum yang selalu salah
Mana Lebih Untung Bagi Ph Berbaik Atau Bermusuh Dengan Tun

Mana Lebih Untung Bagi Ph Berbaik Atau Bermusuh Dengan Tun

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 518 hits
Saranan Husam Musa supaya PH khususnya AMANAH dan DAP tidak berbaik dengan Tun bukanlah sesuatu yang pelik kerana Tun sendiri sudah menyatakan tidak akan bergabung dengan PH atau PN Ertinya juga di PRU Tun tidak juga mengharapkan kerusi ehs...
Tahun Paling Sukar Buat Saya Ayah Daler Yusuf Men1nggal Dunia Kerana Cov1d 19

Tahun Paling Sukar Buat Saya Ayah Daler Yusuf Men1nggal Dunia Kerana Cov1d 19

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 373 hits
Pelakon Daler Yusuf memaklumkan ayah tercinta iaitu Dusmat Hamroyev men1nggal dunia semalam akib4t pandemik Cov1d 19 Berita dvka itu dikongsikan menerusi sebuah entri di Instagram miliknya Menurut pelakon drama Tuan Anas Mikael dia menyifat...
Sasha Abdul Aziz Pilih Pantang Tradisional Demi Pulih Sempurna Badan Nak Pakai Lama

Saya Jumpa Anak Dalam Tandas Ibu Buat Laporan Polis Anak Dibuli Diikat Tangan

Dulu Janji Nak Tolong Sekarang Kena Explain

Pengumuman Terkini Pmx Hadiah Anwar Ibrahim Untuk Rakyat

Kereta Dipandu Budak 11 Tahun Terbabas Ke Longkang

Auditor General Flags Shady Deals In Felcra Ukm And Army Armoured Vehicle Procurements

How Smart Fabrics Are Redefining The Future Of Wearable Technology

Hiburan Penyanyi Nasyid Terkenal Didakwa Curang Penyondol Anak Ahli Politik Isteri Dia Baru Lepas Bersalin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Honda New Hr V Is Giving Hybrid Cool With A Stylish Upgrade

Galaxy Z Fold 7 Flip 7 Take Over Kl Here S What You Missed

Sustainable Data Centre Framework Set For October Launch

Video Of Playful Elephant Calf Mounting Its Caretaker Steals Netizens Hearts

Cancel Culture Is Just Public Shaming With Wi Fi

Mitsui Outlet Park Klia Sepang Meraikan Ulangtahun Ke 10 Dengan Bergaya