6093 Terpaksa Tipu Dijangkiti Covid 19 Harian Metro 24 11 2020


 


Kuala Lumpur: "Setiap hari kami terpaksa menipu syarikat kredit, beri macam-macam alasan termasuk dijangkiti Covid-19 dan mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh.
"Tetapi itu hanya bertahan beberapa hari, selepas itu kami dihubungi lagi dan dipaksa membuat bayaran bulanan. Macam mana kami nak bayar, sedangkan kami tiada pendapatan," kata Abdul Aziz Ismail Ghani.
Presiden Pertubuhan Gemilang Agensi Pelancongan dan Pengusaha Bas Malaysia itu berkata, seramai 1,200 pengusaha bas kini bukan saja berdepan gulung tikar, malah hidup tertekan kerana menanggung hutang keseluruhan berjumlah RM3 bilion.
Menurutnya, mereka sudah tidak mempunyai pendapatan selepas tidak dibenarkan beroperasi akibat penularan pandemik itu.
Katanya, ramai pengusaha bertindak menyembunyikan bas mereka di tempat tertentu bagi mengelak ditarik dan ada yang membayangkan untuk membakar kenderaan itu.
"Secara purata, setiap pengusaha menanggung hutang antara RM50,000 hingga RM100,000 sejak Covid-19 melanda.
"Kami tidak tahu ke mana lagi hendak mengadu. Setakat ini, ramai juga yang sudah jatuh sakit dan ada yang meninggal dunia kerana tertekan dan tidak tahan menanggung tekanan hutang.
"Sebelum ini, kami merayu supaya syarikat kredit juga memberikan kelonggaran dari segi penangguhan bayaran tetapi setakat ini hampa.
"Kami tidak mahu mati dalam keadaan memikirkan hutang. Apa yang kami harapkan, ada mekanisme bagi membolehkan kami menjadualkan semula bayaran atau menangguhkan bayaran sehingga dapat beroperasi semula," katanya ketika mengadakan pertemuan bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan hari ini.
Abdul Aziz berkata, ketika ini terdapat 6,800 buah bas yang tersadai kerana tidak dapat bergerak seperti biasa dan jumlah tanggungan itu tidak termasuk kos penyelenggaraan.
Katanya, ramai pengusaha kini menunggu masa untuk dikejar ceti haram kerana membuat pinjaman akibat keadaan yang terlalu mendesak.
"Dengan jumlah hutang yang besar, kami tidak lagi mampu menanggung beban ini. Saya bagi pihak industri, merayu kerajaan melakukan sesuatu," katanya yang turut membuat laporan polis di Putrajaya mengenainya.
Sementara itu, Nadzim berkata, PPIM menggesa kerajaan tampil dengan kaedah tertentu bagi membantu pengusaha bas di seluruh negara.
Katanya, ia kerana pengusaha bas bukan saja berdepan saat paling kritikal, ia mendorong sebahagian daripada mereka mengambil tindakan di luar kawalan.
"Saya mendengar keluhan mereka, ada yang tidak tahan sampai nak bakar bas sendiri.
"Itu belum lagi kita cakap soal pinjam ceti haram dan sorok bas. Sebelum ini, kita dengar orang sorok kereta, sekarang bas. Mungkin treler pula selepas ini. Kerajaan perlu bantu segera," katanya.


Artikel oleh: Harian Metro
TERPAKSA TIPU DIJANGKITI COVID-19
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/11/645616/terpaksa-tipu-dijangkiti-covid-19



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2020/11/6093-terpaksa-tipu-dijangkiti-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6076 Ppim Minta Kementerian Jawab Isu Vaksin Covid 19 Sinar Harian 13 11 2020

6076 Ppim Minta Kementerian Jawab Isu Vaksin Covid 19 Sinar Harian 13 11 2020

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 305 hits
KUALA LUMPUR Pengguna Islam Malaysia mengesahkan mengenai sepucuk surat yang tular berhubung pihaknya meminta penjelasan Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung keberkesanan dan keselamatan penggunaan vaksin koronavirus Ketua Aktivis PPIM ...
Penduduk Berkurung Takut Dijangkiti Covid 19

Penduduk Berkurung Takut Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 231 hits
Penduduk berkurung takut dijangkiti Covid 19 Sepang Penduduk di taman perumahan berdekatan dengan Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi yang yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan sejak Khamis lalu dilihat mengambil sika
Artis Dijangkiti Covid 19 Keputusan Tangguh Aktiviti Hiburan Sedang Dibincang

Artis Dijangkiti Covid 19 Keputusan Tangguh Aktiviti Hiburan Sedang Dibincang

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 175 hits
ISMAIL SABRI YAAKOB KERAJAAN akan berbincang dengan Kementerian Komunikasi Dan Multimedia berkenaan keputusan untuk mengangguhkan sebarang aktiviti hiburan Menteri Kanan Kluster Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perkara itu timbul ...
Sayalah Pejuang Covid 19 Bayi 4 Bulan Akhirnya Terselamat 16 Ahli Keluarga Dijangkiti Covid 19

Sayalah Pejuang Covid 19 Bayi 4 Bulan Akhirnya Terselamat 16 Ahli Keluarga Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 409 hits
Sayalah pejuang Covid begitulah gambaran yang dapat diberikan oleh si ibu apabila bayi berusia 4 bulan ketika positif Covid 19 sebulan yang lalu Lebih menyedihkan apabila mereka sekeluarga seramai 16 orang disahkan positif Covid 19 Ibu saud...
Kes Covid 19 Di Jakarta Terus Membimbangkan Gabenor Dan Timbalan Turut Dijangkiti

Kes Covid 19 Di Jakarta Terus Membimbangkan Gabenor Dan Timbalan Turut Dijangkiti

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 218 hits
JAKARTA Gabenor Jakarta dan timbalannya turut dijangkiti COVID 19 ketika provinsi itu terus mencatatkan peningkatan kes positif yang semakin membimbangkan Anies Baswedan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan ujian calitan yang dilakukan...
6092 Kpdnhep Akan Ambil Tindakan Jika Ada Aduan Sinar Harian 24 11 2020

6092 Kpdnhep Akan Ambil Tindakan Jika Ada Aduan Sinar Harian 24 11 2020

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 386 hits
SHAH ALAM Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan mengambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 sekiranya ada syarikat tertentu bertindak mengimport atau menyeludup masuk daging sejuk beku secara tidak sah ...
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kubu Simpanan Emas Terbesar Di Dunia

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Sambutan Yang Baik

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Air Borneo Sarawak S Billion Ringgit Gamble Or The Next Big Thing