6126 Banjir Tidak Halalkan Mencuri Ganti Balik Jika Terdesak Nadzim Ppim Bebas News 21 12 2021


 

“KEADAAN tidak menghalalkan cara dan prinsip agama Islam perlu sentiasa dipegang walau di mana umatnya dan apa yang dilakukan mereka.”
Ingatan ini ditegaskan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang mengulas jenayah curi barang-barang keperluan harian, wang tunai dan harta benda oleh orang ramai ketika bencana banjir melanda hampir seluruh negara sejak Sabtu lalu.
Justeru katanya, para pengguna kalangan Muslim terutamanya digesa menjauhi penyalahgunaan keadaan kecemasan atau terdesak itu atau ibarat ‘menangguk ikan di air keruh’.
Namun kepada mereka yang benar-benar terdesak dan terpaksa mengambilnya demi kelangsungan hidup terutama anak-anak katanya, “yang terambil barang-barang ini, esok-esok gantilah balik.
“Kita berpegang kepada akhlak kita, biar orang hormat kita atas akhlak kita,” katanya kepada BebasNews selepas membuat pelepasan penghantaran bantuan bekalan kepada mangsa banjir di Shah Alam di ibu pejabat PPIM, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, hari ini.
NADZIM (dua dari kanan) memegang antara barang-barang sumbangan NGO bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Shah Alam.Selain PPIM, turut menjalankan misi murni kemanusiaan ini ialah Persatuan Amal Santuni Kasih Kuala Lumpur dan Selangor serta Adventure Touring Motorsports (ATMS) yang bergerak dari Plaza Tol Juru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Sebanyak 200 kotak barang keperluan seperti makanan dan minuman, alat-alat mencuci dan membersih, kelengkapan rumah dan pakaian yang dianggarkan bernilai antara RM30,000 hingga RM50,000 dibawa ATMS bersama tiga bot dalam penghantaran kepada mangsa-mangsa banjir.
“Kami datang membantu dengan 40 pacuan empat roda (4×4) dan antara 60 hingga 80 kru sukarelawan. Kami harap bekalan ini dapat menampung keperluan kelangsungan hidup mereka dalam seminggu dua ini.
“Kebanyakannya datang dari Pulau Pinang dan selebihnya dari Kedah dan Perak. Jumlah kru sukarelawan kami bertambah apabila ada yang menyertai pada saat-saat akhir,” kata ketua delegasi ATMS, Muhd. Arashid Ramli.
Sementara itu Nadzim menggesa agensi-agensi berkaitan bencana dan penyelamatan agar bertindak pantas menjawab atau memberikan reaksi kepada aduan-aduan mangsa-mangsa banjir ini yang menghubungi mereka.
“Kami dapat aduan bahawa bantuan agensi-agensi ini lambat sampai dan mungkin berlaku pada masa hadapan.
“Ada juga panggilan telefon mangsa hanya dijawab mesin rakaman sedangkan kalaulah ada pihak berkenaan yang menjawabnya, mungkin hati mangsa-mangsa ini lapang sedikit walaupun bantuan belum datang,” katanya yang turut mesra disapa Toqqi.1 of 2  
MUHD. Arashid Ramli (dua dari kiri) dan Nadzim Johan menampal pelekat PPIM pada pacuan empat roda ATMS sebagai gimik penghantaran bantuan kepada mangsa banjir.KRU sukarelawan ATMS menunjukkan sebahagian barang keperluan harian untuk disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir di Shah Alam.PPIM selain itu menyeru mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain atau individu-individu yang mahu menghulurkan bantuan, mengutamakan barang-barang makanan segera atau mudah disiapkan mahupun air bersih.
“Kita perlu prihatin bahawa mangsa-mangsa ini tiada alat atau kelengkapan dapur untuk memasak (jika diberi barang makanan mentah) malah jarak penghantaran bantuan bekalan itu jika menggunakan bot, agak jauh daripada biasa.
“Kami harap banyaklah juga syarikat atau pemain industri makanan dan minuman ready to eat (siap segera dimakan) ini turut tampil membantu.
“Ada tempat yang hendak dituju dan dipunggah muatan bekalan ini hanya sejauh 2 atau 3 kilometer namun hendak sampai ke sana dengan bot perlukan sehingga dua jam,” katanya.
Artikel oleh: Bebas News
BANJIR TIDAK HALALKAN MENCURI, GANTI BALIK JIKA TERDESAK - NADZIM PPIM

https://bebasnews.my/2021/12/21/banjir-tidak-halalkan-mencuri-ganti-balik-jika-terdesak-nadzim-ppim/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2021/12/6126-banjir-tidak-halalkan-mencuri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6134 Terima Aduan Mangsa Banjir Perlu Bantuan Ppim Segera Ke Temerloh Malaysia Post 24 12 2021

6134 Terima Aduan Mangsa Banjir Perlu Bantuan Ppim Segera Ke Temerloh Malaysia Post 24 12 2021

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 353 hits
MALAYSIAPOST menyertai misi bantuan bencana untuk mangsa banjir di Temerloh Pahang bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia hari ini Misi kemanusiaan ini turut disertai Nasi Ayam Mat Rock dan Sumbangan Com yang bertolak dari Kuala Lumpur k...
6137 Mangsa Banjir Kecewa Tiada Amaran Awal Secara Terus Ppim Sumberkini 25 12 2021

6137 Mangsa Banjir Kecewa Tiada Amaran Awal Secara Terus Ppim Sumberkini 25 12 2021

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 220 hits
PETALING JAYA Kerajaan perlu bertanggungjawab ke atas semua mangsa banjir berikutan bencana alam tersebut tidak diberi amaran awal secara terus hingga mengorbankan lebih 30 mangsa dan dijangka akan bertambah kata ketua aktivis Persatuan Pen...
6124 Rintihan Banjir Disember 2021 Ppim 20 12 2021

6124 Rintihan Banjir Disember 2021 Ppim 20 12 2021

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 327 hits
Alhamdulillah syukur dengan kerjasama PPIM Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ALUCAST Persatuan Anggun Malaysia Kelab 4x4 Gombak berjaya menyalurkan bantuan kepada mangsa mangsa yang terjejas dengan bencana banjir di Seksyen 25 Shah alam sek...
6125 Kerajaan Perlu Atur Langkah Efektif Atasi Banjir Ppim Getaran 21 12 2021

6125 Kerajaan Perlu Atur Langkah Efektif Atasi Banjir Ppim Getaran 21 12 2021

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 331 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan harus mengatur langkah yang lebih efektif bagi menangani masalah banjir berbanding menumpukan kepada meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengambilan dos penggalak Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia...
6122 Majlis Pelepasan Misi Bantuan Banjir Ppim X Atms Ppim 21 12 2021

6122 Majlis Pelepasan Misi Bantuan Banjir Ppim X Atms Ppim 21 12 2021

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 390 hits
Alhamdulilah hari ini telah berlangsungnya Simbolik Penyerahan sebanyak 300 Kotak Infaq Rezeki PPIM bersama Adventure Touring Motorsports sebentar tadi Turut hadir Toqqi Ketua Aktivis PPIM dan para wartawan yang hadir kira kira jam 12 tenga...
Banjir Besar 2021

Banjir Besar 2021

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 386 hits
assalamualaikum salam sejahtera semoga hari hari yg bakal kita lalui baik baik saje di mana pun kita berada moga keadaan di sekeliling kita kekal sempurna sempurna bagaimana ye tu la tu dugaan kita kita ni berbeza ada orang kata takpe hilan...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash