6130 Dpmm Johor Lancar Misi Balas Jasa Metro Tv Harian Metro 23 12 2021


 


Johor Bahru: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Johor menyediakan barangan keperluan bernilai RM100,000 sebagai misi balas jasa untuk mangsa banjir di Negeri Sembilan dan Selangor.
Pemangku Yang Dipertua DPMM Johor, Muhammed Farhan Basheer berkata, sumbangan itu dikumpulkan ahli DPMM Negeri Johor dan akan disampaikan terus kepada mangsa banjir pada misi bantuan banjir dua hari, bermula hari ini.
Katanya, program Bantuan Kecemasan Mangsa Banjir fasa pertama itu akan menumpukan mangsa banjir di Jelebu dan Hulu Langat sebelum bantuan kepada mangsa banjir di Pahang, Kelantan dan negeri lain, selepas Krismas nanti.
"Program bantuan kecemasan mangsa banjir ini adalah kerjasama antara DPMM Johor, Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Johor.
"Hari ini DPMM Johor berjaya mengumpulkan 400 kotak barangan keperluan mendesak seperti sabun pencuci, pencuci lantai, penyembur air berkuasa tinggi, sejadah, telekung, kain pelikat dan batik, al-Quran selain makanan dan lampin pakai buang.
"Bagi fasa pertama sumbangan ini kita menumpukan kepada barang keperluan mendesak. Manakala fasa kedua iaitu bantuan pasca banjir, ibu pejabat DPMM di Kuala Lumpur sudah meminta ahli di seluruh negara untuk mengumpulkan barangan elektrik seperti mesin basuh periuk nasi elektrik dan barangan elektrik lain, untuk disumbangkan kepada mangsa banjir seluruh negara," katanya.
Muhammed Farhan Basheer. FOTO FARID NOH Beliau berkata demikian pada acara pelepasan konvoi Bantuan Kecemasan Mangsa Banjir Fasa Pertama ke Negeri Sembilan dan Selangor di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Muhammed Farhan, berkata misi bantuan banjir kecemasan itu diadakan sebagai membalas sumbangan dermawan serta tenaga sukarelawan negeri lain, ketika banjir besar yang menenggelamkan bandar Kota Tinggi, Januari lalu.
"Apabila kawasan mereka pula dilanda musibah banjir, kami sudah berikrar akan membantu kembali dengan menyalurkan barangan keperluan diperlukan selain menyediakan sukarelawan untuk kerja pembersihan.
"Misi banjir kali ini juga turut akan membantu usahawan Melayu yang yang terjejas banjir.
"Selain barangan keperluan dibawa, DPMM Johor juga akan menggantikan barangan perniagaan mereka yang terjejas terutama peralatan perniagaan mereka," katanya.


Artikel oleh: Harian Metro
DPMM JOHOR LANCAR MISI BALAS JASA [METRO TV]
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/12/791971/dpmm-johor-lancar-misi-balas-jasa-metrotv


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2021/12/6130-dpmm-johor-lancar-misi-balas-jasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6150 Barisan Panel Juga Tertanya Tanya Nadzim Sinar Harian 29 12 2021

6150 Barisan Panel Juga Tertanya Tanya Nadzim Sinar Harian 29 12 2021

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 309 hits
SHAH ALAM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia digesa menjelaskan segala dakwaan membabitkan pegawai tinggi di suruhanjaya berkenaan yang dikaitkan sebagai punca pakar ekonomi Profesor Dr Edmund Terence Gomez meletakkan jawatan sebagai ah...
Balas Jasa Rakyat Malaysia Bapa Ainul Mardhiah Tekad Bantu Mangsa Banjir

Balas Jasa Rakyat Malaysia Bapa Ainul Mardhiah Tekad Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 303 hits
Masih ingat kisah adik Ainul Mardhiah bayi yang menghidap tumor di bahagian mulut dan menjalani rawatan pembedahan di London pada tahun 2019 Kini alhamdulillah Ainul dah semakin sihat dan membesar seperti kanak kanak lain Disebabkan kepriha...
6122 Majlis Pelepasan Misi Bantuan Banjir Ppim X Atms Ppim 21 12 2021

6122 Majlis Pelepasan Misi Bantuan Banjir Ppim X Atms Ppim 21 12 2021

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 398 hits
Alhamdulilah hari ini telah berlangsungnya Simbolik Penyerahan sebanyak 300 Kotak Infaq Rezeki PPIM bersama Adventure Touring Motorsports sebentar tadi Turut hadir Toqqi Ketua Aktivis PPIM dan para wartawan yang hadir kira kira jam 12 tenga...
6127 Pantau Penjualan Rtk Antigen Tiada Kelulusan Mda Berita Harian 21 12 2021

6127 Pantau Penjualan Rtk Antigen Tiada Kelulusan Mda Berita Harian 21 12 2021

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 248 hits
KUALA LUMPUR Penjualan kit ujian saringan kendiri Antigen tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan yang dikesan dijual berleluasa perlu dibanteras kerana ia membabitkan isu keselamatan dan kesihatan pengguna Timbalan Presiden Gabungan Persatua...
6129 Dpmm Kenal Pasti Ahli Terjejas Akibat Banjir Bernama 23 12 2021

6129 Dpmm Kenal Pasti Ahli Terjejas Akibat Banjir Bernama 23 12 2021

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 254 hits
JOHOR BAHRU 23 Dis Dewan Perniagaan Melayu Malaysia sedang mengenal pasti ahli ahlinya yang terjejas akibat banjir terutamanya di tujuh negeri yang terlibat dengan bencana itu Naib Presiden DPMM Muhammed Farhan Basheer berkata sebanyak RM10...
6093 Terap Amalan Derma Darah Dalam Pendidikan Sinar Harian 11 12 2021

6093 Terap Amalan Derma Darah Dalam Pendidikan Sinar Harian 11 12 2021

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 214 hits
SHAH ALAM Proses pendidikan yang baik tentang kepentingan amalan menderma darah perlu diterapkan kepada masyarakat sejak awal lagi dalam usaha menggalakkan penglibatan lebih ramai masyarakat dalam aktiviti murni terbabit Ketua Aktivis Persa...
6092 Mesej Antirasuah Bergema Di Selangor Sinar Harian 11 12 2021

6092 Mesej Antirasuah Bergema Di Selangor Sinar Harian 11 12 2021

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 269 hits
HARI kedua Konvoi RasuahBusters terus menggegarkan Selangor apabila puluhan kenderaan yang menyertai jelajah memulakan perjalanan dari bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam pada Jumaat Para peserta konvoi dilepas...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi