6127 Pantau Penjualan Rtk Antigen Tiada Kelulusan Mda Berita Harian 21 12 2021


 

KUALA LUMPUR: Penjualan kit ujian saringan kendiri (RTK) Antigen tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikesan dijual berleluasa perlu dibanteras kerana ia membabitkan isu keselamatan dan kesihatan pengguna.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata KKM melalui Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) perlu memberi perhatian isu ini dengan melakukan pemantauan secara berkala.
Beliau berkata, tindakan itu penting bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan mudah dengan menjual RTK Antigen seludup atau tiruan di premis mereka.
Katanya, MDA turut disaran mewujudkan satu sistem ciri keselamatan seperti pelekat hologram di kotak produk bagi membolehkan pengguna memeriksa ketulenan dan kesahihan produk terbabit.
"Kita akui ramai pengguna tidak sedar kewujudan RTK Antigen seludup atau tiruan di pasaran dan atas sebab itu amat penting untuk pihak berkuasa melakukan tindakan pembanterasan.
"Ia termasuklah melakukan pemantauan berkala dan mewujudkan ciri keselamatan yang membolehkan pengguna mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenainya.
"Kita perlu melindungi pengguna daripada tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang ingin mengaut keuntungan tanpa melalui proses sah," katanya kepada BH, hari ini.
Sebelum ini, BH melaporkan beberapa RTK Antigen yang dipercayai tanpa kelulusan KKM dikesan dijual secara berleluasa di kedai serbaneka dan melalui portal e-dagang.
Lambakan produk tanpa kelulusan MDA di bawah KKM yang turut membabitkan produk seludup itu dikhuatiri boleh menyebabkan risiko penularan COVID-19 lebih meluas berikutan ketepatan keputusannya diragui.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata KKM perlu mendidik pengguna kewujudan RTK Antigen seludup dan tiruan di pasaran.
Beliau berkata, pengguna juga harus memainkan peranan dengan mendapatkan produk RTK Antigen disahkan MDA di premis dipercayai.
"Pengguna kebiasaannya tidak perasan dan kita mengharapkan mereka boleh memeriksa produk RTK Antigen namun proses pendidikan perlu diberikan kepada mereka.
"Pengguna perlu lebih berhati-hati dengan barang tiruan ini kerana kesannya akan ditanggung mereka. Jangan mudah menggunakan produk tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa," katanya.
Artikel oleh: Berita Harian
PANTAU PENJUALAN RTK ANTIGEN TIADA KELULUSAN MDA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/12/902261/pantau-penjualan-rtk-antigen-tiada-kelulusan-mda


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2021/12/6127-pantau-penjualan-rtk-antigen-tiada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6092 Mesej Antirasuah Bergema Di Selangor Sinar Harian 11 12 2021

6092 Mesej Antirasuah Bergema Di Selangor Sinar Harian 11 12 2021

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 277 hits
HARI kedua Konvoi RasuahBusters terus menggegarkan Selangor apabila puluhan kenderaan yang menyertai jelajah memulakan perjalanan dari bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam pada Jumaat Para peserta konvoi dilepas...
6093 Terap Amalan Derma Darah Dalam Pendidikan Sinar Harian 11 12 2021

6093 Terap Amalan Derma Darah Dalam Pendidikan Sinar Harian 11 12 2021

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 224 hits
SHAH ALAM Proses pendidikan yang baik tentang kepentingan amalan menderma darah perlu diterapkan kepada masyarakat sejak awal lagi dalam usaha menggalakkan penglibatan lebih ramai masyarakat dalam aktiviti murni terbabit Ketua Aktivis Persa...
6130 Dpmm Johor Lancar Misi Balas Jasa Metro Tv Harian Metro 23 12 2021

6130 Dpmm Johor Lancar Misi Balas Jasa Metro Tv Harian Metro 23 12 2021

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 311 hits
Johor Bahru Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Johor menyediakan barangan keperluan bernilai RM100 000 sebagai misi balas jasa untuk mangsa banjir di Negeri Sembilan dan Selangor Pemangku Yang Dipertua DPMM Johor Muhammed Farhan Bashee...
15 Disember 2021 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Dan Pelan Dagangan Bagi Pasangan Eur Usd

15 Disember 2021 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Dan Pelan Dagangan Bagi Pasangan Eur Usd

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 302 hits
Ayunan kenaikkan harga yang bermula sekitar tahap 1 1650 pada bulan Ogos gagal untuk menolak lebih tinggi daripada tahap harga 1 1900 Itulah sebabnya satu lagi penarikan semula menurun ke arah 1 1650 telah dilaksanakan Walau bagaimanapun al...
6091 Kenapa Harapkan Janji Manusia Juka Boleh Harapkan Allah Sinar Harian 10 12 2021

6091 Kenapa Harapkan Janji Manusia Juka Boleh Harapkan Allah Sinar Harian 10 12 2021

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 257 hits
SHAH ALAM Pengarah Global CX Sdn Bhd Amirul Ikman Norden berpandangan bahawa masyarakat sepatutnya memperbanyakkan doa dan melakukan amalan baik yang disarankan oleh ALLAH SWT jika mereka mahu rezeki untuk perniagaan mereka mengalir Ujar Am...
Kepmendikbud Ristek Nomor 371 M 2021 Tentang Program Sekolah Penggerak

Kepmendikbud Ristek Nomor 371 M 2021 Tentang Program Sekolah Penggerak

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 339 hits
Kepmendikbud Ristek Nomor 371 M 2021 Tentang Program Sekolah Penggerak diterbitkan dengan pertimbangan antara lain a bahwa dalam rangka meningkatkan mutu pendidikan perlu menyelenggarakan Program Sekolah Penggerak b bahwa pelaksanaan Progra...
Aplikasi Pkg Guru Terbaru Format Excel 2021 2022

Aplikasi Pkg Guru Terbaru Format Excel 2021 2022

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 1560 hits
Aplikasi Penilaian Kinerja Guru dan Aplikasi PKKS Lengkap Terbaru Versi 2021 2022 Bapak Ibu guru saat ini sudah masuk masa Penilaian Kinerja Guru Formatif yang biasanya dilaksankan mulai bulan Oktober sampai Desember untuk mentukan hasil Pe...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Drama Pabila Dia Tersenyum

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

User Acquisition And Retention

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas

Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid

Indahnya Syawal Pantun Hari Raya Menyemarakkan Suasana Aidilfitri

Dividen Bank Rakyat 2024 17

Salam Aidil Fitri Buat Pembaca Blog Cik Matahariku

Level Up Your Style The Coolest Geek Nerd Shirts At Geeksoutfit

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain